Monday, August 13, 2012

MISKIN NI BUKAN DIKELANTAN SAJA...MALAH DI SABAH..SARAWAK...JOHOR..PERAK...PAHANG...MELAKA...MEGERI SEMBILAN...TERENGGANU DLL...KENYATAAN MACAM NAK MEMPERLEKEH KELANTAN...KENAPA

Hutang 17,441 siswazah dilupus

DASAR PTPTN menukar status pinjaman kepada biasiswa bakal menjadi pendorong kepada lebih ramai pelajar memperoleh ijazah kelas pertama. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Seramai 17,441 siswazah dikecualikan daripada membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) melibatkan peruntukan berjumlah RM486.9 juta berikutan kejayaan mereka memperoleh ijazah sarjana muda kelas pertama.
Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamad Said (gambar kecil) berkata, sehingga 30 Jun lalu, seramai 13,011 peminjam dikecualikan membayar balik pinjaman melibatkan peruntukan sebanyak RM370.7 juta apabila pinjaman mereka ditukarkan kepada biasiswa.
Menurutnya, jumlah itu meningkat kepada 17,441 graduan selepas mengambil kira 4,430 lagi peminjam yang lulus dengan ijazah sarjana kelas pertama pada tahun 2005, 2006 dan 2007 membabitkan nilai pinjaman RM116.2 juta.
“Peminjam yang lulus dengan kelas pertama pada tahun 2005, 2006 dan 2007 itu dulu tidak mendapat pengecualian tersebut, namun kerajaan baru-baru ini telah bersetuju melupuskan pinjaman mereka,” katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi semalam.

Tangan kudung akibat mercun bola

KOTA BHARU – Tindakan berani tidak bertempat seorang pemuda yang memeriksa 20 biji mercun bola yang telah dinyalakan mengundang padah apabila ia meletup sehingga menyebabkan pergelangan tangan kanan serta kelima-lima jarinya hancur.
Kejadian yang berlaku di pasar Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong dekat sini tengah hari semalam itu bukan sahaja mencederakan Mohd. Shahril Affendi, 20, tetapi juga rakannya, Mohd. Ahmad Ismail, 19, melecur di beberapa bahagian badan dan mata.
Kedua-dua mangsa kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dekat sini.
Jurucakap hospital berkata, pergelangan tangan kanan Mohd. Shahril terpaksa dipotong untuk mengelakkan jangkitan kuman.

Keluarga nelayan gempar buaya naik ke rumah


MOHD. SAIFUL (kanan) bersama rakannya menunjukkan seekor buaya yang ditangkap di Kampung Telaga Air, Kuching semalam.


KUCHING – Sebuah keluarga nelayan di Kampung Telaga Air di sini gempar selepas kediaman yang mereka diami sejak 10 tahun lalu nyaris dimasuki seekor buaya malam semalam.
Dalam kejadian ketika air pasang pada pukul 11 malam itu, lapan sekeluarga tersebut panik apabila reptilia ganas yang pada mulanya berlegar-legar di bawah rumah terbabit tiba-tiba muncul di hadapan tangga.
Mohd. Saiful Sulaihi, 35, memberitahu, ketika kejadian, dia sedang menonton televisyen bersama anak-anaknya sebelum terkejut mendengar bunyi kocakan air yang kuat di bahagian bawah rumah.
Menurutnya, disebabkan bunyi itu, dia cuba memeriksa keadaan di bawah rumahnya dan sebaik membuka pintu, dia terperanjat apabila melihat kelibat seekor buaya sepanjang kira-kira 1.3 meter merangkak naik ke rumahnya.

Mesin ATM diletup, wang selamat


ANGGOTA polis menyiasat tempat kejadian letupan sebuah mesin ATM sebuah bank di Masjid Tanah semalam.


ALOR GAJAH - Hajat sekumpulan penjenayah merompak sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Masjid Tanah di sini semalam gagal apabila bahan letupan yang digunakan gagal memecahkan peti simpanan wang di dalam mesin tersebut.
Dalam kejadian pada pukul 3.20 pagi itu, hanya bahagian luar mesin ATM yang rosak tetapi peti simpanan di dalam mesin ATM yang menyimpan wang langsung tidak terjejas.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata, kejadian itu dipercayai membabitkan empat lelaki yang menunggang dua buah motosikal.
"Perompak memasang sejenis bahan letupan pada sebuah mesin ATM di bank tersebut dengan tujuan untuk merompak wang.
"Bagaimanapun, selepas diletupkan mesin ATM tidak terbuka dan hanya bahagian luar mesin yang rosak teruk," kata beliau dengan memberitahu keempat-empat suspek memakai jaket hitam dan bertopi keledar.
Menurut beliau, akibat letupan kuat, bukan saja mesin ATM tersebut rosak teruk malah sebuah lagi mesin ATM dan sebuah mesin deposit tunai (CDM) turut rosak

Wanita ugut bunuh diri selepas kekasih warga Nigeria diberkas

PUCHONG - Seorang wanita Nigeria cuba menimbulkan kekecohan apabila dia mengugut untuk menikam diri sendiri selepas kekasihnya dari negara yang sama diberkas dalam serbuan oleh Jabatan Imigresen di Bandar Kinrara di sini semalam.
Dalam operasi selama dua jam bermula pada pukul 12.30 tengah malam, wanita itu mulanya enggan melepaskan kekasihnya itu daripada dibawa anggota penguat kuasa dengan memeluk erat lelaki itu.
Namun selepas didesak pihak penguat kuasa, wanita berkenaan meluru ke dapur dan mengambil sebilah pisau pemotong sayur sebelum mengacukan senjata itu ke perutnya sambil mengugut akan mencederakan diri sendiri jika kekasihnya ditangkap.
Kekasih wanita itu ditangkap kerana tiada dokumen perjalanan yang sah manakala wanita itu pula mempunyai dokumen perjalanan yang lengkap.

Dua beranak maut nahas


Kiri: MOHD. ADRI , ADNAN


BALIK PULAU – Hasrat seorang bapa untuk menghantar anak tunggalnya ke pusat tuisyen berkecai apabila kedua-duanya maut selepas motosikal jenis Honda yang dinaiki bergesel dengan sebuah lori dalam kemalangan di Jalan Bayan Lepas dekat sini semalam.
Kejadian pukul 9.10 pagi itu mengakibatkan Adnan Abdullah, 59, maut ketika dirawat di sebuah hospital swasta di Bayan Baru manakala anaknya, Mohd. Adri, 7, maut di tempat kemalangan akibat digilis tayar belakang kenderaan berat tersebut. Mereka dalam perjalanan ke Teluk Kumbar.
Kejadian berlaku apabila Adnan yang mahu memotong sebuah lori di hadapannya dikatakan ingin masuk semula ke laluannya ketika cuba mengelak sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan.
“Ketika itulah, motosikal mangsa telah bergesel dengan kenderaan berat itu menyebabkan mereka terjatuh sebelum Mohd. Adri digilis tayar belakang lori berkenaan,” kata Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Hatta Mohd. Zain.

Kaji kemiskinan rakyat Kelantan

TUMPAT – Penyelidik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kerjasama daripada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) akan mengkaji tahap kemiskinan rakyat di negeri ini bagi menentukan punca dan cara penyelesaiannya.
Satu kajian awal mendapati, daerah Tumpat merupakan antara daerah yang paling kritikal berhadapan dengan masalah kemiskinan tegar, oleh itu sebanyak 100 keluarga di sekitar daerah itu telah dikenal pasti untuk menjadi kumpulan pertama dalam projek pembasmian kemiskinan tegar.
Menurut Penasihat Khas kepada Yang Pertua MAIK, Datuk Nik Kamaruddin Ismail, kajian itu bertujuan mengenali punca sebenar kemiskinan dan mencari jalan penyelesaian terbaik untuk menyalurkan bantuan.
“Kita perlu tahu masih lagi wujud masyarakat miskin tegar di negeri kita dan ada antara mereka menjalani kehidupan yang terlalu daif dan menyedihkan.
“MAIK mahu kemiskinan di negeri ini dibasmi dan dengan itu, kami turun padang untuk melihat sendiri keperluan golongan ini bagi membolehkan mereka membantu meningkatkan taraf hidup masing-masing,” katanya ketika melawat beberapa buah keluarga di sekitar Tumpat semalam.

Sarkas untuk penduduk miskin


BEBERAPA anggota persembahan sarkas Mundata muncul di pentas bagi menghargai sokongan penonton.


LIMA, Peru - Sarkas Mundata yang menjadikan kawasan penduduk miskin di negara ini sebagai lokasi persembahan.
Ia hanya mempunyai sepuluh pekerja yang melakukan pelbagai persembahan.
Bayaran untuk memasuki sarkas itu ialah antara AS$2 (RM6.24) hingga AS$5 (RM15.60). - AP

Iran bimbang wabak penyakit selepas gempa

RUNTUHAN rumah yang terdapat di Kampung Varzaghan semalam selepas gempa bumi yang berlaku pada Sabtu lalu.


TEHERAN - Gempa bumi berkembar yang memusnahkan sejumlah perkampungan di pedalaman barat daya Iran hujung minggu lalu meragut 306 nyawa dengan kebanyakan mangsa adalah wanita dan kanak-kanak, kata beberapa pegawai semalam.
Bencana itu juga kata mereka, mencetuskan kebimbangan penularan wabak penyakit.
Menteri Kesihatan Iran, Marzieh Vahid berkata, seramai 3,037 lagi mangsa cedera dengan 2,011 orang diberikan rawatan di lokasi kejadian manakala baki mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan.
Menurutnya dalam laporan yang disiarkan di laman web Parlimen Iran, sebanyak 700 pembedahan dilakukan bagi menyelamatkan mangsa gempa bumi tersebut.
"Kami masih meneruskan usaha bagi mencari mayat-mayat mangsa," katanya.
Kelmarin pihak berkuasa Iran membatalkan usaha operasi menyelamat selepas memberitahu semua mangsa yang terselamat telah ditemui.
Seorang lagi pegawai, Hassan Ghadami yang merupakan Timbalan Menteri Dalam Negeri Bagi Pengurusan Krisis berkata: "Ramai mangsa terbunuh selepas beberapa jam pertama gempa berlaku ekoran dihempap timbunan runtuhan kediaman mereka.,"
Sementara itu, Ketua Perkhidmatan Kecemasan Iran, Gholamreza Masoumi memberi amaran kemungkinan berlaku wabak penyakit berjangkit ketika mangsa-mangsa tinggal dalam persekitaran kotor dan mengalami kekurangan air dan tandas.
"Satu lagi isu penting adalah sejumlah besar bangkai haiwan yang bergelimpangan di sekitar kawasan gempa dan di dalam sumber air," katanya.
Dua gempa bumi kuat berkenaan yang setiap satu berukuran 6.4 dan 6.3 pada skala Richter menggegarkan barat daya Iran pada Sabtu lalu dengan meruntuhkan banyak bangunan dan kediaman di sejumlah perkampungan di barat daya bandar Tabriz.
Ketua Bulan Sabit Merah Iran, Abdolhossein Faghih memberitahu Parlimen negara itu, 230 buah kampung rosak teruk dengan sejumlahnya musnah sama sekali dalam bencana tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, pemerintah Iran melancarkan satu dana bagi membina semula kediaman di kawasan pergunungan dilanda gempa tersebut menjelang musim sejuk yang akan melanda empat bulan lagi.
Pemerintah turut memberikan bantuan tunai hampir AS$2,000 (RM6,373) kepada setiap keluarga yang terjejas selain pemberian pinjaman dengan kadar faedah rendah sehingga AS$6,000 (RM19,119) untuk setiap keluarga.
Iran turut menolak bantuan luar daripada beberapa buah negara termasuk Amerika Syarikat, Jerman, Taiwan, Singapura dan Rusia. Teheran menyatakan, ia dapat menangani bencana tersebut. - AFP

Jet tentera Syria ditembak jatuh


IMEJ daripada video amatur menunjukkan sebuah jet tentera Syria ditembak jatuh di wilayah Deir el-Zour, Syria semalam.


DAMSYIK - Pemberontak yang dikenali sebagai Tentera Pembebasan Syria (FSA) mendakwa pihaknya menembak jatuh sebuah jet pejuang semalam tetapi kedudukan tentera pemerintah semakin kukuh di bandar raya Aleppo apabila mereka mara ke sebuah daerah baharu yang dikuasai FSA.
Tentera pemerintah turut mengebom beberapa kawasan di sekitar ibu kota Syria di sini dan melancarkan operasi pembersihan di bandar raya berkenaan.
Perkembangan itu berlaku ketika beberapa klip video kontroversi yang menunjukkan kekejaman FSA di sekitar Aleppo disiarkan.
Satu rakaman tersebut menunjukkan anggota-anggota FSA mencampakkan beberapa mayat dari sebuah bangunan pejabat pos manakala klip video kedua memaparkan pemberontak menyembelih seorang lelaki.
Dalam perkembangan berkaitan, media Syria melaporkan sebuah jet tentera terhempas di timur negara itu ketika penerbangan rondaan selepas mengalami masalah teknikal. Menurutnya, juruterbang pesawat itu sempat mengaktifkan kerusi anjal pesawat bagi menyelamatkan diri.
Namun, FSA yang menggesa masyarakat antarabangsa supaya membekalkan organisasi tersebut dengan senjata penangkis pesawat mendakwa pihaknya menembak jatuh jet berkenaan di wilayah Deir Ezzor, timur Syria.
"Ya, kami boleh mengesahkan bahawa sebuah jet pejuang MiG 21 telah ditembak jatuh," kata jurucakap FSA, Kassem Saadeddine. - AFP

Morsi arah Menteri Pertahanan letak jawatan

TANTAWI


KAHERAH - Presiden Mohammed Morsi melakukan kejutan apabila beliau mengarahkan Menteri Pertahanan, Fil Marsyal Hussein Tantawi supaya bersara.
Presiden Mesir berkenaan turut membatalkan rombakan perlembagaan oleh tentera sebelum ini yang memberikan kuasa eksekutif kepada beberapa orang jeneral Mesir.
Dalam pada itu, Morsi melantik seorang hakim kanan, Mahmoud Mekki sebagai Naib Presiden Mesir.
Keputusan tersebut yang diumumkan kelmarin berkuat kuasa serta-merta.
Berita mengenainya diumumkan oleh jurucakap Presiden, Yasser Ali pada satu sidang media yang disiarkan oleh stesen televisyen negara berkenaan.
Menurutnya, Morsi melantik Abdel-Fattah El-Sissi sebagai Menteri Pertahanan bagi menggantikan Hussein.
Hussein sebelum ini mengetuai Majlis Tentera yang memerintah Mesir selama 17 bulan selepas kejatuhan Presiden Hosni Mubarak pada Februari 2011.
Turut diarahkan bersara adalah ketua nombor dua Majlis Tentera iaitu Ketua Staf Sami Annan.
Sementara itu, beribu-ribu orang berhimpun di Dataran Tahrir di sini semalam sebagai menyatakan sokongan mereka berhubung perubahan kuasa yang diumumkan oleh Morsi.
"Rakyat Mesir menyokong keputusan Presiden," kata mereka.
Tindakan berani itu dibuat seminggu selepas 16 askar sempadan Mesir ditembak mati oleh sekumpulan militan di sebuah pos kawalan sempadan di utara Semenanjung Sinai, dekat Israel.
Peningkatan penentangan kumpulan militan itu berlaku selepas Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai Presiden pada Februari tahun lalu atas desakan penunjuk perasaan.
Kepimpinan tentera amat berpengaruh di Mesir tetapi setakat semalam tiada tanda-tanda bahawa angkatan bersenjata negara itu mencabar arahan Presiden.
Tiada alasan diumumkan berhubung langkah pertukaran kepimpinan tersebut setakat ini. - Agensi

No comments:

Post a Comment