Monday, January 3, 2011

ALHAMDULLILAH...TAHNIAH...UNTUK PIHAK SEKOLAH...KERANA MEMBERI SEMANGAT SERTA KEGEMBIRAAN...BAGAI NAK MENITIS AIR MATA PENULIS BLOG CINTA INI MENGASYIKKAN 1...MEMBACA BERITA NI...TAHNIAH SEKALI LAGI....BIARLAH USAHA MENGEMBIRANYA BERKEKALAN...IA PERLU SOKONGAN MORAL YANG TINGGI....

Disambut dengan bunga manggar



HULU TERENGGANU: Walaupun masih malu melangkah ke sekolah, namun Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 9, mangsa simbahan asid oleh bapa sendiri tetap bersemangat meneruskan sesi persekolahan baru bermula semalam.
Dia yang hadir ke Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Setar dijemput Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PKHEM) sekolah itu, Engku Haripah Engku Muda seawal jam 7 pagi dan tiba jam 7.30 pagi serta disambut dengan bunga manggar oleh 25 rakan sekelas yang menunggu di depan sekolah sebelum diiring naik ke kelas Tiga Pintar di tingkat dua sekolah berkenaan.

Ibunya Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 29, dan adiknya, Muhammad Irfan Firdaus, 3, kemudian dilihat turut berada di kawasan sekolah lima minit selepas itu dan hanya melihat keadaan Nurul Dahyatul dari jauh.
Menurut Nurul Dahyatul, dia teruja meneruskan persekolahan tahun ini kerana sudah agak lama meninggalkan sekolah sejak mengalami kecederaan teruk di muka selepas cedera disimbah asid oleh bapanya, Mat Haizan Mat Yassin, 32, dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu pada 15 Ogos tahun lalu yang turut mencederakan Che Ku Zaimah, Muhammad Irfan Firdaus serta nenek, Minah Omar, 57.

“Saya langsung tidak sempat menjamah makanan pagi tadi (semalam) sebelum ke sekolah kerana bimbang lewat dan tidak sabar berjumpa rakan sekelas,” katanya ketika ditemui.

Nurul Ain Rosyaddi, 9, rakan baik Nurul Dahyatul sejak tahun satu, berkata dia sedih melihat keadaan Nurul Dahyatul tetapi gembira kerana akhirnya dapat bersama meneruskan sesi pembelajaran seperti sebelum ini.

Katanya, Nurul Dahyatul yang bercita-cita menjadi doktor adalah kawan yang baik dan sentiasa membantunya dalam pembelajaran kerana dia murid pintar serta mendapat tempat kesembilan pada peperiksaan tahun lalu.

“Pada musim cuti sekolah baru-baru ini, saya sering berjumpanya di Perpustakaan Desa Kampung Sekayu dan kami sama-sama belajar bersama rakan lain,” katanya yang juga berasal dari Kampung Sekayu, di sini.
Guru Kelas Tiga Pintar, Hidayatil Rasid, berkata Nurul Dahyatul adalah murid sederhana pintar dan mudah menerima apa yang diajar serta tidak pernah mendatangkan masalah sejak bersekolah di situ.

“Esok (hari ini) pihak sekolah akan mengadakan perhimpunan khas bagi menjelaskan beberapa perkara kepada murid lain bagi mengelak timbul masalah supaya Nurul Dahyatul berasa selesa di sekolah,” katanya.

No comments:

Post a Comment