Pelancong diminta tidak pakai skirt pendek
SRINAGAR, India – Sebuah kumpulan Islam di Kashmir India semalam memberi amaran kepada para pelancong supaya mereka tidak memakai skirt pendek dan pakaian yang mendedahkan tubuh badan di wilayah itu.
Kumpulan tersebut, Jamaat-e-Islami meminta lembaga pelancongan di wilayah itu supaya menyokong pendirian mereka.
Menurutnya, para pelancong perlu diberitahu lebih awal supaya berpakaian sopan ketika berada di Kashmir bagi mengelakkan mereka mencetuskan kemarahan golongan ekstremis agama.
Sejumlah pelancong kembali mengunjungi wilayah Kashmir yang ditadbir India sejak dua tahun lalu selepas keganasan antara pihak pemisah Islam semakin berkurangan di rantau berkenaan.
Majoriti penduduk wilayah tersebut terdiri daripada orang Islam.
Kashmir terkenal kerana memiliki panorama yang indah seperti rumat bot, banjaran gunung dan tasik. – AFP
Tumor 23kg dalam perut wanita
NEW YORK – Tumor seberat 23 kilogram (kg) telah dikeluarkan dari dalam perut seorang wanita berusia 65 tahun, kata seorang doktor, David Dupree kelmarin.“Dia merupakan seorang wanita yang kurus dengan mempunyai perut yang besar. Maksud saya ialah dia kelihatan seperti hamil kembar tiga,” katanya yang mengetuai pembedahan untuk mengeluarkan tumor tersebut.
Pembedahan selama lima jam itu dilakukan di Pusat Perubatan Riverview di Red Bank, New Jersey.
Kira-kira enam hingga lapan minggu sebelum dirawat di hospital, wanita itu berasa tidak selesa dengan perutnya.
Dr. Dupree berkata, Evelyn mendapatkan bantuan perubatan pada 4 Jun lalu beberapa hari selepas hari ulang tahun kelahirannya yang ke-65.
Menurutnya, wanita itu sebelum ini menangguhkan untuk mendapatkan rawatan perubatan kerana dia tidak mempunyai insurans kesihatan.
Dia kemudian memperoleh insurans menerusi program penjagaan kesihatan yang dilaksanakan pemerintah Amerika Syarikat secara automatik kerana umurnya mencecah 65 tahun.
Ketika dia mendapatkan rawatan perubatan, berat badannya lebih 77kg.
Evelyn dibedah selepas dia mengalami kesukaran pernafasan pada Ahad lalu.
Sebelum dibedah, kedua-dua kakinya bengkak kerana aliran darahnya terperangkap dan tubuhnya kekurangan air.
Imbasan X-ray menunjukkan tumor itu dikenali sebagai malignant sarcoma yang menghimpit saluran yang mengalirkan darah ke jantung. – Reuters
Mayat bayi perempuan ditemui di loji kumbahan
KUALA LUMPUR – Mayat seorang bayi perempuan ditemui terapung di loji kumbahan Indah Water Sepakat Indah, Sg Chua, Kajang dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab. Rashid Ab. Wahab berkata mayat bayi perempuan yang cukup sifat itu dijumpai pada pukul 4.41 petang oleh seorang lelaki yang kebetulan lalu di kawasan loji kumbahan itu.
“Siasatan awal polis mendapati mayat bayi itu dibuang dalam ruang kumbahan pangsapuri sebelum hanyut ke loji utama,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
- Bernama
Cicak tokek diseludup, harga cecah RM100,000
PENGKALAN HULU – Aktiviti menyeludup 10 ekor cicak tokek dikesan dibawa masuk dari Betong, Thailand melalui Kompleks Imigresen Bukit Berapit telah dikesan di sini, minggu lalu.Difahamkan, lelaki berusia 30-an itu memandu kereta model lama diarahkan berhenti kerana disangka cuba menyeludup beras siam akhirnya, didapati cuba menyeludup cicak berkenaan yang disembunyikan dalam guni.
Berdasarkan aktiviti itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Pehilitan) Negeri, Abdul Kadir Abu Hashim berkata, cicak tokek adalah spesies dilindungi dan telah dimasukkan dalam senarai haiwan dilindungi pada tahun 2010.
Menurutnya, individu yang memiliki atau membela spesies berkenaan perlu mendapatkan lesen daripada Perhilitan berikutan cicak berkenaan semakin pupus akibat menjadi buruan individu yang teruja dengan khabar angin yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit.
“Sekiranya ditahan, individu tersebut boleh disiasat mengikut Akta 716 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dan boleh didenda sehingga RM50,000. Sebanyak 12 spesies cicak berkenaan dimasukkan dalam kategori haiwan dilindungi.
“Larangan juga telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada Jun tahun lalu yang memutuskan hukum memakan dan berubat menggunakan cicak tokek adalah haram,” katanya.
Abdul Kadir berkata, pihaknya turut membuka pos sempadan di Kompleks Imigresen Bukit Berapit sebagai langkah kawalan terutama mengesan sebarang aktiviti penyeludupan haiwan dilindungi itu.
“Kami meminta orang awam terutama penduduk sekitar daerah ini bekerjasama menyalur maklumat mengenai kegiatan berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Komander Unit Pencegahan dan Penyeludupan (UPP) Negeri, Ishak Jaafar berkata, pihaknya sedia bekerjasama dengan pelbagai agensi penguatkuasa lain terutama Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan Perhilitan untuk membanteras kegiatan itu.
“Kami akan bertindak dalam sebarang kes penyeludupan sebelum menyerahkan kes seumpama itu kepada agensi berkaitan terutama membabitkan penyeludupan beras, pendatang tanpa izin dan aktiviti penyeludupan haiwan dilindungi,” katanya.
Sinar
Berang cerita mati pucuk tersebar, suami belasah isteri
6 Julai 2012
Kejadian pada 1.45 pagi di Apartmen Idaman, Damansara Damai itu berlaku selepas mangsa dituduh menyebarkan cerita kononnya suaminya itu mati pucuk.
Wanita warga Indonesia itu bagaimanapun bernasib baik selepas sempat menghubungi polis bagi mengelak dibelasah dengan lebih teruk.
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Sal, 50, mengaku sering dipukul dengan kerusi oleh suaminya meskipun melakukan kesalahan kecil.
“Sejak mula berkahwin tiga tahun lalu, suami tidak pernah bekerja, saya sahaja yang cari duit, bila saya nasihat macam-macam dia maki saya,” katanya.
Dalam pada itu anggota polis yang hadir cuba menenangkan suaminya meskipun suasana ketika itu agak tegang dengan pelbagai ugutan diberikan termasuk mahu menceraikan isterinya.
Suami wanita itu ketika ditemui berkata, dia kecewa dengan sikap isterinya yang gemar menceritakan keburukan keluarga kepada orang luar dan jiran tetangga.
“Saya terpaksa menanggung malu dengan orang sekeliling kerana dia buat cerita saya mati pucuk sebab itu saya maki dan pukul dia,” katanya.
Guru bersara ditemui mati berhampiran bilik air
6 Julai 2012
Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Supt Muhammad Koey Abdullah berkata polis menemui mayat tersebut kira-kira 10 pagi, selepas menerima aduan daripada jiran mangsa yang terhidu bau busuk dari rumah itu sejak beberapa hari lalu.
"Ketika pemeriksaan dilakukan, pintu rumah mangsa didapati tertutup menyebabkan pihak polis terpaksa memecah masuk rumah berkenaan sebelum menjumpai mangsa terbaring di atas lantai berhampiran bilik air," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata mangsa yang tinggal berseorangan dipercayai mati kira-kira empat hari lalu akibat pendarahan yang banyak dipercayai selepas terjatuh di dalam bilik air.
Mangsa dipercayai cuba merangkak keluar dari bilik air selepas terjatuh, katanya. Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. - Bernama
Nasa Mengeluarkan Kenyataan Matahari Akan Terbit Dari Barat
NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai “retrograde motion”.
Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!
Pihak NASA telahpun mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh. Yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa.
Dapatan sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan berlaku walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
TEORI QURAN VS TEORI BARAT
Kalau di kaji dengan teliti, teori yang dijelaskan Al-Quran ini agak berbeza dari teori-teori barat. Yang pertama, Al-Quran menjelaskan bulan yang menyebabkan bumi bertukar arah. Al-Quran menunjukkan perkaitan yang erat dan rapat antara bumi dan bulan. Tetapi teori barat tidak ‘nampak’ pun peranan bulan dalam proses kejadian ini.
Yang ke-duanya, teori Al-Quran nampak lebih jelas dan mudah difahami, malah boleh dibuktikan melalui ujikaji makmal. Sedangkan teori barat tidak dapat diuji dalam makmal dan tidak menunjukkan keadaan matahari akan naik dari barat! Kalau berlaku perlanggaran yang teramat dahsyat (dengan komet yang besar), maka bumi akan hancur! Perlanggaran ‘kecil’ (seperti yang berlaku di Mexico) tidak akan dapat menukar putaran bumi. Lagi pun sekiranya komet melanggar bumi dari “arah yang salah” ianya mungkin akan menambah kelajuan pusingan yang ada sekarang misalkan dari 24 jam kepada 10 jam sahaja/hari. Sekiranya bumi berputar pada kelajuan ini, maka kelajuan objek yang berada pada permukaan equator (atau khatulistiwa) ialah kira-kira 4,000 km/sejam yang akan memusnahkan segala-galanya yang ada dipermukaan bumi seperti rumah, bangunan, tumbuhan, pohon kayu, dan manusia serta binatang-binatang akan berterbangan.
Lagi pun untuk membolehkan bumi perputar pada arah bertentangan, komet yang melanggar bumi mesti pergerak pada kelajuan lebih dari 2 kali kelajuan putaran bumi iaitu 3,300 km/jam (sekiranya saiz komet sama besar dengan saiz bumi), dan mesti melanggar bumi pada sudut dan lokasi yang tepat. Kalau ianya melanggar pada kutub utara, maka matahari tidak akan ‘terbit dari barat’.
Yang ke-tiga, teori Al-Quran adalah lebih tepat sebab tidak berlaku kerosakkan yang besar kepada makhluk di bumi. Sekiranya berlaku kemusnahan yang besar (misalnya bumi hancur), maka ini bermakna sudah “betul-betul kiamat” dan bukannya lagi “hampir kiamat”. Di dalam hadith di atas menjelaskan selepas matahari naik dari barat maka segala amalan dan taubat tidak diterima lagi, dan dajal akan turun ke bumi (ini menunjukkan manusia masih lagi hidup di bumi, dan berjalan seperti biasa).
Tambahan pula Al-Quran menyatakan (15:76) manusia akan melihat jalan-jalan tetap tegak, nampak seperti biasa tanpa sebarang kerosakan, dan masih boleh dilalui.
Ke-empat, penjelasan Al-Quran lebih menyeluruh dan dari teori barat. Ahli sains telah mendapati bahawa terdapat ‘2’ jenis permukaan bulan iaitu permukaan yang cerah (yang sentiasa mengadap bumi), dan permukaan gelap (yang sentiasa membelakangi bumi). Ke dua-dua permukaan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza yang amat ketara seperti warna, daya graviti, kandungan bahan-bahan, ketumpatan dan kemampatan, keradioaktifan, dan sebagainya. Oleh itu apabila bulan merekah ia akan merubah polar graviti, mengeluarkan tenaga elektromagnetik yang boleh menyebabkan daya graviti dan magnet bumi bertindak balas.
Sumber: Nizarazu
Pokok pisang bertandan 5
KAMPUNG KUBANG BATANG (Tumpat) – Seorang warga emas di sini, terkejut apabila pokok pisang yang ditanam berdekatan rumah menantunya mengeluarkan lima tandan dan mempunyai lima jantung.Warga emas berkenaan, Che Amat Che Mahmud, 70, berkata, dia menyedari kejadian pelik ini empat hari lalu ketika membersihkan kawasan pokok pisang itu.
“Pakcik tidak mengetahui spesies pokok pisang ini kerana benihnya dari Sabah, namun buah yang keluar itu seakan buah nangka.
“Pokok pisang ini dibawa pulang oleh menantu saya, Saupi dari Sabah. Kalau berdasarkan cakapnya, pokok pisang ini berasal dari Bugis,” katanya.
Menurutnya, pada mulanya dia tidak yakin pokok pisang ini boleh hidup subur kerana akarnya pendek seperti dipotong.
“Bagaimanapun selepas dijaga rapi, ia berbuah tetapi agak pelik kerana mengeluarkan lima tandan,” katanya.
Menurutnya, kejadian pelik itu menyebabkan pokok pisangnya sering menjadi tumpuan orang ramai untuk melihat kekuasaan Allah.
“Pakcik akan biarkan pokok pisang ini berbuah hingga masak, buahnya lebat di setiap tandang walaupun di tandan yang bercabang,” katanya.
Sinar
Penemuan planet yang lebih panas daripada matahari
Salah satu sebab yang menyebabkan panasnya suhu planet itu adalah suhu bintang induknya yang juga panas. Ahli astronomi mengatakan, suhu bintang induk planet itu adalah setinggi 7,160 darjah Celsius, lebih tinggi daripada suhu matahari yang “hanya” 5,600 darjah Celsius. Jarak antara planet ini dengan bintangnya juga hanya 7 peratus jarak planet Mercury ke Matahari.
Kewujudan planet itu telah diketahui sejak tahun 2006 yang lalu namun baru dapat dipastikan pada tahun 2010. Dikatakan, planet tersebut tergolong dalam sejenis planet gas dengan kapasiti kurang dari 4.1 kali kapasiti Jupiter.
Drake Demming dari Goddard Space Flight Center NASA di Greenbelt, Maryland yang tidak terlibat dalam penyelidikan ini mengatakan, “WASP-33 b boleh membantu ahli astronomi mengkaji planet panas yang ciri-cirinya masih lagi misteri.”
Hal yang boleh dipelajari misalnya ada planet yang berorbit dekat dengan bintangnya yang memiliki lapisan atmosfera luar lebih sejuk dari lapisan dalamnya. Ini mengejutkan kerana planet tersebut seperti “dipanaskan” dari luar.
Deming mengatakan, fakta itu ada kaitan dengan wujudnya keadaan asas karbon yang mengubah cara atmosfera memberi respons kepada radiasi. Keadaan kimia tertentu boleh terbentuk akibat sinar ultraviolet dari bintangnya.
“Ini pasti akan menjadi planet yang ingin anda lihat. Ini adalah peluang yang sangat baik untuk kita mengkaji planet yang mengorbit pada bintang yang terlalu panas,” ucap Deming dalam sebuah sesi wawancara dengan majalah New Scientist.
Sumber: Kisah Kita
Air Tasik Berwarna Pink Di Senegal
Warna ini jelas kelihatan semasa musim kering. Tasik juga dikenali untuk kandungan garam yang tinggi, seperti Laut Mati, dan ini membolehkan orang ramai untuk terapung dengan mudah.
Sumber: Melayukini
Cacing Lima Inci Hidup Dalam Mata
Seorang lelaki yang mengalami sakit dan gatal di bahagian mata terkejut selepas mendapati keadaan berkenaan berlaku akibat seekor cacing sepanjang lima inci yang hidup di sebalik bola matanya.
Keadaan itu disedarinya selepas doktor membuat pemeriksaan mata.
PK Krishnamurthy, 75, yang juga seorang pesara dari Mumbai sebelum ini berulang kali ke hospital selepas mendapati matanya sakit dan tidak selesa.
Susulan itu, doktor memutuskan untuk membuat pemeriksaan lanjut dan alangkah terkejutnya mereka apabila menemui cacing di dalam matanya itu.
Cacing itu bagaimanapun berjaya dikeluarkan dalam satu pembedahan kecil, semalam.
Menurut pakar mata di Hospital Fortis, Dr V Seetharaman, Krishnamurthy bernasib baik kerana cacing itu dikesan dan dikeluarkan dengan segera.
“Simptom kesakitan pada bahagian matanya telah hilang dan dia amat bertuah kerana cacing itu hanya berada di bahagian mata.
“Jika ia memasuki bahagian otak pesakit, maka ia akan menyebabkan masalah neurologikal yang amat besar kepada Krishnamurthy,’’ katanya.
Setakat ini doktor masih belum mendapat jawapan bagaimana cacing berkenaan boleh berada di dalam mata pesara berkenaan.
“Cacing itu berjaya memasuki saluran darahnya dan membesar di dalam badan manusia. Ia telah dihantar ke makmal untuk kajian ,’’ kata Dr V Seetharaman.
Dalam pada itu, Krishnamurthy gembira kerana penyakitnya itu dapat dikesan lebih awal.
Sumber: Melayukini
Treler terjunam gara-gara elak lubang
JOHOR BAHRU – Gara-gara cuba mengelak lubang, seorang pemandu cedera ringan dan kelindannya patah kaki kanan apabila treler dinaiki hilang kawalan, lalu terjunam dari jejambat setinggi 10 meter di Jalan Ros Merah Utama, Taman Johor Jaya, di sini, semalam.Dalam kejadian kira-kira 8.07 pagi itu, pemandu, V Ramu, 22, manakala adiknya, V Iswaran, 18, dalam perjalanan menghantar barang dari Melaka ke Pasir Gudang bernasib baik tidak mengalami kecederaan serius akibat kemalangan itu.
“Ketika itu, kami berasa cemas dan terbayang bakal berdepan dengan maut, namun kami bersyukur kerana masih terselamat walaupun adik patah kaki, selepas berjaya keluar daripada treler berkenaan saya terus menghubungi keluarga di Melaka.
Ramu berkata, akibat kemalangan berkenaan beliau mengalami kerugian kira-kira RM30,000 apabila treler yang dipandunya rosak teruk, selain perlu menanggung kos memperbaiki kerana perlindungan insurans hanya membabitkan pihak ketiga.
Sementara itu, bapa mangsa, P Veteveloo, 45, bergegas dari kediamannya di Melaka selepas menerima panggilan Ramu memaklumkan mengenai kemalangan terbabit, termasuk kecederaan yang dialami Iswaran.
“Saya bergegas ke tempat kejadian kerana risau terhadap keadaan mereka, namun bersyukur kerana kedua-dua anak saya selamat,” katanya.
Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba, Taman Johor Jaya, Azemi Abdullah berkata, pihaknya tiba ke lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian membabitkan enam anggota bagi mengalihkan treler berkenaan yang mempunyai muatan karung plastik.
“Disebabkan kemalangan itu, Jalan Ros Merah Utama ditutup daripada laluan trafik sekali gus menyebabkan kesesakan,” katanya.
Beliau berkata, kerja-kerja mengalihkan kenderaan dan muatan selesai kira-kira 2.15 petang, manakala kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk menerima rawatan.
Selamba jual nombor ekor tepi semak
KEMAMAN – Demi mahu kaya cepat tanpa mengenal halal dan haram, segelintir orang Islam di sekitar Bandar Cheneh Baru dan Felda Neram 1, dekat sini, sanggup membeli tiket nombor ekor dengan seorang tauke yang menjualnya di tepi semak berdekatan deretan kedai di simpang tiga utama masuk ke Bandar Baru Cheneh.Hanya berbekalkan sebuah kerusi dan payung, tauke berusia dalam lingkungan 50-an itu selamba menjual tiket loteri tanpa lesen di situ setiap Rabu, Sabtu dan Ahad bermula jam 10 pagi hingga jam 5.30 petang.
Menurutnya, lebih memalukan, majoriti pembeli terdiri daripada orang Melayu dan Indonesia yang merupakan peneroka serta pekerja ladang sawit beragama Islam berusia belasan tahun, sehinggalah yang sudah masuk fasa warga emas.
Selain itu, Orang Asli Sungai Pergam yang tinggal berdekatan dan golongan pekerja ladang wanita warga Indonesia juga antara pelanggan yang sering mengunjungi port jualan judi nombor ekor tidak berlesen itu.
“Dengan harga tiket serendah RM1, ramai penduduk sekitar datang membeli tiket nombor ekor ini.
Apa yang saya dengar ada yang pernah mendapat sehingga RM60,000 selepas tiket nombor yang dibeli mengena. Ramai juga yang menang sebanyak RM12,000.
“Namun, itu semua tidak halal. Bukan sahaja pada bulan biasa, pada bulan puasa juga aktiviti ini berterusan.
Kebiasaannya paling ramai pembeli pada jam 4 dan 5 petang kerana ramai yang baru keluar dari ladang sawit,” katanya ketika ditemui semalam.
Menurutnya, disebabkan tidak berlesen, pembeli yang membeli tiket nombor ekor terbabit boleh menang dengan hadiah lebih lumayan berbanding jika membeli tiket di kedai-kedai judi nombor ekor berlesen, memandangkan hadiah yang dimenangi tidak dikenakan cukai pendapatan.
“Kerana sudah ada di depan mata (mudah untuk dibeli), ramai orang Islam datang beli tiket nombor ekor ini untuk mencuba nasib. Kalau tempat jualan haram ini tiada, saya rasa pembeli tidak akan pergi membelinya di bandar Kuantan atau bandar Kemaman,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan lebih tegas dalam membendung kegiatan itu termasuk mengambil tindakan kepada pembeli yang beragama Islam untuk menyedarkan mereka.
Sinar
Mengaku salah ugut isteri guna parang, kayu
Hukuman terhadap Tuan Mohd Ya’acob Tuan Mahmood, 44, bagaimanapun ditangguhkan Majistret Nur Ahmeed Fahd Abdullah pada 8 Ogos depan.
Berdasarkan tuduhan, dia didakwa mengugut Nik Rohani Hussin, 36, di Kampung Teratak Pulai, Bachok pada jam 1 petang, 27 Januari lalu.
Pada prosiding sama, tertuduh juga mengaku mengugut untuk mencederakan isterinya dengan kayu, pada jam 5 petang, 18 November dua tahun lalu.
Hukuman terhadap tuduhan itu turut sama ditangguhkan, sementara tertuduh dibenarkan diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin.
Terdahulu, tertuduh merayu jaminan terhadapnya dikurangkan dengan alasan dia menanggung tujuh anak yang masih kecil dan bersekolah.
“Saya juga tidak berpendapatan tetap selain isteri tidak bekerja,” katanya.
Sinar
Regim Basyar potong, panggang anggota badan rakyat Syria
Douma: Tentera regim Basyar memotong anggota badan masyarakat awam Syria dan memanggangnya kemudian dibuang dalam tong sampah.
Zalim dan kejam. Semoga Allah melaknat regim Basyar dan sekutunya kerana telah menumpahkan darah umat Islam tanpa hak.
Bertudung: Sharifah Sofia enggan publisiti
SEMAKIN ramai artis wanita yang kini mula bertudung dan terbaru ialah aktres kacukan Melayu-Inggeris, Sharifah Sofia.
Pelakon sitkom Spanar Jaya itu mengumumkan hal tersebut menerusi Twitternya yang disertakan dengan gambarnya bertudung.
Melalui statusnya, Sharifah Sofi a menyifatkan penghijrahan imejnya itu sebagai bab baru dalam hidupnya.
Sebagai permulaan, Sharifah Sofia sudah mula memadam gambar lamanya yang tidak bertudung di laman sosial miliknya.
Sinar
Cano Crystals, Sungai 5 Warna di Colombia
Sebab utama warna air berubah ialah kerana sungai ini dipenuhi pelbagai alga tetapi air sungai ini tetap jernih. Untuk datang ke sini, anda perlu mahir menunggang kuda kerana ia satu-satunya jalan untuk kesini. Wah, hebat sekali kan ciptaan Allah S.W.T
Fakta ringkas:
- Cano Crystals terletak di hutan simpan Serrania de La Macarena, Colombia. Bagi yang tak tau Colombia tu di mana, ia merupakan negara jiran kepada Venezuela.
- Biasanya, Cano Crystal adalah sama dgn kebanyakan sungai-sungai lain. Tetapi untuk satu tempoh di antara musim hujan dan musim kemarau, sungai ini akan dipenuhi dengan pelbagai alga yang merubah sungai ini kepada 5 warna.
- Walaubagaimanapun, air sungai ini tetap jernih dan tidak berkeladak.
- Jika anda berkeinginan untuk datang ke sini, anda harus datang pada waktu yang tepat iaitu di antara musim hujan dan musim kemarau sahaja.
Sumber: Fasihah & v12gether
100 batu nisan dilonggok belakang stor
KANGAR – Projek menambak dan membersihkan Tanah Perkuburan Islam Tok Kembung, Repoh di sini menimbulkan kontroversi apabila waris dan penduduk sekitar mempersoalkan tindakan pekerja sebuah syarikat kontraktor mencabut batu nisan lebih 100 kubur sebelum dilonggokkan di belakang sebuah stor dekat situ sejak sejak Khamis lalu.Antara yang terlibat ialah kubur seorang jurutera komputer, Allahyarham Noor Suzaily Mukhtar, 24, mangsa dicekik, dirogol dan diliwat dalam sebuah bas di Klang pada akhir tahun 2000 apabila batu nisannya turut dicabut.
“Tergamak mereka buat begini pada tanah perkuburan.
“Masalah timbul jika ada waris tidak pasti kedudukan sebenar kubur ahli keluarga mereka selepas batu nisannya dicabut,” katanya.
Menurut Shuib, kubur ibu bapanya turut menjadi mangsa kerakusan para pekerja syarikat kontraktor itu apabila batu nisannya telah tiada manakala kawasan kuburnya pula ditimpa pokok besar yang tidak dialihkan.
Kosmo
Wardina Tidak Akan Berlakon, Tetap Jadi Pengacara
PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot tidak akan bersara daripada dunia hiburan sebaliknya mahu mengurangkan aktivit seni dengan mencuba perkara baru dalam hidupnya.
Wardina berkata, dia berpendapat tiada istilah bersara dalam dunia hiburan kerana ramai selebriti mencari rezeki melalui industri tersebut dan mengakui rindukan kepada bidang pengacaraan.
“Kalau bercakap pasal bersara sebagai pelakon itu benar kerana sudah lama saya tidak menerima tawaran berlakon tetapi tidak bersara daripada industri hiburan.
Wardina adalah pengacara program Al-Hadiyah yang disiarkan pada setiap Jumaat, pukul 1 petang di TV3.
Dalam pada itu, Wardina berkata, dia ingin mempunyai program bual bicara sendiri jika diberi peluang suatu hari nanti dan mahu menfokuskan kepada isu-isu semasa yang boleh memberi manfaat kepada penonton.
Wardina berkata, dia bukan memilih tetapi lebih cenderung kepada program seumpama itu bersesuaian dengan pemikirannya yang lebih matang dalam memperkatakan perkara lebih serius.
“Rasanya sudah tidak sesuai mengacarakan program-program yang lebih ke arah santai dan hiburan kerana lebih cenderung dengan topik yang lebih serius. Itu adalah minat saya,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Wardina berkata, walaupun sudah tidak begitu aktif dalam bidang seni aktiviti hariannya padat setiap hari.
“Selain menguruskan rumah tangga dan anak-anak, saya juga banyak terlibat dalam program-program turun padang dan sedang memberi fokus kepada pengajian dalam bidang psikologi yang berbaki setahun lagi,” katanya.
Sementara itu, bercakap mengenai kerjasamanya dengan jenama langsir terkenal iaitu Elyza’s, Wardina memberitahu dia bersetuju berbuat demikian kerana selain merupakan pelanggan tetap dia tertarik dengan kualiti dan pilihan fabriknya yang pelbagai dan menarik.
“Saya sudah lama menggunakan jenama ini untuk hiasan langsir kediaman saya dan apabila pihak Elyza’s ingin menaja set langsir rumah baru saya, ia adalah saat indah untuk saya.
“Bagaimanapun saya bukan bertindak sebagai duta jenama ini sebaliknya lebih kepada kerjasama antara dua belah pihak,” katanya.
mStar
Muka hancur ditetak samseng
BATU GAJAH: Muka seorang pekerja hotel hancur akibat ditetak bertalu-talu oleh sekumpulan tiga samseng bersenjata parang sebelum mengheret mangsa berusia 20 tahun itu ke dalam kereta dan sejam kemudian, dia ditemui dicampak di tepi jalan berhampiran Kawasan Perindustrian Batu Gajah Perdana, di sini, kelmarin.
Mangsa, R Ganesan, 20, yang ditetak lebih 10 kali di muka dan kepala menggunakan parang oleh kumpulan penjenayah dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap berbahaya di daerah ini, mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Batu Gajah (HBG), tengah malam kelmarin.
Rakan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Sasikumar, 20-an, berkata kira-kira jam 11 malam kelmarin, dia dan Ganesan serta dua lagi rakan berbual di depan rumahnya di Menglembu, di sini, apabila tiga lelaki bersenjatakan parang tiba-tiba muncul dan menyerang mereka.
“Ganesan tidak mampu berbuat apa-apa atau lari menyelamatkan diri kerana kaki kanannya cedera akibat kemalangan dua minggu lalu,” katanya ketika ditemui di perkarangan Unit Forensik HBG di sini, semalam.
Harian Metro
Hartawan misteri sedekah RM2.2 bilion bina masjid seluruh negara
Seorang hartawan misteri mencetuskan kejutan apabila menyatakan hasratnya untuk menyumbang RM2.2 bilion bagi membina masjid, surau dan pusat tahfiz di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Difahamkan, penderma tidak menetapkan jumlah khusus untuk disalurkan kepada setiap negeri tetapi bergantung kepada jumlah yang dipohon oleh jawatankuasa surau dan masjid melalui Jawatankuasa Program Amal Jariah dan Wakaf (AJWA).
Pengerusi jawatankuasa itu, Abu Bakar Mat Drom berkata, jawatankuasa berkenaan ditubuhkan bagi mentadbir dan mengelola wang penderma serta menjalankan amanah individu berkenaan untuk menyalurkan sumbangan itu kepada pihak yang layak.
“Penderma telah mengamanahkan agar tidak mendedahkan identitinya dan saya selaku pengerusi pengelola menjaga amanah ini dan akan menjalankan tanggungjawab ke arah pembangunan modal insan seperti yang dihasratkan oleh penderma,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.
Menurutnya, sebagai pendahuluan sebuah surau bakal dibina di Sekolah Kebangsaan Datuk Tambichik Karim di sini bagi menggantikan surau yang telah uzur dengan kos yang dianggarkan berjumlah RM400,000.
Majlis pecah tanah itu disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan turut dihadiri ahli Exco kerajaan negeri, Datuk Ab. Karim Sulaiman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taboh Naning, Datuk Latipah Omar, ADUN Kuala Linggi, Datuk Ismail Othman dan Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Kassim Mohamad.
Sementara itu, Mohd. Ali menyambut baik hasrat penderma berkenaan dalam membantu kerajaan negeri membina lebih banyak surau, masjid dan rumah anak yatim di negeri ini namun tetap berharap dapat dipertemukan dengan individu terbabit.
Katanya, perjumpaan dengan penderma itu adalah penting bagi mengelak daripada berlakunya sebarang kesulitan di kemudian hari kerana ianya melibatkan banyak pihak termasuk Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Jabatan Pelajaran negeri.
“Saya akan arahkan satu pertemuan diadakan bersama penasihat undang-undang dan kewangan negeri, pihak JAIM, jabatan pelajaran serta agensi yang terlibat bagi mengelak daripada berlakunya masalah,” katanya.
Utusan
The Store buat promosi Carlsberg sempena Ramadhan
Iklan itu yang kemudiannya dimasukkan dalam facebook sekejap sahaja sudah menerima puluhan komen dari pengguna laman sosial itu.
Posting gambar iklan ini dibuat melalui facebok milik Lajnah Penerangan Dppsa (Dewan Pemuda PAS Shah Alam) dan beberapa pemilik lagi telah mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai.
Oleh itu, mereka yang terjumpa iklan sebegini sepatutnya terus membuat bantahan kepada pihak pengurusan pasaraya ini.
Iklan ini seumpama promosi daging babi panggang yang dibuat oleh akhbar MCA, The Star dalam bulan Ramadhan yang lalu.
The Star telah menerima amaran ekoran penyiaran itu.
Namun pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus juga memberi amaran apabila The Star membuat satu lagi kesilapan apabila menyiarkan tulisan dan gambar penyanyi Amerika, Erika Badu yang bertatu nama Allah di dadanya yang telanjang.
Harakahdaily.net
Ular Tedung selar bersarang di atas siling
MACHANG – Dua lelaki di sini, terkejut apabila haiwan disangka biawak di atas siling rumah mereka rupanya ular tedung selar.Mereka mula menyedarinya apabila ternampak kepala haiwan tersebut ketika mencuci rumah.
Katanya, operasi menangkap ular itu memakan masa hampir empat jam apabila ular tersebut bersembunyi di atas siling hingga memaksa anggotanya memecahkan syiling bagi memudahkan tangkapan.
“Ular itu dianggarkan seberat 10 kilogram dengan panjang, empat meter. Ia merupakan, antara tangkapan terbesar pada tahun ini.
“Operasi ini melibatkan empat anggota JPAM dan berjalan dengan lancar walaupun menghadapi kesukaran apabila ia bersembunyi di atas siling rumah,” katanya.
Mohd Razman berkata, sepanjang bulan lalu, sebanyak empat ekor ular tedung selar berjaya ditangkap berdasarkan aduan penduduk.
Katanya, kes melibatkan tangkapan ular antara yang tertinggi yang mana, 50 ekor ular berjaya ditangkap pada bulan lalu.
“Orang ramai boleh menghubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD), JPAM Machang di talian 09- 9750262 atau 09-9750260 bagi mendapatkan bantuan di saatsaat kecemasan.
“PKOD beroperasi 24 jam dengan menawarkan pelbagai bantuan kecemasan sama ada kemalangan jalan raya, tempat kerja, kebakaran, lemas, tangkapan ular, memusnahkan sarang serangga dan pelbagai jenis kecemasan,” katanya.
Mohd Razman berkata, JPAM mempunyai peralatan yang mencukupi serta kakitangan terlatih dalam usaha membantu orang ramai.
Sinar
Buaya Sarawak kembali ganas
BETONG – Belum reda kisah buaya Bujang Sebelak mengganas di Sungai Anak, Roban baru-baru ini, satu lagi siri keganasan reptilia tersebut berlaku di Sungai Meruang, Batang Saribas dekat sini pagi semalam.Kali ini mangsa terbaharu ialah seorang penduduk Kampung Hulu Beladin, Drahman Chali, 55, yang dibaham ketika mahu mencuci tangan pada pukul 8 pagi.
Menurutnya, mangsa kemudian mengajak Mohammad Nor makan terlebih dahulu sebelum menyambung kerja mereka dan dia pergi ke bahagian rakit batang rumbia untuk mencuci tangan sementara rakannya itu berada di daratan.
“Bagaimanapun, tiba-tiba seekor buaya telah melibas Drahman sebelum menarik mangsa ke dasar sungai lalu hilang sebelum timbul seketika di permukaan dalam jarak 50 meter daripada pandangan rakannya.
“Mohammad Nor yang terkejut dengan kejadian itu telah cuba menyelamatkan mangsa dengan terjun ke sungai itu namun buaya berkenaan semakin jauh ke tengah sungai,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Kosmo
Tak sangka miliki cemeti emas asli
BALING – Seorang kontraktor teruja setelah mendapati cemeti lama yang dimilikinya selama ini adalah cemeti emas kuning asli dipercayai berusia beratus tahun lalu.Mazlan Md Nor, 48, terkejut setelah seorang tukang emas mengesahkan cemeti yang dimilikinya itu cemeti emas kuning asli yang sukar diperoleh kini.
“Cemeti ini berasal dari nenek moyang saya. Kemudian diserahkan kepada ayah seterusnya kepada saya.
“Saya difahamkan, cemeti itu berasal dari Mataram, Indonesia dan peralatan istiadat kerajaan di Indonesia ketika waktu dulu,” katanya. Mazlan berkata, dia hanya simpan khazanah itu di dalam rumahnya dan jarang menceritakan perkara itu kepada orang lain melainkan rakan baik.
“Saya tidak menyangka itu adalah emas tulen sehinggalah ada seseorang tukang emas yang ingin mengesahkan ketulenan cemeti itu.
“Malah corak cemeti itu buatan tangan,” katanya.
Dia berkata, tukang emas itu menyarankan kepadanya agar tidak sama sekali menyerahkan cemeti itu kepada orang lain kerana dipercayai mempunyai kuasa tertentu.
“Namun, sebagai seorang Muslim, saya tidak boleh terlalu mengagungagungkan cemeti itu. Saya cuma terkejut kerana cemeti itu cemeti tulen,” katanya.
Katanya, terdapat pihak yang pernah menawarkannya RM200,000 untuk memiliki khazanah terbabit, tetapi dia terpaksa menolak atas alasan tertentu.
Mazlan berkata, dia berharap pihak yang berkenaan terutama bahagian kaji sejarah mengkaji terlebih dahulu cemeti itu.
“Saya ingin tahu asal usul cemeti ini, adakah ia milik sebuah kerajaan dulu kala ataupun ia hanya barangan purba yang ditinggalkan oleh masyarakat terdahulu.
“Justeru, sama amat mengalualukan pihak berwajib dapat tampil bagi membuat kajian mengenai khazanah ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, pakar sejarah mahupun sesiapa yang berpengetahuan mengenai khazanah ini boleh menghubunginya menerusi 017-4806789.
Kosmo
VIDEO: Pontianak Terbang Di Highway Karak?
Kecoh di laman Internet terutamanya di laman Facebook apabila satu video ‘seram’ tersebar meluas kepada pengguna-pengguna Facebook.
Dalam video ‘seram’ iaitu ‘Pontianak …merayau di KM 42 Bukit Tinggi arah ke Kuantan’, jelas menunjukkan terdapat kelibat hantu atau pontianak yang sedang berdiri di tepi jalanraya.
Kalau ditonton sepanjang video itu, pontianak itu sekejap mencecah tanah, dan sekejap kemudian dia terbang ke langit.
Meremang jugalah bulu roma!
Opss!
Jangan terpedaya! Itu hanyalah video yang sengaja diada-adakan.
Yang sebenarnya, kelibat pontianak yang dilihat itu hanyalah lakonan semata-mata.
Tak percaya? Cuba tonton video yang lagi satu.
Video yang kedua itu menunjukkan perjalanan sebenar sewaktu proses pengambaran filem berjudul ‘Momok Jangan Panggil Aku’ arahan M. Jamil.
Jadi, bagi penonton-penonton yang sedang menyaksikan pengambaran yang dijalankan di highway itu, memanglah sengaja merakam ‘aksi’ pontianak manusia yang terbang.
Lagi pun, video ala-ala ‘seram’ itu sudah lama berada di laman You Tube. Sekarang saja baru disebarkan.
Subhanallah! Rama-Rama Cermin Yang Unik
Namun Rama-Rama ‘Cermin’ ( Glasswinged butterfly [Greta oto] ) adalah spesis yang unik kerana pada kedua-dua belah sayapnya adalah lutsinar. Jom kita melihat gambar di bawah ini.
Sungguh cantik ciptaan Allah SWT. Rama-rama ini mempunyai keunikan dan tarikan yang tersendiri. Antara keunikan yang jelas kelihatan adalah sayapnya yang lutsinar sehingga menampakkan imej di bahagian sana. Ketika inilah kita perlu sentiasa memuji kebesaran Allah SWT. Rama-rama yang sungguh luar biasa.
No comments:
Post a Comment