Monday, August 13, 2012

WANG ZAKAT DAH DIBERI OLEH ORANG YANG BERZAKAT....MAKNANYA DAH DIKUTIP...KATA DAPAT BERJUTA2...MANA PERGINYA PUSAT ZAKAT...TAK CARI KE...ITU KERJA AMIL...BUKAN TUNGGU ORANG MINTAK BARU BAGI...JAGA IBU MEMANG IBADAT...MACAM MANA KALAU ANAK2 TAK SOLAT...IBU YANG DIJAGA PUN TAK SOLAT SEDANGKAN ITU IBADAH WAJIB...MENGIKUT AKHBAR DIAGARKAN 85 PERATUS TAK SOLAT.....ADA YANG PUASA TAPI TAK SOLAT...ADA YANG SOLAT TARAWEH TAPI SOLAT2 FARDU LAIN TAK BUAT...

Sambut raya berbaju lusuh

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
mohdhelmi@hmetro.com.my

DAIF...dua anak pasangan terbabit bermain di rumah mereka yang serba kekurangan.
DAIF...dua anak pasangan terbabit bermain di rumah mereka yang serba kekurangan.
RAWANG: Hati siapa tidak pilu melihat keadaan kedaifan pasangan mualaf ini yang mempunyai 16 anak, lebih-lebih lagi ketika umat Islam bersiap untuk menyambut 1 Syawal.
Duduk di rumah sewa di Jalan Inai, Bukit Beruntung, di sini, pasangan terbabit yang berasal dari Sabah tidak mampu memberi keceriaan kepada anak mereka walaupun sehelai baju raya untuk setiap seorang.
Penulis sendiri menitis air mata melihat keadaan anak pasangan itu yang memakai baju usang manakala kelengkapan rumah sudah buruk, malah sebahagian besarnya disumbangkan orang ramai yang bersimpati dengan nasib 18 anak beranak itu.

Cuma yang ada peti ais dan televisyen lama serta meja buruk menghiasi ruang tamu, itupun diberikan orang ramai.

“Ibu mana tidak sedih melihat anak hidup serba berkurangan. Aidilfitri sudah hampir, tetapi tiada baju baru dan tiada persiapan sempurna. Namun ini ketentuan takdir keluarga kami,” kata Siti Nur Faizah Abdullah, 43, mengenai kehidupannya bersama suami, Junatal Asah, 45.

Lari panik

Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my

PERIKSA...anggota forensik membuat pemeriksaan di tempat kejadian.
PERIKSA...anggota forensik membuat pemeriksaan di tempat kejadian.
ALOR GAJAH: Sekumpulan empat penjenayah sanggup menggunakan bom untuk memecahkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank di Pekan Masjid Tanah, di sini, pagi semalam.
Kejadian jam 3.40 pagi itu bukan saja memusnahkan dua mesin ATM dan satu mesin deposit, malah bahagian depan serta tingkat bawah bank berkenaan.

Penjenayah yang menaiki dua motosikal itu, bagaimanapun pulang tangan kosong berikutan gagal mengambil wang kerana panik selepas letupan kuat itu memusnahkan struktur bank berkenaan.
Saksi kejadian, Mohd Nazirul Mohd Nor, 26, berkata, dia yang tinggal tidak jauh dari tempat kejadian terkejut terdengar letupan kuat.

“Letupan itu menggegarkan hadapan rumah dan saya keluar melakukan pemeriksaan sebelum melihat serpihan kaca berkecai di merata tempat berdekatan bank. “Malah terdapat serpihan komponen tertanggal tercampak 15 meter ke seberang jalan akibat letupan itu,” katanya.

Menurutnya, dia menghubungi polis memaklumkan kejadian berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, polis menerima panggilan orang awam jam 3.40 pagi memaklumkan kejadian lalu sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi untuk melakukan siasatan.

“Letupan kuat itu bukan saja memusnahkan hampir keseluruhan bahagian bawah bank malah siling tingkat yang menempatkan bahagian pengurusan runtuh selepas berlaku keretakan pada dinding.
“Penjenayah dipercayai menyasarkan tiga mesin wang, dua daripadanya mesin ATM dan satu lagi mesin deposit tunai, namun disebabkan letupan kuat, mereka melarikan diri,” katanya. Turut berada di lokasi Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Negeri (Operasi dan Risikan), Superintendan R Gunarajan; Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Asisten Superintendan Md Dom Dollah dan Ketua Turus Trafik dan Ketenteraman Awam, Inspektor Mohd Zuki Abd Ghani. Menurutnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berikutan pengawal keselamatan yang ditugaskan difahamkan baru saja meronda sekitar kawasan bank berkenaan.

Sehubungan itu, sepasukan anggota Unit Forensik dan Pengesan Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu siasatan.

“Berdasarkan siasatan, penjenayah menunggang motosikal Yamaha 125Z dipercayai cuba merompak bank berkenaan untuk mendapatkan wang menggunakan bahan letupan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 457/511 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan pecah masuk bangunan dan Seksyen 436 kanun sama atas kesalahan memusnahkan struktur bangunan. Manakala Seksyen 8 Akta Bahan Letupan atas kesalahan memiliki bahan letupan,” katanya.

Tangan hancur uji 20 mercun bola

Oleh Rosliza Mohamed
am@hmetro.com.my

NGERI...keadaan pergelangan tangan kanan Mohd Shahril yang hancur.
NGERI...keadaan pergelangan tangan kanan Mohd Shahril yang hancur.
KOTA BHARU: Eksperimen tak menjadi. Itulah nasib dua sahabat yang cuba meletupkan 20 biji mercun bola dalam bekas plastik di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), dekat Tunjong, di sini, semalam.
Akibatnya kedua-dua mangsa itu bukan sahaja bertempiaran menyelamatkan diri, sebaliknya menahan kesakitan dengan seorang hancur pergelangan tangan kanan dan rakannya melecur beberapa bahagian badan dan mata kabur.
Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa Mohd Shahril Afendi, 20, dan Mohd Ahmad Ismail, 19, yang juga pekerja kedai buah di kawasan berkenaan baru habis bekerja dan mengisi masa terluang dengan bermain mercun.

Mereka kemudian ke kawasan lapang di belakang kedai dan mengumpulkan 20 biji mercun bola dalam sebuah bekas plastik sebelum Mohd Shahril cuba mencucuh sumbunya, tetapi tidak menyala dan sekali lagi mencuba sebelum mercun itu meletup.

Pergelangan tangan kanan Mohd Shahril hancur dengan satu jarinya terpelanting di atas tanah manakala Mohd Ahmad melecur di beberapa bahagian badan serta matanya kabur selepas terkena percikan api mercun.

Beri amaran lepas gagal curi

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my

BEGINI...Romzi melakonkan semula aksi penjenayah yang cuba memasuki rumahnya.
BEGINI...Romzi melakonkan semula aksi penjenayah yang cuba memasuki rumahnya.
RAWANG: Berang gagal memecah masuk dua rumah untuk mencuri, sekumpulan 10 lelaki bersenjatakan pedang samurai dan parang memberi amaran untuk datang semula dalam kejadian di Perumahan Primulan serta Julian, Bandar Tasik Puteri, di sini.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi, 2 Ogos lalu, kumpulan terbabit memberikan amaran berkenaan kepada sebuah keluarga selepas mereka terserempak suspek yang cuba memecah masuk rumah itu.

Menceritakan semula insiden berkenaan, mangsa, Romzi Ismail, 45, berkata, ketika kejadian, dia tidur sebelum terdengar jeritan isterinya.
“Pemeriksaan mendapati pintu rumah terbuka sebelum melihat beberapa lelaki bertopeng dengan bersenjatakan parang dan pedang samurai berada di pekarangan rumah.

“Ketika itu, saya dan isteri melihat beberapa lagi lelaki cuba memecah masuk rumah jiran,” katanya ketika ditemui, kelmarin.

Menurutnya, biarpun kejadian itu disedari dia dan isteri, kumpulan terbabit langsung tidak melarikan diri sebaliknya berhimpun di hadapan rumahnya sambil mengangkat parang dan pedang samurai seperti memberi amaran kepada mereka.
Katanya, jiran yang datang sebaik mengetahui kejadian itu melihat kumpulan terbabit berjalan bersahaja tanpa rasa takut sebelum menghilangkan diri di dalam ladang kelapa sawit kira-kira 100 meter dari taman itu.

“Sekarang, kami sekeluarga begitu takut untuk tinggal di rumah kerana bimbang kumpulan itu datang lagi.
“Malah, kami juga memilih untuk tidak berada di rumah pada waktu siang kerana takut dengan ancaman berkenaan,” katanya.

Katanya, keadaan itu diburukkan lagi dengan beberapa siri cubaan dipercayai kumpulan sama yang dilihat penduduk setempat berlegar-legar di hadapan rumahnya.

Nyaris maut dek cinta terlarang



SUBANG JAYA: Padah menjalin hubungan sulit dengan isteri orang, seorang lelaki nyaris maut selepas dibelasah suami teman wanitanya bersama lapan rakan dalam kejadian di sebuah tapak pembinaan di Bukit Puchong, di sini.
Lelaki berusia 33 tahun dan mempunyai empat anak itu bagaimanapun melepaskan diri dengan berlari meredah ladang kelapa sawit lebih 40 minit sebelum mendapatkan bantuan untuk menghubungi polis.

Menurut sumber, dalam kejadian jam 3 pagi, 5 Ogos lalu, mangsa tidur di rumahnya di Bukit Puchong ketika menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki dikenali mengarahkannya keluar kerana dia menunggu di luar pagar rumah teresnya.
Katanya, sebaik saja mangsa membuka pintu pagar, lelaki itu dan rakan-rakannya membelasah mangsa sebelum diangkat masuk dalam kereta.

“Dalam keadaan separuh sedar, mangsa dibawa ke beberapa tempat sebelum tiba di satu kawasan tapak pembinaan yang dikelilingi kelapa sawit jam 12.30 tengah hari dan ditinggalkan dalam kereta bersama seorang daripada lelaki terbabit untuk menjaganya.

“Mangsa melarikan diri ketika lelaki yang menjaganya leka bercakap dengan rakan lain,” katanya.
Sumber berkata, mangsa berlari tanpa henti selama 40 minit sebelum menemui jalan raya dan menahan kenderaan yang melalui jalan berkenaan untuk mendapatkan bantuan.

Menurutnya, sebuah kereta peronda polis kemudian tiba untuk membawa mangsa ke Balai Polis Salak Tinggi, sebelum dibawa ke Hospital Serdang (HS) untuk mendapatkan rawatan.

Jaga ibu bapa sebagai ibadat



KUALA LUMPUR: Anak-anak perlu menjadikan tugas menjaga dan memelihara ibu bapa yang sudah tua sebagai satu ibadat dan bukan sebagai tanggungjawab kerana tanggungjawab akan menjadikan mereka penat dan lama kelamaan menjadi jemu.
Sebaliknya, pendakwah bebas yang juga kaunselor, Dr Rubiah Hamzah berkata, jika tugas menjaga ibu bapa dianggap sebagai ibadat, anak-anak tentu tidak merasa jemu, malah akan sentiasa menerima keberkatan Allah.

“Seburuk mana pun keadaan ibu bapa atau sejahat mana mereka, anak-anak tidak boleh menafikan bahawa tanpa ibu bapa, mereka tidak akan lahir ke dunia. Belajar menyayangi manusia bukan kerana manusia, tapi menyayangi manusia kerana Allah. “Apatah lagi jika anak lelaki, syurga mereka tetap pada ibunya tidak kira bagaimana keadaan ibu mereka. Dendam yang tersimpan kerana kesalahan ibu bapa tidak seharusnya menjadi alasan untuk memutuskan hubungan dengan mereka dan ingat sebanyak mana pun ibadat yang dilakukan tidak akan diterima sekiranya memutuskan silaturahim,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau mengulas laporan Metro Ahad semalam mengenai rintihan seorang ibu Nur Haina Muhammad, 59, yang disisihkan empat anaknya berikutan dijangkiti HIV lima tahun lalu melalui suaminya yang kaki perempuan.

Malah, selama berkahwin dengan suami keduanya pada 2005, wanita itu tidak mengetahui suaminya kaki perempuan dan mengamalkan seks bebas sehingga dia mengetahui dijangkiti kuman HIV daripada suami selepas suaminya meninggal dunia pada 2007. Dia yang kini tinggal di sebuah pusat penjagaan penghidap Aids, Rumah Solehah, di sini, berharap dapat bertemu keempat-empat anak menjelang Aidilfitri walaupun sekali sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Rubiah berkata, apa yang dilakukan seorang anak terhadap ibunya akan menjadi contoh kepada anaknya pula pada masa depan dan ia satu kesempatan baik supaya apabila mereka sudah meniti usia tua, anak mereka tahu apa yang perlu dilakukan.

Dua warga Myanmar mati bergaduh



KUALA LUMPUR: Dua lelaki warga Myanmar ditemui mati dipercayai dibunuh selepas kedua-duanya terbabit dalam pergaduhan dalam dua kejadian berasingan, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian pertama pada jam 8.15 malam kelmarin, seorang lelaki ditemui mati dengan kesan kelar di leher di sebuah kafe siber di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru.

Difahamkan, mangsa, Pa Ram Nana, 27, dikelar di leher selepas bergaduh dengan seorang rakannya akibat hutang di kafe siber itu.
Menurut sumber, berdasarkan kesan darah di jalan raya, mangsa yang berlumuran darah dipercayai berlari ke kafe siber untuk menyelamatkan diri.

“Mayat mangsa ditemui dalam berpakaian lengkap selain dikehendaki polis berhubung kes dadah,” katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.
Sementara itu, dalam kejadian kedua di Taman Midah, Cheras pada jam 11.40 malam, satu lagi mayat lelaki warga Myanmar ditemui telentang di sebuah rumah teres dipercayai dibunuh.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman berkata, mangsa berusia 20 tahun dikatakan bergaduh dengan dua rakannya sebiliknya.
“Pemeriksaan polis menemui kesan tikaman di dada kiri mangsa manakala tangan kiri luka selain beberapa kesan lebam pada badan,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, dua rakan mangsa yang berusia 30 dan 40 tahun ditahan kerana dipercayai terbabit dalam kejadian itu berdasarkan kesan tompokan darah yang terdapat pada baju kedua-dua suspek.

Enggan urus jenazah bapa



JOHOR BAHRU: Dua anak bukan saja tidak mengendahkan kematian bapa berusia 80 tahun di Pusat Warga Emas Nur Ehsan Kempas di sini, dengan alasan sibuk berpuasa malah hanya datang dua hari kemudian bagi menuntut kad pengenalan arwah kerana warga emas itu dikatakan memiliki 10 unit rumah sewa sekitar bandar raya ini.
Kejadian yang berlaku pada 27Julai lalu didedahkan Pengurus Pusat Warga Emas Nur Ehsan, Norijah Bidin, semalam.

“Dua beradik berusia 40-an dan 50-an terbabit tidak menghiraukan jenazah bapa mereka sebaliknya hanya berminat menuntut dokumen pengenalan diri arwah yang hanya dikenali sebagai Pak Salleh itu.
“Dua beradik terbabit, seorang lelaki serta seorang perempuan dari Kampung Melayu juga Tampoi,” katanya, semalam.

Menurut Norijah, sebelum ini, kedua-dua anak Pak Salleh yang bekerja di syarikat swasta di sekitar bandar raya ini kerap memberi alasan sibuk bekerja hingga tidak dapat mengunjungi warga emas itu atau membawanya pulang setiap Aidilfitri sejak lima tahun lalu. Katanya, dua beradik itu tetap memberi alasan sama ketika pihaknya memaklumkan berkaitan keadaan kesihatan Pak Salleh yang semakin terjejas akibat sakit tua.

“Sebelum ini kami sangka mereka memang sibuk bekerja hingga gagal menjenguk Pak Salleh namun tidak menduga mereka sanggup lepas tangan berkaitan pengurusan pengebumian arwah bapa kandung,” katanya.
Menurut Norijah, Pak Salleh meninggal dunia pada jam 7 petang, 27 Julai lalu sebelum pihaknya menghubungi dua beradik terbabit untuk memaklumkan perkara berkenaan.

“Mereka langsung tidak sayu dengan berita menyedihkan itu sebaliknya menyatakan sedang sibuk berbuka puasa bersama keluarga,” katanya.
Menurut Norijah, dia yang kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab dua beradik itu melaporkan kejadian di Balai Polis Bukit Kempas, namun kedua-dua anaknya masih gagal menguruskan pengebumian Pak Salleh.

“Malah mereka sanggup membayar sejumlah wang kepada kami untuk mengebumikan Pak Salleh,” katanya.

Menurut Norijah, dua hari selepas kematian bapa, anak perempuan arwah mengunjungi pusat jagaan berkenaan menuntut kad pengenalan arwah bapanya kerana mendakwa Pak Salleh memiliki 10 unit rumah sewa dan dokumen itu diperlukan untuk melakukan urusan pindah milik harta di antaranya serta adik lelakinya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian sumbangan kepada Warga Emas Nur Ehsan di Jalan Denai 1, Kempas anjuran Yayasan Lace Motor.

Hadir menyampaikan sumbangan baju dan biskut raya pemilik Yayasan Lace Motor, Datuk Rokiah Omar dan Pengurus Lace Motor, Datuk Yahaya Jaafar.

Sementara itu, anak perempuan warga emas itu ketika dihubungi enggan mengulas berkaitan kejadian menimpa arwah bapanya.

Amukan peniaga mercun

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Tiga anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) cedera dibelasah selepas diserang peniaga mercun dalam kejadian di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, tiga penguat kuasa itu bersama empat rakan membuat rondaan di sekitar lokasi kejadian sebelum melihat seorang peniaga mercun yang beroperasi di kawasan tidak dibenarkan.

Mangsa, Hanafi Abd Manaf, 48, menerima lebih 20 jahitan di dahi dan patah dua batang gigi.

Manakala, dua rakannya, Anuar Jusof cedera di badan dan menerima lima jahitan di dahi kiri manakala seorang lagi patah hidung.

Hanafi berkata, sebelum kejadian dia bersama enam rakan membuat rondaan menegur peniaga berkenaan supaya menutup premis kerana berniaga di kawasan laluan kenderaan.

Terjun kendong anak

Oleh Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail
rabiatul@hmetro.com.my

KUCHING: Seorang warga Indonesia sanggup terjun dari tingkat satu rumahnya dengan menggendong anak lelaki berusia lima tahun melarikan diri daripada menjadi mangsa belasahan suami di pusat komersial di Batu Kawa, di sini, kelmarin.
Bagaimanapun, mangsa yang berusia 36 tahun hanya pengsan manakala anak lelakinya tidak cedera sebaik terjun daripada ketinggian lima meter itu.

Mangsa yang dikenali sebagai Tanti berkata, dia sering menjadi tempat suami melepaskan geram dan marah hingga cedera di beberapa bahagian badan.

Katanya, dia dan lelaki warga tempatan itu mendirikan rumah tangga enam tahun lalu dan bekerja di restoran sama berhampiran rumah.

Tanpa berselindung, Tanti berkata, perkahwinan itu menyebabkan hidupnya sengsara kerana sering dibelasah suami berusia 41 tahun itu walaupun hanya melakukan kesalahan kecil dan lebih teruk lagi ketika suami mabuk.

Lari tinggal komputer

Oleh Siti A’isyah Sukaimi
sitiaisyah@hmetro.com.my

PUTRAJAYA: Akibat ketakutan, beberapa warga Afrika sanggup meninggalkan barangan berharga termasuk komputer riba dan ‘komputer tablet’ dan berjenama yang masih terpasang untuk menyelamatkan diri dalam satu operasi di dua pangsapuri di Puchong, Selangor, malam kelmarin.
Malah, ketika serbuan ada di antara mereka yang sanggup memperjudikan nyawa sendiri dengan memanjat siling untuk menyembunyikan diri, selain ada yang lari lintang pukang selepas melihat pihak berkuasa.

Selain itu, pihak penguat kuasa juga terpaksa memotong jeriji beberapa rumah, selepas penghuninya enggan membuka pintu walaupun sudah mengetuk dan menunggu kira-kira 15 minit bagi membolehkan pemeriksaan dilakukan.
Operasi bersepadu kira-kira dua jam bermula 12.30 tengah malam hingga 2.30 pagi di Apartment Kekwa dan Apartment Zest, dekat sini membabitkan aggota Jabatan Imigresen, Ikatan Relawan Rakyat (Rela), Jabatan Pertahahan Awam Malaysia (JPAM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Seramai 180 anggota terbabit dalam operasi yang diketuai Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat Imigresen, Mohd Zamberi Abdul Aziz.

Mohd Zamberi berkata, sepanjang operasi itu, pihaknya memeriksa 116 warga asing dan 49 daripadanya ditahan kerana melakukan kesalahan imigresen termasuk tiada dokumen perjalanan ketika pemeriksaan dijalankan serta menggunakan pasport atau pas tamat tempoh. “Mereka yang ditahan membabitkan warga Nigeria (19), Myanmar (19), India (empat), Indonesia (tiga), Bangladesh (dua) dan Kemboja dan Tanzania (masing-masing satu). “Semua yang ditahan akan ditempatkan di bilik tahan di Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dan kita memperuntukkan masa selama 14 hari untuk menyiasat kes ini,” katanya pada sidang media selepas operasi berkenaan.
Beliau berkata, operasi itu dijalankan berikutan aduan daripada orang awam mengenai kebanjiran warga asing di kawasan masing-masing, sehingga menimbulkan kebimbangan di kalangan penduduk.

“Secara purata, Ibu Pejabat Imigresen, di sini, menerima antara 50 hingga 100 aduan setiap hari dan jumlah aduan itu tidak termasuk dari negeri lain. Jadi, dalam tempoh setahun kira-kira 1,000 aduan diterima di seluruh negeri,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Mohd Zamberi berkata, majikan yang menyimpan pasport pekerja asing boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 berikutan ia boleh menyebabkan penganiayaan kepada warga asing terbabit.

Menurutnya, mengikut undang-undang pasport perlu berada dalam simpanan warga asing dan ejen atau majikan tidak boleh menyimpan pasport itu.

“Sekiranya ada di kalangan majikan atau ejen memegang pasport warga asing, kita melihat sebab apa ia dilakukan. Misalnya, jika majikan menyimpan pasport dalam tempoh tertentu bagi urusan mendapatkan pas yang sah, ia adalah bidang tugas mereka. “Bagaimanapun, jika majikan atau ejen menyimpannya tanpa alasan munasabah, kami tidak teragak-agak mengambil tindakan. “Kami pernah menerima alasan warga asing ketika pemeriksaan memberitahu pasport berada pada ejen atau berada di Jabatan Imigresen. Kalau ada alasan sedemikian, kita melakukan siasatan terhadap alasan yang dikemukakan,” katanya.

Wanita gigit jari

Oleh Zaitie Satibi
am@hmetro.com.my

PETALING JAYA: Akibat ghairah menukar suka sama suka gajet elektronik dengan pengguna lain dalam laman web tempatan yang terkenal memasarkan barangan terpakai, seorang wanita kerugian telefon pintar miliknya apabila dia memperoleh telefon mainan sebagai tukaran.
Mangsa dikenali sebagai Maya, 28, berkata, dia kerugian RM1,500 dalam kejadian akhir bulan lalu selepas ditipu seorang lelaki yang menukar telefon pintar jenama BlackBerry miliknya dengan iPhone palsu.

Maya berkata, dia berhasrat menukar telefonnya dengan jenama lain sebelum memasukkan iklan menukar gajet elektronik dalam laman web berkenaan pada Jun lalu.
Katanya, aktiviti tukar suka sama suka telefon pintar sudah lama dalam Internet sebagai satu cara memperoleh barangan tanpa mengeluarkan wang.

“Ia seperti sistem barter yang menukar barang dengan barang lain yang sama nilainya manakala kedua-dua pihak mempunyai kemahuan sama.

“Ini menjimatkan kerana tidak perlu membeli barangan lain menyebabkan saya mahu menukar telefon BlackBerry dengan iPhone,” katanya.
Menurutnya, selepas lebih sebulan memasukkan iklan menukar telefon pintar itu, dia dihubungi seorang lelaki yang berminat menukar iPhone miliknya sebelum mereka membuat temu janji.

“Saya menemuinya di depan satu restoran untuk menukar telefon masing-masing. “Saya ditunjukkan satu iPhone hitam dan lelaki terbabit turut membuat pemeriksaan telefon bagi membuktikan ia masih berkeadaan baik.
“Selepas berpuas hati dengan keadaan iPhone itu yang masih elok dan asli, saya bersetuju menukarnya dengan telefon BlackBerry milik saya,” katanya.

Katanya, selepas telefon bertukar tangan dan lelaki terbabit beredar, dia segera mahu mengaktifkan iPhone itu namun ia tidak berfungsi.

“Hairan dengan keadaan iPhone itu menyebabkan saya meneliti lebih lanjut sebelum terkejut apabila mendapati ia sebenarnya telefon mainan yang biasa digunakan di kaunter pameran premis menjual telefon bimbit.

“Saya cuba menghubungi lelaki terbabit bagi mendapatkan penjelasan, tetapi gagal.

“Malah, saya juga tidak mengambil maklumat lain mengenai lelaki terbabit menyebabkan dia gagal dikesan,” katanya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Subang.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, mengesahkan menerima laporan.

Isteri henyak kepala suami

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Enggan membeli baju raya, seorang lelaki berusia 40-an cedera di kepala selepas dihentak dengan anak lesung batu oleh isterinya dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Baru, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, wanita berusia lewat 20-an terbabit dilaporkan hilang pertimbangan sebelum menyerang suaminya selepas pasangan itu bertengkar lebih 10 minit.

Menurut sumber, semuanya bermula apabila wanita berkenaan mengajak suaminya untuk membeli baju raya.

“Bagaimanapun, suaminya meminta wanita itu supaya berjimat dan memakai pakaian sedia ada kerana tidak mahu membazir,” katanya.

Sumber berkata, wanita itu tidak berputus asa sebaliknya terus memujuk suaminya itu untuk membawanya ke pusat beli-belah.

Padah ajak suami beli juadah di bazar



KAJANG: Padah menimpa seorang wanita yang mahu mengajak suaminya keluar membeli juadah berbuka di bazar Ramadan apabila dia bukan saja dimaki hamun, malah turut dipukul lelaki terbabit.
Wanita berusia 25 tahun itu difahamkan mengalami kecederaan akibat tindakan panas baran suaminya itu menyebabkan dia membuat laporan polis kelmarin kerana bimbang dicederakan lagi.

Sumber berkata, dalam kejadian jam 5 petang Rabu lalu, mangsa mengajak suaminya keluar membeli juadah berbuka sebaik lelaki berusia lewat 20-an itu pulang ke rumah mereka di Taman Taming Jaya, di sini.
“Bagaimanapun, lelaki terbabit tidak menghiraukan permintaan itu. Mangsa yang tidak berputus asa terus mengajak suaminya itu menyebabkan lelaki terbabit naik berang,” katanya.

No comments:

Post a Comment