Berpakat buat tuntutan palsu
Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad
mriduwan@hmetro.com.my
mriduwan@hmetro.com.my
ROSIDAH...mengemukakan tuntutan elaun fasilitator.
SITI SALEHA...bersubahat meluluskan tuntutan.
Hakim Datin Nursinah Adzmi berkata, mahkamah mengambil kira pengakuan salah Rosidah Hassan, 39, dan Siti Saleha Abdul Rahim, 27, selain meneliti fakta, rayuan serta hujah pendakwa raya.
Menurutnya, walaupun mereka kali pertama didakwa, kesalahan yang dilakukan adalah serius, lebih-lebih lagi tertuduh pertama 15 tahun berkhidmat.
“Bagi tertuduh kedua, walaupun kamu baru berkhidmat, kesalahan dilakukan adalah serius kerana menipu kerajaan. Selepas menimbangkan fakta, rayuan dan hujah pendakwa raya, mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman penjara tiga hari dan denda RM10,000 terhadap setiap tertuduh atau tiga bulan penjara jika gagal membayar,” katanya.
Mengikut pertuduhan, Rosidah didakwa mengemukakan dokumen Borang Permohonan Untuk Menjalankan Tugas Sebagai Pensyarah/Penceramah Sambilan Satu, Pensyarah/Penceramah Sambilan Pakar bagi Oktober 2011 untuk tuntutan elaun fasilitator sambilan RM800 bagi Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) Kumpulan 1 (Pengurusan dan Profesional) Siri 7 2011, pada 18 hingga 19 Oktober 2011 di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang, antara 21 Oktober hingga 31 Oktober di pejabat JPNS.
Bagaimanapun, borang diberikan kepada Siti Saleha itu mengandungi butiran palsu kerana pada tarikh kursus itu dijalankan di hotel berkenaan, tertuduh tidak hadir sebagai fasilitator.
Dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.
Siti Saleha yang baru setahun lebih berkhidmat di JPNS dan meletak jawatan tahun lalu, didakwa mengikut Seksyen 18 akta sama kerana bersubahat meluluskan dokumen tuntutan itu.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM Negeri Sembilan,Mohd Fairuz Johari berkata, bukan saja pemalsuan tuntutan, malah surat lantikan fasilitator sambilan bagi kursus itu adalah palsu, selain tertuduh pertama meniru tandatangan Ketua Unit Latihan & Kemajuan Staf Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan JPWP dan menggunakan cop namanya bagi mengesahkan tuntutan elaun berkenaan dengan bantuan tertuduh kedua.
“Saya mohon hukuman berbentuk pengajaran kerana bayaran elaun itu membabitkan wang rakyat,” katanya.
Kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dan simpati mahkamah.
Terdahulu, Rosidah yang menangis sebaik hukuman dijatuhkan merayu dikenakan hukuman ringan bagi mengelak dibuang kerja kerana hanya dia penanggung tunggal keluarga serta benar-benar insaf.
Siti Saleha yang meletak jawatan tahun lalu, memberitahu dia kini tidak bekerja dan baru saja menjalani pembedahan kerana mengandung luar rahim bulan lalu.
‘Beri saya peluang kedua’
Oleh Intan Mas Ayu Shahimi, Yusmizal Dolah Aling dan Shahrul Redzuan Zulkifli
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
RINDU...Ika melihat gambar anaknya ketika ditemu ramah wartawan Harian Metro. Gambar kecil, laporan Harian Metro 10 Mei lalu.
“Bagaimanapun, saya berharap satu hari nanti dapat bertemu semula anak dan menjaga dia seperti dulu...saya tidak mahu dia tinggal dengan orang lain dan biar kami melalui susah senang bersama,” kata Ika (bukan nama sebenar), wanita yang pernah menggemparkan negara apabila klip video penderaan bayi perempuannya berusia 10 bulan dimuat naik ke laman YouTube, Mei lalu.
Ibu muda yang baru dibebaskan dari Penjara Kajang, beberapa hari lalu selepas setahun di sana, mengakui insaf dengan perbuatan kejam yang pernah dilakukan dan berazam lebih menyayangi anaknya pada masa akan datang.
Menceritakan semula kejadian yang berlaku tahun lalu, Ika berkata, dia tidak pernah menyakiti bayinya sebegitu teruk kerana sedar ibunya berpesan supaya dia menjaga zuriatnya sebaik mungkin.
“Pada hari kejadian, saya dan anak dihalau dari rumah oleh kenalan yang menumpangkan kami berdua, bekas teman lelaki pula menghantar pelbagai mesej (SMS) menyakitkan hati.
Uncle Seekers ditahan
Oleh Siti Nadirah Hafidzin
nadirah@hmetro.com.my
nadirah@hmetro.com.my
TAHAN...Syed Abdullah direman untuk membantu siasatan.
Dalam tangkapan pada jam 9.45 malam itu, Syed Abdullah yang lebih dikenali sebagai Uncle Seekers, ditahan bersama seorang wanita berusia 26 tahun di Tol Senawang, Seremban, Negeri Sembilan.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor, Asisten Komisioner Mohd Akhir Ishak berkata, kedua-dua individu terbabit ditahan sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya.
“Suspek ditahan ketika menaiki sebuah Perodua Viva bersama wanita terbabit.“Kes disiasat mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 susulan laporan yang kami terima pada 13 Jun lalu,” katanya di sini, semalam.
Tali sawat kereta baru ‘dipotong’
TERTIPU...Subas menunjukkan tali sawat dengan kesan potong.
Mangsa, M Subas Rao, 43, berkata, kereta Honda Civic miliknya terbabit kemalangan di Gombak, di sini, pada 20 April lalu dan kenderaannya itu dihantar ke sebuah bengkel kereta di Selayang.
Menurutnya, pada 3 Mei lalu, pemilik bengkel terbabit menghubunginya bagi memaklumkan kenderaannya sudah siap dibaiki namun ketika hendak menghidupkan enjin, ia berbunyi kuat.
“Akibat tidak puas hati, saya meminta pemilik itu memeriksa semula dan dia menyatakan kereta saya mengalami kerosakan di bahagian enjin serta berjanji menghubungi pihak insurans bagi membaiki kerosakan berkenaan.
“Selepas menunggu lebih sebulan dan selepas dipaksa beberapa kali, pemilik bengkel terbabit meminta saya mengambil semula kereta pada 27 Jun lalu namun selepas memandu ke Taman Tasik Titiwangsa dan memberhentikan kereta berkenaan, saya gagal menghidupkan enjinnya semula,” katanya, semalam.
Beliau berkata, syak keretanya kembali rosak, dia menghubungi seorang kenalan untuk memeriksa keretanya dan terkejut selepas dimaklumkan tali sawat kereta yang baru ditukar itu sudah putus.
“Dengan kereta penunda, kereta saya dibawa semula ke bengkel terbabit dan selepas diperiksa, saya mendapati tali sawat itu mempunyai kesan seperti dipotong.
“Saya bernasib baik kerana tali sawat itu terputus sebaik saya mematikan enjin kereta, jika ia berlaku ketika saya memandu sudah tentu saya terbabit kemalangan,” katanya.
Katanya, bimbang enjin kereta terbakar, dia memberhentikan keretanya di tepi jalan sebelum menghubungi pemilik bengkel itu. Tetapi, pemilik itu enggan bertanggungjawab.
Selepas yakin dirinya teraniaya, dia membuat laporan polis di Balai Polis Setapak untuk tindakan lanjut.
Disambar Bujang Saribas
Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my
lias@hmetro.com.my
Kejadian berlaku apabila Derahman Chali, 55, mahu menikmati sarapan pagi bersama rakannya, Mohd Nor Bujang, 51, di tebing sungai berkenaan sebelum disambar Bujang Saribas jam 8 pagi.
Menurut Mohd Nor, sebelum kejadian, dia bersama Derahman baru setengah jam tiba di lokasi kejadian untuk mencari rumbia yang menjadi sumber pendapatan mereka.
“Sebaik tiba, mangsa memberitahu dia mahu sarapan terlebih dulu dan sebelum membuka bekalan makanan masing-masing, dia ke sungai untuk mencuci tangan.
“Saya menghalangnya dan meminta dia menggunakan air dibawa untuk membasuh tangan, tapi dia tetap berdegil untuk turun ke sungai. Hanya beberapa minit, saya terkejut apabila terdengar kocakan air begitu kuat disusuli gelombang.
“Tanpa berlengah, saya turun ke sungai dan hanya sempat melihat tangan mangsa terkapai-kapai selepas dia ditarik buaya berkenaan. Ketika itu, saya berada kurang 10 meter daripada mangsa, namun saya tidak mampu berbuat apa-apa,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Katanya, dia sedih gagal membantu selepas melihat rakan karibnya ditarik ke dalam sungai sebelum lenyap dari pandangan.
“Kebiasaannya, kami bersama-sama turun ke hutan mencari rumbia untuk dijual di Sibu kerana inilah satu-satunya mata pencarian penduduk di sini,” katanya.
“Saya sangat sedih dengan kejadian ini kerana kami terlalu rapat seperti adik-beradik kerana sering bersama keluar mencari rumbia. Saya tidak dapat melupakan peristiwa yang berlaku di depan mata saya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Saifuddin Mustafa berkata, polis melancarkan gerakan mencari dan menyelamat mangsa.
“Operasi dijalankan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Ikatan Relawan Rakyat (Rela) serta bantuan penduduk kampung, namun setakat ini mangsa belum ditemui,” katanya.
Ini kejadian kedua dalam tempoh tidak sampai sebulan selepas seorang wanita, Siah Munsong, 42, yang juga isteri Tuai Rumah Panjang Sungai Anak, maut dibaham buaya ketika mandi di sungai itu, 19 Jun lalu.
Drebar kedua terputus dua
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Wan Asrudi Wan Hasan
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mayat pemandu bas kedua Seri Maju Sarata Ekspres, Azizan Hamid Osman, 51, ditemui dalam keadaan menyayat hati dengan satu kakinya putus dan tercampak sejauh beberapa meter daripada bas.
Sebelum kejadian, bas dipandu rakan Azizan yang membawa sembilan penumpang, merempuh belakang lori kontena rosak yang berada di lorong kiri lebuh raya. Lori berkenaan membawa sarung tangan getah dalam perjalanan ke Pelabuhan Barat, Klang, Selangor.
Pelanggaran itu menyebabkan Azizan turun daripada bas melalui pintu kecemasan untuk meninjau kerosakan, tetapi ketika berdiri di belakang bas, tiba-tiba dia dilanggar dan digilis sebuah lori kontena yang cuba mengelak daripada merempuh bas berkenaan dengan memasuki lorong kecemasan.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, mangsa dipercayai mahu mendapatkan bantuan selepas bas yang membawa penumpang dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang ke Kuala Lumpur merempuh belakang treler rosak itu.
“Mangsa mahu memeriksa keadaan bas selain mendapatkan bantuan selepas pemandu pertama bas ekspres berusia 36 tahun, tersepit kaki dan Azizan keluar melalui pintu kecemasan,” katanya. Menurut Aziz, pemandu pertama bas berkenaan hanya cedera ringan di dahi dan kaki.
“Tiga penumpang bas berusia antara 22 hingga 46 tahun cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Kampar, di sini. “Pemandu lori kontena dikenali sebagai Jegathish, 57, cedera kaki kanan dan kini dirawat di sebuah hospital swasta di Ipoh,” katanya.
Sementara itu, anggota polis trafik turut membantu mengutip cebisan daging dan anggota tubuh mangsa sebelum dihantar ke bilik mayat Hospital Kampar untuk bedah siasat.
Polis sedang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sementara itu, Jegathish yang berasal dari Johor berkata, dia tidak sempat mengelak daripada merempuh bas di depannya, “Sebaik merempuh bas, saya tidak tahu apa yang berlaku kerana hanya sedar apabila sudah berada di hospital,” katanya.
Sementara itu, usaha wartawan mendapatkan ulasan waris keluarga Azizan di Hospital Kampar gagal berikutan ahli keluarga terlalu sedih dengan kejadian.
Lelaki perkosa anak tiri dijel 8 tahun
Hakim Ahmad Kamar Jamaludin dalam penghakimannya berkata, kesalahan dilakukan tertuduh berusia 26 tahun itu serius seperti dihujahkan pendakwa raya mengenai pindaan hukuman bagi kesalahan Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang menetapkan hukuman penjara minimum lapan tahun dan maksimum 30 tahun serta tidak kurang 10 sebatan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh merogol mangsa di sebuah rumah di Lorong Desa Dahlia, Taman Desa Dahlia, dekat sini, pada 10 September lalu, kira-kira jam 5.45 petang.
Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Ainul Wardah Shahidan sementara tertuduh tidak diwakili peguam bela.
Rahsia kereta buruk
Laporan Yusri Abdul Malek, Shamsul Munir Safini, Muhamad Saufi Hassan, Fardy Bungga dan Adnan Mohamad
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Bagaimanapun, selepas diselidik anda pasti terkejut apabila kenderaan terbabit sebenarnya digunakan untuk kegiatan penyeludupan petrol atau diesel ke negara jiran.
Bukan lagi rahsia, sekumpulan penduduk tempatan itu bersengkongkol dengan tauke dari negara jiran apabila membawa petrol atau diesel yang diisi di dalam tangki tambahan atau tangki ubah suai ke beberapa pangkalan haram di tebing sungai sebelum diseludup ke Thailand.
Difahamkan, setiap kereta khususnya Toyota KE30 boleh mengisi 500 liter petrol untuk satu perjalanan sejauh tidak sampai 10 kilometer dari stesen minyak ke pangkalan haram terdekat di tepi Sungai Golok.
Penyeludup juga dikatakan sanggup membeli kereta uzur dari mana-mana individu tanpa mempunyai cukai jalan dengan harga sekitar RM1,500 sebelum mengubah suai kereta terbabit.
Selain itu, ada juga tauke mengupah individu tertentu bagi memandu kereta ke pangkalan haram dengan upah mengikut berapa kali kerja dilakukan serta jumlah petrol atau diesel yang mampu dibawa mereka.
Komander Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Kelantan, Rusli Karim, berkata, tangki bahan api kereta yang dikenal pasti diubah suai sememangnya menjurus ke arah kegiatan penyeludupan petrol atau diesel ke negara jiran.
“Aktiviti penyeludupan di kawasan sempadan berlaku kerana sesuatu harga barangan itu lebih murah atau mudah didapati di negara ini atau negara jiran.
Menurutnya, penyeludup akan mengubah suai tangki menjadi lebih besar supaya dapat mengaut lebih keuntungan.
Katanya modus operandi mereka adalah mengisi petrol atau diesel di beberapa stesen minyak bagi mengelakkan kegiatan itu dicurigai dan apabila penuh tangki, mereka akan kembali ke pangkalan haram.
“Sebaik tiba di pangkalan, petrol atau diesel dari kereta itu akan disedut keluar dan diisi pula ke dalam tong jenis ‘jerrycan’ yang boleh memuatkan sehingga 30 liter minyak.
“Setiap satu perjalanan, penyeludup mampu membawa 500 liter minyak,” katanya ketika ditemui, semalam.
Rusli berkata, aktiviti penyeludupan sememangnya berisiko terutama apabila kegiatan itu dapat dihidu UPP.
“Penyeludup sudah mempertimbangkan risiko itu dan sanggup ‘melepaskan’ barang seludup berkenaan sama ada hanya sementara atau dibiarkan begitu sahaja.
“Kerugian daripada segi modal antara risiko penyeludupan, namun penyeludup dikesan melakukan perbuatan sama berulang-kali jika tidak disabitkan kesalahan selepas ditahan,” katanya.
Menurutnya, penyeludup kebiasaannya bukan tauke dan hanya menjadi orang tengah yang dibayar upah.
“Mereka juga tahu barang yang dibawa dan melakukannya secara sukarela dan bukan dianiaya seperti mana yang berlaku dalam kes keldai dadah.
“Setiap aktiviti penyeludupan didalangi tauke sama ada dari negara jiran atau tempatan manakala broker akan menawarkan upah kepada pihak ketiga menjadi penyeludup,” katanya.
Menurutnya, senario itu menyebabkan kegiatan penyeludupan sukar dibanteras kerana yang tertangkap biasanya penyeludup, sementara tauke sebenar masih bebas dan akan meneruskan kegiatan itu dengan pihak lain.
No comments:
Post a Comment