Seksa saksi samun
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Muhaamad Hafis Nawawi
mfirdaus@hmetro.com.my
mfirdaus@hmetro.com.my
MOHMAD...trauma
Menurutnya, lima penjenayah bersenjatakan pisau itu bertindak demikian kerana mahu mendesaknya supaya tidak menghadiri perbicaraan kes samun membabitkan empat lagi rakan mereka yang dijadualkan berlangsung selepas Aidilfitri.
“Jika saya tidak datang (perbicaraan), rakan mereka berpeluang untuk dibebaskan daripada kesalahan jenayah itu,” katanya yang juga saksi utama satu kejadian samun yang berlaku awal Januari lalu, ketika ditemui, di sini, semalam.
Mohmad berkata, dia hanya dibebaskan kumpulan penjenayah itu jam 5 petang, 12 Ogos lalu selepas dipaksa menandatangani surat perjanjian yang kononnya dia berhutang dengan kumpulan itu RM15,000 sebelum membuat laporan di Balai Polis Cheras, di sini, kelmarin.
“Dengan surat perjanjian itu, mereka (penjenayah) mengugut untuk membuat laporan polis mendakwa saya tidak membayar hutang berkenaan sekiranya menghadiri perbicaraan,” katanya.
Kasih tak berubah
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
SEDIH...Haslinda menemani suami, Riduan yang kehilangan dua tangan terkena renjatan elektrik.
Dalam kejadian itu, mangsa yang bekerja kampung cedera parah melecur dan terbakar seluruh tubuh selepas galah aluminium yang digunakan secara tidak sengaja tersentuh kabel elektrik berhampiran rumahnya di Kampung Kroh, Batang Padang, Tapah.
Kejadian itu menyebabkan mangsa yang terlantar di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, terpaksa dipotong kedua-dua tangannya selepas bahagian anggota tubuhnya itu tidak lagi berfungsi akibat kecederaan teruk dialami.
“Hati isteri mana yang tidak sedih melihat suami tiba-tiba menjadi cacat dalam sekelip mata. Keadaan tubuhnya kini cukup memilukan selepas dia terpaksa menjalani lebih 10 pembedahan bagi menyelamatkan nyawanya.
“Tragedi menimpa Riduan tambah sedih pada saat kebanyakan umat Islam bergembira menjalani ibadat puasa, selain akan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi,” katanya.
Pesan terakhir Ucuk
Oleh Asmah Rusman
asmah@hmetro.com.my
asmah@hmetro.com.my
“Dia sangat teruja kerana dapat siapkan biskut ‘chocolate chip’ untuk dinikmati bersama pada hari raya nanti walaupun hasil biskutnya itu agak keras,” kata Yanoaini Yeop, 35, mengenai adiknya Yasuhaidah, 22, yang ditemui mati dengan kesan kelar di lehernya di Tingkat 6, Apartmen Flora Damansara, di sini, awal pagi semalam.
Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah berhampiran pintu masuk rumah berkenaan kira-kira jam 3 pagi.
Yanoaini ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, semalam berkata, dia tidak menyangka biskut raya itu menjadi hadiah terakhir adik bongsunya yang lebih mesra dipanggil Ucuk.
Katanya, anak bongsu daripada lapan beradik itu baru enam bulan tinggal di apartmen berkenaan bersama seorang lagi adiknya, Yazniana, 30.
Saksi abang maut depan mata
Dalam kejadian jam 10.45 pagi, mangsa, Amir Shariff Suhaimi, 17, yang tinggal di Merapoh, dekat sini, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.
Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superintendan Abdul Razak Hasan berkata, adik mangsa, Azwani Wan Shazarina, 13, mengalami kecederaan ringan dikejarkan ke Hospital Kuala Lipis (HKL) untuk menerima rawatan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, ketika kejadian mangsa bersama adiknya menaiki motosikal dalam perjalanan dari Kuala Lipis ke Merapoh sambil dipercayai mengekori rapat sebuah motosikal lain dari arah sama.
Bagaimanapun, katanya penunggang motosikal itu dikatakan membrek secara mengejut menyebabkan mangsa bersama adiknya bergesel dengan penunggang berkenaan sebelum mangsa tercampak ke laluan bertentangan.
“Pada masa sama, sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dikatakan datang dari arah bertentangan dipercayai tidak sempat mengelak sebelum melanggar mangsa sambil diperhatikan Azwani yang terjatuh di tepi jalan.
Menurutnya, adik mangsa bersama seorang lagi penunggang turut dibawa ke HKL bagi mendapatkan rawatan sebelum dibenarkan pulang.
‘Saya tak boleh maaf budak itu’
Menurutnya, anak keduanya itu, Nurul Firzanah, 16, masih lagi berada dalam keadaan kritikal di unit kebakaran Hospital Kuala Lumpur (HKL), meskipun baru selesai menjalani pembedahan di bahagian leher, kelmarin.
Katanya, Aidilfitri yang menggalakkan umat Islam bermaaf-maafan juga tidak mampu lagi dihayati pengertiannya oleh dia sekeluarga kerana ‘kuasa kemaafan’ itu sukar diberi kepada pelaku yang menyebabkan anak kesayangannya itu menderita kecacatan teruk.
“Melihat keadaan dia (Nurul Firzanah) membuatkan saya sedih, malah isteri saya, Norliyati Abdul Hamid, 41, masih sedih dan tak terdaya...nak balik rumah di Sri Serdang pun dia tak mampu dan asyik menangis terkenang kepetahan dan gelagat Nurul Firzanah.
“Kami tak terdaya nak beraya. Tiada sambutan Aidilfitri pun, tak mampu nak ke rumah saudara-mara sebaliknya hospital inilah tempat kami berkumpul.
“Memang dugaan ini sukar kami tempuh dan saya tak boleh nak maafkan budak (suspek) itu, perbuatan dia kepada anak kami tak boleh diterima,” katanya ketika ditemui selepas penyampaian bantuan oleh Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di HKL, di sini semalam.
Mat Zaki berkata, sehingga kini dia masih belum mendapat maklumat mengenai suspek dan berharap orang ramai dapat membantu mengesan teman lelaki anaknya itu untuk diadili.
“Keluarga dia yang juga bekas jiran kami ketika menetap di AU2, Keramat ada datang melawat Firzanah dan memohon maaf bagi pihak anaknya,” katanya.
Sementara itu, Shahrizat berkata, pihaknya akan cuba membantu keluarga mangsa jika diperlukan mengikut apa yang disarankan HKL berikutan proses merawat Nurul Firzanah yang mengambil masa lama termasuk rawatan pembedahan plastik.
Bagaimanapun, katanya, semalam YKN memberi sumbangan RM2,000 sebagai permulaan selain berharap keluarga mangsa terutama ibu bapanya akan terus tabah dan sabar.
Laungan azan beri ketenangan
Dia yang berasal dari Medan, Indonesia berasa lebih tenang sekarang walaupun baru memeluk Islam sebelum Ramadan lalu dan fokusnya kini mahu mempelajari lebih mendalam ilmu keagamaan.
“Sudah lama saya mahu memeluk Islam iaitu ketika di usia 11 tahun berikut kebanyakan kawan saya adalah Islam. “Namun, permintaan saya itu ditentang ibu dan ayah kerana mereka menyatakan agama Islam tidak memberi apa-apa yang istimewa berbanding agama yang mereka anuti,” katanya ketika ditemui di pejabat Perkim.
Katanya, walaupun ketika itu dia masih kanak-kanak, namun hatinya cukup tertarik dengan Islam dan ‘senyap-senyap’ mengikut rakannya mempelajari kelas fardu ain di sebuah masjid berdekatan sekolah tanpa pengetahuan orang tuanya.
“Ketika itu hati saya keras dan tidak mahu mengikuti keluarga sembahyang di gereja. Saya hanya mahu mempelajari Islam saja... setiap kali azan hati ini amat tenang sekali,” katanya.
Menurut Nurhazlina, hasratnya memeluk Islam makin menebal apabila dia ke negara ini selepas keluarganya menghadapi masalah disebabkan sikap bapanya yang tidak mempedulikan emak dan adik-beradiknya.
“Dari situ saya mula menilai dan berfikir sebelum hati saya secara tiba-tiba terbuka untuk mendalami Islam tanpa paksaan daripada sesiapa,” kata anak pertama dari lapan adik beradik.
Dapat tiket ke syurga
Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib
yusliza@hmetro.com.my
yusliza@hmetro.com.my
Katanya, memang berat bagi sesiapa yang diuji Allah dengan memberikan anak kelainan upaya, namun kesempatan menjaga dan mendidik anak yang cacat adalah anugerah Allah, malah diberi ganjaran yang berganda sekiranya ibu bapa ikhlas dan reda kerana-Nya.
“Sebenarnya, mereka sedang diperhatikan Allah, mungkin ketika ini mereka perlu melalui kehidupan sukar, tapi Insya-Allah akan diberi kemudahan dan ganjaran yang baik di akhirat kelak,” katanya, semalam.
Beliau mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam mengenai ketabahan Tuan Jamilah Tuan Besar, 52, ibu kepada lima anak yang mengalami masalah mental di Kampung Raja Chendering, Kuala Terengganu.
Dikurniakan tujuh anak hasil perkahwinannya dengan Syed Mohd Yatim Tuan Ngah, 56, Jamilah bersama suaminya berdepan ujian besar apabila lima anaknya, Syarifah Nohaniza, 30, Syarifah Rohani, 28, Syed Nurul Amlu, 26, Syarifah Nia Zira, 24, dan Syed Mohd Akil, 20, menghidap penyakit mental sejak dilahirkan.
Sambut Aidilfitri mengikut sunah
Oleh Ahmad Tajuddin Idris Al-manhaji
Rasulullah s.a.w sempat berpuasa sembilan kali selepas difardukan pada tahun 2 Hijrah, malah tidak pernah meninggalkannya walaupun sekali bagi mendirikan solat hari raya.
Solat hari raya antara syiar Islam terbesar dan terpenting sehinggakan Nabi s.a.w mengarahkan semua wanita dalam haid dan kanak-kanak yang tiada kewajipan pada mereka turut keluar beramai-ramai bagi menyaksikan hari kebesaran serta kemenangan Islam ini.
Dalam perbahasan kalangan ulama Ahli Sunah Wal Jamaah majoriti daripada mereka dan termasuk perkataan Imam Ibnu Taimiyah adalah kewajipan setiap mukalaf yang tidak ada keuzuran untuk menunaikan solat hari raya ini.
Perkara ini dikuatkan lagi dengan sabda Nabi s.a.w daripada Ummi Atiyah yang bermaksud: Ummi Atiyah berkata, “Rasulullah memerintahkan kami mengeluarkan wanita merdeka, wanita yang berhaid dan anak gadis pada Aidilfitri serta Aidiladha keluar ke musala (tanah lapang). Mereka menyaksikan kebaikan dan dakwah Muslimin. Aku berkata, “Wahai Rasulullah, seorang daripada kami tidak mempunyai tudung. Maka Nabi s.a.w berkata: “Suruh saudaranya meminjamkan tudungnya!”. (HR Bukhari dan Muslim) Hal ini juga diterangkan al-Allamah Siddiq Hasan Khan katanya: “Ketahuilah Nabi s.a.w sentiasa memelihara solat dua hari raya ini, baginda tidak pernah meninggalkan pada suatu hari antara hari raya itu dan menyuruh orang ramai keluar ke musala untuk solat, sehingga beliau memerintahkan supaya orang perempuan yang merdeka, yang keuzuran dan dalam keadaan haid keluar beramai-ramai. Baginda menyuruh perempuan yang haid agar tidak solat apabila semua mereka akan menyaksikan kebaikan dan bersama-sama menjalankan seruan untuk orang Islam, sehingga baginda menyuruhkan wanita yang tiada tudung diberi pinjam tudung kepadanya. Semua ini menunjukkan solat itu suatu kewajipan muakkad ke atas setiap orang, bukan fardu kifayah sedangkan perintah keluar itu menentukan kewajipan solat bagi sesiapa yang tiada keuzuran.” Maka dapat disimpulkan di sini yang rajih hukum solat hari raya ini adalah wajib bukan sunat yang boleh ditinggalkan begitu sahaja tanpa uzur yang syarie. Mudah-mudah Allah memelihara kita agar dapat menguatkan diri kita untuk hadir mendirikan solat hari raya ini.
Antara lain, sunah yang besar apabila kita meraikan hari raya selain mendirikan solat hari raya ini, Nabi s.a.w memerintahkan kita agar bergembira pada hari ini, digalakkan untuk bersuka-ria dan berhibur selagi tidak melanggar batas syarak’.
Jadi, perkara yang boleh mendatangkan kesedihan dan tangisan sewajarnya kita hindari kerana dikhuatiri akan menghilangkan perasaan gembira, mungkin juga menghapuskan pahala gembira yang Allah tetapkan kepada kita.
Walaupun nyanyian ini ada kelonggaran, tetapi ia disertai syarat yang perlu dipatuhi seperti ia dinyanyikan anak perempuan yang belum baligh, hamba dan wanita untuk suami mereka.
Nabi s.a.w juga mandi sebelum keluar ke musalla serta baginda menjamah dahulu beberapa biji kurma dalam jumlah yang yang ganjil.
Nabi s.a.w pada hari raya akan mengenakan pakaian yang indah dan cantik tanda meraikan hari raya yang menjadi hari kebesaran Islam.
Apabila selesai mengenakan pakaian yang cantik, Nabi s.a.w keluar dari rumah menuju musala untuk mendirikan solat hari raya dengan berjalan tanpa menaiki kenderaan.
Nabi s.a.w juga tidak lupa memakai minyak wangi ke musala dan baginda menggalakkan Muslimin memakai wangian, tetapi tidak kepada Muslimah.
Kata Ibnul Musayyib: “Sunah Aidilfitri itu tiga: Berjalan menuju ke musala, makan sebelum keluar dan mandi”. (Lihat Irwa’ al-Ghalil HR Firyabi sdengan sanad yang sahih).
Dalam perjalanan ke musala, baginda bertakbir berulang-ulang dengan membesarkan Allah. Takbir yang diajarkan Nabi s.a.w untuk membesarkan Allah berbunyi: “Allahuakbar, Allahuakbar, la ilahaillallahu akbar, Allahu akbar walillahil hamd.” (HR Abi Syaibah dan Daruqutni dengan sanad yang sahih) Apabila Nabi s.aaw selesai menunaikan solat hari raya baginda akan pulang menggunakan jalan yang lain dan bertemu orang berlainan.
Bahkan di antara ucapan hari raya yang diamalkan oleh salaf adalah seperti yang dijelaskan Ibnu Qudamah yang membahaskan athar daripada Muhammad bin Ziyad berkata: “Aku pernah bersama Abu Umamah al-Bahili dan selainnya dari kalangan sahabat Nabi, Mereka apabila kembali daripada solat hari raya berkata kepada sebahagian yang lain dengan ucapan: “Taqabbalallahu minna wa minkum.” (Semoga Allah menerima amalan daripada kami dan kamu). (Lihat, al-Mughni jilid ke-2).
Maka, dijawab orang yang menerima ucapan ini dengan lafaz yang sama seperti di atas. Ucapan ini juga menjadi perbuatan sahabat dan juga seluruh golongan salaf. Adapun ucapan seperti “kulli am wa antum bi khair” (semoga setiap tahun kamu dalam keadaan baik) atau “minal faizin wal maqbulin (semoga tergolong orang yang berjaya dan diterima) adalah ucapan yang tidak ada pada sandaran sunnah Nabi s.a.w.
Cukuplah hanya sunah Nabi s.a.w yang menjadi sandaran dan amalan kita kerana sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Nabi manakala yang tiada petunjuk itu adalah perkara baru yang diada-adakan dan setiap perkara baru itu adalah bidaah, dan setiap bidaah itu adalah sesat.
Semoga hari raya kali ini kita benar-benar berpegang dan mengamalkan sunah Nabi.
Penulis lulusan Syariah Fiqh dan Usul Universiti Malaya (UM) adalah Ketua Biro Sekretariat iLMU
Monorel rosak, 200 terkandas
Dalam kejadian jam 8.35 pagi itu, tren yang dalam perjalanan dari Stesen Imbi ke Stesen Bukit Bintang dikatakan mengalami kerosakan kecil dan secara tiba-tiba terkandas menyebabkan semua penumpang terperangkap.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan daripada penumpang yang terperangkap dalam gerabak pada jam 9 pagi.
“Selepas beberapa minit terperangkap, penumpang yang panik menghubungi kami dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pusat dihantar serta sampai ke lokasi kejadian dalam masa tujuh minit,” katanya.
Curi duit bekas bos
Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein
izlaily@hmetro.com.my
izlaily@hmetro.com.my
Majistret Siti Shakirah Mohtarudin turut memerintahkan tertuduh, Roslan Said, 46, dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan selepas lelaki itu mengaku bersalah di hadapannya.
Tertuduh didakwa memiliki kad ATM Maybank milik Norlela Abas, 38, tanpa kuasa sah dan mengeluarkan RM1,500 dari mesin ATM dengan niat menyebabkan kerugian kepada wanita itu.
Perbuatan itu dilakukan tertuduh di Maybank Islamic, Lot 47&49, Jalan Rampai Niaga 5, Medan Niaga Rampai, Wangsa Maju di sini, pada jam 4.28 petang, 4 Ogos lalu.
Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
No comments:
Post a Comment