Labah-labah hinap lima hari dalam telinga
BEIJING – Labah-labah dijadikan sebagai makanan sampingan segelintir masyarakat dunia adalah perkara biasa yang sering dilihat, tetapi pernahkah anda mendengar labah-labah berada di dalam telinga manusia selama lima hari?Di sebuah perkampungan jauh dari bandar Beijing, China, seorang wanita tidak menyangka telinganya telah dihuni oleh seekor labah-labah kecil sejak lima hari lalu.
“Dia amat bernasib baik kerana serangga itu tidak mencakar dinding saluran telinga serta bertelur di dalamnya,” kata Dr Liu Sheng yang berjaya mengeluarkan labah-labah itu bersama kumpulan perubatan lain dengan menggunakan larutan salina ke dalam telinga mangsa.
Jelas Liu, mereka tidak dapat menarik keluar serangga itu kerana bimbang ia akan menggigit telinga mangsa.
Sinar
Mencari Lailatul Qadar di Mekah
PENGERUSI Eksekutif Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd., Datuk Mohd. Daud Che Ngah tidak asing lagi dengan bumi Mekah, Arab Saudi.
Dia berpengalaman selama berpuluh tahun menguruskan ribuan jemaah umrah dan haji dari negara ini. Malah, beliau sempat menyambut Hari Raya Aidilfitri di sana pada tahun 2001.
Tutur Mohd. Daud, suasana menyambut 10 malam terakhir bulan Ramadan di Mekah lebih meriah berbanding sambutan Aidilfitri sendiri.
Rasulullah S.A.W. pernah bersabda: “Sesiapa yang berdiri (solat) pada malam al-Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala daripada Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Selain itu, baginda juga pernah menceritakan malam al-Qadar adalah malam yang indah, penuh kelembutan, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin.
Pada keesokan harinya pula sinar matahari kelihatan lemah kemerah-merahan.
Sambut raya
“Biasanya 10 malam terakhir Ramadan sehingga 1 Syawal merupakan cuti umum di Arab Saudi bertujuan menggalakkan umat Islam beribadat dengan bersungguh-sungguh.
“Malah, ada orang Arab yang menyewa bilik hotel selama sebulan khusus untuk tujuan itu,” katanya kepada Jurnal.
Mohd. Daud berkata, antara amalan yang dilakukan pada masa itu ialah solat wajib disertai ibadat solat sunat tarawih di Masjidil Haram atau masjid-masjid berhampiran.
“Solat tarawih dilakukan sebanyak 20 rakaat bermula pukul 9 malam dan berakhir dua jam kemudian. Tetapi kebiasaan ramai yang menunggu untuk melakukan solat sunat tahajud secara berjemaah.
“Mereka akan membaca al-Quran atau iktikaf di masjid. Keadaannya seperti solat Jumaat,” jelasnya.
Mohd. Daud memberitahu, soal makanan untuk berbuka tidak menjadi satu masalah kerana ramai pihak yang mendermakan kurma, manisan serta air zamzam di sekitar masjid di Mekah dan Madinah.
“Makanan sentiasa mencukupi tetapi sebenarnya makanan tidak menjadi isu kerana semua jemaah menumpukan pada ibadat wajib dan sunat semata-mata,” ujarnya.
Bercerita mengenai sambutan hari raya di Kota Suci itu, solat sunat Aidilfitri bermula lebih kurang pukul 7 pagi. Waktu Subuh di Rumah Allah itu ialah sekitar pukul 5 pagi.
“Mereka mengadakan solat itu lebih awal bagi mengelakkan bahang panas matahari. Secara praktikal tidak banyak bezanya kerana sebaik sahaja solat sunat selesai umat Islam akan bersalam-salam dan berpelukan antara satu sama lain.
“Kemudian terdapat sesi jamuan makanan dan minuman seperti manisan, karipap dan air zamzam,” katanya.
Amalan menziarahi saudara-mara akan dilakukan selepas solat.
Keesokan harinya, sebahagian besar penduduk Arab Saudi akan berpuasa enam.
“Bagi rakyat negara ini yang berkesempatan menyambut Aidilfitri di Mekah, pihak Andalusia akan menyediakan nasi himpit dan sate yang diterbangkan khas dari Malaysia.
“Selain itu, kuih raya seperti tart nanas, semperit dan baulu turut disediakan bagi mengubat kerinduan terhadap makanan tradisi seperti rendang daging, ketupat dan lemang,” katanya.
Jemaah Malaysia juga boleh menikmati sajian Arab seperti nasi mandy pada pagi Aidilfitri.
Bayar zakat
Seorang lagi pengendali syarikat yang menawarkan pakej umrah dan haji, Abdul Halim Abdullah memberitahu, kebanyakan jemaah umrah mengambil kesempatan menunaikan zakat fitrah di Mekah.
“Mereka akan memberikan terus kepada orang miskin yang ada di sana berbentuk secupak beras. Soal itu tidak menjadi masalah kerana banyak pekedai yang menawarkan pembelian berbentuk sedemikian,” katanya.
Malah, kesempatan bertemu dengan umat Islam seluruh dunia satu peluang yang baik untuk berkenal-kenalan dan bermesra antara satu sama lain.
“Pelbagai cerita yang kita dengar selain maklumat terkini umat Islam yang menderita di seluruh dunia seperti di Afghanistan, Syria dan Myanmar,” ujarnya.
Bagi Mariam Abdul pula, kesempatan menunaikan umrah pada tahun 2010 lalu selain menyambut Aidilfitri pasti tidak akan dilupakan.
“Cukup selesa dengan tumpuan semata-mata untuk mengerjakan ibadat. Selain itu, peluang untuk memperoleh pahala dengan bersedekah cukup banyak.
“Kebiasaannya saya akan membeli sejadah untuk disedekahkan kepada jemaah yang bersolat di jalan raya,” beritahu Mariam.
Ujarnya, selain itu ramai yang membeli al-Quran untuk diwakaf di beberapa buah masjid.
Kosmo
Giliran Ayu, Shila dan Nurul berhijrah
ALHAMDULILLAH, langit Ramadan sentiasa memberikan rahmat serta berkat buat muslimin dan muslimat.
Dalam enak melayari Ramadan yang terasa cepat benar berjalan, Diva rasa khalayak sudah ramai yang tahu tentang berita penghijrahan beberapa artis tempatan.
Gambar Shila Amzah bertudung yang tersebar luas kini menjadi topik perbincangan di internet. Shila yang bermata bulat kelihatan cantik mengenakan tudung. Manis, pasti abang Sharnaaz makin sayang.
Diva dapat cerita juga yang Nurul Syuhada Nurul Ain, pengacara yang manis berlesung pipit dan bijak berbicara juga tampil bertudung dalam program Malaysia Hari Ini (MHI). Diva tak sempat tengok program itu.
Semoga ramai lagi yang berhijab dan jalankan tanggungjawab sebagai muslimat dengan lemah lembut dan cara yang benar.
Kosmo
13 maut dipanah petir selepas tarawih
SYLHET, Bangladesh – Sekurang-kurangnya 13 orang maut dan 20 yang lain cedera akibat dipanah petir di luar sebuah masjid selepas selesai menunaikan solat sunat tarawih.Ketua Polis daerah Sylhet, Bayes Ahmed memberitahu, semua mangsa dipanah petir ketika mereka mahu keluar dari bangunan masjid.
Ada mangsa yang mati di tempat kejadian, sementara mangsa lain meninggal dunia sewaktu dikejarkan ke hospital.
Imam yang mengetuai solat tarawih pada malam itu turut maut.
4.7 juta rakyat Malaysia merokok
KUALA LUMPUR – Statistik terbaharu mengenai ketagihan merokok di negara ini begitu menggerunkan apabila jumlah perokok meningkat kepada 4.7 juta orang pada tahun lalu berbanding 3.1 juta orang pada 2007.Peningkatan mendadak jumlah perokok dalam tempoh kira-kira lima tahun itu berlaku disebabkan fenomena lambakan rokok seludup pelbagai jenama yang dijual pada harga sangat rendah di pasaran.
Kosmo
Merokok Dari Pandangan Islam
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.
Keterangan/Hujah:
1. Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:
i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian
perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8
mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok
sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang
boleh memudharatkan badan.
ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok,
malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi
penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan
dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat
beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah
kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang
menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit
jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.
iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara
membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh
Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang
bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang
kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10
jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi
kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian
berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan
banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan
tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20
billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.
iv. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam
kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu
makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang
boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah)
yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap
(menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis)
pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.
v. Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana
ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta
serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas
berikut:
a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.
b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.
c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)
d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”
e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503
(masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang
dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:
i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt,
samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.
ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.
iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.
vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok.
Antaranya seperti berikut:
a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam
tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya
terdapat kemudharatan.
b. Ulama’-ulama’ semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby
mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan
kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.
c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya “Fatawa al-Imam Abdul
Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak
mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika
ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.
2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan
hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir
telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci
al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah
diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini
bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan
seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan
sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di
atas jelas telah memperincikan isu ini.
3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyah menyatakan:
“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”
“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”
Kehidupan Hairuman semakin ceria
SHAH ALAM – Seorang pemuda, Muhammad Hairuman Miskon yang kudung kedua-dua belah tangan dan kaki kiri akibat terkena renjatan kabel elektrik bervoltan tinggi pada 26 November 2010 kini sudah mampu menjalani kehidupan seperti insan normal lain.Hairuman, 23, sudah boleh berjalan dengan kaki palsu yang dipasang pada Disember tahun lalu tanpa perlu menggunakan kerusi roda sepanjang masa.
Bekas pelajar Kolej Intra, Kuala Selangor dalam jurusan sijil pendawaian itu yang kini kelihatan berisi berkata, dia sudah memohon untuk belajar dalam bidang komputer di Pusat Latihan, Perindustrian dan Pemulihan di Bangi tetapi belum menerima sebarang jawapan.
“Saya memang berniat untuk meneruskan pengajian tetapi bukan dalam bidang elektrik seperti sebelum ini kerana sedar akan kesukaran yang terpaksa dilalui dengan keadaan saya sekarang.
“Saya mahu mengubah nasib diri dan berdikari. Saya malu untuk meminta-minta bantuan daripada orang ramai,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Buat masa ini, anak kesembilan daripada 10 beradik yang meminati kelab bola sepak Arsenal itu menetap di rumah keluarga angkatnya di Kayangan Heights, Seksyen U9 di sini.
Hairuman yang kematian ibubapa sebelum ini tinggal bersama kakaknya di Slim River, Perak tetapi kini memilih untuk tinggal bersama keluarga angkatnya itu.
Dia yang bekerja sambilan di sebuah pusat panggilan swasta di Petaling Jaya dekat sini dengan pendapatan RM4 sejam turut dihantar ke tempat kerja oleh ibu angkatnya.
Ketika ditanya mengenai puasa tanpa ahli keluarga, Hairuman menambah, perasaan sayu memang terasa tetapi ia dapat diubati apabila dapat berbuka bersama jemaah Masjid Istiqamah, Kayangan Heights setiap hari.
Bagaimanapun, dia akan berkumpul dengan adik-beradiknya di Tanjong Karang pada hari raya nanti.
Kosmo
Ulat teksi guna laluan N. Sembilan
NILAI – Beberapa batang jalan di negeri ini dikesan menjadi laluan ulat teksi untuk mengambil dan menghantar penumpang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) dekat Sepang, Selangor ke destinasi masing-masing.Pemandu teksi haram itu menawarkan harga tambang antara RM60 hingga RM250 bagi perjalanan sehala. Mereka dipercayai menjadikan jalan-jalan di sempadan Sepang itu sebagai alternatif kepada lebuh raya kerana jaraknya yang dekat Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) selain mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.
Menurut sumber teksi Airport Limo Malaysia (ALM), kegiatan ‘ulat teksi’ itu menjejaskan pendapatan pemandu teksi berdaftar ALM, sekali gus mengganggu rutin kerja mereka.
Kosmo
No comments:
Post a Comment