Diperkosa adik lelaki ibu tiri lepas tonton bola
Selepas kejadian di Kampung Beting Lintang, dekat sini, mangsa berturutan dirogol suspek dua kali lagi di rumah datuk saudara mangsa di kampung sama pada Isnin dan Selasa selepas itu.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata mangsa mengikut suspek untuk berbual di depan rumahnya selepas menonton bola sepak sebelum dia dirogol tengah malam itu. Beliau berkata, mangsa sekali lagi dipaksa mengikut suspek melakukan hubungan seks di atas pangkin dalam pagar rumah datuk saudara mangsa di kampung sama jam 7.30 malam.
“Mangsa dirogol kali ketiga di depan rumah datuk saudara mangsa pada hari seterusnya kira-kira jam 10 malam,” katanya.
Katanya, mangsa yang takut dengan kejadian itu mengadu perkara berkenaan kepada seorang saudaranya.
Menurutnya, keluarga mangsa membawanya ke Balai Polis Kampung Raja, dekat sini, membuat laporan kejadian itu Khamis lalu.
Suspek telan dadah ditembak mati
Lelaki berusia 31 tahun itu maut selepas terkena tiga das tembakan sejurus dia menyerang polis dan berlaku pergelutan selama beberapa minit di wad 18, katil 10 hospital itu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Salleh, berkata kejadian berlaku jam 9.45 malam itu dan suspek sebelum itu ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) serta dipercayai menelan ketulan dadah untuk menghilangkan bukti.
Menurutnya, suspek tiba di Malaysia pada Khamis lalu sebelum ditahan polis di sebuah hotel di Bukit Bintang, di sini, keesokannya kerana menerima aduan suspek membuat kecoh dan mengganggu orang ramai.
“Polis menjalankan pemeriksaan percaya suspek berada di bawah pengaruh dadah sebelum menahannya pada jam 11.13 pagi (kelmarin). “Suspek dimasukkan ke HKL pada jam 1.40 tengah hari semalam berikutan imbasan X-ray mendapati ada ketulan dadah di dalam ususnya,” katanya.
Beliau berkata, jumlah keseluruhan dadah jenis syabu dirampas daripada mangsa adalah 46 ketul seberat 831.41 gram bernilai RM300,000.
“Ini termasuk 21 ketulan yang pihak hospital berjaya keluarkan daripada usus mangsa. Manakala 25 ketulan lagi dirampas ketika mangsa ditahan,” katanya.
200 Awang Hitam kepung anggota penguat kuasa
Dalam Ops Ajar yang bermula jam 9 malam dan berakhir lapan jam kemudian, seramai 111 anggota Jabatan Imigresen termasuk 30 anggota dari Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), empat anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), empat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tujuh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri dan enam petugas media dikepung sekumpulan pelajar warga Afrika terbabit selepas seorang daripada mereka menyekat laluan utama keluar dari kolej kediaman berkenaan menggunakan sebuah kereta.
Difahamkan, tindakan kurang ajar pelajar asing itu menyebabkan seorang anggota imigresen cedera ketika bergelut untuk menggari lelaki yang membuat halangan itu, malah keadaan tegang sehingga ada antara mereka melepaskan tumbukan serta tendangan liar ke arah kenderaan penguat kuasa.
Walaupun cuba ditenteramkan, Awang Hitam terbabit melawan dan mengeluarkan pelbagai kata-kata kesat dan lucah selain membuat alasan supaya rakan mereka yang seramai 16 orang termasuk seorang wanita yang ditahan di beberapa rumah di pangsapuri itu dalam operasi pertama kerana kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan tinggal lebih masa di negara ini secara haram, dibebaskan.
Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman, berkata dalam kejadian itu, pihaknya menahan dua lelaki warga Nigeria menghalang tugas penjawat awam.
“Kami cuba meminta mereka bekerjasama, tetapi sebahagian daripada kumpulan itu menggunakan kekuatan fizikal untuk mengelak ditahan,” katanya.
Lima kemalangan dalam 48 jam
Oleh Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail
rabiatul@hmetro.com.my
rabiatul@hmetro.com.my
RETAK...cermin bas yang terbabit kemalangan di lorong khas bas dan teksi di Jalan Tun Sambanthan.
CEDERA...seorang mangsa yang terbabit kemalangan.
Rata-rata kemalangan itu membabitkan bas dan pejalan kaki yang ingin melintas di kawasan itu.
Pengunjung, Pramenenth, 41, berkata kebanyakan pengunjung di kawasan itu tidak menyedari perubahan yang dilaksanakan.
Katanya, pihak bertanggungjawab tidak memasang papan tanda amaran secukupnya atau menyediakan laluan melintas jalan untuk pejalan kaki.
“Ketika jalan ini sehala, pengguna hanya melihat ke kiri jalan untuk memastikan tiada kenderaan dan boleh melintas dengan selamat.
“Apabila jalan ini dibuka kepada dua hala, pengunjung yang tidak tahu dengan perubahan ini melintas tanpa melihat kiri serta kanan dan menyebabkan kemalangan,” katanya ketika ditemui.
Katanya, sistem baru itu juga mengakibatkan keadaan jalan bertambah sesak dan menganggap pembaharuan itu sia-sia, bukan mengurangkan masalah sebaliknya memburukkan keadaan.
“Saya tidak faham tujuan bas dan teksi dibenarkan melalui jalan ini kerana tiada perhentian bas di sini, malah mereka juga tidak dibenar menurunkan penumpang,” katanya yang berharap sistem jalan berkenaan dikaji semula.
Lorong berkenaan berkuat kuasa setiap hari bermula jam 6 pagi hingga 8 malam. Penduduk P Yuthis, 22, berkata penduduk berharap jalan berkenaan dikembalikan kepada sistem asal kerana lebih memudahkan, biarpun terpaksa mengalami sedikit kesesakan.
Sementara itu, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M Saravanan melahirkan rasa dukacita mengenai lima kemalangan di kawasan berkenaan.
“Kami akur kehendak rakyat yang mahukan perubahan, biarpun ia tidak bersesuaian. Apabila berlakunya kemalangan seperti ini, siapa yang perlu dipersalahkan dan perlu bertanggungjawab? Namun, saya akan berbincang dengan Menteri, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Padah ugut bapa
Oleh Zatul Iffah Zolkiply
zatuliffah@hmetro.com.my
zatuliffah@hmetro.com.my
Majistret Abdul Hayyi Salim menjatuhkan hukuman itu terhadap Wan Mohd Anuar Wan Ahmad, 25, dari Kampung Sungai Rengas yang mengaku salah atas tuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah terhadap bapanya, Wan Ahmad Wan Muda, 61.
Mengikut pertuduhan, Wan Mohd Anuar yang tidak bekerja didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap bapanya dengan mengugut akan membakar rumah dan mencederakannya sekiranya dia gagal menunaikan permintaannya di sebuah rumah di Kampung Sungai Rengas kira-kira jam 6.30 pagi, 30 November lalu.
Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda manakala Wan Mohd Anuar tidak diwakili peguam.
Mengikut fakta kes, Wan Mohd Anuar meminta wang RM50 daripada bapanya yang juga seorang pesara untuk membeli dadah sehari sebelum kejadian berkenaan. Bagaimanapun tindakan tertuduh meminta wang menimbulkan kemarahan bapanya sebelum berlaku pertengkaran antara dua beranak itu.
Dalam pertengkaran itu, bapanya memukul tertuduh menyebabkannya dia dihantar kakaknya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Selepas dirawat, tertuduh pulang jam 6.30 pagi pada 30 November lalu dan meminta RM2,000 daripada bapanya sebagai ganti rugi.
Ibunya memberikan RM300 dan Wan Mohd Anuar memberitahu akan menuntut baki RM1,700. Pada masa sama, dia juga mengugut akan memukul dan membakar rumah jika bapanya enggan memberikan wang berkenaan.
No comments:
Post a Comment