Sunday, July 1, 2012

JANGAN KITA NAYA KAT ORANG...BUAT JAHAT DLL...KERANA MUNGKIN DIDUNIA ALLAH DAH HUKUM...ITU BELUM YANG DIAKHIRAT...BERTAUBAT DAN BERTAQWALAH

Bayi terlantar diazab pengasuh

Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my

KASIHAN...Salmah menyusukan Muhammad Zafran yang cedera parah.
KASIHAN...Salmah menyusukan Muhammad Zafran yang cedera parah.
PASIR GUDANG: Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan, patah tangan dan kaki kiri hingga terpaksa ditahan di wad kanak-kanak Hospital Sultan Ismail (HSI), dipercayai didera pengasuh di sebuah rumah di Taman Bukit Dahlia di sini, Jumaat lalu.
Kecederaan mangsa, Muhammad Zafran Anaqi Muhammad Razali atau Zafran dikesan bapanya, Muhammad Razali Hamzah, 32, ketika membawanya keluar dari rumah pengasuh yang juga jirannya kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Muhammad Razali yang juga warden Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Johor Bahru berkata, dia bersama isteri, Salmah Aya, 31, seorang guru, pada mulanya cuba memujuk Zafran selepas bayinya itu tidak berhenti menangis selama hampir sejam.

‘Untung’ RM1.17j dalam sejam

Oleh Raja Noraina Raja Rahim dan Na’imah Mohamed
am@hmetro.com.my

PERIKSA...pengawal keselamatan memeriksa mesin ATM yang dipecahkan.
PERIKSA...pengawal keselamatan memeriksa mesin ATM yang dipecahkan.
KUALA LUMPUR: Sekumpulan lapan lelaki dipercayai Geng Oxy kerana menggunakan modus operandi alat pemotong logam oxyacetylene ketika merompak mengambil masa kurang sejam untuk memotong pintu empat mesin juruwang automatik (ATM) sebelum melarikan wang tunai berjumlah RM1.17 juta dalam kejadian di sebuah pasar raya besar di Wangsa Maju, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3.06 pagi itu, empat daripada enam mesin ATM ditempatkan di kawasan khas untuk ATM dipecahkan dengan menggunakan alat pemotong logam itu manakala dua lagi tidak sempat dipecahkan.
Saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Suresh, 20-an berkata, ketika kejadian, terdapat dua pengawal keselamatan bertugas iaitu seorang meronda kawasan manakala seorang lagi mengawasi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bilik pengawal.

Katanya, melalui CCTV itu, kelihatan ada pergerakan lapan lelaki memakai penutup muka dan berbaju gelap memasuki kawasan pasar raya itu kira-kira jam 3 pagi.

3 bekas pelajar ditahan

Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my

BERKAS...polis menahan dua suspek wanita yang jual  ijazah palsu USM di laman web.
BERKAS...polis menahan dua suspek wanita yang jual ijazah palsu USM di laman web.
GEORGETOWN: Tiga ahli sindiket yang cuba mengaut keuntungan dengan menawarkan ijazah palsu untuk dijual menerusi laman web, ditahan sepasukan polis di sebuah rumah di Kampar, Perak, malam kelmarin.
Dalam operasi yang dilakukan sepasukan polis Pulau Pinang jam 8 malam itu, tiga ahli sindiket terbabit iaitu masing-masing dua wanita dan seorang lelaki berusia 20-an, ditahan selepas Universiti Sains Malaysia (USM) membuat aduan berhubung kegiatan itu sebelum ini.
Difahamkan, ahli sindiket terbabit menjual ijazah palsu itu dan menawarkannya melalui laman web dengan harga yang mencecah hingga RM5,000.

Sasaran mereka adalah pelajar yang tidak perlu bertungkus-lumus mengulangkaji pelajaran dan juga orang awam yang mahukan ijazah dengan mudah tanpa perlu menduduki peperiksaan atau mengikuti kelas.

Malang pencuri buta IT

Oleh Safuri Kamarudin
am@hmetro.com.my

MALANG...anggota polis  menahan dua lelaki terbabit.
MALANG...anggota polis menahan dua lelaki terbabit.
BALING: Akibat tidak mahir dengan peralatan canggih, tindakan dua lelaki melarikan sebuah kenderaan pacuan empat roda tanpa mematikan alat sistem pengesanan global (GPS), membawa padah apabila mereka ditahan di persimpangan lampu isyarat Pekan Baling, di sini, semalam.
Kejadian berlaku jam 11.45 pagi apabila kenderaan Toyota Hilux yang dilarikan daripada pemiliknya di Sungai Siput Utara, Ipoh, Perak, dikesan berada di kawasan Baling sebelum dimaklumkan kepada pihak polis untuk tindakan.
Berdasarkan maklumat, sepasukan anggota polis diketuai Pegawai Perisikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Baling, Inspektor Abd Aziz Mat Resof, menahan dua lelaki berusia 30 dan 34 tahun berkenaan selepas bergelut selama 10 minit.

Sumber berkata, sebelum itu kedua-dua suspek berkenaan dipercayai mencuri kenderaan terbabit jam 3.40 pagi sebelum memandu tanpa arah tujuan sehingga ke Alor Setar dan berpatah semula ke Pendang sebelum tiba di Baling.



Lelaki bogel menjerit ditemui mati terbaring



MIRI: Seorang lelaki yang ditemui mati dalam keadaan bogel di tempat letak kereta di rumahnya di Jalan Aru, Holiday Park, di sini, turut mempunyai kesan luka pada siku kiri, semalam.
Mayat lelaki dikenali sebagai Lee, berusia 40-an itu ditemui di belakang kenderaannya oleh beberapa remaja lelaki berusia awal 20-an yang kebetulan melalui kawasan rumah terbabit, kira-kira jam 4 pagi, sebelum menghubungi polis.

Jiran mangsa yang enggan dikenali berkata, lelaki terbabit secara tiba-tiba menjerit jam 7 malam kelmarin, menyebabkan beberapa jiran lain di kawasan sekitar terkejut.
Bagaimanapun, katanya, mereka mengambil keputusan tidak mempedulikan jeritan itu, berikutan mangsa pernah memberi amaran supaya tidak mencampuri urusan keluarganya.

“Saya terkejut apabila melihat mangsa dalam keadaan bogel sambil menjerit ketika melalui rumahnya. Ketika itu, saya sedang memandu kereta untuk mengambil suami di Lapangan Terbang Miri, jam 8 malam.

“Bagaimanapun, sekembali mengambil suami setengah jam kemudian, saya melihat mangsa terbaring di belakang keretanya dan menyangka tidur.

“Malah, petang kelmarin, saya ternampak anak perempuannya dipercayai masih bersekolah berbual menerusi telefon bimbit di luar rumahnya,” kata ketika ditemui Harian Metro di tempat kejadian.

Menurutnya, selain jarang melihat serta tidak pernah bertegur dengan mangsa, lelaki terbabit juga dipercayai sering bergaduh serta memukul isteri yang juga warga Indonesia.
“Isteri mangsa mungkin tiada di rumah ketika kejadian. Saya cuma melihat tiga anaknya masing-masing dua perempuan dan seorang lelaki yang masih bersekolah rendah,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Superintendan Sapian Salihin ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat.

Pengarah ‘minta habuan’ tak akan tahan lama

KUALA LUMPUR: Tindakan segelintir penerbit dan pengarah filem atau drama mengambil kesempatan termasuk meminta habuan seks daripada pelakon wanita baru sebelum memberi peluang bekerja dengan produksi boleh menyebabkan mereka (penerbit atau pengarah) tidak akan bertahan lama dalam industri.
Ini kerana perbuatan tidak profesional itu pasti terdedah suatu hari nanti sekali gus bukan saja mencemarkan imej penerbit atau pengarah filem terbabit, malah boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez berkata, buat masa sekarang, pihaknya belum menerima sebarang aduan tetapi menganggap ia sesuatu yang serius dan perlu dihentikan segera.
“Gangguan seksual adalah satu isu besar, saya harap produser atau pengarah tidak mengambil kesempatan melakukan perbuatan sebegini kerana tindakan tidak profesional itu tidak akan membuatkan mereka kekal lama dalam industri ini,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan muka depan Metro Ahad semalam mengenai tabiat buruk segelintir penerbit dan pengarah filem atau drama tempatan yang tergamak meminta habuan seks daripada pelakon wanita baru sebelum diberi peluang memperaga bakat dalam produksi mereka. Ia bukan sekadar gosip atau khabar angin dalam industri hiburan tempatan, sebaliknya disahkan beberapa pelakon terbabit.

Kereta OCPD Sentul kena curi

KUALA KANGSAR: Satu sindiket curi kereta mewah tidak mengenal mangsa apabila bertindak nekad melarikan kereta milik Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, awal pagi kelmarin.
Kereta Toyota Estima dianggarkan bernilai RM200,000 itu dikatakan lesap dari rumah mangsa di Taman Chandan Puteri, di sini, jam 3 pagi sebelum ditemui semula di kawasan deretan kedai di pekan Pasir Puteh, Ipoh, 12 jam kemudian.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Abdul Gaffaar Muhammad, berkata, Zakaria yang juga bekas Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar tiba di rumah keluarganya di sini, jam 2 pagi kelmarin.
Bagaimanapun, katanya, mangsa menyedari kehilangan keretanya jam 8 pagi ketika ingin keluar membeli sarapan.

“Mangsa mendakwa meletakkan kereta di halaman rumah dalam keadaan berkunci. Kami percaya kejadian itu berlaku ketika mangsa dan keluarganya tidur.

“Sejurus menerima laporan polis dibuat mangsa, saya mengarahkan anggota menjalankan sekatan jalan raya di sekitar daerah sebelum menemui kereta berkenaan di Ipoh,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Katanya, ketika ditemui, kereta berkenaan berada dalam keadaan baik dan tiada barangan bernilai yang hilang sebaliknya nombor plat kereta ditanggalkan pencuri berkenaan.

Abdul Gaffar berkata, pihaknya kini menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan individu yang melakukan jenayah berkenaan.
“Kami tidak menolak kemungkinan ia dilakukan kumpulan sindiket mencuri kereta mewah,” katanya.

Bekas penjenayah mati jatuh bangunan



PETALING JAYA: Seorang lelaki ditemui maut dengan kesan kecederaan pada kepala dipercayai terjatuh dari tingkat 13 kediamannya di Blok B, Pelangi Damansara, di sini, pagi semalam.
Kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa yang berusia 32 tahun ditemui ibunya dalam keadaan terlentang di kaki lima pangsapuri itu.

Difahamkan ketika kejadian, mangsa yang tidak mempunyai pekerjaan tetap serta mempunyai rekod jenayah lampau berada di rumah bersama ibunya dan secara kebetulan terdapat tiga anggota polis berpakaian preman menjalankan siasatan di kawasan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata setakat ini punca sebenar bagaimana mangsa boleh terjatuh masih tidak diketahui, namun terdapat spekulasi dan khabar angin mengatakan ia ada kaitan dengan anggota polis yang berada di lokasi ketika kejadian.

“Menurut ibu mangsa, dia mengatakan ada ternampak tiga anggota polis berada di kawasan rumahnya ketika kejadian dan mengenali polis berkenaan kerana mereka adalah anggota sama yang pernah datang ke rumah untuk menahan anaknya sebelum ini.

“Apa yang saya ingin tegaskan di sini, hasil siasatan awal mendapati semua anggota polis yang berpakaian preman itu sedang menjalankan siasatan berhubung kes lain di kawasan berkenaan yang tiada kena mengena dengan mangsa. “Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment