Tuesday, March 9, 2010

JODOHNYA MUNGKIN SETAKAT NI SAHAJA

NEGARA

Sultan Kelantan fail mohon sah cerai Elia


TUANKU ISMAIL PETRA bersama Elia Suhana.


KOTA BHARU - Seorang peguam syarie, Zainul Rijal Abu Bakar telah memfailkan permohonan pengesahan cerai talak tiga terhadap isteri kedua Sultan Kelantan, Cik Puan Elia Suhana Ahmad, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.

Dalam satu kenyataan kepada Bernama, Zainul berkata, beliau telah dititahkan oleh Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Tuanku Yahya Petra supaya memfailkan permohonan pengesahan cerai antara Tuanku dan Cik Puan Elia Suhana.

"Kami telah dititahkan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra Ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra, Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan Darul Naim supaya memfailkan permohonan pengesahan cerai di antara Tuanku dan Elia Suhana binti Ahmad.

"Pada hari ini (semalam), kami telah memfailkan suatu permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu untuk pengesahan cerai talak tiga yang dilafazkan sendiri oleh baginda Tuanku terhadap Elia Suhana Binti Ahmad pada 12 Februari 2010 di hadapan beberapa orang saksi dan mahkamah telah mendaftarkan permohonan tersebut serta menetapkan hari Ahad, 21 Mac ini pukul 9 pagi bagi mendengar permohonan tersebut," katanya.



lagi



Sultan bukan plaintif dalam kes cerai dengan isteri kedua

11/03/2010 4:09pm

KOTA BHARU 11 Mac – Mahkamah Tinggi Rayuan Syariah Kelantan, hari ini mengesahkan kes perceraian talak tiga Sultan Kelantan terhadap isteri keduanya, Che Puan Elia Suhana Ahmad, bukan difailkan sendiri oleh baginda.

Ketua Pendaftarnya, Abu Bakar Abdullah Kutty berkata, kes itu difailkan oleh seorang wanita, Nik Rorhana Wan Abdul Rahman, 60, yang bertindak sebagai plaintif.

Menurutnya, dari segi prosedur, pendaftaran itu sah dan pihak pendaftar mahkamah boleh menerima permohonan memfailkan kes perceraian itu tanpa mengira siapakah individu berkenaan.

"Soal keputusan sama ada perceraian itu sah atau tidak mengikut undang-undang Islam bergantung kepada keputusan mahkamah yang akan mendengar kes tersebut.

"Saya hanya boleh mengesahkan menerima permohonan untuk mendaftar kes penceraian antara Sultan Kelantan dengan isteri keduanya, Che Puan Elia... berdasarkan dokumen dan fail yang ada pada saya... itu saja,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Abu Bakar bagaimanapun enggan menjelaskan siapakah Nik Rorhana serta pertalian hubungan dengan Sultan Kelantan bagi membolehkan beliau bertindak memfailkan permohonan cerai itu.

Beliau diminta mengulas mengenai status kes tuntutan perceraian talak tiga yang didakwa difailkan oleh Sultan Kelantan di Mahkamah Tinggi Syariah Selasa lepas. – Bernama


No comments:

Post a Comment