Ingin temu empat anak
Oleh HADZLAN HASSAN, SHAMRAN SARAHAN dan NURUL HUSNA MAHMUD
metahad@hmetro.com.my
metahad@hmetro.com.my
BELAJAR... Nur Haina (dua dari kanan) bersama penghuni Rumah Solehah dibimbing tenaga pengajar.
Haina yang lima tahun disahkan menjadi pembawa HIV berkata, dengan usia makin lanjut dan sampai di penghujung, dia berharap sangat untuk bertemu empat anak kandungnya bagi melepaskan rindu.
“Sudah terlalu lama saya tak jumpa anak, saya minta mereka jangan lupakan saya.
“Saya tak pasti umur masih panjang atau tidak. Dengan penyakit dihidapi, saya takut kalau sampai masanya tak dapat berjumpa mereka.
Derita mahu kurus
Oleh NORAINON OTHMAN, NORIAH IDRIS, HIDAYATUL AKMAL AHMAD dan ZULIATY ZULKIFFLI
metahad@hmetro.com.my
metahad@hmetro.com.my
INI DIA... Presiden dR Rozmey Group, Datuk Dr Che Rozmey Che Din menunjukkan Jus Mate 5 yang asli di tangan kanannya dan tiruan.
Lebih malang, ada yang sukar membuang air kecil dan air besar hampir sebulan serta muntah darah, manakala tekak pula berasa panas.
Itulah kesan sampingan dialami Azlina Muhammad, 25, dan Muhammad Anas, 24, dua mangsa produk pelangsingan badan tiruan yang berlambak di pasaran.
Ikuti pengakuan mereka yang mengharapkan pengguna lain lebih berhati-hati dan tidak terkena perangkap sama berikutan sikap tidak bertanggungjawab segelintir peniaga yang tergamak menjual produk tiruan semata-mata mahu mengaut keuntungan mudah.
47 disenarai hitam
Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail berkata, selain produk tiruan, pihaknya terpaksa mengambil tindakan sedemikian berikutan ada pengasas produk tidak berkelayakan menghasilkan produk sehingga berlaku lambakan produk kecantikan haram di pasaran yang tidak menepati piawaian ditetapkan.
Katanya, nilai rampasan setiap produk adalah tinggi dan meningkat setiap tahun membabitkan RM385,923 pada 2010, RM8 juta bagi 2011 dan RM155,743 dari Januari hingga Jun tahun ini.
Menurutnya, pihak berkenaan boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Racun 1952 yang mengenakan denda minimum RM5,000, manakala bagi Akta Jualan Dadah, denda maksimum RM50,000 jika didapati bersalah.
“Tindakan segelintir pengusaha menghasilkan produk kecantikan dan beroperasi secara haram serta tiada kelayakan, memberi kemudaratan kepada pengguna kerana ada campuran bahan kimia yang boleh merencatkan saraf hingga menjadikan pengguna gila.
“Antara bahan terlarang digunakan dalam produk adalah sibutramine yang boleh menyebabkan pusat makan di bahagian otak tersekat hingga mendorong rasa kenyang atau kurang selera makan.
“Bagi produk tradisional pula, ada campuran bahan steroid dan antihistamine boleh memudaratkan jantung dan buah pinggang,” katanya.
“Selain itu, bagi setiap rampasan, ujian dilakukan terhadap produk atau ubat-ubatan itu di makmal dan tindakan dikenakan terhadap pemilik produk mengikut pelbagai kategori atau jenis kesalahan.
“Kementerian juga sentiasa melakukan pemantauan secara berkala bagi memastikan barangan produk tiruan dapat dikawal dengan sebaik-baiknya,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Setiausaha Gabungan Persatuan Pengguna Pengguna Malaysia (Fomca), Ratna Devi Nadarajan berkata, kurangnya penguatkuasaan undang-undang menyebabkan kebanjiran produk tiruan. “Ketiadaan garis panduan ketat dalam mengiklankan produk menyebabkan sesiapa saja boleh memalsukan produk itu,” katanya.
3 bulan terpisah
Pada 9 Mei lalu, pemuda bernama Sukri, seorang pekerja Indonesia berusia 23 tahun, melarikan gadis itu dari asrama Sekolah Menengah Vokasional Keningau, Sabah.
Pasangan kekasih itu menempuh perjalanan lebih sebulan sebelum sampai ke kampung Geliting, Maumere, Flores di mana mereka berdua menetap.
Bapa gadis itu, yang bersetuju diwawancara wartawan Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia Jakarta dengan syarat identiti mereka tidak didedahkan bagi melindungi anaknya yang masih bawah umur, berharap pengalaman pahit yang dilalui itu tidak berulang kepada ibu bapa lain di Malaysia.
Abdullah (bukan nama sebenar), yang masih tertekan dengan peristiwa menimpa anaknya, menceritakan dia terkejut apabila kali pertama mendapat tahu anaknya Adrianna (bukan nama sebenar) hilang dari asrama Sekolah Menengah Vokasional Keningau apabila dihubungi seorang guru kelasnya, selepas dua hari anaknya menghilang.
Guru kelas itu menghubungi beliau kerana hairan anaknya tidak hadir kelas untuk ujian semester, sedangkan pihak asrama tidak menyedar anaknya dilarikan kekasihnya iaitu pemuda Indonesia yang bekerja sebagai pemandu di Sabah.
Pada 9 Mei, Adrianna memberi alasan dibawa pulang dengan meniru tandatangan ibunya di dokumen rekod asrama, namun kepada rakan asrama dia memberitahu akan berpindah sekolah.
“Pengawal sekolah juga melihat dan saya keluar dari sekolah seorang diri dalam teksi itu,” katanya.
Teksi membawa Adrianna ke Penampang dan kekasihnya, Sukri sedia menunggu dan dari sana mereka menaiki bas kira-kira 10 jam ke Tawau dan meneruskan perjalanan menaiki bot laju ke Nunukan, Indonesia dalam perjalanan yang hanya menempuh masa setengah jam.
Adrianna berkata, ketika di Nunukan, dia dan kekasihnya menunggu sebulan kedatangan kapal penumpang yang akan membawa mereka ke Flores, namun dalam tempoh dua minggu di situ mereka melangsungkan pernikahan siri (pernikahan rahsia) melalui seorang ustaz dengan bayaran Rp5 juta. (RM1,644) Perjalanan ke Pelabuhan Maumere, Flores menggunakan sebuah kapal besar lapan tingkat mengambil masa seminggu kerana kapal itu singgah berlabuh di Tarakan, Balikpapan, Pare-Pare dan Makassar, katanya.
Di Kampung Geliting, Adrianna tinggal di sebuah rumah kecil serba kekurangan, termasuk menggunakan dapur kayu api dan terpaksa membantu Sukri menjalankan beberapa kerja seperti mengupas asam jawa untuk dijual manakala Sukri memancing di pelabuhan untuk lauk makanan mereka. — Bernama
Terjun dari tingkat lapan
Mangsa, Sim Beck Imm yang menghidap sakit pinggang kronik sebelum itu dilihat berada di Jabatan Kecemasan hospital terbabit untuk membuat temujanji.
Dia kemudian dipercayai menuju ke tingkat lapan dan terjun dari bahagian koridor sebelum terjatuh di tingkat dua bangunan sama.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata kejadian itu menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian apabila mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala hingga otaknya berkecai. Katanya, polis menerima panggilan kira-kira jam 10 pagi sebelum bergegas melakukan siasatan di tempat kejadian.
Gelap mata sanggup ‘ciplak’
Kebanyakan produk ditiru dengan pembungkusan sama seperti produk asli tetapi menggunakan jenama lain yang hampir serupa bagi mengelirukan pengguna.
Ada juga pihak meniru pembungkusan lama yang dihentikan pengeluaran dengan alasan mahu menghabiskan stok berkenaan.
Pengarah Urusan ZZ Marketing Resources, Muzaffar Mustapa yang menghasilkan produk berasaskan kolagen, Iz Pure Collagen sejak dua tahun lalu berkata, syarikatnya menyedari produk keluarannya diciplak selepas menerima aduan pengguna.
“Produk ini ditukar dengan pek baru dalam bentuk kotak pada Mei 2011. Berikutan itu, semua ejen diminta memulangkan semula pek lama dalam bentuk botol. Iklan produk ini yang dikeluarkan di akhbar juga mempamerkan Iz Pure Collagen dalam bentuk kotak.
“Melihat sambutan menggalakkan, ada pihak yang gelap mata sanggup meniru produk ini. April lalu, kami menerima aduan pengguna yang bertanya sama ada syarikat menjual produk itu dalam bentuk botol.
“Pihak tidak bertanggungjawab meraih keuntungan daripada iklan kami. Mereka menawarkan produk ini kepada pengguna dengan mendakwa ingin menghabiskan stok lama.
Kualiti produk yang diklon pihak tidak bertanggungjawab itu berbanding pek lama produk keluaran syarikatnya jauh lebih rendah, selain tiada nombor siri dan nombor kelompok, manakala tarikh luput di tengah botol.
“Iz Pure Collagen 100 peratus asli dengan bau ikan dan kandungan 10,000 miligram iaitu kandungan kolagen tertinggi dan satu daripada makanan tambahan terbaik.
“Produk klon pula mempunyai bau masam seperti buah busuk serta tidak diketahui bahan digunakan untuk penghasilannya,” katanya.
Menurutnya, pihaknya kini membawa kes itu ke mahkamah bagi menghalang pihak berkenaan yang beroperasi di pantai timur terus mengeluarkan dan memasarkan produk klon terbabit.
Bagaimanapun, katanya, pihak terbabit mendiamkan diri tetapi masih meneruskan penjualan produk tiruan itu.
“Yang kami kesalkan ialah, mereka meraih keuntungan berlipat ganda daripada iklan yang kami keluarkan. Kos pengiklanan bernilai beratus ribu ringgit tetapi kami tidak mendapat pulangan sewajarnya disebabkan penipuan itu,” katanya.
Dibunuh kekasih
Oleh MUHAAMAD HAFIS NAWAWI
mhafis@hmetro.com.my
mhafis@hmetro.com.my
Mayat mangsa yang ditemui penduduk berhampiran kira-kira jam 6 petang, dalam keadaan dua tangan diikat menggunakan kain. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi berkata, sebaik menerima aduan daripada penduduk kawasan berkenaan, sepasukan polis segera ke lokasi kejadian.
“Sebaik memasuki bilik itu, polis menemui mayat mangsa yang berpakaian lengkap tetapi dua tangannya diikat menggunakan kain.
“Pemeriksaan lanjut kemudian menemui kesan tikaman dan lebam di badan mangsa,” katanya.
Polis gagal menemui sebarang dokumen pengenalan diri mangsa kecuali surat pajak.
Arjunaidi berkata, siasatan awal mendapati mangsa tinggal di bilik itu bersama teman lelakinya.
Katanya, berdasarkan keadaan mayat, polis percaya wanita itu sudah dibunuh sejak tiga hari lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).
“Bagai dalam ketuhar”
Oleh MOHD FIRDAUS IBRAHIM
mfirdaus@hmetro.com.my
mfirdaus@hmetro.com.my
PERLAHAN_LAHAN...penumpang monorel keluar dari gerabak monorel menggunakan tangga dan TTL sambil dipantau Bomba.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, tiga penumpang termasuk seorang wanita hamil berusia lewat 30-an tercedera dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, untuk rawatan susulan kerana sesak nafas serta terkena serpihan kaca.
Menceritakan pengalamannya, Muhaimi berkata, gerabak itu yang dalam perjalanan dari KL Sentral ke pusat bandar raya tiba-tiba terkandas menyebabkan semua penumpang terperangkap.
“Ada beberapa penumpang menjerit apabila monorel terhenti tiba-tiba dan saya dapat rasakan gerabak itu senget.
“Pada masa itu, saya lihat pemandu monorel itu sibuk memeriksa kerosakan, tapi selepas lebih 20 minit, dia masih gagal membaikinya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.
Menurutnya, keadaan menjadi semakin buruk apabila ada penumpang menangis dan mengalami sesak nafas malah ada yang pengsan.
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat, Ahmad Zaidi Safuan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 2.19 petang memaklumkan ada mangsa terperangkap dalam gerabak monorel.
“Tindakan pertama kami ialah menghantar anggota ke atas untuk memecahkan tingkap gerabak bagi membolehkan udara masuk dan mengurangkan kepanasan.
“Seterusnya, kami menggunakan tangga cakera putar (TTL) untuk menurunkan mangsa dari landasan pada ketinggian kira-kira 25 meter.
“Operasi ini sebagai berjaya kerana tidak mengalami sebarang kesukaran, malah pihak pengurusan monorel turut memberi kerjasama,” katanya.
Katanya, seramai 63 mangsa dikeluarkan anggota bomba, manakala 120 penumpang lagi dipindahkan ke Stesen Monorel Tun Sambanthan yang terletak kira-kira 200 meter dari tempat kejadian oleh Pasukan Kecemasan KL Monorel.
“KL Monorel mempraktikkan segala prosedur kecemasan yang dipelajari dalam latihan bersama kami sebelum ini bagi menghadapi kemungkinan,” katanya.
Katanya, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan, namun tidak menolak kemungkinan ia berpunca dari masalah teknikal.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Bari Wan Abdul Khalid mengesahkan tiga penumpang cedera dan dihantar ke HKL bagi mendapatkan rawatan.
“Dua penumpang cedera terkena serpihan kaca tingkap yang dipecahkan ketika usaha membawa mereka keluar dari gerabak,” katanya.
Lemah seluruh badan
Laporan dan foto HAMZAH OSMAN
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
BANTU... bomba mengeluarkan Amirul Ihsan selepas kereta dipandunya merempuh pokok dan tiang lampu. Gambar kecil Muhammad Afiq.
Lebih memilukan apabila mangsa, Muhammad Afiq Noor Azam, 18, bersama rakannya yang juga pemandu kereta, Amirul Ihsan Ismail, 22, tersepit di tempat duduk masing-masing selama 30 minit sebelum dikeluarkan anggota bomba.
Kemalangan dipercayai berlaku jam 2.15 pagi berhampiran Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini, menyebabkan Muhammad Afiq mati di tempat kejadian, manakala Amirul dari Kampung Padang Kandang, cedera parah, termasuk patah kaki kiri.
Mereka yang menaiki kereta Honda Civic dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah dari arah Kuah menuju ke Padang Mat Sirat.
Bapa Muhammad Afiq, Noor Azam Abdullah, 41, dari Kampung Kuala Teriang, di sini, berkata arwah dilihat keluar dari rumah kerana mahu bertemu rakannya jam 8 malam sebaik selesai berbuka puasa, tetapi tidak pula memaklumkan arah tujuannya.
Menurutnya, dia bersama isteri, Norhayati Ludin, 38, bagaimanapun terkejut apabila rakan arwah datang ke rumah jam 2.30 pagi sambil memaklumkan Muhammad Afiq meninggal dunia selepas terbabit kemalangan.
“Arwah memang menunjukkan kelakuan ganjil ketika berbuka puasa bersama keluarga di rumah, dua hari lalu apabila bersungguh-sungguh meminta untuk mencium pipi neneknya yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini.
Menurutnya, dia sebelum ini bercadang menghantar arwah yang juga anak sulung daripada empat beradik mengikuti kursus bidang makanan supaya dapat meneruskan usaha membuka sebuah kafe kerana menjadi harapan keluarga.
“Harapan kami sekeluarga tidak kesampaian apabila arwah pergi terlebih dulu, tetapi saya menganggap apa yang berlaku sebagai ujian Tuhan ketika Ramadan dan menerimanya dengan hati terbuka serta reda,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Harrith Kam Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kereta dinaiki remaja terbabit terbabas dan merempuh sebatang pokok serta tiang lampu jalan.
Murid dicabul guru lebih setahun lalu
Perbuatan itu terbongkar jam 5 petang Khamis lalu, apabila mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya berusia lewat 30-an sebelum membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak, di sini.
Menurut sumber, mangsa mendakwa dicabul guru lelaki berusia 30-an itu sejak darjah dua.
“Guru lelaki itu dilaporkan memanggil mangsa datang dekat dengannya sebelum memegang alat sulitnya,” katanya.
Sumber berkata, mangsa tidak berani menceritakan kejadian itu kepada sesiapa, termasuk keluarganya, kerana bimbang dimarahi guru terbabit.
“Sejak itu, mangsa dilaporkan sering murung dan takut pergi ke sekolah. “Namun tak tahan diperlakukan demikian, mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya.
Mangsa kemudian tampil membuat laporan di balai polis untuk tindakan lanjut.
Ramai wanita jadi mangsa
Presiden Lembaga Kaunselor Profesional Malaysia, Prof Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din berkata, tindakan itu tidak wajar kerana masyarakat perlu lebih prihatin dengan nasib golongan berkenaan, terutama jika mereka di kalangan ahli keluarga.
“Konsep salah membelenggu pemikiran masyarakat menyebabkan pembawa HIV disisihkan.
“Tambah menyedihkan, ahli keluarga sendiri memandang jijik terhadap kesilapan dilakukan orang lain dan biasanya golongan yang sering menjadi mangsa ketidakadilan adalah wanita.
“Dalam tempoh 10 tahun, jumlah itu meningkat sehingga tiga kali ganda dan kebanyakan kes dilaporkan membabitkan wanita yang tinggal di pantai timur bersempadan Thailand,” katanya.
Mengenai Haina yang diabaikan keluarga, Dr Mohamed Fadzil berkata, wanita itu perlu kekal positif dan stabilkan emosi supaya dapat merangsang akal untuk terus optimis.
Menurutnya, lazimnya, ahli keluarga yang menyisihkan pesakit Aids hanya akan berasa kehilangan individu berkenaan selepas pesakit meninggal dunia.
Maut kereta rempuh pokok
Dalam kejadian jam 3.18 pagi di Jalan Sultan Azlan Shah berdekatan Sekolah Tuanku Abdul Rahman (Star), Ipoh itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Teow Chin Khung, 27, berasal dari Taman Ipoh, di sini.
Rakannya, Kaw Ching Seng, 32, dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang cedera parah dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Ipoh, Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata, ketika kejadian, kereta jenis Perodua MyVi dipandu Teow dalam perjalanan dari Tasek ke Jalan Gopeng sebelum terbabit kemalangan.
“Kami percaya kereta dipandu laju sebelum hilang kawalan. Bagaimanapun, kami masih menyiasat punca kejadian.
“Mayat mangsa dibawa ke HRPB untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya, tengah hari ini (semalam),” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
No comments:
Post a Comment