Sunday, January 2, 2011

ACARA MENYAMBUT TAHUN BARU DENGAN MAKSIAT...BEROMEN...BERZINA...MINUM ARAK ..BERGAUL BEBAS....BUKA AURAT....DLL CARA MENYAMBUT TAHUN BARU...SUDAH TENTU TAK SOLAT BAGI ORANG YANG BERZINA...TAK KAN ORANG BERZINA....TIBA2 ELOK PULA SOLATNYA...JIKA SOLAT JUGA....ITU TANDA2 SOLAT TAK DITERIMA OLEH ALLAH...SEBAB ...SOLAT TAPI BERZINA.....APA KOMEN MUFTI2....TETAP KE NAK JADI SYAITAN BISU....

DUNIA


2011: Lautan manusia di New York


ORANG ramai menjerit meriah ketika menyambut ketibaan tahun 2011 di dataran Times Square, New York semalam.



NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Lautan manusia memenuhi Times Square di sini semalam untuk menyambut tahun 2011 dalam acara yang dimeriahkan dengan pertunjukan bunga api disebalik pertumpahan darah di Afrika.
Sekitar sejuta orang hadir menyaksikan acara tradisi menjatuhkan bola seberat enam tan yang berisi 32,256 lampu LED dan 2,688 bola kristal di sini bagi menandakan bermulanya tahun 2011.
Parti tahun baru di seluruh dunia bermula di negara-negara rantau Lautan Pasifik dan merebak ke rantau Oseania, Asia dan Asia Barat diikuti ke serata Eropah dari Moscow hingga ke Reykjavik sebelum sambutan berpindah ke benua Amerika.
Di London, lebih 250, 000 orang berhimpun di tepi Sungai Thames bagi menyaksikan pertunjukan bunga api manakala kemeriahan tahun baru turut dirasai di kota-kota utama dunia termasuk Paris, Madrid, Vienna, Moscow, Taipei, Hong Kong, Tokyo dan Rio de Janeiro.
Namun, di bandar raya Alexandria, utara Mesir, sambutan tahun baru di cemari serangan bom berani mati keatas sebuah gereja yang meragut nyawa sekurang-kurangnya tujuh orang dengan 24 yang lain cedera.
Pihak berkuasa berkata, serangan disasarkan terhadap penganut-penganut Kristian setengah jam selepas tahun baru bermula.
Kira-kira 3,000 kilometer ke selatan Mesir di Abuja, Nigeria, sebutir bom meletup yang menyebabkan empat orang terbunuh manakala 12 lagi cedera.
Menurut pihak berkuasa, serangan berlaku di sebuah pasar dalam beberapa berek tentera di Abuja menjelang malam tahun baru.- AFP



10,000 meriah Konsert Ambang 2011



KUALA LUMPUR: Di sebalik adunan ‘warna tema’, merah dan kuning, kira-kira 10,000 warga kota tanpa mengira usia dan keturunan, memeriahkan Konsert Ambang 2011 Kuala Lumpur anjuran Kumpulan AmBank dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Dataran Merdeka, malam tadi.
Konsert bermula jam 9 malam itu dimulakan dengan kemunculan Zainal Alam Kadir dan Linda Onn sebelum disiarkan ucapan aluan Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim yang disiarkan secara rakaman.

Azman berkata, konsert itu bertujuan mengeratkan perpaduan, harmoni dan semangat muhibbah di kalangan warga Malaysia di ibu negara dan seluruh negara, selain tidak dilupakan pelancong dan warga asing.
“Konsert ini juga sebagai tanggungjawab sosial korporat sebagai penghargaan Kumpulan AmBank terhadap sokongan semua lapisan masyarakat. Kami berharap untuk meluaskan sayap ke segmen lebih besar di komuniti di tempat kami beroperasi.

“Bagi kami, ia bukan hanya perbankan di AmBank, tetapi kami berharap AmBank akan memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dan bangsa,” katanya.

Selain Azman, hadir sama di konsert itu adalah Ketua Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusup. Ia siri keenam konsert menyambut tahun baru anjuran Kumpulan AmBank sejak 2003.

Konsert dimulakan dengan persembahan Tarian 1Malaysia dari Artis Budaya DBKL dan Tarian ‘Endless Love’ dari CN Dancez sebelum terhenti seketika untuk memberi laluan kepada ucapan perutusan tahun baru oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang disiarkan secara rakaman.

Acara selepas itu diteruskan dengan persembahan Orkestra DBKL dan ucapan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin secara rakaman diikuti persembahan Ramlah Ram, Gold Kartz dan Orkestra DBKL.

NEGARA


Datang dari Kedah memadu kasih


SEBAHAGIAN daripada remaja perempuan yang ditahan pada operasi cegah maksiat di Ampang malam kelmarin.



AMPANG - Seorang gadis sanggup datang dari Kedah semata-mata untuk meraikan sambutan Tahun Baru 2011 bersama kekasihnya yang bekerja di ibu negara.
Namun begitu, tindakannya itu mengundang padah apabila dia dan kekasihnya dicekup selepas mereka didapati berdua-duaan di dalam sebuah bilik hotel bajet di Cheras Indah di sini malam kelmarin.
Gadis yang berusia 25 tahun dan pasangannya yang berumur 26 tahun merupakan antara 142 pasangan beragama Islam yang ditahan pada operasi mencegah maksiat sempena Tahun Baru 2011 oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
Enam daripada pasangan itu ditahan ketika berada di dalam bilik hotel manakala selebihnya ditahan di tempat-tempat awam.


Lelaki gelabah terjun sungai



IPOH: Gelabah selepas ditahan dalam sekatan jalan raya, seorang lelaki berusia 20-an bukan saja lari meninggalkan teman wanitanya yang membonceng motosikalnya, malah terjun ke sungai berhampiran bagi menyelamatkan diri ketika operasi bersepadu sempena sambutan tahun baru di sini, awal pagi semalam.
Difahamkan, lelaki itu yang tidak memiliki lesen memandu bertindak demikian selepas ditahan dalam sekatan jalan raya selain membiarkan teman wanitanya berusia 20-an menanggung malu dan disoal siasat polis yang terbabit dalam operasi itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi di Jalan Sultan Idris Shah, lelaki berkenaan terjun ke Sungai Kinta bagi menyelamatkan diri sebaik motosikal dinaiki bersama teman wanitanya ditahan.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam danTrafik Ipoh, Deputi Superintendan Mohd Rodzi Rejab berkata, kegilaan penunggang motosikal itu antara sikap tidak masuk akal dilakukan sekumpulan samseng jalan raya yang berkeliaran di sekitar beberapa jalan utama sekitar daerah ini awal pagi semalam.

Katanya, ada juga penunggang motosikal cuba mengelak sekatan jalan raya di Jalan Sultan Idris Shah, di sini, menyebabkan anggota Rela yang bertugas di lokasi berkenaan terpaksa menendangnya sehingga jatuh.

“Penunggang motosikal berusia 20-an bersama pasangannya cuba melepasi sekatan jalan raya, namun anggota Rela berjaya menendangnya sehingga jatuh daripada motosikal. Siasatan mendapati lelaki itu tiada lesen memandu.

“Pada masa sama, empat penunggang dan pembonceng, termasuk satu pasangan berusia 20-an, ditahan kerana cuba melarikan diri daripada sekatan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mohd Rodzi berkata, operasi ambang tahun baru itu membabitkan tiga fasa bermula jam 6 petang kelmarin sehingga 7 pagi semalam yang dijalankan di beberapa jalan utama di bandar raya itu seperti Jalan Raja Dr Nazrin Shah, Jalan Sultan Idris dan Jalan Raja Musa Aziz.




Parti Media Hiburan Meriah
 
Parti Media Hiburan bertemakan 'Masquerade' meriah.
KUALA LUMPUR: Sebagai acara penutup tahun 2010, majalah Media Hiburan (MH) telah mengadakan parti bertemakan 'Masquerade' di Menara Kuala Lumpur, Khamis, khas buat selebriti-selebriti dan pembaca-pembaca setia majalah itu.
Lebih kurang 300 tetamu hadir ke parti tersebut dan menariknya hampir kesemua tetamu begitu terbuka mengenakan pakaian tema seperti yang ditetapkan.
Antara selebriti yang memeriahkan parti MH ialah Linda Onn, Shamsul Yusof, Fazli yaakob, Neelofa (juara Dewi Remaja), Abby Abadi, Ifa raziah, Maya Matahari, Nubhan, Gambit, Shila OIAM, Fara Fauzana serta Shaheizy Sam.
Fara fauzana dan Shaheizy Sam
Beritahu editor media Hiburan, Meen Tahrin, sepanjang tahun 2010, MH telah mengadakan pelbagai aktiviti yang membabitkan antara artis dan pembaca majalah tersebut dan akan mengadakan lagi pelbagai aktiviti yang lebih menarik pada tahun ini.
"Dari awal tahun lagi, kami telah menetapkan syarat bahawa MH perlu mempunyai sebuah aktiviti pada setiap bulan dan perancangan itu kami berjaya lakukan. Malah kami akan mengadakan aktiviti sehingga dua kali bagi setiap bulan.
"Kami menganggap, cara ini adalah salah satu cara untuk menghargai para pembaca dan artis yang banyak menyokong MH selama ini.
"MH sudah menjangkau usia 26 tahun dan majalah kami sudah matang untuk melakukan beberpaa perubahan agar dapat memuaskan hati para pembaca.
"Memandangkan persaingan dari segi pengisian agak sengit, tambah pula pelbagai kisah-kisah artis boleh didapati di internet, kami cuba mengubah sedikit isi kandungannya yang membabitkan pembaca. Ertinya, setiap aktiviti-aktiviti yang dilakukan bersama pembaca, ia akan dipaparkan dalam majalah kami," katanya yang ditemui di parti MH, di sini, Khamis.
Dari kiri: Ery Putra dan Shajiri
Tambah Meen, perancangan tahun 2011 juga ditambah dengan beberapa anjuran konsert jelajah di seluruh negara.
"Bagaimanapun, perancangan ini bukan mudah untuk dilaksanakan kerana kami memerlukan penaja. Alhamdullah, setakat ini kami ada beberapa penaja yang sudi bekerjasama menjayakan konsert-konsert jelajah itu.
"Apa-apa pun, saya turut mengalu-alukan kepada syarikat-syarikat lain yang berminat untuk menjalinkan kerjasama bersama kami sepanjang aktiviti tahunan kami," ujarnya.
Shafie Naswip dan Shiela OIAM3
Pada parti MH tersebut, Meen turut mengumumkan mengenai borang pencalonan awal bagi Anugerah Pembaca Pilihan Media Hiburan (PPMH) yang akan dibuka untuk undian bulan ini.
Sebanyak 20 kategori dipertandingkan iaitu Anugerah Ikon, Anugerah Harapan, Anugerah Selebriti Kacak, Anugerah Selebriti Favourite, Anugerah Janda Hot, Anugerah Duda Hot, Anugerah Selebriti Jelita, Anugerah Body Sexy Lelaki dan perempuan, Anugerah Hot Mama dan Hot Papa, Anugerah Selebriti Stailo, Anugerah Selebriti Rambut Cantik Lelaki dan Wanita, Anugerah Kulit Cantik Lelaki dan Wanita, Anugerah Penghias Cover Favourite, Anugerah Selebriti Cekal dan dua Anugerah Khas MH.
Penyanyi Didie bersama isterinya
Selain itu, MH akan bekerjasama bersama Menara Kuala Lumpur dengan penganjuran pertandingan pencarian bakat baru nyanyian yang akan diadakan pada Februari ini.
Bagi yang ingin menyertai pertandingan tersebut, maklumat lanjut boleh didapai di majalah MH dan lama Facebook Media Hiburan.



Kenderaan yang menghalang jalan malam ini akan ditunda - Polis

KUALA LUMPUR -- Polis mengingatkan orang ramai yang mahu menyaksian sambutan ambang tahun baru di sekitar ibu kota malam ini supaya meletakkan kenderaan di tempat yang sepatutnya.

Ini kerana pihak polis akan menunda kenderaan yang diletakkan sesuka hati termasuk di bahu jalan dan menghalang lalu lintas, kata Ketua Trafik Kuala Lumpur, ACP Rusli Mohd Noor.

"Kalau yang menghalang kita akan tunda. Saya ingatkan mereka yang ingin menyambut ambang tahun baru malam ini supaya meletakkan kenderaan di tempat yang sepatutnya.

"Tindakan ini adalah bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di bandar raya," katanya.

Rusli turut mengingatkan orang ramai supaya menggunakan pengangkutan awam seperti transit aliran ringan (LRT) bagi mengelak mereka daripada terperangkap dalam kesesakan ketika hendak pulang ke rumah selepas sambutan.

"Saya nasihatkan kepada orang ramai supaya meletakkan kenderaan di kawasan LRT dan seumpanya sekiranya boleh, kerana selain membantu mengurangkan kesesakan pada malam ini, ia juga akan memudahkan mereka pulang ke rumah selepas sambutan itu," katanya. -- BERNAMA



Apa sudah jadi?

SUBANG JAYA – Kegembiraan sekumpulan remaja perempuan meraikan ‘ladies nite’ di sebuah pusat hiburan di Bandar Sunway di sini tidak bertahan lama apabila enam daripadanya positif pelbagai jenis dadah dalam ujian air kencing saringan awal yang dilakukan dalam satu serbuan awal pagi semalam.

Riak wajah keceriaan menikmati hiburan termasuk ada di antaranya yang meneguk arak bertukar pucat lesi apabila dimaklumkan mereka positif dadah jenis ketamin dan ganja dalam operasi 12 tengah malam itu sehingga 1.30 pagi semalam.

Dalam serbuan dengan kerjasama 33 anggota Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), 17 daripada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan 12 daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) itu, lima lelaki turut ditahan bagi kesalahan sama manakala tujuh lagi dicekup kerana didapati minum minuman keras.

Difahamkan, remaja perempuan beragama Islam yang rata-ratanya memakai skirt pendek dan sendat mengunjungi pusat hiburan terkenal itu berikutan pengusaha menawarkan harga istimewa kepada pengunjung perempuan setiap malam Rabu dan Khamis.

Malah berkemungkinan untuk mendapatkan harga istimewa pada malam itu, empat lelaki turut ditahan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 30 Enakmen Jenayah Syariah Selangor (EJSS) kerana berpakaian menyerupai wanita.

Ketua Unit Penguatkuasaan AADK Daerah Petaling, Syaiful Asfar Abdul Rahman berkata, dalam serbuan itu, 11 pengunjung ditahan selepas disyaki terlibat dalam penyalahgunaan pelbagai jenis dadah.

Katanya, kesemua yang ditahan dibawa untuk tindakan lanjut manakala ujian saringan air kencing akan dihantar ke makmal kimia untuk pengesahan selanjutnya.

No comments:

Post a Comment