Sunday, January 2, 2011

BILA KITA MENGABAIKAN HUKUM ALLAH...BEBAS BERGAUL...LANGGAR SEGALA PERATURAN ALLAH....LEMAH ILMU ISLAM...INGINKAN KEMEWAHAN....DITAMBAH TIADA UNDANG2 REJAM SERTA 100X ROTAN...MAKA PENZINA MAHARAJALELA...TAH TAKUT DAN TAK GENTAR...BIASA ORANG BERDUIT INI DAH KAHWIN...JIKA IA BERZINA HUKUM ALLAH....REJAM SAMPAI MATI....

NEGARA


Tidak tahan godaan wang


RAMAI gadis tempatan terperangkap dengan dunia pelacuran kerana mahu hidup mewah. - Gambar hiasan



KUALA LUMPUR - Bermula dengan mahu mencari wang bagi menggantikan komputer riba pemberian ibu yang hilang ketika di asrama, Arin (bukan nama sebenar), 27, tidak menyangka dia akhirnya terjebak dalam dunia pelacuran kelas atasan yang tidak pernah dikenalinya sebelum ini.
Meskipun dia terlibat dalam dunia penuh noda itu selama 45 hari sahaja, ia sudah cukup untuk menyebabkan gadis itu merasakan dirinya sangat kotor berbanding insan lain di dunia ini.
Malah bekas pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan itu yang kini bekerja di sektor awam, masih tidak percaya tentang hakikat sisi gelap hidup yang dilaluinya itu.
"Saya perlu mendapatkan RM3,000 untuk menggantikan komputer tersebut tetapi ia bukan mudah bagi seorang pelajar seperti saya," katanya secara jujur dalam pengakuan terbuka kepada Kosmo! Ahad baru-baru ini.


NEGARA


Anak bimbang ayah sering sakit


AHMAD menatap akhbar Kosmo! yang memaparkan kisah dirinya menggunakan kanta pembesar di rumahnya di Kampung Alor Mengkudu, Alor Setar semalam.



ALOR SETAR – Keluarga seorang warga emas berusia 110 tahun, Ahmad Md. Isa bimbang masalah kesihatan yang dihadapinya boleh menimbulkan kesukaran kepada bakal wanita yang mahu mengahwininya.
Anak perempuannya, Fatimah, 64, memberitahu, sejak kebelakangan ini bapanya sering diserang lelah dan batuk.
Katanya, keadaan kesihatan bapa yang tidak menentu dikhuatiri boleh menimbulkan masalah kepada bakal isteri barunya.
“Sejak tiga hari lalu ayah kerap batuk dan lelah. Anak-anak bimbang boleh jadi masalah kepada bakal keluarga baru pula nanti,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.




NEGARA


Umpama di lapangan terbang


DUA penumpang melihat jadual perjalanan bas yang dipaparkan di skrin seperti yang terdapat di lapangan terbang di TBS-BTS, Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR – Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) yang mula beroperasi semalam disifatkan seolah-olah terminal lapangan terbang memandangkan ia menyediakan kemudahan dan perkhidmatan terbaik.
Tinjauan Kosmo! Ahad di terminal itu semalam mendapati rata-rata pengguna yang ditemui teruja dengan apa yang ada di terminal tersebut.
Seorang pelajar kolej. Mohd. Farid Ahmad Norwawi, 22, berkata, dia yang kerap menggunakan perkhidmatan bas ekspres untuk pulang ke kampung di Ipoh, Perak cukup bangga dengan kecanggihan terminal berkenaan.
“Semuanya kelihatan moden di sini termasuk sistem jualan tiket dan lokar menyimpang barang yang menggunakan sistem komputer.
“Ciri-ciri tiket bas sama seperti tiket kapal terbang kerana di atas tiket tertera nama dan nombor kad pengenalan penumpang dan hanya mereka sahaja yang boleh menaiki bas,” katanya.



NEGARA


65 pendatang Kemboja ditahan


SEBAHAGIAN daripada pendatang asing tanpa izin dari Kemboja diperiksa selepas ditahan di Kampung Mulia, Sungai Tiram, Johor Bahru semalam.



JOHOR BAHRU - Sanggup meninggalkan anak berusia tiga bulan demi meloloskan diri daripada pihak penguat kuasa.
Itu yang dilakukan sebahagian daripada 65 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Kemboja yang ditahan termasuk 15 kanak-kanak pada satu serbuan oleh anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen di Kampung Mulia, Sungai Tiram di sini semalam.
Menurut Timbalan Penolong Pengarah II Jabatan Imigresen Negeri, Amzari Abdul Jalil, serbuan digelar Ops Sapu itu bermula pada pukul 2.30 pagi dan melibatkan 80 anggota.
Katanya, kesemua warga Kemboja terbabit melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah.
"Kami menahan 65 pendatang warga negara Kemboja yang terdiri daripada 37 wanita, 13 lelaki dewasa dan 15 kanak-kanak yang kesemuanya berusia lingkungan tiga bulan hingga 45 tahun.
"Ketika serbuan, mereka sedang nyenyak tidur dan ada yang sanggup meninggalkan anak masing-masing untuk menyorok di kebun getah berhampiran bagi mengelak ditahan," katanya kepada pemberita selepas selesai operasi berkenaan.



TERKINI


Pembantu rumah maut dipercayai cuba lari

02/01/2011 3:36pm

PUTRAJAYA - Seorang pembantu rumah warga Indonesia yang dipercayai cuba melarikan diri dari rumah majikannya maut akibat terjatuh dari tingkat 12 Pangsapuri Blok E2, Fasa 12, Presint 9 di sini.
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Abdul Razak Abdul Majid berkata, mangsa yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dipercayai memanjat keluar dari tingkat 12 menggunakan kain selimut malam tadi semasa majikannya tiada di rumah.
"Mayat mangsa ditemui pukul 7.30 pagi tadi oleh penduduk dalam keadaan tertiarap, di lorong belakang sebuah tadika di apartmen ini. Turut dijumpai berhampiran mayat ialah beg pakaian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah dalam kes ini dan ia diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk dibedah siasat. - Bernama

No comments:

Post a Comment