Sunday, January 2, 2011

ADA TAKDIR ITU TERJADI DENGAN KITA MEMILIHNYA....DAN ADA TAKDIR ITU MEMANG KETENTUAN ALLAH MEMANG KITA TAK BOLEH TOLAK....SEBAB TAKDIR INI MENGANDUNGI 3 JENIS@BAHAGIAN...

NEGARA


Bekalan minyak masak habis


SEORANG pemilik kedai runcit, Nora Che Hussain mendakwa stok minyak masak di kedainya di Taman PKNK, Alor Setar habis sejak dua minggu lalu.



KUALA LUMPUR - Bekalan minyak masak di Lembah Klang dan beberapa negeri dilaporkan habis sejak seminggu lalu dengan ramai pengguna mengeluh kerana terpaksa mencari di banyak premis semata-mata untuk mendapatkan barangan keperluan itu.
Selain Kuala Lumpur, negeri lain yang terlibat ialah Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mendakwa ada pihak menyorok bekalan barangan itu selepas timbul spekulasi harga naik sebanyak 40 sen sekilogram.
Minyak masak adalah barangan terkawal dengan harganya ditetapkan RM3.30 sekilogram bagi sawit tulen, sawit campuran (RM3.60) dan kampit plastik (RM2.50).
"Jika spekulasi itu benar, ia akan menyusahkan pengguna yang kebanyakan menggunakan minyak masak setiap hari," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Hasil tinjauan Kosmo! semalam mendapati isu bekalan minyak masak menjadi rungutan ramai peruncit dan pengguna, malah Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) setakat ini sudah menerima 50 aduan mengenai isu tersebut.


NEGARA


'Jangan terkejut tengok muka saya'




WALAUPUN bimbang reaksi rakan-rakan, Nurul Dahyatul Fazlinda tetap akan ke sekolah hari ini.


KUALA TERENGGANU – Mangsa kes simbah asid, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan mungkin menjadi murid paling bimbang untuk memulakan sesi baru persekolahan hari ini.
Dia takut rakan-rakan sekolahnya tidak dapat menerima kehadirannya semula ke Sekolah Kebangsaan Padang Setar, Kuala Berang dekat sini dengan wajahnya yang masih mempunyai kesan akibat perbuatan bapanya, Mat Haizan Mat Yasin menyimbah asid dalam kejadian di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu pada 15 Ogos tahun lalu.
Sejak kejadian itu, Nurul tidak hadir ke sekolah sehingga dia kembali menyambung pembelajaran di Tahun Tiga hari ini.
“Hati saya bimbang. Saya harap kawan-kawan terima kehadiran Nurul dengan keadaan sekarang,’’ kata kanak-kanak malang itu ketika dihubungi di rumahnya di sini semalam




NEGARA


Teh sukat jadi punca kanser


SEORANG anggota penguat kuasa menunjukkan bungkusan serbuk teh yang dirampas kerana menggunakan bahan pewarna terlarang dalam satu operasi di Kota Bharu tahun lalu.



KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak pengambilan berterusan air teh sukat yang banyak dijual di gerai-gerai teh tarik bagi mengelak risiko penyakit kanser.
Timbalan Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof. Mustafa Ali Mohd. berkata, bahan pewarna sintetik yang banyak dipakai dalam industri mewarna kain menjadi pilihan kerana kosnya lebih murah.
"Bahan pewarna ini mempunyai pelbagai jenis dan kumpulan. Salah satu daripadanya ialah karsinogen yang sangat berbahaya kerana ia tidak boleh dihadam dengan baik.
"Ia juga boleh mengganggu sistem DNA manusia sekali gus mendorong pertumbuhan pelbagai jenis barah dalam tisu hidup,'' katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi semalam.
Antara jenis barah berpunca daripada karsinogen ialah barah paru-paru, hati, prostat dan usus.
Katanya, teh itu tidak mempunyai label dan dijual secara timbang di kebanyakan kedai runcit serta menjadi pilihan ramai pengusaha makanan dan minuman.
Mustafa berkata, serbuk teh murah itu jika dicampur dengan air panas serta-merta mengeluarkan warna kuning pekat.
"Tindak balas itu menandakan wujudnya bahan pewarna sintetik.
"Bagi serbuk teh asli tanpa bahan pewarna sintetik, ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk mengeluarkan warna, malah ada jenis yang airnya kita perlu kacau sebelum keluar warna kekuningan," katanya



NEGARA


Harga teh sukat serendah RM6 sekilo




TEH tarik yang digemari ramai rakyat Malaysia memang sedap tetapi ada di antaranya mendatangkan kesan buruk kerana penggunaan bahan terlarang. - Gambar hiasan


KOTA BHARU - Teh sukat atau teh timbang menjadi pilihan ramai pengusaha gerai makanan dan minuman kerana harganya jauh lebih murah berbanding teh berjenama.
Seorang peniaga kedai runcit, Nizam Mohamad, 53, berkata, harga teh sukat itu bergantung kepada kualitinya dan serendah RM6 sekilogram.
"Jenis paling mahal ialah RM13 sekilogram. Teh timbang yang lebih murah kurang sedap, rupanya kurang cantik dan berdebu-debu," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Menurutnya, teh timbang mendapat permintaan yang tinggi daripada kalangan pengusaha premis makanan kerana ia mempunyai rasa lebih sedap jika dibuat teh tarik berbanding teh uncang.







NEGARA


Rombongan merisik Sabtu ini




AHMAD dipimpin oleh anaknya, Salmah Samsudin (kanan) ketika ditemui di Kampung Alor Mengkudu, Alor Setar semalam.


KUALA LUMPUR - Biasanya keluarga lelaki menghantar rombongan untuk merisik anak gadis yang menjadi pilihan sebe- lum menetapkan urusan perkahwinan.
Bagaimanapun dalam kes warga tua, Ahmad Md. Isa, 110, dia tidak perlu ber- buat demikian kerana rombongan kelu- arga pihak perempuan sendiri akan bertandang ke rumahnya di Alor Mengkudu dekat Alor Setar pada Sabtu ini untuk sesi berkenalan dan berbincang tentang masa depan mereka berdua.
Rombongan bagi pihak Sanah Ahmad, 82, itu akan bertolak dari Kuala Lumpur dengan disertai beberapa orang ahli keluarga termasuk wanita itu sendiri.
Anak lelaki Sanah, Baha Ahmad berkata, tujuan rombongan itu ialah menge- nali lebih lanjut diri Ahmad.
"Kami akan berbincang dengan keluarga beliau (Ahmad) dan jika emak ber- setuju, kami tiada halangan untuk perkahwinan itu dilangsungkan," kata Baha ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Sanah pula bersyukur kerana sudah dimaklumkan keluarga Ahmad sudi menerima kunjungan mereka.
"Mak cik memang gembira tetapi elok tunggu hasil pertemuan itu nanti," katanya.
Semalam, Kosmo! Ahad menyiarkan mengenai hasrat Sanah untuk mengahwini Ahmad jika keluarga kedua-dua belah pihak tidak menghalang.
Sanah yang hidup sendirian sejak kematian suami 28 tahun lalu bersedia untuk bersuamikan Ahmad selepas membaca kisahnya dalam Kosmo! pada Rabu lalu.
Ahmad mengejutkan orang ramai kerana dia bukan sahaja mahu berkahwin tetapi juga menghadiahkan kereta kepada bakal isteri.
Sanah berkata: "Saya sanggup jaga dia jika kesihatan dia semakin teruk."
Sementara itu, anak Ahmad, Fatimah, 64, ketika dihubungi semalam menjelas- kan, walaupun dia keberatan membenarkan bapanya berkahwin atas faktor kesihatan, pihaknya tetap bersetuju menerima kedatangan keluarga Sanah untuk berbincang secara bersemuka.
"Bagus juga kalau mereka datang kerana boleh lihat sendiri tahap kesihatan ayah saya yang batuk dan lelah sejak beberapa hari lalu," katanya.
Menurut Fatimah, tahap kesihatan bapanya juga semakin merosot sejak empat hari lalu dan memerlukan penjagaan rapi ahli keluarga.
"Setiap hari saya perlu urut dia dan saya bimbang wanita itu tidak mampu jaga ayah jika kesihatannya semakin teruk.
"Ayah memang bersungguh-sungguh nak kahwin dan selalu ingatkan saya agar jangan lupa cari jodoh," tambahnya.



NEGARA


Bawa beg sendiri membeli-belah - PPIM

KUALA LUMPUR - Bawalah raga dan beg daripada bahan kitar semula apabila mengunjungi pasar raya untuk membeli-belah untuk mengurangkan penggunaan beg plastik, demikian saranan Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Datuk Nadzim Johan.
"Jumlah beg plastik yang dibuang oleh pengguna di negara ini dapat dikurangkan dan pada masa yang sama pencemaran alam sekitar dapat dikurangkan," katanya sambil menambah beliau sendiri membawa raga ketika membeli-belah di pasar raya dan pre- mis perniagaan lain.
Sambil menyatakan sokongan terhadap Kempen Hari Tanpa Beg Plastik pada setiap hari Sabtu bermula kelmarin, Nadzim berkata, beliau menganggarkan sejuta tan sampah terutamanya plastik dibuang oleh pengguna di Pulau Pinang.
"Bayangkan berapa banyak jumlah sampah yang boleh dikurangkan sekiranya perkara ini dilaksanakan secara berterusan," katanya kepada Bernama.



NEGARA


Amah mati ketika cuba lari


Polis memeriksa mayat seorang pembantu rumah yang mati setelah terjatuh dari tingkat 12 sebuah pangsapuri di Presint 9, Putrajaya semalam.



PUTRAJAYA – Seorang pembantu rumah warga Indonesia yang dipercayai cuba melarikan diri dari rumah majikannya maut akibat terjatuh dari tingkat 12 Pangsapuri Blok E2, Fasa 12, Presint 9 di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, mangsa yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dipercayai memanjat keluar dari tingkat 12 menggunakan kain selimut malam kelmarin semasa majikannya tiada di rumah.
“Mayat mangsa ditemui pada pukul 7.30 pagi oleh penduduk dalam keadaan tertiarap di lorong belakang sebuah tadika di kawasan pangsapuri itu.
“Turut dijumpai berhampiran mayat ialah beg pakaian,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.
Siasatan polis mendapati tiada unsur jenayah dan kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk dibedah siasat.
Abdul Razak berkata, polis juga masih menyiasat sama ada majikan amah itu mengambil pendatang tanpa izin sebagai amah berikutan tiada dokumen pengenalan diri mangsa ditemui.




NEGARA


Wartawan TV hina orang Melayu


DALAM rakaman YouTube ini, seorang wartawan TV dikepung selepas didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap orang Melayu di sebuah restoran di Klang baru-baru ini.



SHAH ALAM – Seorang wartawan terkenal sebuah stesen televisyen swasta terpaksa melalui detik mencemaskan akibat dikepung sekumpulan lelaki yang marah dengan tindakannya yang didakwa mengeluarkan kata-kata berunsur penghinaan terhadap orang Melayu.
Dalam kejadian di sebuah restoran di Klang dekat sini beberapa hari lalu, wartawan yang sering muncul di kaca televisyen dengan laporan isu alam sekitar itu mengaku telah mengeluarkan beberapa perkataan yang boleh membangkitkan isu perkauman.
Antaranya wartawan itu mengaku ada menyebut orang Melayu bukan berasal dari Malaysia atau Indonesia serta tidak pintar.
Dia yang dipercayai mengeluarkan perkataan tersebut ketika dalam keadaan mabuk mengakui telah tersalah cakap hingga boleh menimbulkan salah tafsiran.
Berikutan itu, dia memohon maaf daripada kumpulan lelaki berkenaan serta seluruh masyarakat Melayu di negara ini.
Wartawan tersebut sebelum ini menarik perhatian orang ramai dengan pendedahan berani berhubung isu pencemaran alam sekitar.



NEGARA


Mayat atas siling rumah




KAMARUZAMAN menunjukkan siling rumah yang dibuka dan membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki kelmarin.


BATU PAHAT – Seorang juruelektrik sebuah syarikat kontraktor di sini menggigil ketakutan apabila ternampak sepasang kaki manusia dari bumbung sebuah rumah teres setingkat yang cuba dibaikinya di Bukit Pasir di sini kelmarin.
Juruelektrik itu menemui mayat Tan Seng Boon, 50-an, pada pukul 8.30 malam selepas dia menebuk lubang siling rumah Kamaruzaman Sahlan, 40, dan Santi Jumingan, 27, yang mengadu terputus bekalan elektrik.
Kamaruzaman, 40, berkata, lelaki itu mungkin telah mati kira-kira dua hari lalu dipercayai terkena renjatan elektrik di atas siling rumah disewanya.
Sebelum menemui mayat mangsaah, bekalan elektrik di rumah Kamaruzaman terputus bermula pada pukul 6 petang kelmarin.
“Saya menghubungi TNB (Tenaga Nasional Berhad) yang kemudian menghantar seorang juruelektrik ke rumah saya pada pukul 7 malam.
“Selepas melakukan pemeriksaan, juruelektrik itu memaklumkan masalah bekalan elektrik dipercayai berpunca daripada pendawaian dalam rumah menyebabkan saya perlu mencari juruelektrik lain bagi membaiki kerosakan itu,” katanya yang bekerja sebagai pembantu jualan di sebuah premis pakaian terpakai.



NEGARA


Bapa rayu siasat kematian anak

KAJANG – Bapa kepada Liew Kuan Mang yang ditemui mati dalam keadaan tragis dengan anggota badannya terpisah antara satu sama lain di loji rawatan kumbahan Taman Pasir Mas, Sungai Chua di sini memohon supaya polis melakukan siasatan sewajarnya terhadap kematian mangsa.
Liew Swee Hen, 66, (gambar) berkata, dia mahukan keadilan terhadap kematian anak bongsunya itu yang dilaporkan hilang sejak 7 November lalu sebelum mayatnya ditemui Khamis lalu.
“Saya berharap polis dapat menjalankan siasatan sehingga kes pembunuhan anak saya selesai dengan menangkap pihak yang terlibat,” rayunya dalam tangisan ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Swee Hen berkata, dia dan anak lelaki keduanya, Kuan Hong, 39, telah pergi ke sebuah restoran di Sungai Chua tempat kali terakhir Kuan Mang dilihat sebelum hilang.
“Di restoran itu kami melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan nampak Kuan Mang masuk ke tandas bersama dua rakannya.
“Dua rakan Kuan Mang kemudian dilihat keluar dari tandas namun anak saya tidak kelihatan,” katanya dengan memberitahu jarak antara restoran tersebut dengan lokasi tempat anaknya ditemui mati kira-kira 500 meter.



NEGARA


Banjir: Tujuh sekolah di Kelantan ditutup


DUA beradik, Syafiqah Nasran, 8, dan Syamim, 11, membuat persiapan untuk ke sekolah esok walaupun kawasan rumah mereka masih banjir di Rantau Panjang semalam.



KOTA BHARU – Tujuh buah sekolah iaitu enam sekolah kebangsaan dan sebuah sekolah menengah di negeri ini ditutup bermula semalam akibat banjir.

Pengarah Pelajaran negeri, Hussain Awang berkata, sekolah terbabit adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Rantau Panjang (1), SK Rantau Panjang, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kay Boon, dan SK Lubok Stol di Rantau Panjang.

Beliau berkata, dua buah sekolah di daerah Tumpat iaitu SK Bendang Pak Yong dan SK Simpangan turut ditutup selepas dinaiki air.

“Semua sekolah ini ditutup kerana air masih banyak dan kena tunggu esok untuk sama ada boleh dibuka atau tidak



NEGARA


Angka 36 takutkan penghuni PPR


Penduduk PPR Seri Perak di Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur melihat nombor 36 yang dipercayai diconteng oleh kumpulan samseng.



KUALA LUMPUR - Apa makna di sebalik angka 36? Itulah misteri yang menghantui penduduk program perumahan rakyat (PPR) Seri Perak di Bandar Baru Sentul di sini sejak kewujudan angka itu yang diconteng pada dinding setiap blok perumahan tersebut.
Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Micheal, 38, berkata, angka yang ditulis dengan warna hitam itu ditemui pada malam sambutan Deepavali pada 5 November lalu.
Katanya, kebanyakan angka itu ditulis pada dinding-dinding berhampiran pintu lif di blok-blok tersebut dan sehingga kini ia belum dipadam.
Menurut Micheal, sejak contengan angka itu timbul ramai penduduk di situ gelisah kerana mengesyaki ia ditulis oleh kumpulan kongsi gelap yang disyaki mahu menguasai kawasan perumahan itu dengan tujuan untuk menunjukkan mereka berkuasa di PPR di sini.



KOMEN

SECARA RINGKAS TENTANG TAKDIR...

1..TAKDIR TELAH DITETAPKAN OLEH ALLAH...,
contoh dijadikan lelaki atau perempuan..

2..KENA TERIMA MEMANG TELAH ALLAH JADIKAN BEGITU,,,
contoh..bila kita haus...maka kita akan rasa nak minum.

3..TAKDIR KITA YANG PILIH
contoh..malas belajar kita jadi bodoh...
(peringatan takdir no 3 ni boleh jadi no 1..contoh ...kita da belajar2 tapi tetap bodoh juga....maka memang Allah dah takdir kita ni memang bodoh...takdir no 1)


UNTUK LEBIH LANJUT...SILA RUJUK MUSTIKA HADIS JILID 1....BAB TAKDIR ATAU RUJUK KEPADA GURU AGAMA BERDEKATAN DENGAN ANDA....

No comments:

Post a Comment