Sunday, August 12, 2012

ADAKAH KITA TAK SUKA ORANG JADI BAIK...PELIK BETUL...SYAITAN LAH BIASANYA TAK SUKA OARANG JADI BAIK..

183 penumpang terperangkap, monorel terkandas

Posted on the August 12th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share
PASUKAN bomba memberi bantuan kepada penumpang yang terperangkap di dalam tren monorel berhampiran Wisma Monorel di Jalan Tebing, Brickfields, Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR – Seramai 183 penumpang monorel terperangkap kira-kira satu jam apabila pengangkutan awam itu rosak di landasan antara Stesen Tun Sambathan dan KL Sentral berhampiran Wisma Monorel di Jalan Tebing, Brickfields di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 2.19 petang itu, seorang wanita yang hamil empat bulan sesak nafas manakala dua penumpang lain cedera ringan akibat terkena serpihan kaca dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.


Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, sebanyak enam jentera dikejarkan ke lokasi kejadian untuk mengeluarkan penumpang di dalam gerabak itu.
Kosmo

Album Baru 6ixth Sense Bukan Nak Tunjuk Alim

Posted on the August 12th, 2012 under Artis by admin

  • Share
PETLAING JAYA: Kumpulan 6ixth Sense menjelaskan kemunculan album terbaru mereka berjudul Tentang Kita yang mempertaruhkan genre ketuhanan bukan bermaksud untuk berlagak alim di mata peminat.
Vokalisnya Adi berkata, tujuan mereka tampil dengan konsep berkenaan adalah untuk sama-sama berkongsi muzik berbentuk kerohanian dengan para peminat mereka dan saling ingat mengingati antara satu sama lain.
“Sebagai seorang manusia kita masing-masing ada tanggungjawab terhadap orang lain dan peluang merakamkan album ini adalah salah satu cara untuk kami mendekati masyarakat dan peminat selain bersama-sama menikmati muzik tersebut.


“Bukan untuk menunjuk baik dan jauh sekali berlagak alim tetapi ini adalah satu bentuk perkongsian ilmu dalam muzik dan berharap kita semua akan mendapat kebaikan dan faedah,” ujarnya kepada mStar Online.
Kumpulan itu ditemui selepas majlis pelancaran album terbaru mereka di sini baru-baru ini.
Dalam pada itu, Adi memberitahu dia sukar untuk mencipta lirik empat buah lagu baru dalam album berkenaan kerana tidak mahu menulis tentang perkara yang terlalu ekstrem buat peminat.
Katanya buat permulaan dia ingin berdakwah melalui lagu-lagu ketuhanan dengan cara yang ringkas dan mudah.
“Seperti saya kata kami bukan nak tunjuk baik atau mengajar orang jadi baik menerusi album ini dan sebab itu saya mencari satu titik sesuai supaya lirik yang ditulis sesuai dan mudah diterima.
“Atas sebab itu saya menggunakan tema seperti kasih sayang terhadap ibu bapa, kedamaian dan sebagainya untuk album ini. Secara dasarnya saya membuat lirik sebagai peringatan kepada diri saya yang juga tidak sempurna,” katanya.
Sementara itu, Adi akan terus menghasilkan album berbentuk kerohanian selepas ini kerana memang telah memasang hasrat untuk tampil dengan konsep sedemikian.
Album Tentang Kita itu memuatkan enam buah lagu iaitu Penerang Hati(duet bersama Saujana), Ayah dan Ibu, Damai Yang Hilang, Rasulullah, Cintaku Padamu Seluas Angkasa dan Altar Cinta.
Telah pun berada di pasaran pada 3 Ogos lalu, Tentang Kita diilhamkan oleh penerbit Mujahid Abdul Wahab yang bertanggungjawab terhadap kejayaan kumpulan itu.
mStar

Dua beranak maut digilis lori

Posted on the August 12th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share
GEORGETOWN – Dua beranak maut apabila motosikal yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Teluk Kumbar, Bayan Lepas hari ini.
Mohd Adnan Abdullah, 59, mati di hospital manakala anaknya Mohd Adri, 7, mati di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Hatta Md Zin berkata dalam kejadian pada pukul 9.15 pagi itu, motosikal yang dinaiki dua beranak itu bergesel dengan lori terbabit setelah Mohd Adnan gagal memotong lori berkenaan.
“Motosikal ditunggang mangsa hilang keseimbangan menyebabkan kedua-duanya tercampak ke tengah jalan dan digilis lori berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata Mohd Adri maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepalanya manakala bapanya meninggal dunia selepas sejam dirawat di Hospital Bayan Baru.


Hatta berkata mayat kedua beranak itu dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat dan telah dituntut keluarga mereka. – Bernama

Sejarah warna Kiswah Kaabah

Posted on the August 12th, 2012 under Agama by admin

  • Share
Pada ka’bah kita sering melihat adanya Kiswah (kain / selimut hitam penutup Kaabah). Tujuan dari pemasangan kain itu adalah untuk melindungi dinding ka’bah dari kotoran, debu, dan panas yang boleh membuatnya menjadi rosak. Selain itu kiswah juga berfungsi sebagai hiasan ka’bah.
Menurut sejarah, Kaabah sudah diberi kiswah sejak zaman Nabi Ismail AS, putra Nabi Ibrahim AS. Namun tidak ada catatan yang menyatakan kiswah pada zaman Nabi Ismail diperbuat daripada apa dan berwarna apa. Baru pada masa kepemimpinan Raja Himyar Asad Abu Bakr dari Yaman, disebutkan kiswah yang melindungi Kaabah diperbuat daripada kain tenunan.
Polisi Raja Himyar untuk memasang kiswah sesuai dengan tradisi Arab yang berkembang sejak zaman Ismail as diikuti oleh para penerusnya. Pada masa Qusay bin Kilab, salah seorang leluhur Nabi Muhammad yang terkemuka, pemasangan kiswah pada Kaabah menjadi tanggung jawab masyarakat Arab dari suku Quraisy.


Nabi Muhammad SAW sendiri juga pernah memerintahkan pembuatan kiswah dari kain yang berasal dari Yaman. Sedangkan empat khalifah penerus Nabi Muhammad yang termasuk dalam Khulafa al-Rasyidin memerintahkan pembuatan kiswah daripada kain benang kapas.
Sementara itu, pada era kekhalifahan Abbasiyah, Khalifah ke-4 al-Mahdi memerintahkan supaya kiswah dibuat daripada kain sutera Khuz. Pada masa pemerintahannya, kiswah didatangkan dari Mesir dan Yaman.
Menurut catatan sejarah, kiswah tidak semestinya berwarna hitam pekat seperti saat ini. Kiswah pertama yang dibuat dari kain tenunan Yaman berwarna merah dan berjalu-lajur. Sedangkan pada masa Khalifah Mamun ar-Rasyid, kiswah dibuat dengan warna dasar putih. Kiswah juga pernah dibuat berwarna hijau atas perintah Khalifah an-Nasir dari Bani Abbasiyah (sekitar abad 16 M) dan kiswah juga pernah dibuat berwarna kuning berdasarkan perintah Muhammad bin Sabaktakin.
Penggantian kiswah yang berwarna-warni dari tahun ke tahun, rupanya mengusik benak khalifah al-Mamun dari Dinasti Abbasiyah, hingga akhirnya memutuskan bahawa sebaiknya warna kiswah itu tetap dari masa ke semasa iaitu hitam. Hingga saat ini, kiswah diganti setiap tahun, tetapi warnanya tetap hitam.
Pada era keemasan Islam, tanggung jawab pembuatan kiswah selalu dilakukan oleh setiap khalifah yang sedang berkuasa di Hijaz, Arab Saudi pada setiap masanya. Kiswah selalu menjadi tanggung jawab para khalifah, beberapa raja di luar tanah Hijaz pernah menghadiahkan kiswah kepada pemerintah Hijaz.
Dulu, kiswah yang diperbuat daripada sutera hitam pernah didatangkan dari Mesir yang biayanya diambil dari Pemerintahan Kerajaan Mesir. Tradisi penghantaran kiswah daripada Mesir ini bermula pada zaman Sultan Sulaiman yang memerintah Mesir pada sekitar tahun 950-an H sampai masa pemerintahan Muhammad Ali Pasya sekitar akhir tahun 1920-an.
Setiap tahun, kiswah-kiswah indah yang diperbuat di Mesir itu dihantar ke Makkah melewati jalan darat menggunakan tandu indah yang disebut mahmal. Kiswah beserta hadiah-hadiah lain di dalam mahmal datang bersama rombongan haji dari Mesir yang diketuai oleh seorang amirul hajj.
Amirul hajj itu dilantik secara rasmi oleh pemerintah kerajaan Mesir. Dari Mesir, setelah upacara serah terima, mahmal yang dikawal tentera Mesir berangkat ke terusan Suez dengan kapal khusus hingga ke Pelabuhan Jeddah. Setibanya di Hijaz, mahmal tersebut diarak dengan upacara yang sangat meriah menuju ke Mekah.
Penghantaran kiswah dari Mesir pernah terlambat hingga awal bulan Zulhijjah. Hal itu berlaku selepas meletusnya Perang Dunia I. Kelewatan penghantaran kiswah terjadi akibat suasana yang tidak selamat dan kondusif akibat Perang Dunia I.
Melihat situasi yang kurang baik pada saat itu, Raja Ibnu Saud (pengasas Kerajaan Arab Saudi) mengambil keputusan untuk segera membuat kiswah sendiri mengingat pada tarikh 10 Zulhijjah, kiswah lama harus diganti dengan kiswah yang baru. Usaha tersebut berjaya dengan pendirian syarikat tenun yang terdapat di Kampung Jiyad, Mekah.
Selepas Perang Dunia I berakhir, Raja Farouq I dari Mesir kembali mengirimkan kiswah ke tanah Hijaz. Namun melihat akan pelbagai situasi pada saat itu, pemerintah Kerajaan Arab Saudi di bawah Raja Abdul Aziz Bin Saud memutuskan untuk membuat kilang kiswah sendiri pada 1931 di Makkah. Hingga akhirnya kiswah dibuat di Arab Saudi hingga saat ini.
Kain kiswah mempunyai keunikan dan keunggulan yang tersendiri. Pintalan-pintalan benang berwarna emas mahupun perak bersatu padu merangkai barisan kalam Ilahi. kiswah menjadi sangat berharga, bukan hanya kerana firman-firman Allah SWT yang suci yang dipintal pada kiswah, tetapi juga kerana keindahan dan eksotisme pintalan benang berwarna emas dan perak di permukaannya.
Perpaduan warna emas dan perak pada kaligrafi yang menghiasi kiswah tersebut memiliki nilai seni yang luar biasa. Sebab pembuatannya memerlukan skill dan bakat yang luar biasa kerana tidak semua orang mampu membuat seni seindah itu. Kiswah merupakan simbol kekuatan, kesederhanaan juga keagungan.
Detik Islam

Subhanallah! 7 keajaiban Islam

Posted on the August 12th, 2012 under Agama by admin

  • Share
Menara Pisa, Tembok Cina, Candi Borobudur, Taaj Mahal, Ka’bah, Menara Eiffel, dan Piramid di mesir, inilah semua keajaiban dunia yang kita kenal. Namun sebenarnya semua itu belum terlalu ajaib, kerana di sana masih ada tujuh keajaiban dunia yang lebih ajaib lagi. Mungkin anda semua bertanya-tanya, keajaiban apakah itu?
Haiwan Berbicara di Akhir Zaman
Maha suci Allah yang telah membuat segala sesuatunya berbicara sesuai dengan yang Ia kehendaki. Termasuk dari tanda-tanda kekuasaanya adalah ketika terjadi hari kiamat akan muncul haiwan melata yang akan berbicara kepada manusia sebagaimana yang dinyatakan dalam Al-Qur’an, surah An-Naml ayat 82,


“Dan apabila perkataan Telah jatuh atas mereka, kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahwa Sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami”.
Mufassir Negeri Syam, Abul Fida ‘Ibnu Katsir Ad-Dimasyqiy berkomentar tentang ayat di atas, “Haiwan ini akan keluar di akhir zaman ketika rosaknya manusia, dan mulai meninggalkan perintah-perintah Allah, dan ketika mereka telah mengganti agama Allah. Maka Allah mengeluarkan ke hadapan mereka haiwan bumi. Konon khabarnya, dari Makkah, atau yang lain sebagaimana akan datang perinciannya. Haiwan ini akan berbicara dengan manusia tentang hal itu “. [Lihat Tafsir Ibnu Katsir (3/49]
Haiwan aneh yang berbicara ini akan keluar di akhir zaman sebagai tanda akan datangnya kiamat dalam waktu yang dekat. Nabi-Shallallahu ‘alaihi wa sallam-bersabda,
“Sesungguhnya tak akan tegak hari kiamat, sehingga kamu akan melihat sebelumnya 10 tanda-tanda kiamat: Gempa di Timur, gempa di barat, gempa di Jazirah Arab, Asap, Dajjal, haiwan bumi, Ya’juj & Ma’juj, terbit matahari dari arah barat, dan api yang keluar dari jurang Aden, akan menggiring manusia “. [HR. Muslim dalam Shohih-nya (2901), Abu Daud dalam Sunan-nya (4311), At-Tirmidziy dalam Sunan-nya (2183), dan Ibnu Majah dalam Sunan-nya (4041)]
Pohon Kurma yang Menangis
Adanya pohon kurma yang menangis ini terjadi di zaman Rasulullah-Shollallahu ‘alaihi wasallam-, mengapa sampai pokok ini menangis? Kisahnya, Jabir bin Abdillah-radhiyallahu ‘anhu-berkata,
“Jabir bin Abdillah-radhiyallahu ‘anhu-berkata:” Adalah dahulu Rasulullah-Shollallahu’ alaihi wasallam-berdiri (berkhutbah) di atas sebatang kurma, maka tatkala diletakkan mimbar baginya, kami mendengar sebuah suara seperti suara unta dari pohon kurma tersebut hingga Rasulullah – shollallahu ‘alaihi wasallam-turun kemudian beliau meletakkan tangannya di atas batang pohon kurma tersebut “. [HR.Al-Bukhariy dalam Shohih-nya (876)]
Ibnu Umar-radhiyallahu ‘anhu-berkata:
“Dulu Nabi-Shallallahu ‘alaihi wa sallam-berkhuthbah pada batang kurma. Tatkala beliau telah membuat mimbar, maka beliau berpindah ke mimbar itu. Batang kurma itu pun merintih. Maka Nabi-Shollallahu ‘alaihi wasallam-mendatanginya sambil mengeluskan tangannya pada batang kurma itu (untuk menenangkannya) “. [HR. Al-Bukhari dalam Shohih-nya (3390), dan At-Tirmidziy dalam Sunan-nya (505)]
Batu mengucap salam
Mungkin kalau seekor burung yang pandai mengucapkan salam adalah perkara yang sering kita jumpai. Tapi bagaimana jika sebuah batu yang mengucapkan salam. Sebagai seorang hamba Allah yang mengimani Rasul-Nya, tentunya dia akan membenarkan seluruh apa yang disampaikan oleh Rasul-Nya, seperti pemberitahuan beliau kepada para sahabatnya bahwa ada sebuah batu di Mekah yang pernah mengucapkan salam kepada beliau sebagaimana dalam sabdanya,
Dari Jabir bin Samurah dia berkata, Rasulullah-Shollallahu ‘alaihi wasallam-bersabda, “Sesungguhnya aku mengetahui sebuah batu di Mekah yang mengucapkan salam kepadaku sebelum aku diutus, sesungguhnya aku mengetahuinya sekarang”. [HR.Muslim dalam Shohih-nya (1782)] .
Pengaduan Seekor unta
Manusia adalah makhluk yang mempunyai perasaan. Dari perasaan itu timbullah rasa cinta dan kasih sayang di antara mereka. Akan tetapi ketahuilah, bukan hanya manusia saja yang memiliki perasaan, bahkan haiwan pun memilikinya. Oleh kerana itu sangat disesalkan jika ada manusia yang tidak memiliki perasaan yang membuat dirinya lebih rendah daripada haiwan. Pernah ada seekor unta yang mengadu kepada Rasulullah-Shollallahu ‘alaihi wasallam-mengungkapkan perasaannya.
Abdullah bin Ja’far-radhiyallahu ‘anhu-berkata, “Pada suatu hari Rasulullah-Shallallahu’ alaihi wasallam-pernah supaya aku membonceng dibelakangnya, kemudian beliau membisikkan tentang sesuatu yang tidak akan kuceritakan kepada seseorang di antara manusia. Sesuatu yang paling beliau senangi untuk dijadikan pelindung untuk buang hajatnya adalah gundukan tanah atau kumpulan batang kurma. lalu beliau masuk ke dalam kebun laki-laki Ansar. Tiba tiba ada seekor unta. Tatkala Nabi-Shallallahu ‘alaihi wasallam-melihatnya, maka unta itu merintih dan bercucuran air matanya. Lalu Nabi-Shallallahu ‘alaihi wasallam-mendatanginya seraya mengusap dari perutnya sampai ke pundaknya dan tulang telinganya, maka tenanglah unta itu. Kemudian beliau bersabda, “Siapakah pemilik unta ini, unta ini milik siapa?” Lalu datanglah seorang pemuda Anshar seraya berkata, “unta itu milikku, wahai Rasulullah”.
Maka Nabi-Shallallahu ‘alaihi wasallam-bersabda:
“Tidakkah engkau bertakwa kepada Allah dalam binatang ini, yang telah dijadikan sebagai milikmu oleh Allah, kerana ia (binatang ini) telah mengadu kepadaku bahawa engkau telah membuatnya letih dan lapar”. [HR. Abu Daud dalam As-Sunan (1/400), Al-Hakim dalam Al-Mustadrak (2/99-100), Ahmad dalam Al-Musnad (1/204-205), Abu Ya'la dalam Al-Musnad (3 / 8/1), Al-Baihaqiy dalam Ad-Dala'il (6/26), dan Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyqa (9/28/1). Lihat Ash-Shahihah (20)]
Kesaksian Kambing Panggang
Kalau binatang yang masih hidup boleh berbicara adalah perkara yang ajaib, maka tentunya lebih ajaib lagi kalau ada seekor kambing panggang yang berbicara. Ini memang aneh, akan tetapi nyata. Kisah kambing panggang yang berbicara ini terdapat dalam hadis berikut:
Abu Hurairah-radhiyallahu ‘anhu-berkata:
“Rasulullah-Shollallahu ‘alaihi wasallam-menerima hadiah, dan tak mau makan shodaqoh. Maka ada seorang wanita Yahudi di Khoibar yang menghadiahkan kepada beliau kambing panggang yang telah diberi racun. Lalu Rasulullah-Shallallahu ‘alaihi wa sallam-pun memakan sebahagian kambing itu, dan kaum (sahabat) juga makan. Maka Nabi-Shallallahu ‘alaihi wa sallam-bersabda, “Angkatlah tangan kalian, kerana kambing panggang ini mengkhabarkan kepadaku bahawa dia beracun”. Lalu meninggallah Bisyr bin Al-Baro ‘bin Ma’rur Al-Anshoriy. Maka Nabi-Shallallahu ‘alaihi wa sallam-menghantar (utusan membawa surat), “Apa yang mendorongmu untuk melakukan hal itu?” Wanita itu menjawab, “Jika engkau adalah seorang nabi, maka apa yang aku telah lakukan tak akan membahayakan dirimu. Jika engkau adalah seorang raja, maka aku telah melepaskan manusia darimu “. Kemudian Rasulullah-Shallallahu ‘alaihi wa sallam-memerintahkan untuk membunuh wanita itu, maka ia pun dibunuh. Nabi-Shallallahu ‘alaihi wa sallam-bersabda ketika beliau sakit yang menyebabkan kematian beliau, “Senantiasa aku merasakan sakit akibat makanan yang telah aku makan ketika di Khoibar. Inilah saatnya urat nadi leherku terputus “. [HR. Abu Daud dalam Sunan-nya (4512). Di-shohih-kan Al-Albaniy dalam Shohih Sunan Abi Dawud (hal.813), dengan tahqiq Masyhur Hasan Salman]
Batu yang Berbicara
Setelah kita mengetahui adanya batu yang mengucapkan salam, maka keajaiban selanjutnya adalah adanya batu yang berbicara di akhir zaman. Jika kita fikirkan, maka terasa aneh, tapi demikianlah seorang muslim harus mengimani seluruh berita yang disampaikan oleh Rasulullah-Shollallahu ‘alaihi wasallam-, baik yang masuk akal, atau tidak. Kerana Nabi-Shallallahu ‘alaihi wa sallam-tidaklah pernah berbicara sesuai hawa nafsunya, bahkan beliau berbicara sesuai tuntunan wahyu dari Allah Yang Mengetahui segala perkara ghaib.
Rasulullah-Shallallahu ‘alaihi wa sallam-bersabda:
“Kamu akan memerangi orang-orang Yahudi sehingga seorang di antara mereka bersembunyi di balik batu. Maka batu itu berkata, “Wahai hamba Allah, Inilah si Yahudi di belakangku, maka bunuhlah ia”. [HR. Al-Bukhari dalam Shohih-nya (2767), dan Muslim dalam Shohih-nya (2922)]
Al-Hafizh Ibnu Hajar-rahimahullah-berkata, “Dalam hadis ini terdapat tanda-tanda dekatnya hari kiamat, berupa berbicaranya benda-benda mati, pohon, dan batu. Lahiriahnya hadis ini (menunjukkan) bahawa benda-benda itu berbicara secara hakikat “. [Lihat Fathul Bari (6/610)]
Semut Memberi Arahan
Mungkin kita pernah mendengar cerita fiktif tentang haiwan-haiwan yang berbicara dengan haiwan yang lain. Semua itu hanyalah cerita rekaan belaka dan omong kosong. Tapi ketahuilah wahai para pembaca, sesungguhnya adanya haiwan yang berbicara kepada haiwan yang lain, bahkan memberi arahan, seperti seorang komander pasukan yang memberikan perintah. Haiwan yang memberi arahan tersebut adalah semut. Kisah ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Al-Qur’an,
“Dan Sulaiman Telah mewarisi Daud, dan dia berkata:” Hai manusia, kami Telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) Ini benar-benar suatu kurnia yang nyata “. Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan). Hingga apabila mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyadari.Maka dia (Sulaiman) tersenyum dengan tertawa kerana (mendengar) kata-kata semut itu. dan dia berdoa: “Ya Tuhanku berilah Aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat mu yang Telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah Aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh “. (QS.An-Naml: 16-19).
Inilah beberapa perkara yang lebih layak dijadikan “Tujuh Keajaiban Dunia” yang menghebohkan, dan mencengangkan seluruh manusia. Orang-orang beriman telah lama meyakini dan mengimani perkara-perkara ini sejak zaman Nabi-Shallallahu ‘alaihi wa sallam-sampai sekarang. Namun memang kebanyakan manusia tidak mengetahui perkara-perkara itu. Oleh kerana itu, kami mengangkat hal itu untuk mengingatkan kembali, dan menanamkan aqidah yang kukuh di hati kaum muslimin

Arab Saudi sumbang AS$50 juta

SEJUMLAH penduduk Muslim di Jakarta, Indonesia semalam memegang kain pemidang bagi mendesak keganasan terhadap etnik Rohingya dihentikan.


RIYADH - Pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah (gambar kecil) mengarahkan bantuan sebanyak AS$50 juta (RM155.79 juta) dihantar kepada etnik Rohingya di Myanmar.
Menurut sebuah kumpulan hak asasi manusia, penduduk Muslim itu menjadi sasaran serangan pembunuhan, rogol, perpindahan secara paksa dan pembersihan etnik.
"Raja Abdullah telah mengarahkan bahawa bantuan berjumlah AS$50 juta akan diperuntukan kepada warga Muslim Rohingya di Myanmar," menurut satu laporan yang disiarkan media Arab Saudi semalam.
Bagaimanapun, media itu tidak menyatakan pihak yang melakukan penderaan ke atas etnik Rohingya.
Pertubuhan hak asasi Human Rights Watch menyatakan pada 1 Ogos lalu bahawa etnik Rohingya ditangkap beramai-ramai, dibunuh dan dirogol anggota-anggota pihak berkuasa.
Terdapat 800,000 etnik Rohingya yang tidak diiktiraf sebagai penduduk di Myanmar.
Pada minggu lalu, Kabinet Arab Saudi mengutuk keganasan terhadap penduduk Muslim di Myanmar.
Dalam satu mesyuarat yang diadakan pada 31 Julai lalu di Jeddah, Arab Saudi, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mendesak anggota-anggotanya menghantar bantuan kepada etnik Rohingya.
Keganasan di Rohingya bermula pada Jun lalu setelah beberapa orang daripada etnik itu dituduh merogol seorang wanita etnik Rakhine yang beragama Buddha.
Kumpulan etnik Rakhine kemudian menyerang penduduk Rohingya sehingga menyebabkan sebahagian mereka melarikan diri ke Bangladesh.
- Agensi

Tentera Syria dan Jordan bertempur di sempadan


SEKUMPULAN warga Syria berjalan menuju ke kem pelarian al-Zaatri di bandar Mafraq Jordan yang terletak berhampiran dengan sempadan Syria.


AMMAN, Jordan - Pertempuran di antara tentera Syria dan Jordan tercetus di sempadan kedua-dua buah negara lewat hari Jumaat, sekali gus menimbulkan kebimbangan antarabangsa bahawa perang saudara di Syria boleh mencetuskan konflik serantau yang lebih serius.
Sumber dari Jordan dan Syria bagaimanapun mengesahkan tiada yang terkorban dalam kejadian tersebut. Ia merupakan insiden terburuk sejak kebangkitan rakyat menentang Presiden Syria, Bashar al-Assad 17 bulan lalu.
Pertempuran berlaku di Tel Shihab-Turra, kira-kira 80 kilometer dari Amman apabila pelarian Syria cuba masuk ke Jordan.
"Tentera Syria menembak ke arah Jordan pada pukul 10.30 malam (waktu tempatan) untuk menghalang pelarian memasuki Jordan. Tentera Jordan kemudian membalas tembakan. Ia berlangsung selama sejam," kata seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Abdallah.
Sementara itu, sumber dari Jordan yang enggan dikenali berkata: "Tentera Syria memulakan tembakan di sempadan sebelum pertempuran tercetus."
Sejak kebangkitan rakyat berlaku, berpuluh-puluh ribu warga Syria menyeberangi sempadan menuju ke Jordan. - Reuters

Kapal persiaran gergasi keluar dermaga


BEBERAPA orang menyaksikan kapal Celebrity Reflection di dermaga Meyer di Papenburg, Jerman semalam.


PAPENBURG, Jerman - Sebuah kapal persiaran gergasi, Celebrity Reflection ditunda sebuah bot ketika ia meninggalkan dermaga Meyer di sini semalam.
Kapal sepanjang 319 meter dan dibina untuk syarikat perkapalan Amerika Syarikat, Celebrity Cruise itu mempunyai bilik untuk 3,000 penumpang.
Kos untuk membina kapal itu dianggarkan AS$750 juta (RM2.3 bilion).
Kapal itu akan memulakan pelayaran dari Amsterdam ke Barcelona pada 9 Oktober depan. - Agensi

250 maut gempa bumi di Iran


SEBAHAGIAN orang melakukan kerja-kerja mencari mangsa gempa bumi di Kampung Baje-Baj dekat bandar Varzaghan semalam.


DUBAI - Beberapa buah hospital di barat laut Iran semalam menerima limpahan ribuan mangsa gempa bumi yang berlaku di sekitar bandar Tabriz kelmarin dengan mengakibatkan 250 orang terbunuh.
Ribuan penduduk lagi membuat khemah dan tidur di jalanan selepas gegaran gempa bumi berlaku.
Menurut beberapa pegawai, angka kecederaan dan kematian mungkin meningkat dengan ratusan mangsa masih terperangkap di celah runtuhan.
Anggota-anggota penyelamat berusaha untuk mencari mangsa yang terselamat di bawah runtuhan dalam kejadian gempa bumi yang berlaku pada bulan Ramadan.
"Saya melihat sejumlah orang yang rumah mereka musnah sepenuhnya dan semua ternakan mereka turut mati," kata seorang jurugambar tempatan, Tahir Sadati menerusi telefon kepada agensi berita Reuters.
Menurutnya, dia melihat beberapa buah kampung mengalami kemusnahan teruk.
"Suatu perkara yang baik ialah gempa bumi itu berlaku ketika ramai orang tidak berada di dalam rumah.
"Jika ia berlaku pada waktu malam, angka kematian akan menjadi lebih buruk," katanya.
Kawasan yang teruk dilanda kemusnahan terletak di kampung-kampung luar bandar yang mengelilingi bandar Ahar, Varzaghan dan Harees dekat bandar utama Tabriz, menurut laporan media Iran.
Kebanyakan kampung sukar untuk dilalui menerusi jalan sekali gus menjejaskan usaha-usaha menyelamat.
Beberapa hospital di Tabriz, Ardabil dan bandar-bandar lain mempunyai ramai mangsa yang cedera.
Terdapat barisan pesakit yang panjang menunggu untuk dirawat.
Menurut seorang penduduk, dia pergi mendermakan darah di sebuah hospital kelmarin dan melihat kakitangan hospital terlalu sibuk untuk merawat pesakit yang ramai.
Kebanyakan pesakit dihantar oleh keluarga mereka sekali gus menunjukkan kekurangan ambulans.
"Orang ramai takut dan tidak mahu kembali ke rumah mereka kerana bimbang bangunan (tempat tinggal mereka) tidak selamat," kata seorang penduduk.
Kajian Geologi Amerika Syarikat melaporkan gempa bumi pertama berlaku pada kekuatan 6.4 magnitud.
Ia berlaku 60 kilometer ke timur laut bandar Tabriz.
Gempa bumi kedua berukuran 6.3 magnitud dan berlaku 11 minit kemudian dekat Varzaghan, 49 kilometer ke timur laut Tabriz.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Hassan Ghadami, sebanyak 110 buah kampung mengalami kerosakan.
Jurucakap Pertubuhan Palang Merah, Hossein Derakhshan memberitahu agensi berita Fars, lebih 2,000 orang dipercayai cedera.
Seorang pegawai Pertubuhan Palang Merah, Mahmoud Mozafar memberitahu agensi berita Mehr, kira-kira 16,000 orang telah diberi bantuan kecemasan.
Seorang wakil rakyat, Mohammad Hassan-Nejad berkata, jika bantuan tidak dipertingkatkan, angka kematian akan meningkat.
Bekalan air, elektrik dan telefon di Varzaghan terputus sekali gus menjejaskan usaha-usaha menyelamat, lapor Press TV.
Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang dikenali sebagai Zeinab di Kampung Mirza Ali Kandi memberitahu agensi berita AFP, dia melihat adiknya berumur lapan tahun dan kakaknya mati di depan matanya.
"Saya berada di luar rumah untuk bermain apabila ia (gempa bumi pertama berlaku.
"Saya berlari ke luar melihat adik saya dan mendapati dia berada di bawah runtuhan. Saya cuba untuk menariknya keluar. Kemudian saya mendengar kakak saya menangis dan apabila saya menoleh, batu besar berada di atas kepalanya. Saya kemudian berlari," katanya sambil menangis.
- Agensi

Tentera Syria perhebat serangan


SEBUAH bangunan runtuh akibat pertempuran antara tentera Syria dengan kumpulan pemberontak di Khaldiyeh, wilayah Homs Syria kelmarin.


KAHERAH - Tentera Syria semalam meningkatkan serangan di beberapa buah bandar yang didiami kumpulan pemberontak, kata seorang aktivis daripada pertubuhan Pemantau Syria Untuk Hak Asasi Manusia.
Askar-askar Presiden Syria, Bashar Al-Assad bertempur dengan para pemberontak di wilayah Daraa dekat sempadan Jordan.
Para pemberontak merampas sebuah kenderaan berperisai daripada pihak tentera dalam pertempuran di bandar Tafs di Daraa.
Tentera Syria turut membedil daerah yang menyokong pemberontak di al-Shaar dan Hananu di timur bandar Aleppo.
Pertempuran juga berlaku antara tentera Syria dan para pemberontak di daerah Salaheddin di Aleppo.
Pada awal minggu ini, para pemberontak terpaksa melarikan diri dari kubu kuat mereka di Aleppo ekoran serangan besar-besaran tentera Bashar.
Kedua-dua pihak telah bertempur selama tiga minggu untuk menguasai bandar Aleppo.
Bandar Aleppo merupakan pusat komersial Syria.
Lebih 20,000 dilaporkan terbunuh sejak pertempuran antara tentera Bashar dengan para pemberontak bermula pada Mac tahun lalu.
Kumpulan pemberontak menuntut supaya Bahsar meletakkan jawatan selepas beliau gagal untuk membawa banyak pembaharuan pentadbiran di negara tersebut. - Agensi

Pantau kes tipu pengguna


AS'ARI (tiga dari kiri) menyampaikan kit kecemasan kepada seorang pemandu teksi sambil diperhatikan oleh Saharuddin (dua dari kiri) selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Musim Perayaan 2012 di Plaza Tol Gombak dekat Kuala Lumpur semalam.


Kuala Lumpur - Seramai 2,000 sukarelawan skuad pemantau Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) di Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka dikerah memantau dan mengambil aduan kes penipuan ke atas pengguna sempena musim perayaan tahun ini.
Presiden LPKPM, Datuk Seri Dr. Saharuddin Awang Yahya berkata, skuad pemantau itu yang dilancarkan pada 1 Ogos lalu akan menjadi mata dan telinga LPKPM berkaitan apa sahaja perkara yang melibatkan kerugian kepada pengguna.
Beliau berkata, pihaknya akan meletakkan pasukan itu di kawasan tumpuan orang ramai seperti hentian bas dan kompleks beli-belah bagi membanteras pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan serta menipu pengguna.
"Apabila menerima aduan daripada pengguna berkaitan masalah mereka, skuad pemantau ini akan mengambil tindakan serta-merta bersama agensi kerajaan yang berkaitan," katanya selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Musim Perayaan 2012 di Plaza Tol Gombak dekat sini semalam.
Kempen tersebut dilancarkan oleh Setiausaha Politik Menteri Kerjaya Raya, Datuk As'ari Ibrahim.
Detik Islam

Penjenayah letupkan mesin ATM di Masjid Tanah

Posted on the August 12th, 2012 under Jenayah by admin

  • Share
MELAKA – Sungguhpun dengan menggunakan bahan letupan, namun sekumpulan perompak gagal dalam cubaan mereka melarikan wang dalam sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Masjid Tanah di sini awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata dalam kejadian 3.20 pagi itu, sejenis bahan letupan dipasang pada salah sebuah mesin ATM di bank tersebut yang menempatkan dua mesin ATM dan satu mesin deposit wang (CDM).
Beliau berkata letupan itu bukan saja mengakibatkan kerosakan teruk pada mesin ATM itu malah menyebabkan cermin bahagian hadapan bank tersebut pecah selain keretakan pada dinding dan siling bangunan itu.


“Polis menerima panggilan jam 3.40 pagi. Menurut saksi perbuatan itu dilakukan empat lelaki yang menaiki dua motosikal namun mereka gagal melarikan wang daripada mesin ATM tersebut,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata jenis bahan letupan yang digunakan masih dalam siasatan. – Bernama
Gambar kredit kepada Muhd Fahmi Mustafar Kamal.

No comments:

Post a Comment