Monday, July 2, 2012

KECURIAN...BUNUH MEMBUNUH SERTA ZINA@PELACUR ...KEMALANGAN MENJADI-JADI...


SANTAPAN ROHANI - PAGI SELASA 3 JULAI 2012
ABU JAHAL MENGGANGGU NABI S.A.W. BERSOLAT

BISMILLAHIR ROHMA NIR ROHIM

Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a bahawa " Pernah satu kali Baginda S.A.W. sedang solat dekat Ka’bah... Berhampirannya terdapat ABU JAHAL dan beberapa orang rakannya sedang duduk di situ... Sebahagian mereka berkata: SIAPAKAH DIANTARA KAMU YANG BERANI MENGAMBIL KOTORAN UNTA bani fulan dan meletakkannya di atas belakang Muhammad yang sedang solat?"...

Maka bangkitlah manusia paling celaka iaitu Uqbah bin Abu Mu’aith dan dia datang dengan kotoran itu... Dia menunggu dan memerhatikan Nabi s.a.w. yang sedang solat... Bila Baginda sujud, dia MELETAKKAN KOTORAN ITU DIANTARA BAHU NABI S.A.W.... Ibn Mas’ud berkata : Aku melihat sendiri kejadian itu, tapi aku tidak mampu untuk mencegahnya... Abu Jahal dan kawan-kawannya KETAWA TERBAHAK-BAHAK, sambil saling tunjuk menunjuk antara satu sama lain... Baginda s.a.w. terus sujud dan tidak dapat mengangkatnya, sehinggalah puterinya datang dan membuang kotoran yang terdapat di atas belakang Nabi s.a.w... Barulah Baginda s.a.w. dapat bangkit dari sujud dan mengangkat kepalanya. Kemudian Baginda s.a.w. bersabda: ” Ya Allah, hukumlah Orang-orang Quraisy ini!”....

Baginda s.a.w. mengucapkannya sebanyak tiga kali sehingga mereka semua berasa kesal kerana Muhammad s.a.w. telah mendoakan kecelakaan ke atas mereka.... Mereka tahu doa di Baitullah adalah mustajab.... Kemudian Nabi s.a.w. menyebut nama-nama mereka... " YA ALLAH, HUKUMLAH ABU JAHAL, hukumlah Utbah bin Rabi’ah, Syaibah bin Rabi’ah, al-Walid bin Utbah, Umayyah bin Khalaf, Uqbah bin Abu Mu’aith... Demi yang diriku di tanganNya, AKU TELAH MELIHAT SENDIRI ORANG-ORANG YANG DISEBUTKAN OLEH NABI S.A.W. MATI BERGELIMPANGAN DI Peperangan Badar...." ( HR Imam al-Bukhari )....

PENGAJARAN DARI HADITH INI :

1- CACIAN, PENGHINAAN, FITNAH adalah lumrah dalam perjuangan menegakkan kebenaran...

2- DIHARUSKAN BERDOA KEBURUKAN kepada mereka yang melakukan kezaliman atau melampaui batas...

3- KITA HENDAKLAH sentiasalah berdoa dan jangan berputus asa... kerana DOA NABI S.A.W. sendiri pun TIDAK DITUNAIKAN SERTA-MERTA, malah bertahun-tahun baru doa Nabi S.A.W. menjadi kenyataan...... Oleh itu BERSABARLAH DALAM BERDOA.....

4- JANGAN MELAKUKAN KEZALIMAN kepada sesiapa jua, kerana doa orang yang dizalimi adalah mustajab....
 
 

‘Itali tewas’ 4 das

Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Seorang anggota polis kini koma selepas ditembak empat das oleh rakan setugasnya ketika berselisih faham ketika mereka bersama-sama menonton perlawanan akhir kejohanan bola sepak Euro 2012 antara Itali dan Sepanyol menerusi skrin besar di sebuah premis hiburan, awal pagi semalam.
Pertembungan dua pasukan bola sepak gergasi Eropah itu berkesudahan Sepanyol yang terkenal dengan jolokan La Roja menumpaskan pasukan Azzurri 4-0.
Kejadian berlaku di sebuah premis hiburan di Taman Nusa Bestari, di sini, pada jam 4 pagi dan mangsa seorang konstabel berusia 24 tahun berasal dari Sarawak.

Sumber polis berkata, mangsa ditembak di perut sebelum rebah di tempat kejadian.


“Mangsa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru,” katanya.

Maut dipaksa minum asid



KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga emas menemui ajal selepas dipaksa minum sejenis cecair dipercayai asid oleh sekumpulan penjenayah yang dipercayai konco ceti haram atau along.
Mangsa, Tan Chong Hong, 58, yang berasal dari Taman Pertama, Cheras, di sini, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), jam 3 petang kelmarin.

Sumber polis berkata, pada jam 1 tengah hari Jumaat lalu, mangsa dihantar anak lelakinya ke klinik berdekatan rumahnya kerana mengalami masalah kesihatan.
Menurutnya, selepas mendapat rawatan mangsa berjalan sendirian untuk pulang ke rumah kerana anaknya mempunyai urusan lain.

“Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, empat lelaki menculik mangsa dengan sebuah kereta sebelum dia ditemui orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi jalan jam 5 petang keesokan hari.

“Polis masih menyiasat tempat mangsa ditemui kerana setakat ini orang awam yang menghantar mangsa ke PPUKM masih gagal dikesan,” katanya.

Sumber itu berkata, anak lelaki mangsa yang dihubungi pihak hospital pada jam 9 malam Jumaat lalu bergegas ke hospital untuk menemui ayahnya. Menurutnya, mangsa meninggal dunia di PPUKM jam 3 petang kelmarin dan laporan bedah siasat mengesahkan kematian mangsa disebabkan kerosakan organ dalaman di perut akibat tindakan bahan kimia.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan mengesahkan wujud bahan beracun dalam badan mangsa.
“Bagaimanapun, polis masih melakukan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca kematian mangsa,” katanya.

11 penumpang cedera bas persiaran terbalik

SUNGAI BULOH: “Kami terpaksa menahan kenderaan orang awam untuk membawa penumpang yang cedera ke Hospital Sungai Buloh (HSB) kerana tidak mampu menunggu ambulans tiba berikutan hujan lebat,” kata Mohd Zuhairi Abdullah, 22, mangsa kemalangan sebuah bas persiaran yang terbabas dan terbalik di Kilometer 457.7, Lebuh raya Utara-Selatan (Plus) arah utara berhampiran Restoran Jejantas Sungai Buloh, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian jam 3 petang itu, bas dinaiki 28 penumpang dan dua pemandu dari terminal bas Hentian Duta dalam perjalanan ke Alor Setar dikatakan melanggar pembahagi jalan sebelum terbabas dan terbalik menyebabkan 11 penumpang cedera dan dirawat di HSB manakala penumpang lain dirawat sebagai pesakit luar.

Menurut pelajar Politeknik Seberang Perai (PSP), Pulau Pinang itu, dia sedang tidur ketika kejadian apabila tiba-tiba terjaga kerana terasa bas terhoyong-hayang.
“Bas dinaiki bergoyang dengan kuat dan ketika itu suasana dalam bas sangat cemas dengan jeritan dan tangisan penumpang.

“Saya berpaut pada tempat duduk kerana bimbang terjatuh sebelum terdengar dentuman kuat dan berasa bas semakin senget sebelum terus terbalik,” katanya.

Katanya, selepas bas terbalik, dia melihat ramai penumpang terutama yang duduk di belakang bertindih antara satu sama lain.

“Saya segera keluar dari bas menerusi cermin depan yang pecah dan membantu penumpang lain yang kebanyakan warga emas. Malah, saya turut membantu mengeluarkan seorang kanak-kanak yang cedera di kepala, manakala ibunya pula cedera di muka.

“Ketika kejadian hujan sangat lebat dan tiada tempat berteduh menyebabkan penumpang terpaksa menahan kenderaan awam yang melalui tempat kejadian supaya menghantar mereka ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya.
Mohd Zuhairi berkata, dia yang sedang bercuti semester dalam perjalanan pulang ke rumah di Alor Setar, selepas melawat abangnya di Shah Alam, Selangor.

Seorang lagi penumpang, Gloria Agaloos, 32, pelancong dari Manila, Filipina, berkata dia juga sedang tidur apabila terjaga akibat terdengar jeritan kuat penumpang lain.

“Saya panik melihat suasana kelam-kabut dalam bas dan tidak berhenti berdoa supaya kami semua selamat sebelum bas tiba-tiba terbalik menyebabkan saya terhumban ke bawah.

“Kepala saya turut terhantuk dan dalam keadaan kesakitan itu saya merangkak atas serpihan kaca untuk keluar dari bas menyebabkan jari kaki terluka,” katanya.

Katanya, dia dalam perjalanan ke Pulau Pinang untuk bercuti selepas menghabiskan dua minggu melawat sekitar ibu negara.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan awal mendapati pemandu bas terbabit dipercayai gagal mengawal kenderaannya kerana dipandu laju sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

Umpan anjing untuk ‘pesalah’

Oleh Adi Safarman
am@hmetro.com.my

DITANGKAP...Embol  (dua dari kanan) bersama penduduk Kampung Lubok Nanga Sungai Nyiar mengusung bangkai buaya yang dipercayai menyerang isterinya, Sia.
DITANGKAP...Embol (dua dari kanan) bersama penduduk Kampung Lubok Nanga Sungai Nyiar mengusung bangkai buaya yang dipercayai menyerang isterinya, Sia.
SARATOK: Selepas hampir dua minggu menjadi buruan, akhirnya buaya paling dikehendaki kerana membunuh seorang wanita, Sia Munsong, 42, pertengahan bulan lalu, tewas di tangan seorang bomoh di Lubok Nanga Sungai Nyiar, Roban, pagi semalam.
Penangkapan buaya jantan hampir empat meter panjang oleh Indet Senabong, 49, yang juga pawang buaya terkenal, hasil penggunaan umpan anjing yang mengena pada jam 8.30 pagi.
Menurut Indet yang berasal dari Ulu Paku, Spaoh, mereka turun memasang umpan di beberapa tempat di sungai yang sebelum itu dijampi terlebih dulu, bermula jam 6.30 petang kelmarin.

“Umpan dijampi untuk ‘pesalah’ yang pernah membunuh manusia dan apabila air pasang, buaya dimaksudkan akan datang untuk memakan umpan itu.


“Hanya buaya ‘bersalah’ akan datang memakan umpan anjing putih itu. Perkara ini disedari seawal jam 8 pagi tadi (semalam) dan beberapa penduduk bergegas ke Lubok Nanga yang terletak tiga kilometer dari rumah panjang Sungai Anak,” katanya.

‘Terbayang bagaimana jika saya dibunuh’



TRAUMA...Jamal menunjukkan katil besi yang digunakan suspek untuk menghempapnya.
TRAUMA...Jamal menunjukkan katil besi yang digunakan suspek untuk menghempapnya.
LOKASI KURUNG...rumah kosong tempat Jamal dikurung penjenayah terbabit.
LOKASI KURUNG...rumah kosong tempat Jamal dikurung penjenayah terbabit.
GOMBAK: “Saya hanya terfikir mati dan mengucap tiga kali. Dalam fikiran hanya terbayang bagaimana jika saya dibunuh dan perasaan keluarga jika menerima berita kematian saya.
“Malah ketika itu, kedua-dua tangan dan kaki saya diikat dengan tali, manakala mulut disumbat kain menyebabkan saya sukar bernafas. Saya merayu mereka membuka ikatan, tetapi dipukul dengan besi katil selain menolak saya hingga tersungkur ke lantai,” kata lelaki yang mahu dikenali Jamal, 33, menceritakan detik cemas disamun dan dikurung dua lelaki bersenjatakan pisau dan sabit.

Jamal yang masih trauma dengan insiden berkenaan berjaya menyelamatkan diri sebaik kedua-dua lelaki itu meninggalkannya bersendirian dalam keadaan badan dihempap dengan katil besi dan berikat di sebuah rumah dalam pembinaan di Batu 10 Jalan Gombak sebelum meminta pertolongan penduduk berhampiran.
Malah, dia bukan saja disamun dan dikurung, tetapi rumah disewa bersama anak saudaranya di Taman Koperasi Polis, di sini, turut dipecah masuk lelaki terbabit menyebabkan kerugian hampir RM20,000 selepas kereta Proton Iswaranya dilarikan.

Menceritakan kejadian itu, Jamal berkata, dia baru selesai minum bersama rakannya di sebuah gerai di Taman Greenwood, jam 4 pagi awal pagi Sabtu lalu, sebelum berjalan ke kereta yang diletakkan di bahu jalan.

“Saya menyedari seperti diekori dua lelaki, tetapi tidak mempedulikannya sebelum lelaki itu mengacukan pisau di leher sebaik saya mahu membuka pintu kereta.

“Manakala seorang lagi masuk ke bahagian penumpang depan dan meletakkan sabit di perut saya. Mereka mengarahkan saya tidak melawan dan memandu ke kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak,” katanya.

Sebaik tiba di kawasan tapak pembinaan berhampiran Batu 10, dia diarahkan keluar daripada kereta dan masuk ke sebuah rumah sebelum kedua-dua tangan dan kakinya diikat.
Katanya, lelaki terbabit mengambil telefon bimbit dan dompetnya selain mengarahkan memberikan kata laluan kad mesin juruwang automatik (ATM) miliknya.

“Saya yang ketakutan mengikut arahan dan merayu minta dilepaskan. Mereka berterusan memukul dan menolak saya hingga tersungkur ke lantai selain dihempap katil besi.

“Mereka meninggalkan saya sendirian. Saya berusaha melepaskan ikatan, tetapi gagal. Saya terpaksa melompat keluar dari rumah itu dan meminta bantuan seorang pengawal keselamatan di sebuah bangunan pejabat tidak jauh dari tempat saya dikurung,” katanya.

Jamal berkata, pengawal itu membuka ikatan sebelum seorang lelaki yang melalui jalan berkenaan menghantarnya ke Balai Polis Gombak membuat laporan.

Sebaik pulang ke rumah, dia mendapati rumahnya berselerak dan sebaik diperiksa, didapati dua komputer riba, dua telefon bimbit dan wang tunai RM500 hilang.

Bagaimanapun, anak saudara perempuannya yang berusia 22 tahun dan suaminya yang tinggal bersama tidak cedera kerana tidur dalam sebuah bilik serta tidak menyedari kejadian itu kerana lelaki terbabit membuka pintu rumah menggunakan kunci miliknya yang disamun sebelum itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Benam mayat dalam perigi

Oleh Iskandar Shah Mohamed dan Arifin Salleh
am@hmetro.com.my

TRAGIS...anggota polis mengusung mayat mangsa untuk dibedah siasat.
TRAGIS...anggota polis mengusung mayat mangsa untuk dibedah siasat.
ALOR GAJAH: Seorang lelaki warga emas mati dalam keadaan menyedihkan apabila kepalanya dipukul dengan objek keras dan mayatnya dicampak ke dalam perigi sedalam enam meter di rumahnya sendiri di Bukit Sebang, di sini.
Bagi mengelak mayat Yau Fook San, 68, ditemui, penjenayah terbabit menggunakan enam kusyen untuk menindih dan menutup mayat mangsa dalam perigi itu.
Mayat Yau ditemui selepas ahli keluarganya dari ibu negara datang ke rumah itu apabila gagal menghubungi telefon bimbit mangsa, jam 4.20 petang kelmarin.
Difahamkan, perkara itu disedari jiran terdekat yang tidak melihat kelibat tukang cat itu sejak beberapa hari lalu, sebelum memaklumkan kepada keluarga mangsa.
Sejurus tiba, beberapa ahli keluarga mendapati rumah setingkat itu dalam keadaan berkunci dan mereka memanggil nama mangsa, tetapi tidak berjawab.
Mereka kemudian masuk mencari mangsa dan mendapati kusyen di rumah itu hilang selain ternampak kesan darah pada peti sejuk, lalu menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin berkata, bertindak atas maklumat diterima, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian.
“Hasil pemeriksaan, didapati bahagian dalaman rumah mangsa dalam keadaan kemas dan tersusun, namun ketika memeriksa ruang dapur, polis mendapati sebuah perigi yang ada di situ mengandungi enam kusyen.
“Selepas semua kusyen itu dibawa keluar, mayat mangsa ditemui dalam keadaan mukanya terbenam ke dalam air,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Hadir sama, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) negeri, Superintendan R Gunarajan.

Menurutnya, polis terpaksa meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Alor Gajah untuk mengeluarkan mayat mangsa berikutan saiz perigi yang terlalu sempit.

Umar berkata, beberapa kesan luka ditemui di kepala mangsa dipercayai dipukul dengan objek keras sebelum mangsa dicampak ke dalam perigi terbabit.

8 diperdaya

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Berbekalkan janji manis tawaran pekerjaan sebagai pelayan restoran, lapan wanita warga Vietnam termasuk seorang remaja bawah umur dijadikan hamba seks oleh satu sindiket pemerdagangan manusia untuk tujuan seks dengan mengurung mereka di sebuah rumah 2 1/2 tingkat di Taman Desa Aman, Cheras, sejak beberapa bulan lalu.
Bagaimanapun, hasil maklumat orang awam, sepasukan polis dari Unit Anti Pemerdagangan Orang (Atip), Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Bukit Aman menyerbu rumah disewa sindiket, jam 2.15 petang kelmarin. Penolong Pengarah Tahanan D7, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Asisten Komisioner Kamarulzaman Mamat berkata, tiga lelaki tempatan dipercayai bapa ayam ditahan dalam rumah berkenaan.

“Kami menerima maklumat mengenai kegiatan sindiket terbabit sebelum sepasukan polis membuat intipan dan menyerbu rumah berkenaan petang semalam (kelmarin).
“Ketika serbuan, seorang lelaki tempatan dipercayai penjaga rumah berkenaan membuka pintu selepas dipanggil beberapa kali dan pemeriksaan mendapati semua mangsa dikurung dalam empat bilik di tingkat dua rumah itu,” katanya, semalam.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati dua daripada lapan wanita itu baru dua hari tiba di Malaysia dan dijanjikan pekerjaan sebagai pelayan restoran.

Bagaimanapun, sebaik tiba di negara ini, mangsa dikurung di rumah berkenaan dan dibawa keluar untuk melayan pelanggan di hotel tertentu atas permintaan pelanggan sebelum dibawa balik ke rumah itu sebaik kerja mereka selesai.

“Seorang daripada mangsa berusia 17 tahun dan selebihnya berusia 20-an dan kegiatan pelacuran itu dipercayai beroperasi sejak beberapa bulan lalu. “Tiga lelaki yang dipercayai bapa ayam dan penjaga rumah berkenaan masing-masing berada di tingkat satu dan dua rumah itu,” katanya.

Menurutnya, semua wanita yang diselamatkan mengikut Seksyen 44 Akta Atip 2007 itu kemudian dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras untuk membantu siasatan, manakala tiga lelaki itu ditahan untuk siasatan lanjut.

Warga Mesir kena tangkap



KUALA LUMPUR: Tingkah laku mencurigakan seorang warga Mesir yang dapat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran empat mesin juruwang automatik (ATM) sebuah pasar raya besar di Wangsa Maju yang disamun kelmarin memberi petunjuk dalam siasatan polis dan lelaki terbabit ditahan jam 1 tengah hari semalam bagi membantu siasatan.
Lelaki berusia 31 tahun itu, yang juga pekerja di sebuah kedai menjual barangan hiasan bersebelahan ATM berkenaan ditahan di tempat kerjanya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, dalam rakaman itu kelihatan lelaki berkenaan sedang memerhatikan CCTV di kawasan mesin ATM itu dihalakan ke arah lain oleh ahli kumpulan samun itu.
“Rakaman beberapa CCTV di kawasan sekitar mesin ATM itu menunjukkan lelaki warga Mesir berkenaan sedang memerhatikan ada individu mengubah kamera yang menghala ke mesin ATM ke arah lain iaitu arah laluan orang ramai.

“Polis percaya lelaki terbabit dapat membantu siasatan dan kita kini menahannya bagi siasatan lanjut,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, siasatan lanjut di sekitar kawasan pasar raya selain rakaman CCTV turut mendapati kegiatan samun terbabit dilakukan tidak kurang dari enam orang dan dipercayai menggunakan dua kenderaan Toyota Wish dan Perodua MyVi atau Viva.

“Pemeriksaan polis turut menemui beberapa bahan bukti dipercayai ditinggalkan kumpulan samun berkenaan, termasuk sarung tangan, botol minuman dan sejadah,” katanya.

“Kita percaya kumpulan penjenayah profesional ini terdiri daripada warga asing dan tidak menolak kemungkinan adalah kumpulan sama yang menyamun beberapa mesin ATM di sekitar Lembah Klang sejak awal Mei lalu,” katanya.
Katanya, kumpulan penjenayah terbabit turut mengetahui selok-belok pasar raya serta mesin ATM berkenaan dan membuat pemantauan rapi di premis itu kerana mereka mengetahui laluan paling mudah untuk memecah masuk pasar raya tanpa dikesan pengawal keselamatan dengan memasuki bangunan melalui pintu belakang yang tidak kukuh dan hanya diperbuat dari papan.

“Ini memang jenayah terancang, namun hasil siasatan mendapati ia bukan dilakukan Geng Oxy yang menggunakan modus operandi alat pemotong logam oxyacetylene ketika merompak seperti pernah dilaporkan beberapa tahun lalu kerana kumpulan terbabit lebih mensasarkan kedai emas dan pajak gadai.

“Kes ini juga tiada kaitan dengan kumpulan penjenayah yang mencuri mesin prosesor dan aksesori endoskopi di beberapa hospital bulan lalu yang membabitkan kerugian RM4.6 juta,” katanya.

Menurut Khairi, satu pasukan khas yang diketuai sendiri oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah juga ditubuhkan bagi menyiasat dan memburu suspek kes samun berkenaan.

Harian Metro semalam, melaporkan sekumpulan lapan lelaki menggunakan alat pemotong logam oxyacetylene untuk memotong pintu empat mesin juruwang automatik (ATM) sebelum melarikan wang tunai berjumlah RM1.17 juta dalam kejadian di sebuah pasar raya besar di Wangsa Maju.

Salun dosa masuk desa

Oleh Maria Uffa Zulkafeli
am@hmetro.com.my

PENDANG: Khidmat urut kaki dan salun rambut yang turut menyediakan khidmat seks, kini mula beroperasi di kawasan kampung apabila enam wanita warga Thailand ditahan kerana terbabit kegiatan terkutuk itu dalam operasi Jabatan Imigresen Kedah di Kampung Titi Akar dan Kampung Tok Set, di sini, petang kelmarin.
Enam wanita berusia 28 hingga 46 tahun itu ditahan selepas pemeriksaan mendapati mereka melanggar syarat Pas Lawatan Sosial (PLS) dan dipercayai turut menyediakan khidmat seks kepada pelanggan yang kebanyakannya penoreh getah.

Ketua Bahagian Penguat kuasa Imigresen Kedah, Nar Azaman Ibrahim berkata, serbuan pada jam 6 petang itu membabitkan 15 anggota dan pegawai imigresen hasil risikan serta maklumat orang awam berhubung aktiviti tidak bermoral di premis berkenaan.

“Ketika serbuan, ada lima pelanggan sedang menanti giliran dan dipercayai mahu mendapatkan khidmat urutan serta seks, namun mereka sempat melarikan diri termasuk ada yang berlari tanpa pakaian ke kawasan semak berhampiran,” katanya.


Menurutnya, sebelum serbuan dibuat enam penguat kuasa imigresen menyamar sebagai ‘pelanggan’ dan siasatan mendapati bayaran dikenakan bagi khidmat urutan RM40 sejam serta RM80 untuk khidmat seks.



Maut dihempap peti sejuk

Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my

KUANTAN: Niat murni seorang lelaki membantu majikannya memindahkan peti sejuk ke rumah baru dengan menaiki pacuan empat roda berakhir tragedi apabila maut akibat dihempap peti sejuk itu yang terbalik selepas dikatakan terlanggar palang besi di Jalan Haji Ahmad, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, mangsa, Syamsul Huda, 39, dari Indonesia disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, akibat cedera parah di kepala.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim, berkata sebelum kejadian, mangsa bersama seorang rakannya berada di bahagian belakang pacuan empat roda itu yang dipandu majikannya sambil membawa peti sejuk.
Menurutnya, bagaimanapun, sebaik tiba di sebuah jambatan sempit, majikan mangsa dipercayai tidak menyedari terdapat palang kemudian melaluinya sebelum palang berkenaan terkena peti sejuk dipegang mangsa.

Katanya, berikutan itu, peti sejuk berkenaan kemudian terbalik lalu terkena kepala mangsa sebelum kejadian itu disedari majikannya.

“Majikan mangsa bersama seorang lagi pekerjanya bergegas mengangkat dan mengalihkan peti sejuk berkenaan sebelum menghantar mangsa ke HTAA untuk rawatan akibat cedera di kepala,” katanya, semalam.

No comments:

Post a Comment