Monday, January 3, 2011

SERONOK ADA ANAK...LEBIH2 KEMBAR...RAMAI YANG KAHWIN TAPI TAK ADA ANAK....SOAL ANAK ANGKAT ATAU ANAK SENDIRI TAK MENGENANG BUDI TU HAL LAIN....SERAH AJE PADA ALLAH....ALLAH TAHU BAGAIMANA NAK MEMBALASNYA....OLEH ITU JAGALAH ANAK SETAKAT MAMPU SERTA TERDAYA...

NEGARA


Tinggalkan najis selepas mencuri


BENTUK lubang pada dinding pasar raya yang kehilangan sejumlah duit syiling di Jalan Beserah, Kuantan semalam.



KUANTAN - Pencuri yang memecah masuk ke sebuah pasar raya di Jalan Beserah di sini semalam bukan saja melarikan sejumlah wang syiling tetapi juga sempat membuang air besar di premis itu.
Pengurus pasar raya itu, Gan Yoke Chow berkata, kejadian dipercayai berlaku pada pukul 2 pagi dengan pencuri itu memecah masuk menerusi tandas di pasar raya itu selepas mencungkil batu-bata pada dinding tandas.
"Pencuri juga seolah-olah tahu di mana wang syiling tersebut disimpan kerana hanya menyasarkan ruang pejabat tertentu," kata Yoke Chow ketika ditemui di sini.
Menurut pengurus pasar raya itu lagi, pencuri juga tidak memecahkan pintu bilik yang disasarkan untuk mendapat wang syiling itu, sebaliknya hanya membuat lubang pada dinding yang didirikan daripada kepingan papan lapis.



NEGARA


Dua beranak mati lemas


Hasnah (berbaju oren) tidak dapat menahan kesedihan ketika menatap jenazah suami dan anak lelakinya di Rumah Mayat Hospital Kota Tinggi, Johor kelmarin.



KOTA TINGGI – Hasrat seorang bapa untuk menyelamatkan anak sulungnya yang tergelincir ketika berjalan-jalan di pantai Tanjung Balau di sini kelmarin berakhir dengan tragedi apabila kedua-duanya ditemui mati lemas.
Mayat mangsa, Norizal Tajudin, 40, yang merupakan seorang pegawai waran dua Briged Ke-7 (Artelari) Kem Mahkota Kluang dan Mohd. Shyful Akmal, 11, ditemui pada pukul 2.15 petang oleh pengunjung pantai.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Osman Muhammad Sebot berkata, kejadian tersebut berlaku ketika Norizal cuba menyelamatkan Mohd. Shyful yang terjatuh ke dalam laut selepas tergelincir dari atas batu di pantai tersebut.
“Ketika ditemui, dua beranak tersebut gagal diselamatkan. Mayat mereka dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat,” katanya di sini semalam.



NEGARA


Penyerang gadis dijel 17 tahun



NUR AIN ASHIKIN yang melecur teruk dan cedera ditikam ketika dirawat di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru baru-baru ini.


KOTA TINGGI - Seorang remaja, Habin Noor Sulaiman yang mengaku bersalah atas dua pertuduhan iaitu mencederakan dan cuba membunuh Nur Ain Ashikin Jemedi, 17, dalam kejadian di Kampung Baru Sungai Redan di sini pada Disember lalu dijatuhi hukuman penjara 17 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Hakim Salawati Djambari ketika menjatuhkan hukuman itu menyifatkan perbuatan tertuduh sebagai kejam dan ganas sehingga menyebabkan mangsa trauma.
Mengikut pertuduhan pertama, Habin didakwa cuba membunuh Nur Ain Ashikin menggunakan sebilah pisau dan asid cuka getah sehingga menyebabkan mangsa cedera parah







NEGARA


Gelagat murid kembar tarik perhatian


TIGA pasangan kembar (dari kiri) Siti Hasmah, Siti Rosmah, Nurin Najma, Nurin Najla, Puteri Nurhamizah dan Puteri Nurhadirah memulakan persekolahan di SK Convent di Alor Setar semalam.



ALOR SETAR – Kehadiran murid kembar mewarnai hari pertama sesi persekolahan 2011 yang bermula semalam.
Tiga pasangan kembar perempuan menarik perhatian ramai apabila memulakan hari pertama di Sekolah Kebangsaan (SK) Convent di sini.
Nurin Najla Izhan dan Nurin Najma serta Puteri Nurhadirah Abdul Ghani dan adiknya, Puteri Nurhamizah ditempatkan di kelas 1 Cendekia manakala pasangan Siti Hasmah Zakaria dan adiknya, Siti Rosmah pula di kelas 1 Kreatif.
Nurin Najla memberitahu, dia gembira kerana dapat berjumpa dengan kawan-kawan baru dan bakal belajar bersama adiknya.
“Semasa rehat saya beli nasi lemak dan makan bersama dengan adik. Saya tidak mahu duduk di kelas lain kerana mahu belajar bersama-sama dengan adik,” katanya di sini semalam.



NEGARA


Presma, Primas larang restoran guna teh timbang

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) yang mempunyai 1,600 anggota telah lama mengeluarkan arahan kepada anggota persatuan itu supaya tidak menggunakan teh timbang atau teh sukat ketika menyediakan teh kepada para pelanggan.
Presidennya, Noorul Hassan Sahul Hameed berkata, pihaknya dengan kerjasama Kementerian Kesihatan sentiasa melakukan pemantauan dari semasa ke semasa terhadap restoran mamak bagi memastikan mereka tidak menggunakan teh tersebut.
"Pengusaha restoran mamak yang didapati menggunakan teh timbang atau teh sukat boleh dikenakan tindakan undang-undang," katanya di sini semalam.
Beliau mengulas laporan Kosmo! mengenai perbuatan sesetengah pengusaha restoran tidak bertanggungjawab yang cenderung menggunakan teh timbang atau teh sukat untuk membuat teh tarik kerana harganya yang lebih murah sungguhpun ia mengandungi bahan pewarna yang membahayakan kesihatan pengguna termasuk risiko penyakit kanser.
Noorul Hassan berkata, setakat ini belum ada laporan yang mengaitkan anggota persatuan itu dengan penggunaan teh tersebut.
Justeru, beliau menasihatkan semua pengusaha restoran agar tidak menggunakan teh itu demi kebaikan semua pihak.


JANGAN JADIKAN IA ANAK EMAS...MORAL JAUH DARI APA YANG KITA LIHAT....CAKAP BIJAK....TAPI IA MINUM ARAK...MORALNYA TAK ELOK PADA PANDANGAN MASYARAKAT

NEGARA


TV3 siasat Karam Singh Walia



KARAM SINGH WALIA


PETALING JAYA - Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (TV3) telah memulakan siasatan dalaman berhubung tindakan pihak berkuasa terhadap wartawan dan pengacara televisyen TV3, Karam Singh Walia.
Karam Singh sebelum ini dikatakan mengeluarkan kata-kata berunsur penghinaan terhadap orang Melayu.
Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd., Ahmad Izham Omar berkata, TV3 memandang serius terhadap apa yang dilakukan oleh wartawan tersebut.
"TV3 akan menentukan tindakan lanjut setelah segala siasatan (berhubung perkara itu) selesai dijalankan," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

No comments:

Post a Comment