Sunday, January 2, 2011

RAGAM DUNIA...SEDARLAH KITA MANUSIA LEMAH....KITA MENUMPANG DIBUMI ALLAH...DAN SEMUA DALAM KEKUASAAN ALLAH...ALLAH BILA2 ,,BOLEH MEMBINASAKAN@MATIKAN

Stor pendatang

Oleh Hamizah Badiran
hamizah@hmetro.com.my

TEMPAT TINGGAL...wanita warga asing bersama anaknya berada di depan sebuah daripada unit gerai yang terbiar.
TEMPAT TINGGAL...wanita warga asing bersama anaknya berada di depan sebuah daripada unit gerai yang terbiar.
SUNGAI BULOH: Deretan 10 gerai di Paya Jaras Permai, Paya Jaras Hilir dan di Jalan Gajah 23, di sini, yang terbiar tanpa aktiviti perniagaan kini umpama projek gajah putih dengan sebahagiannya menjadi ‘rumah percuma’ warga asing.
Tinjauan Metroplus di kawasan Jalan Gajah 23 mendapati deretan gerai di situ terbiar sehingga ditumbuhi pokok, semak-samun dan tidak diselenggara dengan baik.

Deretan 10 gerai itu, difahamkan terbiar sejak beberapa tahun lalu tanpa disewakan manakala beberapa peralatan gerai menjadi sasaran pencuri termasuk wayar elektrik, perkakas gerai dan kotak fius.



Sesetengah unit pula disalahgunakan warga Kemboja yang menjadikan tempat itu sebagai stor dan ada yang menetap di situ.

Penduduk tempatan, Saiful Azhar, 27, berkata dia terkilan melihat projek pembangunan gerai bagi tujuan perniagaan itu terbiar tanpa dibangunkan. “Saya selalu lalu-lalang di sini. Projek ini disiapkan sejak beberapa tahun lalu, tetapi sehingga kini tak ada sebarang aktiviti perniagaan pun dijalankan. Saya tak tahu status gerai ini sama ada ia akan dibuka dalam waktu terdekat atau terus terbiar,” katanya.

Saiful berkata, beliau bimbang jika gerai itu dibiarkan begitu saja ia mungkin mengundang aktiviti tidak bermoral.

“Kawasan itu kini menjadi tumpuan pencuri yang mencuri wayar elektrik dan beberapa barangan berharga lain,” katanya.

Bagi Zaharah Ismail, 48, pula suasana gelap dan malap di deretan kedai itu pada waktu malam menimbulkan kebimbangan berikutan dia tinggal di kawasan berhampiran.
Katanya, lebih membimbangkannya apabila deretan kedai itu kini ditumbuhi lalang dan semak-samun yang mengundang kehadiran haiwan berbisa.

“Saya risau keadaan semak-samun itu akan mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak yang bermain di situ. “Ini kerana mereka mungkin terdedah haiwan berbisa seperti ular atau terpijak benda tajam,” katanya.

Pada masa sama, katanya, penduduk di kawasan itu keliru mengenai status gerai terbabit.

Zaharah berkata, jika pihak berkenaan membenarkan gerai itu disewa penduduk di situ, secara tidak langsung ia membantu penduduk meningkatkan taraf ekonomi mereka.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad, ketika dihubungi, berkata gerai itu kini berada dalam proses pemulihan sebelum penyewa baru memulakan operasi perniagaan mereka.

“Beberapa penyewa sudah dikenal pasti berminat untuk berniaga di situ dan kami menjangkakan tahun depan mereka akan memulakan perniagaan.

“Antara jenis perniagaan di situ ialah perniagaan berasaskan makanan dan minuman serta barangan runcit,” katanya yang memberitahu gerai itu diberikan kepada MBSA oleh kerajaan negeri bagi menangani masalah penjaja haram




DUNIA


Badak air jadi kuda tunggangan


MARIUS ELS menunggang badak airnya, Humphrey.



PETRUS STEYNLAKES - Seorang petani, Marius Els bertuah kerana dapat menunggang antara haiwan paling ganas di benua Afrika, seekor badak air, lapor sebuah akhbar semalam.
Nasib Els sememangnya baik kerana badak air berusia enam tahun dan bernama Humphrey itu merupakan haiwan peliharaannya sejak kecil lagi.
"Ia dengan mudah dapat mengoyakkan tubuh lelaki dewasa seperti saya. Tiada orang yang berani mendekatinya, namun, saya menganggapnya seperti anak saya," kata petani tersebut.
Humphrey tinggal di sebuah tasik buatan manusia sedalam 18 meter di sini, Afrika Selatan. - Agensi



DUNIA


Telan telur cacing untuk kurus


CACING gelang hidup di dalam perut manusia dan boleh memudaratkan kesihatan.


XIAMEN - Ramai mahasiswi di China sanggup menelan telur cacing gelang supaya mereka kelihatan langsing ketika sesi temuduga, lapor sebuah akhbar semalam.
Tindakan ekstrem itu dilakukan berikutan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan bagi golongan wanita di bandar raya ini, wilayah Fujian, tenggara China.
Telur-telur itu menetas di dalam perut dengan cacing-cacing gelang memakan zat makanan di dalam perut sekali gus menjadikan mereka kurus tanpa senaman atau diet.
Namun, pakar-pakar kesihatan memberi amaran cara tersebut boleh memudaratkan kesihatan.
Di China, wanita yang langsing memiliki lebih peluang untuk mendapatkan pekerjaan terutamanya di bandar-bandar besar di negara itu. - Agensi







DUNIA


Setahun pantang beli-belah

PONTYPOOL - Seorang ibu berusia 34 tahun di Britain, Bethan Brunell (gambar) berjaya menamatkan cabaran tidak membeli-belah selama setahun, kelmarin.
Selama tempoh itu, Brunell tidak membeli pakaian, menjalani rawatan kecantikan atau membeli barangan harga runtuh.
Dia, sebaliknya, meminjam pakaian daripada rakan-rakan di samping membuat sendiri dekorasi dan hadiah Krismas untuk suaminya, Steve, 42, serta anak perempuan mereka, Megan.
Wanita itu yang merupakan seorang bekas perunding pekerjaan di sini, Welsh, berkata, dia dapat menjimatkan lebih £1,000 (RM4,817) sepanjang tempoh tersebut selain berat badannya turun sebanyak 19 kilogram.
"Saya melakukan cabaran ini semata-mata kerana ingin bereksperimen. Walaupun tidak gembira melakukannya, ia dapat mendidik saya supaya kurang bersifat materialistik," katanya.
Menurutnya, dalam tempoh itu, dia cuma membeli beberapa keperluan asas iaitu makanan, petrol, barangan kelengkapan dandanan diri dan tidak terkecuali, seluar dalam tetapi bukan jenama mewah. - Agensi

No comments:

Post a Comment