NEGARA
Laporan blogger tidak benar
JAKARTA - Bekas pembantu rumah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim semalam menafikan dakwaan dia telah dirogol oleh bekas majikannya itu seperti yang tersebar dalam Internet baru-baru ini.Malah, wanita itu, Robingah, 46 , sebaliknya memberitahu, dia telah dilayan dengan baik oleh Rais dan ahli keluarganya sepanjang bekerja di rumah majikannya itu dari tahun 1999 hingga 2007.
"Datuk orang yang baik. Saya tidak pernah ada masalah dengannya (Rais).
"Semua laporan yang mengatakan saya diperkosa sama sekali tidak benar," demikian kata Robingah dalam kenyataan yang disiarkan portal berita Detiknews.com semalam. Laman web itu ialah portal berita paling berpengaruh di Indonesia.
Robingah semalam dikunjungi empat kakitangan Balai Pelayanan Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BP3TKI) di rumahnya di Banjarnegara, Jawa Tengah untuk siasatan mengenai dakwaan tersebut.
NEGARA
Jawi cari 650 imam muda
KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sedang mengadakan pencarian bakat-bakat muda di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk diketengahkan sebagai imam menerusi program Imam Muda Qaryah (IMQ).
Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali berkata, program bercorak dakwah itu menyasarkan 650 peserta berkebolehan berdasarkan pengetahuan ilmu agama Islam untuk dilatih dan diketengahkan bagi menggantikan kira-kira 400 imam sedia ada di Kuala Lumpur dan Putrajaya.
"Kebanyakan imam- imam terutama khatib yang dilantik Jawi dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) terdiri daripada warga emas berusia antara 40 hingga 60 tahun ekoran faktor kurangnya kemahiran dan minat generasi muda untuk menggalas tugas sebagai imam.
"Jadi, penganjuran IMQ merupakan tindakan proaktif jabatan dalam menangani situasi itu di mana ia juga boleh dilihat sebagai landasan terbaik melahirkan imam-imam pelapis di kalangan orang muda," katanya pada sidang akhbar program IMQ di sini semalam.
NEGARA
Amukan madu cemburu buta
JITRA – Akibat gagal mengawal perasaan cemburu membuak-buak, seorang wanita yang berkongsi kasih seorang lelaki sanggup menetak kepala madu dan anak tirinya dengan parang dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Baru, Sungai Korok di sini semalam.Akibat serangan tanpa belas kasihan pada pukul 10.30 pagi itu, mangsa Siti Aminah Hanapi, 50, cedera parah di dahi, pipi kanan dan tangan kiri manakala anaknya, Nurul Syuhada Saad, 16, pula cedera di kaki kanan.
Dua beranak itu kemudian dikejarkan ke Hospital Jitra di sini oleh seorang jiran namun dua jam kemudian Siti Aminah yang cedera parah terpaksa dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).
Nurul Syuhada ketika ditemui di Hospital Jitra berkata, sebelum ini, ibu tirinya yang dikenali dengan nama Mah, 20-an, tinggal berasingan di Kuala Nerang dekat sini namunberpindah tinggal serumah dengan ibunya sejak beberapa hari lalu.
NEGARA
Lelaki maut jatuh dari tingkat 21
BUKIT MERTAJAM – Seorang wanita warga emas terkejut apabila seorang lelaki yang ditegurnya kerana berdiri di tepi koridor tingkat 21 Rumah Pangsa Teluk Indah dekat sini akhirnya ditemui mati dipercayai terjatuh dari bangunan itu.Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.35 petang semasa Janet Tan, (gambar) 56, yang berjalan pulang ke rumahnya di tingkat sama, terlihat seorang lelaki sedang termenung dalam keadaan resah sambil menghisap rokok.
Janet berkata, ketika itu dia menasihati lelaki berkenaan agar tidak berada di tepi koridor berkenaan kerana perbuatan itu membahayakan keselamatannya.
“Tapi teguran saya tidak diendahkan oleh lelaki berkenaan, sebaliknya dia hanya diam dan terus menghisap rokok dengan keadaannya seperti orang dalam kesusahan.
“Melihat sikapnya yang mencurigakan, saya menghubungi seorang penduduk lain memaklumkan perkara itu dan saya kemudian masuk ke dalam rumah,” ujarnya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian semalam.
NEGARA
Mangsa cuka getah, tikam meninggal
JOHOR BAHRU - Selepas hampir sebulan bertarung nyawa, seorang gadis yang cedera parah akibat ditikam sebanyak 19 kali dan disimbah cuka getah oleh seorang lelaki di Kampung Baru Sungai Redan, Kota Tinggi di sini disahkan meninggal dunia semalam.Nur Ain Ashikin Jemedi, 17, menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 8.32 pagi di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini semalam.
Nur Ain Ashikin sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut sejak 16 Disember lalu.
Turut berada di sisi Nur Ain Ashikin sebelum dia meninggal dunia ialah tiga kakaknya iaitu Marlina, 30, Suraidah, 27, dan Siti Zubaidah, 21.
Marlina berkata, pihak hospital telah menghubunginya pada pukul 11 malam kelmarin untuk memaklumkan keadaan Nur Ain Ashikin yang semakin kritikal.
NEGARA
Nurul rasa takut hadapi pembedahan
|
|
KUALA TERENGGANU - Perasaan gementar menyelubungi Che Ku Huzaimah Che Ku Awang, 29, apabila anaknya, Nurul Dahyatul Fazlinda Khalid, 9, yang menjadi mangsa simbahan asid dijadualkan menjalani pembedahan di bahagian muka esok.
Menurut Che Ku Huzaimah, Nurul telah dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Nur Zahirah petang semalam bagi menjalani pemeriksaan awal.
"Saya dimaklumkan, Lin (panggilan kepada Nurul) akan menjalani pemeriksaan asas termasuk pengambilan darah sebelum pembedahan dilakukan.
"Jika semua berjalan lancar, dia berkemungkinan akan menjalani pembedahan pada hari Ahad ini (esok)," katanya ketika ditemui di sini semalam.
NEGARA
Tidak serik datang ke Malaysia
|
|
IPOH – Mangsa terakhir yang terselamat dalam nahas terburuk negara di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini pada 20 Disember lalu dibenarkan keluar dari wad Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini semalam.
Achara Wiwat, 36, yang mengalami cedera parah di kaki kanan, pinggul, lutut dan jangkitan paru-paru dibenarkan pulang setelah keadaannya dilaporkan semakin stabil.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam Perak, Datuk Mah Hang Soon berkata, wanita warga Thailand itu dibawa pulang dengan menaiki ambulans menerusi sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, Kedah.
“Sebaik tiba di sana nanti, Achara disambut oleh pegawai perubatan Hospital Hatyai, Thailand dan akan menjalani rawatan fisioterapi di hospital tersebut,” katanya selepas menziarahi Achara sebelum wanita itu dibenarkan keluar wad di sini semalam.
No comments:
Post a Comment