Thursday, March 11, 2010

JANGAN TUDUH MENUDUH SAHAJA..BETUL...MENGAKU DAN SEDIA TERIMA HUKUMAN...JANGAN DOUBLE STARDARD....ALLAH TIDAK BOLEH KITA TIPU ..laksanakan hukum quran

Skandal seks: Azmin perlu bertindak

KUALA LUMPUR 10 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali diminta menjelaskan dakwaan mengaitkan orang kanannya yang juga Ahli Jawatankuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dengan skandal seks.

Naib Ketua UMNO Cawangan Bukit Antarabangsa, Omar Salleh berkata, isu itu timbul ekoran pengedaran risalah tentang skandal hubungan sulit pegawai berkenaan yang diedarkan di Masjid Bukit Antarabangsa pada Jumaat lalu.

Risalah itu antara lain menyebut laporan polis mengenai hubungan sulit seorang wanita yang sudah mempunyai suami dengan pegawai Azmin tersebut yang juga ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Jika dakwaan risalah itu benar, Azmin mesti mengambil tindakan menangani isu ini dengan segera kerana ia melibatkan kredibilitinya sebagai ADUN kawasan tersebut.

“Beliau juga tidak boleh berdiam diri dan membiarkan pegawai berkenaan tidak mendapat pembelaan daripada PKR. Azmin seharusnya awal-awal lagi meminta satu siasatan dijalankan bagi mencari kebenaran dakwaan itu,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Khidmat Masyarakat Bukit Antarabangsa di sini hari ini.

Menurut risalah itu, pembangkang sebelum ini pernah mendesak kerajaan Barisan Nasional (BN) mengambil tindakan terhadap pemimpinnya yang mempunyai salah laku moral meletak jawatan kerana tidak dapat diterima rakyat.

No comments:

Post a Comment