Sunday, December 4, 2011

HUKUM ALLAH TIDAK GERUNI...MUDAH DIJIMAK@TENGGEK..MANA MARUAH BANGSA...SEKULAR MUDAH BERCAMPUR GAUL LELAKI PEREMPUAN...SEDANGKAN ALLAH MELARANG...LELAKI SYOK..APA TERJADI IA LEPAS TANGAN...IA BOLEH DAPAT PEREMPUAN LAIN...MUNGKIN ADA SUKA JADI MANGSA TENGGEK...DUNIA LEPAS HUKUM ALLAH...AKHIRAT TAK KAN LEPAS...

‘Dia kekasih saya’

Oleh Suraya Roslan
surayaroslan@hmetro.com.my

SOAL SIASAT...penguat kuasa mengambil keterangan gadis terbabit.
SOAL SIASAT...penguat kuasa mengambil keterangan gadis terbabit.
MANTIN: Seorang pelajar perempuan sebuah kolej swasta (gambar) dicekup dalam keadaan separuh bogel bersama teman lelaki warga Nigeria dalam bilik di tingkat lima sebuah apartmen yang disewa dan dikongsi mereka bersama sekumpulan lelaki warga Afrika, awal pagi semalam.
Ketika serbuan jam 4 pagi itu, selain pasangan terbabit, sembilan lagi lelaki warga Nigeria berada dalam rumah berkenaan berpesta arak di ruang tamu kononnya sempena meraikan sambutan hari jadi seorang daripada mereka.
Sumber berkata, ketika serbuan penguat kuasa Jabatan Imigresen terpaksa mengetuk pintu bilik penuntut itu yang berkunci dari dalam lebih 30 minit, namun tidak dibuka menyebabkan pintu dipecahkan.

“Sebaik pintu terbuka, seorang perempuan warga tempatan berada di atas tilam dalam keadaan separuh bogel bersama seorang lelaki warga Nigeria yang turut berbogel.


“Apabila disoal siasat, dia (pelajar perempuan) yang berusia 20-an mengaku lelaki Nigeria itu kekasihnya dan mereka rakan sekelas ketika belajar di kolej itu,” katanya.


Erni sah isteri Kamarulazlan



GEMBIRA...Erni bersama  Kamarulazlan.
GEMBIRA...Erni bersama Kamarulazlan.
KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 26, atau Rita sah bergelar isteri kepada Kamarulazlan Mohamad Hanafiah, 35, Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim selepas pasangan berkenaan dinikahkan dalam satu majlis di Taman Harmonis, Gombak di sini, semalam.
Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah Masjid As Syaarif, Mohamed Embong jam 6.40 petang dan Rita diwalikan bapanya, Buhari Mohamed, 62. Majlis persandingan Rita dan Kamarulazlan berlangsung pada jam 8 malam dengan lebih 500 tetamu hadir memeriahkan hari berbahagia mereka.

Rombongan pernikahan yang diketuai Mashitah dan suaminya itu menyaksikan Rita menerima hantaran RM30,000 berserta sembilan dulang hantaran berbalas 11.
Majlis pernikahan bertemakan Moroccan Islamic Garden berjalan lancar dan turut memperingati Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya dengan bacaan al-Fatihah.

Dalam majlis pernikahan terbabit, Kamarulazlan turut ditemani ibu bapanya iaitu Latifah Taib dan Mohd Hanafiah Nani serta lebih 30 sanak-saudara.

Bahari yang ditemui selepas majlis akad nikah, berkata dia gembira menerima kehadiran menantu sulungnya itu dan dimaklumkan mengenai pernikahan itu sejak enam bulan lalu.

Katanya, Rita dan Kamarulazlan menjalinkan hubungan cinta sejak setahun lalu dan menantunya ada datang berjumpa untuk minum selain mengenali hati budi ‘orang baru’ itu.


Parah dibelasah samun kali ke-4

Oleh Nordiana Shafiee
am@hmetro.com.my

PERIKSA...anggota polis memeriksa motosikal suspek yang ditinggalkan di hadapan kedai. Gambar kecil, Md Mizan.
PERIKSA...anggota polis memeriksa motosikal suspek yang ditinggalkan di hadapan kedai. Gambar kecil, Md Mizan.
CEDERA...suspek cedera dibelasah dua pekerja kedai serbaneka.
CEDERA...suspek cedera dibelasah dua pekerja kedai serbaneka.
ALOR SETAR: Selepas tiga kali merompak kedai yang sama, cubaan seorang penjenayah mengulangi perbuatannya untuk kali keempat berakhir dengan dia parah dipukul dua pekerja warga Bangladesh sebelum diserahkan kepada polis, kelmarin.
Dalam kejadian jam 4.40 petang itu, suspek berusia 29 tahun yang juga bekas anggota tentera cuba melakukan samun menggunakan pistol palsu sebelum cubaannya digagalkan dua pekerja kedai serbaneka di Jalan Sultanah, di sini. “Saya berani melawan lelaki berkenaan kerana yakin dia menggunakan pistol palsu ketika mengacukan senjata itu kepada saya,” kata Shairajul Islam, 43, seorang daripada pekerja terbabit.

Sebelum itu, suspek memasuki premis berkenaan dan berpura-pura mahu membeli barang sebelum mengacukan pistol kepada seorang juruwang dan meminta lelaki terbabit menyerahkan wang. Shairajul berkata, dia mengecam suspek yang pernah merompak kedai berkenaan tiga kali sebelum ini menyebabkan dia enggan mematuhi arahan lelaki terbabit yang kemudian memukul kepalanya menggunakan `pistol' berkenaan.
Menurutnya, dia mengambil pisau di bawah kaunter untuk mempertahankan diri hingga mencetuskan pergelutan menyebabkan senjata itu terpelanting ke luar kaunter dan suspek mencakar muka dan menggigit kedua-dua telinganya. “Dalam keadaan kelam-kabut, saya menjerit meminta pertolongan menyebabkan rakan saya keluar membantu lalu memukul kepala dan beberapa bahagian badan suspek dengan kayu,” katanya.

Sementara itu, rakannya, Md Mizan Nur Rahmat, 37, berkata, dia berada dalam bilik air apabila mendengar jeritan Shairajul meminta pertolongan lalu bergegas keluar dan mendapati seorang lelaki sedang bergelut dengan rakannya itu.

“Ketika keluar dari bilik air, saya nampak Shaijarul bergelut dengan lelaki itu yang menggigit kedua-dua telinganya.

“Saya memukul kepala dan beberapa bahagian badan lelaki itu dengan kayu sebelum menahannya lalu menghubungi polis,” katanya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Baharom Abu berkata, kedua-dua pekerja terbabit menahan suspek dan mengikatnya sebelum menghubungi polis lalu membawa lelaki itu ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk mendapatkan rawatan kerana cedera di kepala, muka dan badan.
“Suspek kini direman sehingga Sabtu ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

Katanya, siasatan turut mendapati suspek menggunakan motosikal yang dilaporkan hilang di Ampang, Selangor pada 2008.

Akhbar pada minggu lalu melaporkan seorang lelaki dipercayai suspek sama menyamun kedai serbaneka di lokasi sama dan melarikan sejumlah wang tunai serta rokok bernilai ribuan ringgit.

No comments:

Post a Comment