Thursday, March 11, 2010

KERANA CINTA SAKAN KOD....TAKUT MERANA DI DUNIA DAN MERNA DI AKHIRAT

Angkara dadah tubuh jadi dagangan kekasih



2010/03/11

HULU TERENGGANU: Tekanan hidup selain inginkan kebebasan di luar rumah menyebabkan seorang wanita hidup umpama layang-layang terputus tali apabila terjebak dalam penagihan pil kuda dan syabu selain menjadi ‘barang’ dagangan bekas kekasihnya yang juga seorang penagih.

Wanita dikenali sebagai Murni berusia 24 tahun dari Kampung Kepah, Hulu Terengganu itu mendakwa lelaki berusia 28 tahun yang tinggal sekampung dengannya pernah membawanya ke sebuah penginapan murah di bandar Kuala Berang sebelum menyerahkan dirinya kepada tiga lelaki dipercayai rakannya pada 2009 lalu.


“Dia (bekas kekasih) nak jual saya. Sama ada tukar saya dengan pil kuda atau sebaliknya saya tidak tahu,” katanya.


Kisah hidup wanita itu terbongkar selepas ditahan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah ini yang menjalankan operasi membanteras gejala penagihan dadah di kawasan Kampung Tok Lawit dan Kuala Ping di sini.


Anak sulung daripada tujuh beradik itu ditahan ketika tidur nyenyak dalam keadaan berpelukan bersama kekasih barunya berusia 20 tahun dalam sebuah pondok berhampiran sawah padi di Kampung Tok Lawit, kira-kira jam 5.30 pagi, kelmarin.


Mengimbau perjalanan hidupnya, Murni berkata, dia mula mengenali dadah sejak berusia 18 tahun selepas dipengaruhi rakan selain keinginan untuk mencuba.

“Pada mulanya saya hanya mencuba selepas rakan memberitahu pil berkenaan boleh menghilangkan masalah dan tidak menyangka ia menjadi ketagih,” kata Murni yang mengaku tidak pernah mengenali alam persekolahan.

No comments:

Post a Comment