Guru tadika dibunuh ketika tunggu kakak pulang beli persiapan Aidilfitri
PETALING JAYA – Seorang guru tadika dibunuh kejam dengan kesan kelar di leher di rumahnya di tingkat enam apartmen Flora Damansara di sini, awal pagi tadi.Yasuhaidah Yoep, 22, yang berasal dari Pantai Remis, Perak ditemui mati kira-kira jam 3.30 pagi.
Mayatnya ditemui jiran yang membuat pemeriksaan selepas terdengar jeritan mangsa.
Ketika kejadian, kakak mangsa keluar membeli barangan persiapan raya di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
“Tiada kesan umpil pada pintu dan gril. Rumah juga tidak berselerak dan tiada barangan berharga dilarikan,” katanya.
Arjunaidi berkata, sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu turut ditemui dalam rumah mangsa.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Sinar
Pelajar pecah gegendang telinga ditampar guru
DUNGUN – Gara-gara mengejek guru, seorang pelajar tingkatan satu pecah gegendang telinga selain turut cedera akibat ditampar beberapa kali oleh guru berkenaan.
Kejadian kira-kira jam 2.15 petang itu dipercayai berlaku ketika pelajar terbabit, Muhammad Bazly Burhan, 13, sedang menduduki peperiksaan pentafsiran di salah sebuah sekolah berasrama berdekatan bandar Dungun.
Menceritakan kejadian berkenaan, Bazly berkata, detik hitam itu dipercayai berpunca akibat dia mengeluarkan kata-kata ejekan terhadap gurunya menyebabkan guru Bahasa Inggeris itu ‘naik minyak’ sebelum memanggilnya lalu menarik kedua telinga selain menampar beberapa kali di bahagian pipi pelajar tingkatan satu itu.
Menurutnya, kejadian itu turut disaksikan beberapa rakannya yang juga mengikuti peperiksaan selain beberapa rakan lain yang berada di luar kelas.
“Ketika dia menampar pipi, sambil menahan kesakitan, saya beberapa kali memohon maaf selain berjanji tidak mengulangi perbuatan itu namun dia terus menampar pipi saya.
“Telinga saya kemudiannya terasa sakit sebelum darah keluar, apabila melihat darah keluar, baru dia berhenti menampar saya,” kata Bazly yang juga bekas murid Sekolah Rendah Islam Al Amin, Kemaman.
Menurut Bazly, selepas kejadian itu dia balik ke asramanya lalu menyapu ubat minyak gamat di tempat lukanya itu.
Bazly berkata, kejadian itu tidak diberitahu kepada ibu bapanya sehinggalah ibunya mendapat tahu daripada ibu kepada rakannya yang turut bersekolah di situ mengenai kejadian menimpa anak ketiga daripada tujuh beradik itu, yang pernah mencatat keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR.
Sebaik mendapat tahu kejadian tersebut, bapa Bazly, Burhan Abdullah, 46, datang mengambilnya di asrama lalu menghantar anaknya itu untuk mendapat rawatan awal di sebuah klinik swasta dekat Paka.
Hasil pemeriksaan doktor, gegendang telinganya didapati telah pecah lalu bapanya membawa Bazly untuk mendapatkan rawatan lanjut di Pusat Rawatan Pakar Kuantan sebelum merujuk semula kesnya ke Hospital Dungun.
Kejadian berkenaan turut dilaporkan di Balai Polis Paka Ahad lalu.
Sementara itu, bapa Bazly, Burhan yang juga seorang eksekutif di syarikat minyak dan gas berkata, dia kesal dengan kejadian berkenaan, apatah lagi ia berlaku di sebuah sekolah berasrama yang mempunyai tahap moral yang tinggi pada persepsi masyarakat umum.
“Selepas kejadian itu, guru sekolah tersebut sepatutnya menghubungi saya, berbincang, kalau perlu memohon maaf, minta maaf.
“Ini tidak sehingga hari ini, mereka masih membisu, kalau anak rakan isteri saya tidak memberitahu saya, hingga hari ini saya tidak tahu kejadian yang berlaku,” kata Burhan.
Sinar Harian juga difahamkan Burhan sudah melantik peguam untuk mengendalikan kes anaknya itu.
Sinar
Dua beradik disuap pasir
Punggung serta tubuh dua kanak-kanak itu turut dipukul menggunakan penyangkut baju tanpa mengira masa oleh wanita berusia 30-an yang berkahwin dengan bapa mereka berumur 30-an penghujung tahun lalu.
Sepanjang dua minggu lalu, penderaan terhadap dua beradik itu dikatakan lebih teruk menyebabkan mangsa yang berumur 11 tahun sudah tiga kali melarikan diri dari rumah akibat tidak tahan diperlakukan sedemikian tetapi akibatnya, adiknya menjadi mangsa deraan lebih teruk.
Penderaan kedua-dua beradik itu terbongkar semalam, ketika mangsa yang berumur tujuh tahun datang ke sekolah pagi semalam dalam keadaan murung.
Harian Metro
Wanita maut minum ubat perangsang
SUNGAI PETANI: Tindakan sepasang kekasih melakukan eksperimen ketika berasmara dengan meminum sejenis ubat cecair dipercayai perangsang bersama minuman isotonik mengundang padah apabila pasangan wanitanya mati dipercayai akibat sesak nafas, kelmarin.
Kejadian berlaku jam 11 malam di sebuah rumah tumpangan di Taman Mutiara, Jalan Bakar Sampah, di sini.
Wanita berusia 23 tahun bersama lelaki berusia 20 tahun terbabit menyewa rumah itu dipercayai untuk melakukan aktiviti tidak bermoral.
Menurutnya, dia cuba meminta pertolongan untuk dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan kerana mulut wanita itu sudah berbuih.
Harian Metro
Gempar jumpa ikan naga laut
KUALA NERUS – Seorang nelayan di Kampung Pengkalan Maras, Mengabang Telipot, di sini, gempar dengan penemuan bangkai ikan naga laut atau Oarfish berukuran kira-kira 2. 4 meter yang ditemui terdampar di pantai berkenaan pagi 13 Ogos lalu.Bagaimanapun, spesies ikan dalam bahasa saintifiknya ‘Regalecus Russelii’ bukan kali pertama ditemui terdampar di perairan berkenaan, sebaliknya ia merupakan penemuan kedua selepas penemuan pertama tiga tahun lalu.
“Kebiasaannya spesies ikan laut dalam berkenaan ditemui di perairan cetek jika berpenyakit atau tersesat, di mana ia makan secara menegak dengan memuncungkan mulutnya dan ia jarang ditemui.
“Justeru ikan yang memiliki badan pipih panjang menyerupai naga ini akan diawet untuk kajian lanjut dan menjadi sampel rujukan di Pusat Rujukan dan Repositori laut Chian Selatan, Inos,” katanya.
Menurutnya, penemuan ikan berkenaan bukan sesuatu yang luar biasa kerana sebelum ini spesies ikan berkenaan telah dilaporkan beberapa kali ditemui di perairan Pantai Timur.
Sinar
Sanggup sewa bilik, lakukan seks songsang
PANTAI SURA (DUNGUN) – Menjijikkan! Itu gambaran yang boleh diberikan buat dua remaja lelaki yang bernafsu songsang apabila sanggup menodai kesucian bulan Ramadan dengan menyewa bilik penginapan bagi melakukan hubungan sejenis.
Perbuatan tidak bermoral dua remaja lelaki termasuk seorang daripadanya penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) ini, terbongkar hasil serbuan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah di sebuah tempat penginapan dekat sini, kira-kira jam 2.00 petang semalam.
Serbuan tersebut dilakukan setelah maklumat diterima mengatakan salah seorang suspek yang berasal dari Berek Kastam, Dungun itu dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Salah seorang suspek, pelajar semester enam jurusan perhotelan itu ketika ditemui, turut mengaku tidak berpuasa dan datang ke situ bersama rakan lelaki berusia 29 tahun itu untuk melakukan adegan asmara.
Hasil serbuan berkenaan, sehelai coli hitam dipercayai milik pelajar IPTA yang berasal dari Sungai Buaya itu turut dirampas polis.
Kedua-duanya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk siasatan lanjut sebelum diarahkan menjalani ujian saringan air kencing untuk mengesahkan pembabitan mereka dengan penyalahgunaan dadah.
Sinar
Sanggup sewa bilik, lakukan seks songsang
PANTAI SURA (DUNGUN) – Menjijikkan! Itu gambaran yang boleh diberikan buat dua remaja lelaki yang bernafsu songsang apabila sanggup menodai kesucian bulan Ramadan dengan menyewa bilik penginapan bagi melakukan hubungan sejenis.
Perbuatan tidak bermoral dua remaja lelaki termasuk seorang daripadanya penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) ini, terbongkar hasil serbuan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah di sebuah tempat penginapan dekat sini, kira-kira jam 2.00 petang semalam.
Serbuan tersebut dilakukan setelah maklumat diterima mengatakan salah seorang suspek yang berasal dari Berek Kastam, Dungun itu dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Salah seorang suspek, pelajar semester enam jurusan perhotelan itu ketika ditemui, turut mengaku tidak berpuasa dan datang ke situ bersama rakan lelaki berusia 29 tahun itu untuk melakukan adegan asmara.
Hasil serbuan berkenaan, sehelai coli hitam dipercayai milik pelajar IPTA yang berasal dari Sungai Buaya itu turut dirampas polis.
Kedua-duanya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk siasatan lanjut sebelum diarahkan menjalani ujian saringan air kencing untuk mengesahkan pembabitan mereka dengan penyalahgunaan dadah.
Sinar
Dua sepupu maut dipanah petir
MARANG – Dua sepupu akrab mati dipanah petir dalam kejadian di Kampung Pengkalan Berangan di sini petang semalam.Mangsa, Tuan Ahmad Salihin Tan Ibrahim, 8, dan Tuan Mohammad Azhar Tuan Sulaiman, 9, dipercayai sedang membantu bapa Tuan Ahmad Salihin menangkap lembu serta kerbau di Kampung Felda Cadur di sini sebelum dipanah petir pada pukul 2.30 petang.
Sementara itu, ibu Tuan Ahmad Salihin, Norhayati Mohd. Nor, 37, berkata, kedua-dua mereka akrab dan kerap kali mengikuti suaminya menambat lembu atau kerbau orang kampung.
“Dia tidak menunjukkan sebarang tanda pelik sebelum kejadian, hanya memberitahu cikgu ada memberi duit raya RM2 sebelum mengikuti bapanya.
“Bahkan, hanya dia seorang sahaja yang sudah mempunyai baju raya sempena Aidilfitri ini,” katanya mengenai anak keenam dari tujuh beradik itu.
Kosmo
Bayi ditinggal pengasuh melecur
SEBERANG JAYA – Seorang bayi lelaki kini terpaksa bertarung nyawa selepas 70 peratus bahagian badannya melecur teruk apabila rumah pengasuhnya yang terletak di tingkat empat Flat Mak Mandin, Butterworth dekat sini terbakar semalam.Sebelum kejadian pada pukul 10.30 pagi, Y. Meysshvin berusia enam bulan yang sedang tidur di dalam buaian di ruang tamu rumah ditinggalkan berseorangan oleh pengasuhnya, G. Sarojh, 48, yang keluar untuk ke kedai runcit di tingkat bawah flat berkenaan.
Sarojh ketika ditemui di HSJ berkata, dia hanya mengetahui rumahnya terbakar selepas diberitahu seorang jirannya.
“Semasa kejadian saya baru meninggalkan Meysshvin. Saya berada di tingkat bawah untuk beli barang dan saya tinggalkan Meysshvin kerana dia sedang tidur.
“Bila dapat tahu rumah saya terbakar, saya terus berlari masuk ke dalam rumah dan selamatkan Meysshvin yang masih berada dalam buai dan sedang menangis,” katanya yang memberitahu, ketika itu api mula membakar ruang tamu.
Kosmo
No comments:
Post a Comment