Thursday, March 11, 2010

MENGUNDANG KEMURKAAN ALLAH....JADIKAN PANDUAN....AGAR SENTIASA BERWASPADA

Akauntan tua tiduri 100 budak bawah umur dipenjara



2010/03/11

HONG KONG: Seorang akauntan glamor kerana bersahabat dengan tokoh terkenal di Hong Kong dipenjara, semalam, kerana mengadakan hubungan seks dengan gadis bawah umur.

Pegawai mahkamah berkata, Henry Chui, 61, dihukum penjara empat tahun lapan bulan selepas mengaku salah terhadap beberapa tuduhan membabitkan tiga remaja perempuan.


Media tempatan mendakwa, Chui pernah meniduri kira-kira 100 budak di bawah umur.


Rekod mahkamah menunjukkan, mangsa termuda Chui berusia 14 tahun.


Hukuman itu dijatuhkan selepas mahkamah mendengar rayuan pelbagai pihak, termasuk pemilik syarikat hartanah gergasi Hong Kong, Cheng Yu-tung, dan dua anak perempuan raja judi Macau, Stanley Ho.


Semua rayuan itu dibuat melalui surat.

Chui - bapa kepada lima anak - ditahan April tahun lalu bersama sejumlah cakera padat, kaset video dan gambar aksi ranjangnya bersama kira-kira 100 remaja perempuan yang dikenali melalui Internet.


Kebanyakan mereka dibayar sebagai upah untuk ditiduri Chui. - AFP



lagi



Nafsu gila suami tua

Oleh Shanty Nur Shaffizan Shafee
shantynur@hmetro.com.my
2010/03/16

KUALA LUMPUR: Seorang pesara sanggup memaksa isterinya yang juga warga emas ditiduri lelaki lain manakala dia pula hanya melihat dan merakam aksi mereka melakukan hubungan seks sejak empat tahun lalu.

NASIHAT...Chong menasihati mangsa membuat laporan polis.
NASIHAT...Chong menasihati mangsa membuat laporan polis.
Malah, lelaki berusia 66 tahun itu turut memilih lelaki yang akan dijadikan teman ranjang isterinya yang berusia 61 tahun.


Akibat tidak tahan menjadi hamba seks, mangsa yang juga seorang nenek berjaya melarikan diri dari kampungnya di sebuah daerah terpencil di Sarawak dengan bantuan anak tirinya ke ibu negara, awal Mac lalu.


Menceritakan penderitaan, mangsa dikenali sebagai Chia berkata, suaminya mula berubah sikap apabila mereka menghadapi masalah hubungan kelamin selepas berkahwin 14 tahun.


“Pada mulanya, saya sangkakan masalah itu boleh diselesaikan dengan berbincang, namun bertukar menjadi mimpi ngeri apabila saya dibawa ke sebuah ladang getah berhampiran rumah dan dipaksa melakukan hubungan seks dengan lelaki lain.


“Saya cuba menolak namun dipukul hingga lebam dan kerana takut dicederakan saya hanya turutkan permintaan gila suami saya itu,” katanya, semalam.

Chia berkata, penderitaannya semakin parah sejak setahun lalu apabila dibawa setiap bulan ke ladang itu untuk melakukan perbuatan terkutuk bersama lelaki tidak dikenalinya.


“Suami akan mencari pekerja asing berusia antara 16 hingga 40 tahun untuk dijadikan teman seks dan mereka akan diberi upah minuman keras atau kad tambah nilai telefon bimbit.


“Ketika saya melakukan seks, suami akan menonton dan merakamnya bagi menakutkan saya agar tidak membuat laporan polis.


“Kali terakhir saya dipaksa melakukan perbuatan terkutuk itu pada 4 Mac lalu. Saya sudah terlalu azab untuk tinggal bersamanya lagi.


“Saya dibelasah teruk serta diugut jika cuba melarikan diri. Akibat tidak tahan, saya mengadu kepada anak dan mereka membantu saya menyelamatkan diri,” katanya yang mempunyai tiga anak tiri dengan suaminya itu.


Chia berkata, dia isteri kedua lelaki itu selepas isteri pertama suaminya meninggal dunia dan mereka berkahwin pada 1996, namun tidak ada anak.


Dia kemudian datang ke Biro Pengaduan Awam MCA untuk mendapatkan khidmat nasihat dan kaunseling bagi menyelesaikan masalahnya itu.


Sementara itu, pengerusi biro terbabit, Datuk Michael Chong menasihati mangsa untuk membuat laporan polis serta meminta wanita yang mengalami masalah sama tampil untuk mendapatkan bantuan.


awas baca cerita ini




Sengsara 11 hari

Oleh Hadzlihady Hassan dan Mohd Firdaus Ibrahim
am@hmetro.com.my
2010/03/16

KUALA LUMPUR: Malang berganda bagi seorang suri rumah ketika menempuh 11 hari paling menyeksakan apabila dia diculik, dipaksa mengambil dadah dan diperkosa berulang kali sepanjang dikurung dalam sebuah bilik hotel di ibu kota, baru-baru ini.

Pakej lengkap ‘penderitaan’ terpaksa ditanggung wanita berusia awal 20-an itu bermula kira-kira jam 5.30 petang, 1 Mac lalu ketika dia dikatakan keluar dari rumahnya di Jalan Ipoh di sini, ke Selayang untuk bertemu suspek bagi membincangkan tawaran pekerjaan.


Difahamkan, pertemuan itu diketahui suami mangsa.


Menurut sumber, lelaki itu ahli sindiket pengedaran dadah antarabangsa dan dipercayai menggunakan perangkap itu untuk merekrut keldai dadah.


“Selepas selesai berbincang kira-kira 20 minit, mangsa pulang ke rumah menaiki bas.


“Namun, suspek yang ditemuinya sebelum ini turut menaiki bas sama.

“Menyedari wanita itu curiga, suspek mendakwa kenderaannya rosak selain ada beberapa perkara perlu dibincangkan dengan mangsa,” katanya.


Sebaik tiba di kawasan perumahan wanita itu, lelaki terbabit memaksa mangsa mengikutnya ke Chow Kit.


Difahamkan, mangsa yang ketakutan selepas diugut dengan pisau hanya mengikut arahan itu.


Sumber berkata, sebaik tiba di Chow Kit, lelaki terbabit mengurung mangsa di sebuah bilik hotel.


“Di situlah bermula penderitaan mangsa apabila dia dibelasah lelaki terbabit sebelum dipaksa mengambil dadah.


“Ketika mangsa khayal, suspek mengambil kesempatan merogolnya berulang kali.


“Mangsa dijadikan pemuas nafsu lelaki itu sepanjang 11 hari dikurung dalam bilik hotel berkenaan,” katanya.


Bertambah malang apabila mangsa dipukul tanpa belas kasihan jika enggan menghisap dadah. Difahamkan, semua wang dan telefon bimbit miliknya dirampas suspek untuk mengelakkan suri rumah terbabit melarikan diri.


Sumber itu berkata, lelaki itu juga akan memastikan mangsa berada dalam keadaan khayal 24 jam bagi memudahkan dia mengawalnya.


“Namun, penderitaannya berakhir apabila lelaki terbabit membawa suri rumah itu ke kawasan Segambut di sini, pada 12 Mac lalu atas urusan tidak diketahui.

“Di situ mangsa terserempak seorang remaja yang juga kenalan suaminya. Remaja itu yang mengetahui kehilangan wanita terbabit membantu mangsa melarikan diri.


“Lelaki itu cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran remaja terbabit, namun berjaya diberkas dengan bantuan orang ramai,” katanya.


Sumber berkata, remaja itu menghubungi suami mangsa sebelum membawanya ke Balai Polis Jinjang di sini, untuk membuat laporan.


Sementara itu, Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan lanjut sedang dilakukan.


lagi


Tidak insaf lahir anak luar nikah kali kedua



2010/03/16

ALOR STAR: Pengalaman kali pertama melahirkan anak luar nikah tidak menginsafkan seorang wanita berusia 20 tahun, sebaliknya dia terus bergelumang dosa dan mengandung anak luar nikah buat kali kedua.

Lebih mengejutkan, ketika pasukan perubatan berkejar ke kediamannya di sebuah kawasan perumahan di Mergong di sini, petang semalam, dia masih sempat berdandan dan memakai alat solek di depan cermin.


Malah, ibu bapanya juga dilihat tidak berasa malu ketika pasukan perubatan dari sebuah hospital di bandar raya ini tiba di rumah mereka untuk mengambil anaknya yang sakit untuk bersalin walaupun disaksikan ramai jiran.


Sumber berkata, wanita terbabit dipercayai ‘ketua keluarga’ dan berperanan menjaga ibu bapanya menyebabkan mereka tidak berani ‘bersuara’ untuk menghalang perbuatan mungkar itu.


Menurutnya, ini kerana bapanya didapati hanya terbaring di bilik akibat menghidap pelbagai penyakit.


“Namun, yang menjadi persoalan, bagaimana bayi yang bakal dilahirkan itu dibesarkan sama ada diserahkan secara percuma atau ‘berbayar’ kepada pihak lain.

“Ini kerana anak pertama yang dilahirkan lebih setahun lalu juga tidak kelihatan sebaliknya dipercayai diserahkan kepada orang lain,” katanya.



lagi


Atuk hantu judi

Kawasan ladang antara lokasi kerap dijadikan sasaran kaki judi untuk melepaskan ketagihan berjudi yang bukan lagi menjadi permainan golongan muda malah golongan warga emas turut terlibat sama.

Salah seorang penduduk, Mohd Rosli Jalaluddin berkata, jika dahulu pernah kegiatan judi ini menjadi makanan ruji sehingga kedai nombor ekor berlesen menjadi pilihan namun kini mungkin akibat bimbangkan undang-undang maka kegiatan ini dilakukan secara tertutup.

Menurutnya, kini penjual nombor ekor haram pula akan mengunjungi ‘port’ kaki judi di dalam ladang yang berada jauh daripada jalan utama yang menjadi lokasi golongan ini untuk menjual nombor-nombor haram ini kepada kaki judi.

“Bukan setakat membeli nombor ekor yang dijual oleh penjual nombor ekor haram berdekatan malah turut bertaruh wang dan harta yang ada dalam permainan haram dalam ladang ini sehingga ada yang bergolok bergadai untuk melangsaikan hutang.

“Golongan ini melepaskan gian berjudi dengan harapan untuk mendapatkan pulangan dengan mudah walaupun mengetahui kegiatan tersebut salah di sisi agama malah ada yang tidak kisahkan anak bini di rumah apabila judi menguasai diri,” katanya.

Mohd Rosli berkata, malah golongan penagih turut terlibat dalam kegiatan judi haram dalam kawasan ladang ini dan tidak kurang juga golongan warga emas berpangkat ‘datuk’ yang turut mengunjungi lokasi perjudian ini.

“Lokasi ladang bukanlah dekat tapi jauh di hujung kawasan bagi mengelakkan diketahui mereka mempunyai orang memantau kawasan,” katanya.

Salah sebuah tanah rancangan di daerah itu, turut mengalami masalah yang sama apabila bukan lagi ladang menjadi pilihan kaki judi ini namun pos Skim Rondaan Sukarelawan (SRS) turut dijadikan kawasan melepaskan ketagihan judi mereka di waktu malam.

Dimaklumkan oleh seorang penduduk tempatan bahawa pos tersebut yang sepatutnya digunakan untuk menjaga kawasan kampung namun digunakan untuk berjudi dengan bermain daun terup dan mempertaruhkan wang.

“Kegiatan judi ini menjadikan mereka lupa tanggungjawab untuk membuat rondaan dan memastikan keselamatan kawasan dan bertaruh wang dan segalanya sehingga merosakkan imej anggota SRS yang lain,” katanya.



lagi



Bayi dijumpai di tempat buang sampah

IPOH - Seorang bayi perempuan yang berbalut dengan sehelai kain dijumpai ditinggalkan di tempat pembuangan sampah di sebuah pusat membeli belah di sini semalam.

Bayi yang baru dilahirkan itu dijumpai oleh orang ramai yang lalu lalang di kawasan itu dan telah dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Timbalan Pengarah HRPB, Dr Raimi Goon berkata, bayi yang cukup sifat itu telah dikejarkan ke hospital berkenaan selepas dijumpai oleh orang awam pada kira-kira 6 petang.

Beliau berkata, bayi tersebut sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias berkata polis telah menerima laporan mengenai penemuan bayi berkenaan dan sedang menyiasat.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.-Bernama

lagi



memberi dan menerima masuk neraka(hadis)....termasuk dilepaskan dan melepaskan kesemuanya masuk NERAKA....dikira bersubahat dan melindung orang melakukan kemungkaran@mengamalkan rasuah...



Gaji rendah bukan faktor rasuah

PUTRAJAYA - Skala gaji rendah dan kos sara hidup tinggi bukan faktor utama berlakunya rasuah dalam kalangan kakitangan kumpulan sokongan perkhidmatan awam.

Kajian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati, amalan rasuah lebih berpunca akibat kelemahan dalam diri individu seperti sikap tamak, ingin cepat kaya, berbelanja melebihi pendapatan dan mengamalkan gaya hidup mewah.

Selain itu, kelemahan dalaman sesebuah organisasi akibat kepimpinan lemah, sistem dan prosedur tidak telus, kerenah birokrasi serta kuasa budi bicara yang luas menyebabkan ruang dan peluang rasuah semakin terbuka.

Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat SPRM, Datuk Ahmad Khusairi Yahaya berkata, berdasarkan perangkaan tangkapan ke atas penjawat awam bagi tahun 2007, 2008 dan 2009, kes-kes rasuah melibatkan golongan itu semakin menurun.

"Secara tidak langsung, menunjukkan bahawa tahap integriti serta kesedaran penjawat awam terhadap kesalahan rasuah semakin meningkat.

"Pada 2007, daripada 591 individu ditangkap atas kesalahan rasuah, 303 atau 51 peratus adalah penjawat awam," katanya.

Menurut Khusairi, bilangan itu menurun pada 2008, iaitu hanya 282 orang atau 47 peratus berbanding keseluruhan tangkapan sebanyak 605 orang.

"Penurunan jelas ketara pada tahun 2009 apabila hanya 194 penjawat awam ditangkap iaitu 39 peratus daripada jumlah tangkapan seramai 500 orang.

"Dari segi perangkaan, jumlah pertuduhan kes-kes rasuah terhadap penjawat awam juga menunjukkan trend penurunan ketara bagi tempoh tiga tahun belakangan ini," katanya.

Menurut beliau, pada 2007, terdapat 133 pertuduhan ke atas penjawat awam, menurun kepada 104 pertuduhan pada 2008 dan menurun lagi kepada hanya 90 pertuduhan pada 2009.

"Ini jelas memperlihatkan tahap kesedaran penjawat awam terhadap kesalahan rasuah dan tanggungjawab memerangi jenayah semakin meningkat.

"Faktor-faktor membawa kepada peningkatan itu adalah berasaskan program-program yang diperkenalkan kerajaan termasuk aktiviti kesedaran oleh Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM," katanya.

Atas peningkatan tahap kesedaran, pegawai-pegawai awam sendiri berani tampil melaporkan tawaran rasuah sehingga membawa kepada tangkapan ke atas pemberi-pemberi rasuah, di mana misalnya, pada 2007, 89 penjawat awam tampil melaporkan tawaran rasuah, 81 orang (2008) dan 79 orang pada tahun lalu.

Selaras dengan perkembangan ini, SPRM akan melaksanakan kempen anti-rasuah secara besar-besaran bagi menangkap pemberi-pemberi rasuah yang cuba menawarkan suapan rasuah kepada penjawat awam.

"Pegawai awam juga sentiasa diingatkan mengenai kewajipan mereka melaporkan apa-apa suapan rasuah sebagaimana diperuntukkan dalam Seksyen 25(1) Akta SPRM.

"Jika gagal berbuat demikian, mereka boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya," katanya. - Bernama


No comments:

Post a Comment