Surat RM300 ganti pasport
SEMBUNYI... seorang pendatang tanpa izin cuba bersembunyi
Surat terbabit yang dibeli pada harga RM300 kononnya adalah ganti kepada pasport dan boleh digunakan untuk keluar masuk serta bekerja di negara ini.
Pendatang tanpa izin yang ditahan, Abdullah Said, 40-an, berkata dia membayar RM300 bagi mendapatkan surat sokongan itu.
“Surat ini saya peroleh daripada seorang individu ketika mencari kerja di sini, saya diyakinkan surat itu adalah ganti kepada pasport dan sah.
“Saya membayar RM300 untuk mendapatkannya bagi diri saya serta keluarga pada Januari 2008,” katanya yang bekerja kilang.
Perkara itu didedahkan selepas Jabatan Imigresen Johor menyerbu lebih 30 rumah di Kampung Mulia, Sungai Tiram di sini, malam kelmarin.
Dalam Ops Sapu kira-kira lima jam itu, 65 Pati warga Kemboja ditahan tetapi ada yang sempat melarikan diri ke ladang getah dan kelapa sawit berhampiran.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Imigresen (2) Johor, Amzari Abdul Jalil berkata, pihaknya yakin aktiviti menjual surat sokongan itu dilakukan sindiket yang membawa masuk pendatang.
“Sindiket menggunakan surat terbabit untuk mengambil kesempatan terhadap Pati yang terdesak mendapatkan kerja,” katanya.
Amzari berkata, hanya pasport tulen boleh dijadikan bukti kemasukan seseorang warga asing dan bukan sekeping kertas dengan tandatangan individu tertentu.
Dalam serbuan itu, seorang bayi berusia tiga bulan ditemui dipercayai sengaja ditinggalkan ibu bapanya yang melarikan diri bagi mengelak ditahan.
“Operasi membabitkan 80 pegawai dan anggota dilakukan hasil maklumat awam dan intipan selama dua minggu, seramai 37 wanita, 13 lelaki serta 15 kanak-kanak berusia 10 tahun hingga 40-an ditahan untuk membantu siasatan.
“Bayi berusia tiga bulan itu pula akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk penjagaan sementara, manakala yang lain dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nanas, Pontian untuk tindakan lanjut,” katanya.
Menurutnya, semua pendatang tanpa izin itu disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tinggal di Malaysia tanpa pas atau permit sah
TERKINI
Mayat wanita bogel hampir reput ditemui dalam belukar
02/01/2011 6:39pm
BUKIT MERTAJAM - Mayat wanita dalam keadaan bogel dan hampir reput dipercayai dibunuh ditemui di kawasan belukar berhampiran ladang kelapa sawit di Berapit, di sini hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri SAC Zahruddin Abddullah berkata, mayat wanita dipercayai berbangsa Cina itu ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan berkenaan kira-kira 10.30 pagi.
"Sepasukan polis bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat daripada orang awam dan menemui mayat berkenaan dalam keadaan tertiarap,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Beliau berkata, polis percaya mangsa dibunuh dalam sebuah pondok milik Perbadanan Bekalan Air (PBA) yang terletak kira-kira 20 meter dari kawasan mayat ditemui berdasarkan terdapat kesan darah di situ sebelum mayatnya diseret dan dibuang di kawasan belukar.
Setakat ini polis belum dapat mengenal pasti identitinya ekoran tiada sebarang pengenalan diri ditemui bersama mayat terbabit, katanya. - Bernama
Siasat latar belakang pasangan
KUALA LUMPUR: Wanita yang menjalin hubungan cinta dengan kenalan baru perlu mengambil inisiatif menyiasat latar belakang pasangannya sehingga ke akar umbi bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.
Pakar kriminologi, Datuk Akhbar Satar berkata, pada zaman sekarang wanita perlu mengamalkan sikap berhati-hati, rajin menyiasat dan tidak ambil mudah tindak- tanduk atau gerak geri meragukan kenalan baru yang dijadikan kekasih.
“Pelbagai kemungkinan buruk boleh berlaku jika mengamalkan sikap terus mempercayai kenalan baru, terutama yang dikenali menerusi alam siber. Jangan terus ‘cair’ dengan ungkapan manis diberi.
“Walaupun paras rupa tidak seberapa, itulah kelebihan lelaki kasanova. Selain ayat ‘power’ ada juga yang menyamar sebagai orang kaya, tetapi sebenarnya kemewahan dimiliki dipinjam daripada orang lain,” katanya.
Menurut Akhbar yang juga Pengarah Institute of Crime & Criminology, Kolej Universiti HELP, pelbagai cara boleh dilakukan untuk menyiasat latar belakang pasangan, termasuk mengupah penyiasat persendirian.
“Dalam erti kata lain, biar tersungkur, jangan tertiarap. Jika ada modal, upah penyiasat persendirian. Walaupun terpaksa mengeluarkan wang, hasilnya mampu menyelamatkan seseorang itu daripada tertipu.
“Sekurang-kurangnya, apabila sudah jatuh hati dan dapat mengesan teman lelaki penipu, masih ada ruang mencari ketenangan untuk mengubat kekecewaan.
“Bagaimanapun, jika berdiam diri saja dalam tempoh lama dan penipuan terbongkar selepas puas memberi sejumlah wang atau menyerahkan kehormatan, ia pasti memberi lebih tekanan,” katanya yang turut memberi khidmat penyiasat persendirian menerusi syarikatnya, Akhbar & Associates.
Akhbar mengakui kebanyakan kes menyiasat pasangan yang dikendalikan berjaya membongkar penipuan dilakukan lelaki.
“Ada yang tergolong dalam kategori kasanova dan ada yang mengaku bujang tetapi sudah ada isteri,” katanya.

Keluarga porak-peranda
TUMPAT: Ketika rakan sebaya sibuk membuat persiapan untuk sesi persekolahan baru, bermula esok, keseronokan serupa tidak langsung dirasai lima daripada lapan beradik, gara-gara ibu kandung mereka curang dan hidup dengan teman lelakinya.
Hanya persiapan ala kadar mampu disediakan bapa mereka kerana terpaksa memikirkan masalah rumah tangga, selain kecewa dengan tindakan seorang daripada anak gadisnya berusia 17 tahun yang tinggal di rumah kekasihnya di Kuantan, Pahang.
Lima anaknya berusia tujuh hingga 15 tahun terpaksa berdikari dengan melakukan kerja mencuci dan menggosok pakaian sekolah kerana tugas berkenaan tidak lagi dilakukan ibu mereka yang menghilangkan diri.
Dalam menjalankan tugas di pejabat, bapa terbabit juga terpaksa menyediakan sarapan pagi untuk semua anaknya dan mendaftarkan mereka di sekolah berdekatan kerana tidak mahu keciciran dalam pelajaran.
Bapa terbabit yang mahu dikenali sebagai Salim, 46, berkata kecurangan isteri menyebabkan semua anaknya terpaksa berdikari tanpa mengharapkan ibu kandung untuk menjalani sesi persekolahan yang bermula esok.
“Sebelum semua ini berlaku, dia ibu penyayang dan tidak pernah mengabaikan anak tetapi tindakannya menjalinkan hubungan dengan lelaki lain menyebabkan segala-galanya berubah.
“Kini saya perlu menguruskan persekolahan anak seorang diri dan mengajar mereka untuk berdikari dalam menjalani hari-hari mendatang, termasuk membasuh dan menggosok pakaian sekolah,” katanya ditemui di sebuah kampung di sini.
Kehidupan bahagia yang dibina bersama isteri sejak 20 tahun lalu musnah selepas wanita berusia 36 tahun itu didakwa menjalin hubungan dengan pemuda berusia 20-an sehingga naluri suami terbabit bersuara untuk bertindak atas perbuatan isterinya.
Peristiwa pahit yang berlaku pada Aidiladha lalu di kediamannya di Kuantan, Pahang, membuatkan jiwanya kacau dan bergolak sehingga terpaksa membawa diri bersama semua anaknya untuk tinggal bersama di rumah adik kandung di sini.
Paling mengecewakan bapa terbabit, persediaannya untuk persekolahan lima anaknya berusia tujuh hingga 15 tahun terpaksa dibuat secara ala kadar kerana tidak dapat memberi fokus dengan masalah yang membelenggu fikirannya.
Bebannya semakin memuncak selepas seorang anak gadisnya yang baru selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia turut mengikut jejak langkah ibu dan kini tinggal di rumah teman lelakinya di Kuantan.
Dia berkata, fikirannya buntu selepas isterinya bermain kayu tiga dengan tiga lelaki lain sebelum jatuh cinta dengan seorang pemuda yang juga pembantu kedai makan.
“Sebelum ini, pernah beberapa kejadian tidak diingini dilakukan isteri. Kecurangan berlaku ketika saya ditukarkan dari Kuantan ke Temerloh sebelum dia menjalin hubungan dengan seorang lelaki sekitar 40-an.
“Saya tidak sangka niat memberi kebenaran kepadanya untuk berniaga kedai makan disalahgunakan dengan menjalin hubungan dengan lelaki terbabit sehingga pernah tidak pulang ke rumah,” katanya.
Menurutnya, berikutan kejadian itu isterinya memfailkan permohonan taklik di Mahkamah Rendah Syariah, Kuantan, Ogos lalu, tetapi digugurkan berikutan tidak menepati syarat ditetapkan sebelum keputusan berkenaan dikeluarkan pada Oktober lalu.
“Saya pernah menyiasat kecurangan isteri dan mendapati teman lelakinya menyewa sebuah bilik hotel. Selepas kejadian itu, saya pernah membuat laporan kepada pejabat agama tetapi tiada tindakan diambil,” katanya.
Meskipun isterinya pernah berjanji untuk tidak curang lagi, kehadiran seorang pemuda yang bekerja di kedai makannya mengubah segala-galanya.
“Pada Aidiladha lalu, isteri menjalin hubungan dengan orang ketiga. Orang itu adalah pemuda yang diambilnya bekerja sebagai pembuat roti canai, menyebabkan mahligai perkahwinan kami yang dibina sejak 20 tahun semakin retak.
“Mana tidaknya, tiba-tiba isteri mengakui tidak mahu meneruskan perkahwinan kami lagi tetapi tidak berusaha mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Syariah untuk membuat keputusan,” katanya.
Akibat tidak mampu menahan perasaan yang membelenggu jiwa, Salim mengemukakan permohonan untuk proses pemindahannya dari Temerloh ke Kelantan dan diluluskan jabatannya.
“Saya membuat keputusan berpindah sebelum Aidilfitri lalu. Bayangkan semua anak berada di rumah adik di Kelantan, saya pula di Temerloh, dan isteri pula di Kuantan, selain tidak mahu ikut bersama.
“Ketika ketiadaan saya, dia menjalin hubungan dengan pemuda terbabit dan tinggal bersama keluarga lelaki itu, termasuk ayah dan adiknya, di rumah saya. Akibatnya, perniagaan isteri tidak laku selepas dipulau jiran tetangga,” katanya.
Salim berkata, beberapa laporan polis turut dibuat selepas barangannya dicuri dari rumahnya di Kuantan, namun tiada tindakan diambil selepas siasatan mendapati arahan mengeluarkan barang dilakukan isteri.
“Kejadian itu menyebabkan saya kerugian besar kerana semua perkakas rumah dan elektrik disimpan di balai polis untuk dijadikan bahan bukti, sedangkan saya memerlukan kelengkapan itu untuk digunakan anak.
“Isteri pula menghilangkan diri bersama teman lelakinya ke Kuala Lumpur, selain menjadi buruan dua ‘along’ kerana membuat pinjaman RM5,000,” katanya.
TUMPAT: Ketika rakan sebaya sibuk membuat persiapan untuk sesi persekolahan baru bermula hari ini di negeri ini, keseronokan diharap tidak langsung dirasai lima daripada lapan beradik, gara-gara ibu kandung mereka curang dan mengikut teman lelaki.
Hanya persiapan ala kadar mampu disediakan bapa mereka kerana terpaksa memikirkan masalah rumah tangga, selain kecewa dengan tindakan seorang daripada anak gadisnya berusia 17 tahun yang tinggal di rumah kekasihnya di Kuantan, Pahang.
Lima daripada anaknya berusia tujuh hingga 15 tahun terpaksa berdikari dengan melakukan kerja mencuci dan menggosok pakaian sekolah kerana tugas berkenaan tidak lagi dilakukan ibu mereka yang menghilangkan diri.
Dalam menjalankan tugas di pejabat, bapa terbabit juga terpaksa menyediakan sarapan pagi untuk semua anaknya dan mendaftarkan mereka di sekolah berdekatan kerana tidak mahu keciciran dalam pelajaran.
Bapa terbabit yang mahu dikenali sebagai Salim, 46, berkata kecurangan isteri menyebabkan semua anaknya terpaksa berdikari tanpa mengharapkan ibu kandung untuk menjalani sesi persekolahan yang akan bermula esok.
“Sebelum semua ini berlaku, dia ibu penyayang dan tidak pernah mengabaikan anak, namun tindakannya menjalin hubungan dengan teman lelaki menyebabkan segala-galanya berubah.
“Kini saya perlu menguruskan persekolahan anak seorang diri dan mengajar mereka untuk berdikari dalam menjalani hari-hari mendatang, termasuk membasuh dan menggosok pakaian sekolah,” katanya ditemui di sebuah kampung di sini.
Kehidupan bahagia yang dibina bersama isteri sejak 20 tahun lalu musnah selepas wanita berusia 36 tahun itu didakwa menjalin hubungan dengan pemuda berusia 20-an sehingga naluri suami terbabit bersuara untuk bertindak atas perbuatan isterinya.
Peristiwa pahit yang berlaku pada Aidiladha lalu di kediamannya di Kuantan, Pahang membuatkan jiwanya kacau dan bergolak sehingga terpaksa membawa diri bersama semua anaknya untuk tinggal bersama di rumah adik kandung di sini.

“Sebelum ini pernah berlaku beberapa kejadian tidak diingini dilakukan isteri. Kecurangan berlaku ketika saya ditukarkan dari Kuantan ke Temerloh sebelum dia menjalin hubungan dengan seorang lelaki sekitar 40-an.

Menurutnya, berikutan kejadian itu isterinya memfailkan permohonan taklik di Mahkamah Rendah Syariah, Kuantan, Ogos lalu, namun digugurkan berikutan tidak menepati syarat ditetapkan sebelum keputusan berkenaan dikeluarkan pada Oktober lalu.

“Mana tidaknya, tiba-tiba isteri mengakui tidak mahu meneruskan perkahwinan kami lagi, namun tidak berusaha mengemukakan permohonan terbabit kepada Mahkamah Syariah untuk membuat keputusan,” katanya.

“Ketika ketiadaan saya, dia menjalin hubungan dengan pemuda terbabit dan tinggal bersama keluarga teman lelaki, termasuk ayah dan adiknya, di rumah saya. Keadaan itu menyebabkan perniagaan isteri tidak laku selepas dipulau jiran tetangga,” katanya.
BACHOK - Polis sedang giat memburu suspek yang terlibat dalam kes pembuangan mayat seorang bayi perempuan di tapak pelupusan sampah di Beris Lalang dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Bachok, DSP Yahya Salleh berkata, pihaknya percaya suspek dari Kota Baharu berdasarkan siasatan daripada keterangan beberapa saksi kejadian.
“Siasatan awal kita mendapati mayat berkenaan dijumpai bersama longgokan sampah yang dibuang lori dari Majlis Daerah Kota Baharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) ke tapak pelupusan sampah di sini, justeru kita percaya perkara itu dilakukan individu di daerah berkenaan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Yahya turut tidak menolak kemungkinan suspek terlibat mungkin juga dari daerah-daerah lain yang cuba membawa mayat berkenaan lebih jauh dari kawasan kediaman mereka. - Bernama
CHESTERFIELD (UK): Seorang pemuda berusia 22 tahun dipercayai menjalani pembedahan membuang alat sulitnya sendiri di rumah sebelum melemparkan organ berkenaan di sebuah taman, di sini.
Pemuda yang tidak dikenal pasti identitinya itu menunggu 24 jam sebelum muncul untuk rawatan di unit kecemasan Hospital Diraja Derbyshire di sini.
Ketika tiba di unit kecemasan, dia memberitahu kakitangan hospital yang dia hanya mengalami sedikit kesakitan ekoran pembedahan dilakukannya itu berbanding yang dijangka sebelum ini. Menurut jurucakap Hospital Diraja Derbyshire, kes pemuda itu luar biasa.
“Seorang pemuda berusia 20-an datang ke hospital kami tanpa alat sulitnya. Dia memberitahu kakitangan kami dia membuang alat sulitnya, semalam,” kata jurucakap itu. Pemuda itu meninggalkan hospital sebaik menjalani rawatan dan dia dinasihatkan doktor supaya menemui pakar psikiatri kerana dipercayai mengalami masalah kekeliruan jantina. - Agensi
GEORGETOWN - Seorang lelaki hampir putus tangan kanannya selepas ditetak oleh sekumpulan lelaki yang bersenjatakan parang berhampiran sebuah hotel di Jalan Persiaran Gurney, awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, dalam kejadian pukul 3.40 pagi, mangsa yang berusia 29 tahun dipercayai diserang sekumpulan lelaki menyebabkannya mengalami kecederaan parah di tangan, muka dan beberapa bahagian badan.
Polis yang bergegas ke tempat kejadian selepas mendapat maklumat awam mendapati mangsa dalam keadaan parah, manakala kesemua suspek melarikan diri, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
"Siasatan awal di tempat kejadian menemui empat bilah parang disembunyikan di bawah kerusi batu serta tepi pokok dan kesan darah di bahagian bonet beberapa buah kereta di depan hotel berkenaan,” katanya. - Bernama

Polis buru suspek buang mayat bayi
02/01/2011 6:38pm
BACHOK - Polis sedang giat memburu suspek yang terlibat dalam kes pembuangan mayat seorang bayi perempuan di tapak pelupusan sampah di Beris Lalang dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Bachok, DSP Yahya Salleh berkata, pihaknya percaya suspek dari Kota Baharu berdasarkan siasatan daripada keterangan beberapa saksi kejadian.
“Siasatan awal kita mendapati mayat berkenaan dijumpai bersama longgokan sampah yang dibuang lori dari Majlis Daerah Kota Baharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) ke tapak pelupusan sampah di sini, justeru kita percaya perkara itu dilakukan individu di daerah berkenaan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Yahya turut tidak menolak kemungkinan suspek terlibat mungkin juga dari daerah-daerah lain yang cuba membawa mayat berkenaan lebih jauh dari kawasan kediaman mereka. - Bernama
Pemuda bedah, buang alat sulit di taman
Pemuda yang tidak dikenal pasti identitinya itu menunggu 24 jam sebelum muncul untuk rawatan di unit kecemasan Hospital Diraja Derbyshire di sini.
Ketika tiba di unit kecemasan, dia memberitahu kakitangan hospital yang dia hanya mengalami sedikit kesakitan ekoran pembedahan dilakukannya itu berbanding yang dijangka sebelum ini. Menurut jurucakap Hospital Diraja Derbyshire, kes pemuda itu luar biasa.
“Seorang pemuda berusia 20-an datang ke hospital kami tanpa alat sulitnya. Dia memberitahu kakitangan kami dia membuang alat sulitnya, semalam,” kata jurucakap itu. Pemuda itu meninggalkan hospital sebaik menjalani rawatan dan dia dinasihatkan doktor supaya menemui pakar psikiatri kerana dipercayai mengalami masalah kekeliruan jantina. - Agensi
TERKINI
Lelaki hampir putus tangan akibat ditetak
02/01/2011 5:51pm
GEORGETOWN - Seorang lelaki hampir putus tangan kanannya selepas ditetak oleh sekumpulan lelaki yang bersenjatakan parang berhampiran sebuah hotel di Jalan Persiaran Gurney, awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, dalam kejadian pukul 3.40 pagi, mangsa yang berusia 29 tahun dipercayai diserang sekumpulan lelaki menyebabkannya mengalami kecederaan parah di tangan, muka dan beberapa bahagian badan.
Polis yang bergegas ke tempat kejadian selepas mendapat maklumat awam mendapati mangsa dalam keadaan parah, manakala kesemua suspek melarikan diri, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
"Siasatan awal di tempat kejadian menemui empat bilah parang disembunyikan di bawah kerusi batu serta tepi pokok dan kesan darah di bahagian bonet beberapa buah kereta di depan hotel berkenaan,” katanya. - Bernama
Wakaf remaja bercumbu
Oleh Mohamad Yatim Latip
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
MELAKA: Tindakan segelintir pasangan remaja memadu kasih di beberapa wakaf di Perkampungan Ikan Bakar Terapung (PIBT) Umbai, dekat sini, menimbulkan rasa kurang senang pengunjung medan selera berkenaan.
Pasangan remaja terbabit yang datang menaiki motosikal sering duduk di wakaf berkenaan sambil bercumbuan, malah ada yang melakukan aksi lebih daripada itu.
Pekerja di PIBT Umbai, Sapiah Khamis, 50, mendakwa perbuatan segelintir remaja terbabit ada kalanya melakukan perbuatan terkutuk sambil berbaring dalam keadaan telanjang di atas bangku wakaf.
Menurutnya, perbuatan sumbang remaja yang berusia 20-an itu sudah lama berlaku dan mereka mudah berbuat begitu kerana tiga wakaf itu terlindung pokok bakau serta tumbuhan lain yang merimbun.
“Pernah satu ketika saya menegur satu pasangan remaja yang duduk bermesra di satu wakaf di situ, tetapi menyakitkan hati apabila mereka dengan sengaja melakukan aksi bercium di depan saya.
“Saya hanya mampu menegur perbuatan mereka itu. Bagaimanapun, saya kecewa dan terkilan apabila remaja terbabit sanggup berbuat demikian tanpa malu,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Sementara itu, Sapiah berkata, pasangan remaja terbabit berkunjung ke wakaf di situ hampir setiap hari dan tidak mengira waktu iaitu dari pagi hingga Maghrib.
Sehubungan itu, dia berharap pihak berkenaan mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani kegiatan kurang sihat di situ.
“Selain itu, pihak berkenaan perlu mencantas bahagian bawah setiap pokok bakau yang merimbun dan melindungi pemandangan wakaf dari bangunan PIBT dan kawasan lapang lain supaya mereka tidak berani atau mempunyai peluang melakukan perbuatan keji itu,” katanya.
Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, masalah berkenaan perlu diatasi segera sebelum ia menjadi kawasan tumpuan pasangan memadu kasih.
Katanya, kemudahan itu disediakan untuk tujuan bersantai dan bukan melakukan perkara tidak sepatutnya.
“Malah, perbuatan tidak sopan dilakukan sesetengah pasangan terbabit dianggap tidak wajar dan bertentangan hukum agama serta nilai budaya bangsa kita.
“Bagaimana jika ada keluarga yang membawa anak masing-masing bersiar-siar di sekitar wakaf berkenaan dan terserempak mereka yang sedang bercumbuan. Sudah tentu ia boleh menimbulkan perasaan malu bagi keluarga berkenaan,” katanya.
Pasangan remaja terbabit yang datang menaiki motosikal sering duduk di wakaf berkenaan sambil bercumbuan, malah ada yang melakukan aksi lebih daripada itu.
Pekerja di PIBT Umbai, Sapiah Khamis, 50, mendakwa perbuatan segelintir remaja terbabit ada kalanya melakukan perbuatan terkutuk sambil berbaring dalam keadaan telanjang di atas bangku wakaf.
Menurutnya, perbuatan sumbang remaja yang berusia 20-an itu sudah lama berlaku dan mereka mudah berbuat begitu kerana tiga wakaf itu terlindung pokok bakau serta tumbuhan lain yang merimbun.
“Pernah satu ketika saya menegur satu pasangan remaja yang duduk bermesra di satu wakaf di situ, tetapi menyakitkan hati apabila mereka dengan sengaja melakukan aksi bercium di depan saya.
“Saya hanya mampu menegur perbuatan mereka itu. Bagaimanapun, saya kecewa dan terkilan apabila remaja terbabit sanggup berbuat demikian tanpa malu,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Sementara itu, Sapiah berkata, pasangan remaja terbabit berkunjung ke wakaf di situ hampir setiap hari dan tidak mengira waktu iaitu dari pagi hingga Maghrib.
Sehubungan itu, dia berharap pihak berkenaan mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani kegiatan kurang sihat di situ.
Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, masalah berkenaan perlu diatasi segera sebelum ia menjadi kawasan tumpuan pasangan memadu kasih.
Katanya, kemudahan itu disediakan untuk tujuan bersantai dan bukan melakukan perkara tidak sepatutnya.
“Malah, perbuatan tidak sopan dilakukan sesetengah pasangan terbabit dianggap tidak wajar dan bertentangan hukum agama serta nilai budaya bangsa kita.
“Bagaimana jika ada keluarga yang membawa anak masing-masing bersiar-siar di sekitar wakaf berkenaan dan terserempak mereka yang sedang bercumbuan. Sudah tentu ia boleh menimbulkan perasaan malu bagi keluarga berkenaan,” katanya.
No comments:
Post a Comment