Mayat bayi dalam sungai
Bayi yang masih belum dikenal pasti bangsa dan identitinya itu dipercayai dihanyutkan dari kawasan lain sebelum ditemui orang awam.
Mayat bayi lelaki itu ditemui seorang lelaki berusia lingkungan 30-an kira-kira jam 10.40 pagi sebelum kejadian itu dilaporkan kepada pihak berkuasa.
Menurut sumber, ketika ditemui, mayat bayi terbabit sudah bengkak dan berdasarkan keadaannya itu, polis percaya dia sudah dibuang lebih dari 24 jam.
“Mayat bayi terbabit kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat,” katanya.
Ditahan jual nombor ekor haram
Dalam serbuan jam 6.30 petang, kegiatan beliau terbongkar ketika asyik mencatat setiap nombor ekor yang dikirim pelanggannya.
Serbuan dilakukan sepasukan anggota polis Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran selepas menerima maklumat.
Pegawai Turus D7, Deputi Superintendan Zaillani Amit berkata, polis membuat intipan serta mengepung rumah warga emas terbabit.
Menurutnya, hasil intipan dilakukan mendapati warga emas terbabit leka mencatat setiap nombor ekor ditempah pelanggannya.
Katanya, dalam serbuan itu, polis merampas satu mesin faksimili, dua helai kertas mencatat empat nombor ekor, telefon bimbit dan wang tunai RM542.
Penyamun terjerat
Oleh HADZLAN HASSAN
hadzlan@hmetro.com.my
hadzlan@hmetro.com.my
Lelaki berusia lingkungan 20-an itu ditahan selepas laporannya yang dibuat di sebuah balai polis di negeri berkenaan menimbulkan kesangsian, menyebabkan dia ditangkap sebelum polis menemui semula motosikal di kawasan belukar.
Berikutan penemuan itu, pasukan sama menjalankan siasatan menyeluruh sebelum menemui beberapa barangan kemas daripada lelaki terbabit, menyebabkan pasukan penyiasat sama dibawa kepada seorang lagi suspek, iaitu anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu.
Menurut sumber, polis turut menemui senjata api dipercayai digunakan dalam rompakan terbabit daripada mereka dan ujian balistik akan dilakukan bagi mengetahui sama ada tembakan yang dilepaskan ketika kejadian samun Isnin lalu adalah daripada senjata sama.
“Keputusan ujian itu penting untuk mengetahui sama ada ia senjata sama digunakan dalam insiden berkenaan atau sebaliknya, dan kita juga berusaha mengesan ciri-ciri keselamatan yang ada pada senjata itu bagi mengenal pasti di mana ia diperoleh,” katanya.
Siasatan terhadap kedua-dua lelaki terbabit kemudian membawa kepada penemuan mengejutkan apabila dua lagi anggota polis ditangkap di ibu negara selepas mereka didapati antara individu penting yang mengedarkan senjata berkenaan kepada kedua-dua lelaki itu.
Harian Metro semalam melaporkan, tiga anggota polis antara empat yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan menyewakan senjata api jenis revolver .38 kepada pihak tertentu yang kemudian digunakan untuk melakukan jenayah, termasuk rompakan.
Difahamkan, senjata berkenaan disewakan pada harga RM2,000 hingga RM5,000 dan bayaran dilakukan secara komisen menggunakan wang hasil rompakan.
Mungkin motif dendam
Oleh MOHD FIRDAUS IBRAHIM
mfirdaus@hmetro.com.my
mfirdaus@hmetro.com.my
Lelaki berusia 29 tahun itu ditahan pihak berkuasa selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan jelas menunjukkan perbuatan suspek membunuh wanita berusia 62 tahun itu.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, ketika dihubungi menolak kemungkinan pembunuhan itu berpunca daripada masalah kewangan, sebaliknya yakin ia lebih bermotifkan dendam.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai insiden itu dan memberitahu pihaknya masih menjalankan siasatan.
Semalam, Harian Metro melaporkan, seorang lelaki berusia 29 tahun, dipercayai suspek utama kes pembunuhan kejam seorang wanita warga emas, ditahan polis kurang lima jam kemudian.
Suspek ditahan di rumahnya di Sungai Way, dekat sini, jam 2 pagi selepas siasatan polis di tempat kejadian.
Mangsa, Lai Kam Lian, 62, mati selepas ditikam lima kali di depan rumahnya sejurus pulang daripada sesi tari-menari.
Bedah siasat ke atas mangsa yang juga ibu seorang juruhebah radio MyFM mengesahkan dia maut akibat lima tikaman di belakang badan, punggung dan tangan.
Tembok runtuh
Oleh ARIFIN SALLEH
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
“Sejurus keluar, saya terperanjat melihat tebing konkrit setinggi lapan meter runtuh dan lorong di tepi rumah dipenuhi runtuhan tanah,” kata mangsa tanah runtuh, Sazali Hishamuddin, 35, yang menetap di Taman Rajawali, Durian Tunggal, di sini, kelmarin.
Difahamkan, dalam kejadian jam 11.55 malam itu, hujan lebat beberapa jam menyebabkan laman bahagian kiri dan tembok sebuah banglo dua tingkat musnah dan meruntuhkan tembok konkrit tebing.
Menurut Sazali, kejadian berlaku sekelip mata dan menimbulkan panik di kalangan ahli keluarga dan penduduk berhampiran.
Katanya, bimbang perkara lebih buruk berlaku, dia dan isteri mengejutkan empat anaknya berusia dua hingga 10 tahun keluar dari rumah mereka.
“Runtuhan itu mengakibatkan lorong selebar tiga meter di tepi rumah kami dipenuhi tanah dan batu. Bagaimanapun, saya bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku dan hanya pagar rumah sedikit terjejas.
“Kami tidak menyangka kejadian itu kerana sebelum ini kami tidak melihat atau mendengar tanda atau bunyi rekahan,” katanya.
Pemilik banglo, Amran Abdullah, 43, berkata dia hanya mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan adiknya pada jam 1.30 pagi.
“Saya yang menetap di Segamat, Johor terkejut banglo dibina setahun lalu berdepan bencana seumpama ini,” katanya.
Katanya, banglo yang 95 peratus siap itu masih di bawah tanggungjawab kontraktor dan dia akan mendapatkan nasihat pihak berkaitan bagi menyelesaikan masalah berkenaan.
Sementara itu, Setiausaha Majlis Perbandaran Alor Gajah, Shadan Othman berkata, pihaknya mengambil langkah keselamatan awal dengan memasang kanvas berikutan bimbang runtuhan tanah di kawasan kejadian berulang.
Mantera, asap kemenyan boleh bawa syirik
Pengasas Pusat Rawatan Terapi al-Quran Darul Hikmah, Abdul Malek Abdul Ladzim Al Azhari berkata, bacaan mantera dan penggunaan asap dalam kaedah merawat pesakit ini pada awal hukumnya harus, tetapi hukum itu boleh berubah kepada haram bergantung kepada niat sesiapa yang menggunakannya.
Katanya, penggunaan bacaan mantera boleh bertukar menjadi haram apabila ada bacaan dalam ayat itu yang menyeru kepada sesuatu atau menyekutukan Allah, sekali gus ia membawa kepada perbuatan syirik.
“Selain itu, jika pengamal perubatan tradisional menggunakan bacaan mantera, individu terbabit perlu memastikan bacaan yang disebut tidak menyeru pertolongan makhluk lain dan bacaan itu mesti difahami oleh pengamal itu.
“Namun, jika individu itu menggunakan perkataan dalam mantera yang bercanggah dan melanggari hukum syarak, ia adalah haram dan dikhuatiri boleh menjurus kepada syirik,” katanya.
Abdul Malek berkata, penggunaan asap seperti kemenyan yang menghasilkan bau wangi sebenarnya diharuskan kerana ia disukai oleh jin Islam dan malaikat.
Menurutnya, jika terlalu kerap bergantung kepada cara ini, dikhuatiri ia mendorong kepada kepercayaan taksub yang biasanya mendorong kepada amalan syirik kerana dalam alam Melayu, penggunaan kemenyan sinonim dengan kaedah perubatan, berbeza dengan masyarakat Timur Tengah yang menggunakan kemenyan untuk mewangikan rumah.
Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam memilih pengamal perubatan tradisional dan untuk mengelakkan keraguan, lebih baik menemui pengamal perubatan yang mengamalkan potongan ayat al-Quran.
Budak parah diserang tiga anjing
Oleh MOHD FIRDAUS IBRAHIM
mfirdaus@hmetro.com.my
mfirdaus@hmetro.com.my
Akibat serangan itu, mangsa terpaksa dibedah berikutan daging di betisnya cedera teruk.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari, Adryn Muhammad, 9, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli barang bersama ibunya di kedai runcit di kawasan berhampiran.
Menceritakan kejadian itu, ibu mangsa, Asmah Alias, 36, berkata basikal itu dibeli untuk anak bongsu daripada tiga beradik itu oleh bapanya, Khamis lalu.
“Sebelum kejadian, Adryn dan saya pergi ke kedai di kawasan perumahan ini untuk membeli barangan dapur. Saya pergi menaiki motosikal manakala Adryn bertegas mengekori saya dengan menaiki basikal barunya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Menurut Asmah, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, dia melihat tiga ekor anjing berhampiran kawasan kediamannya, menyebabkan dia berasa bimbang.
“Sebaik memberhentikan motosikal di laman rumah, saya mendengar jeritan Adryn meminta tolong.
“Saya bergegas semula ke depan rumah sebelum melihat beberapa jiran, termasuk seorang pengawal keselamatan, mengangkat anak saya yang berlumuran darah,” katanya yang memberitahu mereka juga menghalau anjing itu.
“Adryn memberitahu dua anjing itu menggigit betis kirinya ketika dia cuba melarikan diri. Adryn bernasib baik kerana beberapa jiran dan pengawal keselamatan yang menyaksikan kejadian itu segera membantunya,” katanya.
Katanya, selepas bertemu pemilik anjing berkenaan, dia bergegas membawa anaknya ke sebuah hospital swasta di Puchong, di sini, untuk rawatan susulan.
“Sehingga kini, doktor melakukan rawatan awal dan memberitahu keadaan Adryn stabil. Namun, akibat kecederaan serius pada betis kirinya, Adryn terpaksa menjalani pembedahan,” katanya sambil menambah, pembedahan dilakukan selewat-lewatnya jam 5 petang, semalam.
Asmah berkata, dia kecewa dengan sikap pemilik anjing terbabit yang tidak menjaga peliharaannya sehingga mencederakan Adryn.
“Saya berharap anjing berkenaan dibunuh bagi mengelakkan kejadian sama berulang kepada kanak-kanak lain,” katanya sambil mengakui, ini bukan kejadian pertama kanak-kanak dan penduduk diserang anjing.
Sehubungan itu, Asmah memberitahu dia akan membuat laporan di Balai Polis Puchong, di sini, selepas pembedahan anaknya selesai.
Minta diriba, dibelai
Laporan dan foto ZARINA ABDULLAH
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
JATUH... Saufi menunjukkan tempat Muhammad Faiz Hakimi ditimpa pokok kelapa.
Dia berkata, kehilangan anak bongsu daripada lapan beradik itu bagaikan mimpi ngeri yang memeritkan, namun sebagai ibu, dia reda dengan pemergian itu dan menerima takdir itu dengan tabah.
“Sebelum kejadian, jiran dan anak tiri berpakat untuk menebang pokok berkenaan bagi mengelakkan kemalangan akibat keadaan cuaca tidak menentu sebelum mereka melakukan kerja-kerja penebangan pada sebelah petang.
“Saya nampak kelibat anak datang ke arah saya dari sebuah kedai runcit selepas membeli makanan ringan, namun tiba-tiba pokok itu tumbang menyembah bumi, menyebabkan saya terkejut dan sayu apabila mengenangkan peristiwa itu kembali,” katanya.
Dalam kejadian jam 3.15 petang, Muhammad Faiz Hakimi dikatakan bermain berseorangan tanpa pengawasan keluarga berdekatan tempat abang tirinya, Mahadi Mansur, 20, dan jirannya Saufi Junoh, 42, bersedia menebang sebatang pokok kelapa.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, ketika Mahadi dan Saufi menebang pokok kelapa berdekatan rumah mereka di Kampung Gong Dasar, Jabi, dekat sini, mereka tidak menyedari kehadiran mangsa yang bermain tidak jauh daripada mereka.
Katanya, ibu bapa mangsa dan beberapa jiran yang berada berdekatan tempat Mahadi dan jirannya bekerja juga tidak menyedari kehadiran Muhammad Faiz Hakimi.
“Sebaik menumbangkan pokok, Mahadi bersama Saufi memeriksa pokok itu untuk mengerat batangnya tetapi terkejut mendapati seorang kanak-kanak dalam berlumuran darah di bawah rimbunan daun pokok,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, mangsa yang cedera parah di kepala serta beberapa bahagian badan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Besut.
Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan.
No comments:
Post a Comment