Wednesday, July 4, 2012

KADANG2 MASALAH KITA CARI SENDIRI...JANGAN KITA SALAHKAN ORANG LAIN...


Jadi gay kerana ayah

Oleh Muhd Izawan Baharin, Yusmizal Dolah Aling dan Shahrul Redzuan Zulkifli
am@hmetro.com.my

INSAF...Badrul menceritakan kisah hidupnya kepada wartawan Harian Metro.
INSAF...Badrul menceritakan kisah hidupnya kepada wartawan Harian Metro.
KUALA LUMPUR: “Hubungan saya dengan ayah renggang sejak kecil kerana dia garang dan tanpa saya sedari, kekurangan kasih sayang ayah menyebabkan saya meminati lelaki lain,” kata lelaki homoseksual mahu dikenali sebagai Badrul yang kini insaf dan kembali ke pangkal jalan.
Badrul, 50, berkata, disebabkan kurang komunikasi dengan ayahnya yang sering bercakap dengan suara tinggi, dia menjadi takut dan selalu menjauhkan diri.
“Ketika kecil, hanya ibu menjadi tempat saya bergantung kasih sayang sebab takutkan ayah. Banyak perkara yang sepatutnya ayah beri, tetapi saya minta melalui ibu kerana takut disergah ayah.

“Keadaan itu terbawa-bawa sehingga ke sekolah apabila saya selesa berkawan dengan perempuan, tetapi dalam masa sama, saya ‘jatuh cinta’ dalam diam terhadap guru lelaki,” katanya.


Menurutnya, hubungan seks songsang kali pertama dilakukannya pada usia 19 tahun ketika bekerja sambilan di sebuah restoran.

Bukan sebarang angau

Oleh Nurul Ekhwan Haque Fazlul Haque
ekhwan@hmetro.com.my

TAK TERLEPAS...antara lelaki Afrika yang diberkas.
TAK TERLEPAS...antara lelaki Afrika yang diberkas.
SHAH ALAM: Angau dengan panahan cinta Awang Hitam selain mahu hidup mewah tanpa perlu bersusah-payah, wanita tempatan sanggup dipergunakan sebagai ‘keldai akaun’ oleh sindiket jenayah komersial antarabangsa yang didalangi warga Afrika.
Ini terbukti apabila polis menahan enam wanita tempatan dalam Ops Tiong, malam kelmarin disyaki membenarkan akaun bank atas nama mereka digunakan untuk melakukan transaksi wang hasil penipuan siber.


Wanita berusia 20 dan 30 tahun itu ditahan bersama lelaki Nigeria di sebuah apartmen dalam operasi bersepadu di sekitar Petaling Jaya, Subang Jaya dan Puchong bermula jam 11.30 malam kelmarin hingga 3 pagi, semalam.

Operasi bersepadu yang turut membabitkan Jabatan Imigresen, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Pelancongan itu menahan 102 orang kebanyakan warga Afrika dari Nigeria dan Cameroon berusia 20 dan 30 tahun selain warga Filipina dan New Zealand.


Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, siasatan awal mendapati wanita terbabit mempunyai hubungan dengan lelaki yang ditahan dipercayai menjalankan kegiatan penipuan menggunakan Internet.

Jeritan bertukar sepi

Oleh Na’imah Mohamed
naimah@hmetro.com.my

PERIKSA...pasukan penyelamat melakukan siasatan di  rumah teres dua tingkat yang terbakar, semalam.
PERIKSA...pasukan penyelamat melakukan siasatan di rumah teres dua tingkat yang terbakar, semalam.
SUBANG JAYA: “Selepas kira-kira seminit, suara mereka meminta tolong senyap. Saya ingat mereka selamat, rupa-rupanya semua mati,” kata lelaki warga Bangladesh, Md Rubel, 27, yang terselamat dalam kebakaran mengorbankan lima nyawa rakan serumahnya di Taman Puchong Perdana, di sini, awal pagi semalam.
Rubel yang cedera di kedua-dua kaki berkata, dia amat sedih dan terkejut apabila diberitahu semua lima rakan serumahnya rentung dalam kebakaran yang memusnahkan rumah teres dua tingkat yang mereka sewa.

Menceritakan semula kejadian, Rubel berkata, dia dan seorang lagi rakannya yang terselamat, Bilal Hussein, 29, tidur di tingkat bawah manakala lima mangsa tidur di dua bilik berasingan di tingkat atas ketika kejadian kira-kira jam 3 pagi itu.

“Saya terjaga daripada tidur selepas berasa sangat panas sebelum mendapati keadaan gelap berikutan bekalan elektrik terputus. Apabila buka pintu bilik saya mendapati api sudah marak di ruang tamu.


“Menyangkakan Bilal yang tidur di ruang tamu sudah tidak dapat diselamatkan, saya masuk semula ke dalam bilik dan meminta bantuan jiran sebelum mereka bertindak memecahkan tingkap bilik dan membawa saya keluar,” katanya.

Menurutnya, selepas berjaya dikeluarkan, dia masih lagi mendengar jeritan rakan-rakannya di tingkat atas merayu diselamatkan sebelum suara itu hilang kira-kira seminit selepas itu.

“Tidak berapa lama selepas itu, pasukan bomba dan penyelamat tiba dan berjaya memadamkan api. Ketika itulah saya diberitahu, lima rakan termasuk dua adik beradik rentung dan seorang daripadanya ditemui di dalam bilik air.

“Kami tinggal (sewa) di rumah ini sudah lebih dua tahun dan ini kali pertama kebakaran berlaku,” katanya dalam keadaan sebak.

Dia berkata, tiada barang berharga atau dokumen penting yang sempat diselamatkan kerana kejadian berlaku begitu pantas.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, bomba menerima panggilan kecemasan jam 3.25 pagi dan tiba di tempat kejadian sembilan minit kemudian.

“Dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong serta Subang Jaya dikejarkan ke tempat kejadian dengan kekuatan pegawai dan anggota seramai 15 orang.

“Kami masih lagi menyiasat punca sebenar kebakaran, bagaimanapun siasatan awal mendapati berkemungkinan daripada litar pintas,” katanya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, rumah teres dua tingkat berkenaan disewa lapan warga Bangladesh, namun ketika kejadian hanya tujuh orang berada di dalam rumah manakala seorang lagi berada di surau berdekatan.

Menurutnya, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Sarova Baboo, Ruman, Md Basir, Md Farouk, dan Abdullah Al Farhad berusia 24 hingga 28 tahun.

“Dua mangsa bekerja di kilang di Puchong Perdana, dua lagi mangsa yang juga adik-beradik bekerja di pusat mencuci kereta, manakala seorang lagi menuntut di sebuah kolej swasta di Puchong,” katanya.

Yahaya turut berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada litar pintas dan tiada sebarang unsur khianat atau jenayah.

Menurutnya, semua mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Hospital Serdang (HS) untuk bedah siasat.

Berdegil padam api

Oleh Zaitie Satibi
am@hmetro.com.my

PERIKSA...anggota Unit Forensik Bomba memeriksa tempat kebakaran, semalam.
PERIKSA...anggota Unit Forensik Bomba memeriksa tempat kebakaran, semalam.
CARI...anggota Unit Forensik Bomba mengumpul bahan bukti di tempat kejadian.
CARI...anggota Unit Forensik Bomba mengumpul bahan bukti di tempat kejadian.
SUNGAI BULOH: “Saya sudah arahkan Hasnah keluar kerana asap semakin tebal, tetapi dia berdegil dan masuk bilik air untuk memadamkan api,” kata pemilik restoran, Tharitheran Patchai, 46, menceritakan detik cemas sebelum kebakaran membabitkan bilik gerakan MIC cawangan Kampung Baru yang meragut nyawa seorang pekerjanya di Jalan Welfare, Kampung Baru, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 2 pagi itu, seorang wanita warga Indonesia dikenali sebagai Hasnah, 50-an, ditemui mati akibat terhidu banyak asap selain mengalami kesan lecur pada tubuh dalam bilik air pejabat itu yang dijadikan asrama untuk dua pekerja.

Menurut Tharitheran, ketika kejadian dia yang juga Ketua MIC cawangan Kampung Baru berada di restorannya bersebelahan pejabat berkenaan apabila anaknya Karunakaran, 15, memberitahu ternampak asap tebal menyelubungi premis yang lebih 30 tahun digunakan.
“Saya mengesyaki berlaku kebakaran sebelum segera masuk ke belakang pejabat yang dijadikan tempat tinggal untuk dua pekerja wanita warga Indonesia kerana mahu mengejutkan mereka yang tidur.

“Kami cuba memadam api dengan menyiram air menggunakan baldi, namun asap semakin tebal sehingga saya hampir sesak nafas sebelum mengarahkan semua orang keluar,” katanya ketika ditemui.

Bagaimanapun, Hasnah yang lebih dua tahun bekerja di restoran berkenaan yang beroperasi 24 jam masuk semula dipercayai cuba memadam kebakaran walaupun ditegah seorang lagi pekerja, Rani, 50-an. “Saya tidak sedar Hasnah masuk semula berikutan keadaan agak genting ketika itu dengan asap tebal menyelubungi pejabat dan restoran serta memikirkan semua orang sudah berkumpul di tempat selamat.

“Namun, saya terkejut apabila anggota bomba dan penyelamat yang memadam kebakaran menemui mayat Hasnah dalam bilik air,” katanya.

Katanya, akibat kejadian itu dia kerugian RM30,000 termasuk dua motosikal miliknya yang diletakkan di tepi pejabat itu hangus.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Che Dawud Adli Yusoff berkata, dua jentera dengan 11 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan jam 2.07 pagi.

Menurutnya, operasi memadam kebakaran mengambil masa 30 minit dan 100 peratus pejabat diperbuat daripada papan dan beratap zink itu musnah dijilat api.

“Pemeriksaan lanjut menemui mayat mangsa dalam bilik air dan tidak mengalami apa-apa kecederaan dipercayai mati akibat sesak nafas selepas terhidu asap tebal.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk bedah siasat dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Warga Pakistan lega bebas tuduhan perkosa isteri



JOHOR BAHRU: “Saya lega sebaik dibebaskan mahkamah dan kini ingin bertemu tiga anak berusia 11, enam dan empat tahun kerana terlalu rindukan mereka,” kata warga Pakistan, Rahil Adnan Muhammad Hanif, 33, sebaik dibebaskan daripada pertuduhan merogol isterinya di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.
Rahil Adnan yang kini mempunyai taraf penduduk tetap Malaysia (PR) dituduh merogol isterinya, Azlaili Abd Aziz, 32, di rumah mereka di Taman Nusa Damai, Pasir Gudang pada jam 2 pagi, 25 April tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, Rahil Adnan merogol isterinya pada tarikh dan lokasi itu selepas mereka bercerai buat kali kedua pada 13 April tahun sama.
Rahil Adnan berkata, mereka bercerai pada tarikh itu di Mahkamah Syariah Johor sebelum merujuk semula pada 18 April tahun lalu.

“Saya mendaftarkan rujuk kami di Jabatan Agama Johor (JAJ) tiga hari kemudian (23 April tahun lalu) tanpa kehadiran isteri kerana sibuk pelbagai urusan menyebabkan surat pengesahan tidak dapat dikeluarkan.

“Pada 25 April tahun sama, saya ditahan polis kerana isteri membuat laporan mendakwa saya merogolnya di rumah, sedangkan kami sudah merujuk semula pernikahan kami,” katanya ketika ditemui selepas dibebas dan dilepaskan Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Menurutnya, akibat laporan polis itu dia dipenjarakan 10 bulan dan 21 hari sebelum diberikan jaminan RM20,000 dan dua penjamin warga Malaysia.

No comments:

Post a Comment