Friday, March 12, 2010

BILA HUKUM ALLAH MASIH KITA ABAIKAN....ini semua mengundang bencana dari Allah...

Urutan kasih bapa durjana

Oleh Hadzlan Hassan
hadzlan@hmetro.com.my
2010/03/12

KEMAMAN: Seorang budak perempuan berusia 12 tahun dirogol selepas menerima urutan kasih sayang daripada bapanya ketika berbaring menonton rancangan kegemarannya di rumah mereka di Kampung Kuala Kemaman, dekat sini, Ahad lalu.

Tindakan jahat individu yang sepatutnya melindungi dan memberikan pendidikan sempurna kepada anaknya itu akhirnya membongkar rahsia dia sudah menjadikan anaknya sebagai hamba seks sejak mangsa berusia 11 tahun.


Kejadian terbaru berlaku kira-kira jam 1 tengah hari selepas mangsa berbaring menonton televisyen di rumahnya sebelum dihampiri bapanya konon mahu membantu melepaskan penat anaknya itu dengan mengurut kanak-kanak berkenaan.


Sebagai anak, budak perempuan berkenaan tidak melawan, sebaliknya membiarkannya, namun dia kemudian dirogol lelaki berusia 48 tahun itu dalam satu kejadian kira-kira jam 1 tengah hari.


Ketua Polis daerah, Superintendan Abdullah Sani Salat yang mengesahkan kejadian memberitahu, polis menerima satu laporan polis mengenai kejadian itu kira-kira jam 9 pagi.


“Memang kira menerima satu laporan di Balai Polis Chukai Isnin lalu dan susulan laporan itu, sepasukan anggota polis dikerahkan menjalankan siasatan sebelum seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan.

“Itu saja yang dapat saya katakan setakat ini kerana siasatan masih di peringkat awal dan polis akan mendapatkan perintah reman untuk membolehkan dia ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.


Harian Metro difahamkan, ketika kejadian mangsa sedang berbaring seorang diri sambil menonton rancangan kegemarannya sebelum dihampiri suspek yang kemudian bertindak meraba dan merogolnya.


Kejadian dikatakan bukan kali pertama, malah mangsa yang juga anak kandungnya itu diperlakukan sedemikian lebih setahun lalu.


Difahamkan, mangsa sering diperlakukan sedemikian setiap kali ibu dan adik beradik lain tiada di rumah dan kejadian terakhir itu menyebabkan mangsa tidak tahan lalu melaporkan kejadian kepada ibu saudaranya yang juga adik kepada ibunya.


Polis yang menerima laporan itu kemudian menghantar manga ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan dan hasilnya dimaklumkan terdapat kesan koyakan pada selaput dara mangsa sebelum penahanan dilakukan. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 30 tahun dan sebatan.


lagi



'Pak Su cabul di ruang tamu'



2010/03/12

TANJUNG MALIM: Seorang murid tahun enam yang masih belajar di sebuah sekolah rendah mendakwa dicabul bapa saudaranya yang berusia 17 tahun dan masih bersekolah sejak berusia dia sembilan tahun lagi.

Oleh kerana tidak tahan dengan perlakuan bapa saudaranya yang dipanggil ‘Pak Su’ itu, beliau mengadu kepada pihak pentadbir sekolahnya pada 8 Mac lalu yang kemudian membawanya ke hospital berdekatan untuk membuat pemeriksaan sebelum membuat laporan polis.


Ketua polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Mohd Ali Mat Nayan, berkata siasatan awal mendapati mangsa cuba dicabul sekali lagi pada 6 Mac lalu ketika tidur di ruang tamu di rumahnya kira-kira jam 1 pagi.


Katanya, pelajar itu mendakwa bapa saudaranya bertindak membuka pakaian dan seluar dalamnya serta meraba kemaluannya tetapi tidak meneruskan niatnya selepas menyedari kehadiran nenek mangsa.


“Selepas menyedari neneknya sudah ke dapur, suspek sekali lagi menghampiri mangsa buat kali ke dua dan cuba mencabulnya tetapi tidak berjaya,” katanya, semalam.


Bagaimanapun, cubaan kali kedua juga tidak berjaya kerana nenek mangsa sekali lagi muncul dan kebetulan lalu di ruang tamu itu menyebabkan bapa saudaranya terus beredar.

Beliau berkata, pihak polis masih menjalankan siasatan serta menunggu laporan perubatan daripada pihak hospital dan belum ada sebarang tangkapan dilakukan susulan aduan itu.


Dalam perkembangan lain, polis menahan tiga pemandu lori dan dua kelindan berusia 25 tahun dan 51 tahun apabila didapati positif dadah di dalam Ops Narkotik dan Trafik di kawasan rehat tol lama Slim River, semalam.


Operasi itu diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik daerah, Asisten Superintendan Johari Wan Chik bersama Ketua Trafik daerah Cif Inspektor Ahmad Sabri Saidin yang membuat ujian saringan air kencing ke atas 42 pemandu dan kelindan lori.


“Hasil ujian itu, tiga pemandu lori dan dua kelindan disahkan positif dadah serta ditahan untuk tujuan siasatan.


“Tindakan pemandu lori serta kelindan itu amat dikesali kerana perbuatan mereka boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain,” katanya.



lagi




TERKINI

9 mengaku tidak bersalah rogol

12/03/2010 11:43am

TELUK INTAN – Sembilan lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Teluk Intan di sini hari ini terhadap tuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di Felda Sungai Klah, Sungkai.

Sehubungan itu, Hakim Faiz Daiyauddin menetapkan 21 Jun ini untuk perbicaraan. – Utusan


sambungan


NEGARA

Sembilan lelaki dituduh rogol pelajar


EMPAT daripada sembilan lelaki yang didakwa merogol seorang pelajar dibawa ke Mahkamah Sesyen Teluk Intan semalam.


TELUK INTAN - Seorang remaja berusia 15 tahun dan dua lelaki bersaudara antara sembilan individu yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan merogol seorang pelajar tingkatan tiga di Sungkai pada 28 Februari dan 1 Mac lalu.

Kesemua tertuduh dari Felda Trolak dan Felda Sungai Klah itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Faiz Dzaiyuddin.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohd. Shafiq Abu Samah, 23, dan Saiful Azimi Mhd. Razak, 29, bersama seorang remaja berusia 15 tahun dituduh merogol mangsa di Bilik Klah 6, Spa Keluarga, Felda Residence Hot Spring Sungai Klah di antara pukul 6.10 hingga 8 malam pada 28 Februari lalu.



lagi



Restoran hidang pelacur diserbu


SEBAHAGIAN daripada 21 pelacur menutup muka ketika ditahan di sebuah restoran di Jalan Inai berdekatan Bukit Bintang kelmarin.


KUALA LUMPUR - Seramai 21 pelacur yang bekerja sebagai pelayan ditahan dalam satu serbuan yang dilakukan ke atas sebuah restoran di Jalan Inai berhampiran Bukit Bintang malam kelmarin.

Pegawai Turus Anti Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Razali Abu Samah berkata, dalam serbuan yang dilakukan pada pukul 10 malam itu, pihak polis turut menahan seorang wanita yang disyaki 'ibu ayam' dan seorang lelaki penjaga premis.



lagi



Suspek rogol ibu tunggal diburu

SHAH ALAM – Tiada sebarang tangkapan dibuat berhubung kes rogol seorang ibu tunggal beranak tiga dalam dua kejadian berasingan di sekitar Gombak, awal pagi, selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, setakat ini, pihak polis masih belum memperoleh maklumat terperinci berhubung dua suspek yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

Menurutnya, setakat ini keterangan awal yang diperoleh daripada mangsa masih belum mencukupi untuk membantu polis mengesan kedua-dua suspek.

“Mangsa juga tidak dapat mengecam wajah suspek sekali gus menyukarkan polis untuk melakarkan fotofit untuk diedarkan kepada orang ramai,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Abdu Rahim berkata, siasatan lanjut berhubung kes dijalankan menjurus pelbagai aspek sehingga identiti kedua-dua suspek diperoleh.


Bapa disyaki rogol 2 anak



2010/03/26

SERI MANJUNG: Seorang kakitangan kerajaan berusia 40-an ditahan kerana disyaki merogol dua anak gadisnya di rumah mereka di sebuah taman perumahan dekat sini, 17 Mac lalu.

Lelaki berkenaan ditahan pada hari sama selepas bapa saudara mangsa membuat laporan mengenai tindakan tidak bertanggungjawab lelaki berkenaan.


Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohd Jamil Osman, berkata kedua-dua remaja itu masing-masing berusia 14 dan 17 tahun dipercayai menjadi mangsa pemuas nafsu bapa kandung sendiri di rumah mereka di Seri Manjung.


“Kerana tidak tahan diperlakukan ayah kandung sendiri, kedua-dua remaja itu berjaya melarikan diri ke rumah ibu saudara dan menceritakan kelakukan jijik bapa mereka sebelum bapa saudara mereka mengambil keputusan membuat laporan polis.


“Siasatan awal mendapati remaja berusia 17 tahun dirogol bapanya sejak usianya enam tahun manakala adiknya yang berusia 14 tahun pula menjadi pemuas nafsu bapanya sejak empat tahun lalu ketika berusia 10 tahun,” katanya pada sidang media selepas Sambutan Hari Polis Ke-203 peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di sini, semalam.


Difahamkan, lelaki berkenaan mempunyai dua lagi anak lelaki yang berusia dibawah 18 tahun.

Mohd Jamil berkata, hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat bukti menunjukkan suspek ada melakukan perbuatan keji terhadap kedua-dua anak gadisnya yang tidak berdosa.




Anjing gonggong mayat bayi lelaki


IMEJ video menunjukkan cebisan mayat bayi lelaki yang ditemui di Jalan Padang Tembak, Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA - Menyayat hati apabila mayat bayi lelaki yang dibuang ibu bapanya digonggong seekor anjing sebelum disedari orang awam di Jalan Padang Tembak, Subang di sini semalam.

Lebih menyedihkan, ketika ditemui pukul 4.05 petang, salah satu tangan bayi telah terputus dan terjatuh atas jalan manakala badannya digonggong anjing berkenaan.

Ketika itu, tangan bayi itu dibungkus dengan plastik manakala badannya pula tidak berbalut.




Duda, amah ditahan bersekududukan


SEORANG duda (kiri) memberi keterangan kepada pihak berkuasa manakala pembantu rumahnya menidurkan anaknya ketika diserbu di sebuah kebun ubi di Alor Gajah semalam.


ALOR GAJAH - Tindakan seorang duda yang membawa pembantu rumahnya bersembunyi di sebuah kebun ubi di belakang rumah mereka nyata sia-sia apabila kedua-duanya dapat ditahan sepasukan anggota Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam satu serbuan di Paya Rumput, Masjid Tanah di sini semalam.

Ketika ditahan pukul 12.30 pagi itu, duda berusia 49 tahun tersebut didapati memasang ubat nyamuk bagi mengelakkan anak wanita Indonesia berusia enam bulan yang dibawa bersama ke kebun tersebut menjadi mangsa gigitan serangga berkenaan.

Sebelum itu, pasangan tersebut telah melarikan diri dari rumah mereka selepas menyedari kehadiran JAIM.

Lebih jelik apabila lelaki itu sanggup meninggalkan dua anak lelakinya berusia enam dan lapan tahun yang sedang tidur di rumah bersendirian.

Dua beradik itu kemudian terpinga-pinga apabila mendapati rumah mereka diserbu anggota JAIM dan bapa mereka pula lesap.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa JAIM, Rahimin Bani memberitahu, serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat daripada orang ramai yang curiga mengenai status seorang wanita berkenaan yang tinggal di situ sejak setahun lalu.



Pelajar 14 tahun dirogol berulang kali oleh teman lelaki sejak awal tahun

BESUT – Tindakan pelajar berumur 14 tahun menganggap seks sebagai perkara biasa membawa padah, apabila dia dirogol teman lelakinya beberapa kali sepanjang tahun ini.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, pelajar Tingkatan 2 yang menuntut di sebuah sekolah menengah di daerah ini sebaliknya hanya menganggap bahawa seks adalah perkara biasa bagi dirinya. » selanjutnya



Bapa rogol anak rayu simpati hakim

KLANG - Seorang penganggur dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas kesalahan merogol anak kandungnya sehingga melahirkan anak.

Hakim Datuk Anita Harun membuat keputusan itu selepas mendengar pengakuan bersalah dan rayuan daripada tertuduh yang berusia 37 tahun.

Tertuduh yang memakai kemeja-T putih merayu hukuman lebih ringan dengan alasan dia menyesal atas perbuatannya.

“Saya benar-benar insaf, selama tiga tahun berada di penjara, saya mempelajari ilmu agama dan saya menyesal dengan apa yang telah saya lakukan,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya yang diwakili Nurul Maisarah Kamal dalam hujahnya pula berkata, berdasarkan fakta kes, tertuduh merogol anak kandung yang ketika itu berusia 14 tahun sehingga melahirkan seorang anak dan perlu dikenakan hukuman setimpal supaya memberi pengajaran kepadanya.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada Ogos 2005 di rumah beralamat di Kampung Sri Perantau, Pelabuhan Klang, dekat sini.

”Kesalahan tertuduh adalah hubungan yang tidak dibenarkan di bawah hukum agama,” kata Nurul.

Bagi kesalahan kedua, pada 1 Februari 2006 kira-kira jam 12.30 tengah hari di tepi Jalan Pelabuhan Klang, tertuduh dituduh melakukan kesalahan menakutkan secara jenayah kepada isterinya setelah wanita itu mengetahui perbuatan terkutuknya.

Tertuduh didakwa mengancam isterinya dengan kata-kata: “Kau pergilah buat report (lapor) polis, nanti kau balik rumah aku bunuh kau.”

Bagi pertuduhan ketiga, pada tarikh dan tempat yang sama, tertuduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada isterinya.

Tertuduh dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 376B (1), Seksyen 506 dan Seksyen 223 Kanun Keseksaan.



Janin disumbat dalam balang


SHAH ALAM - Meskipun dikutuk dan dipantau pihak berkuasa, masih ada 'haiwan' bertopeng wajah manusia sanggup membuang bayi, asalkan nafsu binatang mereka dipenuhi.

Kelmarin, episod menyayat hati sekali lagi berlaku apabila janin lelaki berusia lingkungan empat bulan ditemui di hadapan pintu pagar tokong di Jinjang Utara, Jinjang, Kuala Lumpur.

Jika Jumaat lalu, mayat bayi lelaki berusia enam bulan digonggong anjing di tempat pembuangan sampah, kali ini janin pula disumbat dalam balang plastik menyimpan gula-gula.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, janin lelaki itu ditemui penjaga tokong terbabit kira-kira jam 11.40 malam.

Beliau berkata, lelaki tempatan berusia 33 tahun itu kemudiannya memaklumkan penemuan itu kepada polis.

“Janin lelaki tersebut masih bertali pusat dan dianggarkan berumur dalam lingkungan empat bulan serta telah cukup sifat.

“Panjang janin itu berukuran 10 sentimeter,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Menurutnya, bagaimanapun tiada saksi yang melihat kejadian berkenaan, dan janin kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.

“Satu pasukan khas akan ditubuhkan selepas laporan bedah siasat diperolehi bagi gerakan memburu empunya janin,” katanya.

Katanya, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.




GRO cuba lari dicekup


SEBAHAGIAN daripada 36 GRO asing bertindak menutup muka ketika ditahan di Taman AST, Seremban, semalam.


SEREMBAN - Usaha sekumpulan 36 pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga asing untuk melarikan diri ketika diserbu polis gagal apabila kesemua mereka ditahan dalam satu serbuan di sekitar Taman AST, di sini kelmarin.

Serbuan selama tiga jam bermula pukul 9 malam itu dilakukan selepas polis membuat risikan selama beberapa minggu sebaik menerima maklumat mengenai kegiatan haram tersebut yang ditawarkan oleh pusat hiburan berkenaan.

Dalam operasi itu, seramai 34 wanita warga China dan dua wanita Vietnam berusia dalam lingkungan 20 hingga 30-an dapat ditahan sebelum sempat melarikan diri.






Aksi ala Spiderman

KULIM - Seorang remaja perempuan berumur 16 tahun sanggup menyorok dalam syiling bilik bagi mengelakkan dirinya dicekup kerana berkhalwat dengan teman lelakinya dalam kejadian di Taman Selasih, petang kelmarin.

Ketika serbuan di buat kira-kira jam 2 petang, dia yang bermalam di rumah teman lelakinya yang berumur 22 tahun hingga sanggup ponteng sekolah untuk melakukan kegiatan tidak bermoral itu.

Pegawai Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) Kedah, Sheikh Radzi Abdul Mutalib berkata, pihaknya menerima aduan melalui orang awam kira-kira jam 1.30 petang dan tiba setengah jam kemudian bersama penduduk serta dibantu dua anggota polis dari Pondok Polis Inisiatif Bandar Selamat (IBS) Taman Selasih.

Menurutnya, PADK terpaksa menunggu hampir sepuluh minit sebelum pintu rumah dibuka sebelum PADK mendapati pasangan perempuan cuba bersembunyi dalam siling manakala teman lelakinya berjaya melarikan diri ikut pintu belakang rumah ke arah semak.

“Ketika sampai di rumah itu, kami mendapati pintu pagar tidak berkunci.

“Saya bersama beberapa anggota PADK memperkenalkan diri dan meminta mereka membuka pintu rumah. Kami memanggil beberapa kali tetapi pasangan itu tidak mengendahkan,” katanya.

Menurutnya, dari soal siasat dijalankan terhadap pasangan perempuan mendapati dia datang ke rumah teman lelakinya dua hari lalu dan bermalam di situ kerana ibu bapa teman lelakinya tiada di rumah.

Remaja perempuan itu turut mengaku pernah tidur bersama teman lelakinya, malah keadaan katil di bilik hadapan di mana pasangan perempuan ditangkap, berada dalam keadaan tidak terurus.

“Pelajar perempuan itu dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan sebelum mengarahkan warisnya datang ke PADK.

“Saya akan mengarahkan Ketua Penguat kuasa PADK, Azmi Rejab untuk membuat pemantauan terhadap pasangan lelaki yang berjaya melarikan diri. Kami juga memanggil ibu bapa pasangan perempuan dan menerangkan tangkapan dibuat terhadap anak mereka,” katanya.

Sheikh Radzi berkata, bapa pelajar perempuan itu memaklumkan, anaknya hendak pergi ke rumah rakan namun dia tidak pulang ke rumah hingga keesokan harinya.

Beliau mengarahkan pasangan perempuan dan keluarganya datang ke PADK dan berjumpa Ketua Penguat kuasa Agama untuk membincangkan tindakan yang akan diambil terhadapnya.

Sheikg Radzi juga menasihatkan kepada semua ibu bapa agar jangan terlalu mempercayai apa jua tindakan yang dilakukan anak-anak.

“Mereka harus lebih peka terhadap gerak geri anak mereka dan harus tahu ke mana mereka pergi dan dengan siapa mereka berkawan.

“Sekiranya mereka terlibat dalam kegiatan maksiat, PADK tidak akan teragak-agak untuk mendakwa mereka di mahkamah terhadap kesalahan yang mereka lakukan,” katanya.





No comments:

Post a Comment