Wednesday, March 10, 2010

BOLEHKAH KELUAR BERDUA...

NEGARA

Nabil, Irma nafi berkhalwat


KEMESRAAN Nabil bersama Irma yang dirakamkan di Kuala Lumpur tahun lalu.


KUALA LUMPUR - Belum selesai isu disaman RM2 juta oleh syarikat filem SDAF Pictures, pelawak popular, Nabil kini berhadapan pula dengan kontroversi beliau dikatakan berkhalwat dengan kekasihnya yang juga pelakon, Irma Hashmie.

Pasangan itu bercinta sejak akhir 2008 didakwa sering dilihat di apartmen Irma di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.

Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 27, tampil menafikan tohmahan itu dengan menegaskan, beliau sama-sekali tidak akan melakukan perbuatan yang memalukan diri dan keluarga.

Juara Raja Lawak musim kedua itu bagaimanapun mengakui beliau sering mengunjungi rumah Irma kerana menghantar makanan atau membawa keluar pelakon itu.



Bibit ngeri lepas rindu



2010/03/31

KUANTAN: Dayusnya seorang lelaki apabila tergamak mencekik leher kekasihnya sebelum menumbuk muka dan badan gadis berkenaan gara-gara teman wanitanya itu enggan memberikan sejumlah wang yang diminta.

Insiden itu bermula apabila lelaki terbabit mengajak kekasihnya bertemu kononnya untuk melepaskan rindu dan pelawaan terbabit disahut teman wanitanya itu tanpa rasa curiga atau prasangka.


Bagaimanapun, bibit indah yang diharapkan gadis berusia 18 tahun itu bertukar igauan ngeri apabila dia dibelasah bertubi-tibu oleh teman lelakinya ketika mereka bertemu di hadapan asrama pekerja tempat gadis berkenaan tinggal di Padang Lalang di sini, malam kelmarin.


Difahamkan, gadis berkenaan yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang di kawasan itu, baru empat bulan menjalin hubungan cinta dengan lelaki berusia 20-an terbabit.


Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Superintendan Nordin Mustapha, berkata sebelum kejadian, mangsa diajak teman lelakinya untuk berjumpa kononnya kerana terlalu rindu untuk melihat wajahnya, kira-kira jam 9 malam.


“Ketika berjumpa, lelaki terbabit meminta gadis berkenaan memberikannya wang, namun mangsa enggan berbuat demikian,” katanya di sini, semalam

Menurutnya, suspek yang berang selepas permintaannya tidak dipenuhi, tiba-tiba mencekik serta memukul muka dan badan mangsa sebelum merampas wang tunai RM100 bersama telefon bimbit bernilai RM500 milik gadis berkenaan.


“Pada mulanya mangsa cuba melawan, namun melupakan hasratnya apabila sakit di bahu akibat ditumbuk kekasihnya itu.


“Gadis berkenaan yang trauma dengan kejadian itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini,” katanya.


Nordin berkata, setakat ini polis berusaha menjejak lelaki terbabit, namun menghadapi sedikit kesukaran berikutan mangsa tidak mengetahui alamat tempat tinggal suspek.


“Kami menunggu mangsa menyerahkan gambar suspek untuk memudahkan kami menangkapnya,” katanya.

Beliau berkata, polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai kes samun mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.



No comments:

Post a Comment