Thursday, March 11, 2010

NAK BELAJAR KE ATAU NAK MENGINTAI...KALAU BEGITU BAIK KAHWIN....

2 pelajar IPTA dibelasah kerana mengintai



2010/03/11

KUANTAN: Gara-gara mengintai pelajar perempuan, dua pelajar lelaki sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di sini cedera selepas dibelasah sekumpulan lelaki di sebuah stesen minyak di Semambu di sini, semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Supt Mohd Haris Daud berkata pelajar wanita berkenaan yang tinggal di sebuah rumah sewa di Semambu menyedari diintai oleh dua lelaki lalu menghubungi teman lelakinya bagi memaklumkan mengenai kejadian itu.

Beliau berkata ekoran rasa tidak puas hati, teman lelaki kepada pelajar perempuan berkenaan kemudian bertindak mencari dua pelajar terbabit di sekitar kawasan berkenaan bersama beberapa orang rakannya sebelum menemui mereka di kawasan stesen minyak itu kira-kira 12 tengah malam, semalam.

"Ekoran daripada itu, berlaku satu pergaduhan sehingga menyebabkan kedua-dua pelajar lelaki terbabit dicekik pada bahagian leher selain tubuh dan badan mereka dipukul dengan objek keras dipercayai menggunakan batang besi," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.


Katanya kedua-dua pelajar tersebut bagaimanapun berjaya meloloskan diri sebelum mereka yang cedera di kepala dan bahagian belakang badan dibawa oleh orang ramai ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.




PENGORBANAN IBU UNTUK ANAK....INSAFLAH



Ibu meninggal ketika berbaris ambil cek dermasiswa anak


ZAMBRY (tiga dari kiri) mengaminkan doa ketika menziarahi jenazah Roziah di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh semalam.


IPOH - Seorang suri rumah meninggal dunia akibat serangan jantung semasa berbaris untuk mendaftar bagi mengambil cek dermasiswa anaknya pada Majlis Penyampaian Dermasiswa Pendidikan Negeri Perak di sini semalam.

Semasa kejadian pada pukul 9.15 pagi, Roziah Ahmad Nasir, 45, dari Kampung Simpang Temin, Sungai Siput, 90 kilometer dari sini sedang berbaris sebelum dia tiba-tiba rebah tetapi sempat dipangku oleh anak saudaranya, Zaitun Mohd. Isa, 39, dan orang ramai.


No comments:

Post a Comment