ALOR SETAR – Kebiasaan- nya kuih-muih dijual pada harga RM1 untuk tiga biji manakala martabak pula dijual RM2 untuk satu keping di mana-mana bazar Ramadan di negeri ini.
Berbeza dengan bazar Ramadan di pekarangan Stadium Darulaman di sini, orang ramai sekitar bandar raya ini berpeluang menikmati pelbagai jenis kuihmuih seperti karipap, masalodeh, keria, buah melaka, cucur jagung dan cucur badak yang dijual pada harga RM1 untuk 10 biji.
Nurhayati Ahmad, 49, yang berniaga di bazar Ramadan itu sejak 10 tahun lalu berkata, dia menjual kuih-muih bersaiz mini pada harga RM1 untuk 10 biji sepertimana arwah ayahnya lakukan dahulu.
“Arwah ayah selalu berpesan, kalau nak berniaga perlu bagi orang puas hati, buat kuih mesti kena sedap dan jangan terlalu memikirkan keuntungan sahaja,” katanya kepada Bernama.
Nurhayati berkata, walaupun sekarang harga bahan mentah sudah naik, tetapi dia tetap mengekalkan harga RM1 itu walaupun keuntungan yang dia dapat tidak semewah dahulu.
“Saya rasa puas jika semua kuih yang saya jual itu habis dan mereka (pembeli) yang beli kuih saya akan datang lagi pada hari lain dan itu menunjukkan mereka puas hati dengan kuih yang saya jual,” kata Nurhayati yang dibantu oleh anak serta menantu.
Sifat-sifat Mahmudah..
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Syukur kehadrat Illahi dengan limpah kurniaNya dapat lagi ustazah menulis dan mencoret tinta buat tatapan semua pembaca dan dapat juga ustzah berkongsi ilmu di alam maya ini.Kali ini suka ustazah berkongsi tajuk “Sifat-sifat Mahmudah(terpuji)”
Adapun sifat-sifat Mahmudah itu ada 10 sifat iaitu:-
1. Taubat - keazaman untuk meninggalkan segala kesalahan dan dosa2 yg telah dilakukan
2. Takut kepada Allah (taqwa)- Seseorang muslim itu apabila dia mengenali Zat Allah melalui sifat2Nya, maka jiwanya akan mewarisi perasaan takut terhadap Allah SWT
3. Mahabbah (kasih sayang)- Kasih akan Allah SWT itu dipuji oleh syarak dan dimuliakan oleh Rasullullah saw
4. Zuhud - mengambil dunia sekadar yang perlu
5. Sabar
6. Syukur -
7. Ikhlas dan benar
8. Tawakkal - sentiasa berserah diri kepada Allah SWT setelah berazam, seterusnya diikuti dgn usaha
9. Redha dgn Qadak dan Qadar
10. Mengingati Mati - Hadis Nabi saw bermaksud ” Sepintar-pintar manusia ialah orang yang sentiasa mengingati mati dan sentiasa bersiap sedia menghadapinya, mereka itulah orang yang bijaksana”.
Semoga catatan ustazah kali ini dapat memandu diri kita semua (termasuk ustazah sekali le) untuk mengamalkan sifat2 yang terpuji ini, InsyaAllah.
-ustazah azimah-
Sifat-sifat Mazmumah
1. Syarrut ta‘am (banyak makan)
* Iaitu terlampau banyak makan atau minum ataupun gelojoh ketika makan atau minum.
* Makan dan minum yang berlebih-lebihan itu menyebabkan seseorang itu malas dan lemah serta membawa kepada banyak tidur. Ini menyebabkan kita lalai daripada menunaikan ibadah dan zikrullah.
* Makan dan minum yang berlebih-lebihan adalah ditegah walaupun tidak membawa kepada lali daripada menunaikan ibadah kerana termasuk di dalam amalan membazir.
2. Syarrul kalam (banyak bercakap)
* Iaitu banyak berkata-kata atau banyak bercakap.
* Banyak berkata-kata itu boleh membawa kepada banyak salah, dan banyak salah itu membawa kepada banyak dosa serta menyebabkan orang yang mendengar itu mudah merasa jemu.
3. Ghadhab (pemarah)
* Ia bererti sifat pemarah, iaitu marah yang bukan pada menyeru kebaikan atau menegah daripada kejahatan.
* Sifat pemarah adalah senjata bagi menjaga hak dan kebenaran. Oleh kerana itu, seseorang yang tidak mempunyai sifat pemarah akan dizalimi dan akan dicerobohi hak-haknya.
* Sifat pemarah yang dicela ialah marah yang bukan pada tempatnya dan tidak dengan sesuatu sebab yang benar.
4. Hasad (dengki)
* Iaitu menginginkan nikmat yang diperolehi oleh orang lain hilang atau berpindah kepadanya.
* Seseorang yang bersifat dengki tidak ingin melihat orang lain mendapat nikmat atau tidak ingin melihat orang lain menyerupai atau lebih daripadanya dalam sesuatu perkara yang baik. Orang yang bersifat demikian seolah-olah membangkang kepada Allah subhanahu wata‘ala kerana mengurniakan sesuatu nikmat kepada orang lain.
* Orang yang berperangai seperti itu juga sentiasa dalam keadaan berdukacita dan iri hati kepada orang lain yang akhirnya menimbulkan fitnah dan hasutan yang membawa kepada bencana dan kerosakan.
5. Bakhil (kedekut)
* Iaitu menahan haknya daripada dibelanjakan atau digunakan kepada jalan yang dituntut oleh agama.
* Nikmat yang dikurniakan oleh Allah subhanahu wata‘ala kepada seseorang itu merupakan sebagai alat untuk membantu dirinya dan juga membantu orang lain. Oleh yang demikian, nikmat dan pemberian Allah menjadi sia-sia sekiranya tidak digunakan dan dibelanjakan sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah subhanahu wata‘ala.
* Lebih-lebih lagi dalam perkara-perkara yang menyempurnakan agama seperti zakat, mengerjakan haji dan memberi nafkah kepada tanggungan, maka menahan hak atau harta tersebut adalah suatu kesalahan besar di sisi agama.
6. Hubbul jah (kasihkan kemegahan)
* Iaitu kasihkan kemegahan, kebesaran dan pangkat.
* Perasaan inginkan kemegahan dan pangkat kebesaran menjadikan perbuatan seseorang itu tidak ikhlas kerana Allah.
* Akibat daripada sifat tersebut boleh membawa kepada tipu helah sesama manusia dan boleh menyebabkan seseorang itu membelakangkan kebenaran kerana menjaga pangkat dan kebesaran.
7. Hubbud dunya (kasihkan dunia)
* Ia bermaksud kasihkan dunia, iaitu mencintai perkara-perkara yang berbentuk keduniaan yang tidak membawa sebarang kebajikan di akhirat.
* Banyak perkara yang diingini oleh manusia yang terdiri daripada kesenangan dan kemewahan. Di antara perkara-perkara tersebut ada perkara-perkara yang tidak dituntut oleh agama dan tidak menjadi kebajikan di akhirat.
* Oleh yang demikian, kasihkan dunia itu adalah mengutamakan perkara-perkara tersebut sehingga membawa kepada lalai hatinya daripada menunaikan kewajipan-kewajipan kepada Allah.
* Namun begitu, menjadikan dunia sebagai jalan untuk menuju keredhaan Allah bukanlah suatu kesalahan.
8. Takabbur (sombong)
* Iaitu membesarkan diri atau berkelakuan sombong dan bongkak.
* Orang yang takabbur itu memandang dirinya lebih mulia dan lebih tinggi pangkatnya daripada orang lain serta memandang orang lain itu hina dan rendah pangkat.
* Sifat takabbur ini tiada sebarang faedah malah membawa kepada kebencian Allah dan juga manusia dan kadangkala membawa kepada keluar daripada agama kerana enggan tunduk kepada kebenaran.
9. ‘Ujub (bangga diri)
* Iaitu merasai atau menyangkakan dirinya lebih sempurna.
* Orang yang bersifat ‘ujub adalah orang yang timbul di dalam hatinya sangkaan bahawa dia adalah seorang yang lebih sempurna dari segi pelajarannya, amalannya, kekayaannya atau sebagainya dan ia menyangka bahawa orang lain tidak berupaya melakukan sebagaimana yang dia lakukan.
* Dengan itu, maka timbullah perasaan menghina dan memperkecil-kecilkan orang lain dan lupa bahawa tiap-tiap sesuatu itu ada kelebihannya.
10. Riya’ (menunjuk-nunjuk)
* Iaitu memperlihatkan dan menunjuk-nunjuk amalan kepada orang lain.
* Setiap amalan yang dilakukan dengan tujuan menunjuk-nunjuk akan hilanglah keikhlasan dan menyimpang dari tujuan asal untuk beribadah kepada Allah semata-mata.
* Orang yang riya’ adalah sia-sia segala amalannya kerana niatnya telah menyimpang disebabkan inginkan pujian daripada manusia.
Sifat-Sifat Mahmudah (Terpuji) Vs Sifat-Sifat Mazmumah (Terkeji)
Sifat membawa maksud kelakuan, tindakan, akhlak, aktiviti fizikal dan hati, manakala Mahmudah pula membawa erti sesuatu yang dianggap dan dizahirkan sebagai yang terpuji dan cantik pada pandangan mata dan hati manusia secara fitrah dan estetika. Sebaliknya Mazmumah membawa makna yang terkeji, dibenci, dihina, dimarahi, dipulau dan sebagainya oleh sgenap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. Penentuan dan pembezaan hakiki kedua-dua sifat tersebut terletak pada naluri dan fitrah manusia yang suci yang berlandaskan Al-quran dan As-sunnah sahaja.
Setiap amalan sifat-sifat mahmudah akan memberi impak dan implikasi yang mahmudah (positif) kepada diri dan persekitaran pelakunya, manakala amalan sifat-sifat mazmumah sudah pasti memberi kesan yang mazmumah (negatif) dan sangat buruk kepada semua.
Sifat-sifat Mahmudah :
1.0 HIKMAH
Berpengetahuan luas dan bijaksana bertindak berlandaskan Al-Quran, Al-Sunnah dan
alam Syahadah' serta dapat memberi alasan yang munasabah dan bukti yang sesuai.
1.1 Rasional
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata, mampu membuat pertimbangan,
keputusan dan tindakan dengan cepat dan tepat berlandaskan ilmu naqli dan aqli.
1.2 Celik akal
Pintar, cerdas dan berkemampuan memahami serta manaakul sesuatu dengan cepat dan
tepat.
1.3 Maarifah
Pengetahuan yakin dan pengalaman yang membolehkan sesaorang menjelas dan
mengamalkan prinsip dan asas-asas Islam.
1.4 Bercakap benar
Melahirkan kata-kata yang bernas, betul, dan jitu serta bertepatan dengan prinsip-prinsip
Islam secara berhikmah untuk faedah semua.
1.5 Menegakkan kebenaran
Yakin dan berpegang teguh kepada kebenaran serta sentiasa menegakkan kebenaran
dengan hikmah.
1.6 Kesyukuran
Perasaan, ucapan dan perlakuan yang dilahirkan dengan ikhlas terhadap segala nikmat
kurniaan Allah S.W.T, sabar dan redha menerima ketentuan dan dugaanNya' serta
berterima kasih terhadap sumbangan dan khidmat bakti yang diperolehi.
1.7 Takutkan Allah S.W.T.
Perasaan takut dan kagum akan kehebatan Allah S.W.T. yang mendorong sesaorang
melakukan ketaatan dan meninggalkan larangannya.
1.8 Kerajinan
Usaha berterusan dengan penuh semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan
daya usaha dalam melakukan sesuatu perkara untuk mencapai kecemerlangan.
1.9 Prihatin
Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat, menyedari masalah masyarakatk dan
sedia berusaha menyelesaikannya.
1.10 Berketerampilan
Mempunyai kemahiran yang menyeluruh dalam berbagai-bagai bidang khasnya
kebolehan berfikir, kemahiran belajar dan merekacipta.
2.0 'ADAALAH
Keadaan di mana sesuatu perkara itu diletakkan di tempatnya yang sebenar mengikut
syariah Islamiah.
2.1 Kasih sayang
Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam serta berkekalan, lahir daripada hati
yang rela terhadap sesuatu berteraskan prinsip Islam.
2.2 Silaturrahim
Jalinan persaudaraan menghubungkan kaksih sayang berdasarkan pertalian nasab,
musaharah, keagamaan, kejiranan dan kemanusiaan.
2.3 Berterima kasih
Pengiktirafan, penghargaan dan ganjaran yang diberikan sebagai mengenang dan
membalas sesuatu sumbangan dan jasa.
2.4 Baik pertimbangan
Membuat pertimbangan yang wajar untuk menghasilkan keputusan saksama serta tidak
menimbulkan sebarang penyesalan dan ungkitan.
2.5 Toleransi
Sanggup bertolak ansur, sabar dan dapat mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya
perselisehan dan pertelingkahan.
2.6 Saling bermaafan
Sanggup meminta dan memberi maaf bahkan membalas keburukan dengan kebaikan.
2.7 Bermarwah
Menghiasi diri dengan budipekerti yang mulia melalui tuturkata' tingkah laku, pakaian
dan pergaulan.
2.8 Ibadah
Mengabdikan diri kepada Allah S.W.T dengan cara menjunjung segala perintah dan
menjauhi laranganNya.
2.9 Sensitif kepada kezaliman
Sanggup tampil membela makhluk yang dihina, teraniaya dan dizalimi.
2.10 Kejujuran
Sikap dan perlakuan yang menunjukkan niat yang baik, amanah dan ikhlas tanpa
mengharapkan sebarang balasan.
2.11 Kerjasama
Usaha yang baik dan membina yang dilakukan oleh individu pada peringkat keluarga,
komuniti dan masyarakat untuk menegakkan yang maaruf dan mencegah yang mungkar.
2.12 Semangat bermasyarakat
Kesediaan melakukan sesuatu dengan semangat kekitaan untuk kepentingan bersama
bagi mewujudkakn keharmonian hidup bermasyarakat.
2.13 Bermuafakat
Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan yang baik.
3.0 IFFAH
Mengawal nafsu daripada perkara-perkara yang haram dan syubhah, supaya ianya
terdidik ke arah melaksanakan perkara-perkara yang ma'arof serta sentiasa tunduk kepada
petunjuk akal dan syarak.
3.1 Malu
Perasaan 'aib, hina dan rendah diri kepada Allah S.W.T., manusia dan diri sendiri kerana
membuat sesuatu yang keji dan dilarang Allah.
3.2 Kesopanan
Bersikap tenang, berbudi bahasa, berbudi pekerti dan bersopan santun dalam pergaulan.
3.3 Tabah
Tenang, tabah, redha dan ikhlas dalam menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan serta
sentiasa berusaha mengatasinya.
3.4 Baik hati
Sentiasa mengambil berat tentang kebajikan orang lain dan memahami perasaan mereka
secara tulus ikhlas dan ihsan.
3.5 Murah hati
Sedia memberi bantuan seca ikhlas dan ihsan kepada mereka yang memerlukan sama ada
dalam bentuk kebendaan dan sokongan moral.
3.6 Kebebasan
Merasa tidak terkongkong melakukan sesuatu dengan penuh tanggungjawab berdasarkan
peraturan syarak, norma masyarakat dan undang-undang negara.
3.7 Qana'ah
Redha dengan ketentuan Allah S.W.T., tenang menghadapi cabaran, sentiasa berusaha,
dan tidak mudah berputus asa.
3.8 Berdisplin
Mengenal diri dengan cara menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang
telah ditentukan tanpa mengira di mana ia berada.
3.9 Daya usaha
Berusaha untuk menyempurnakan diri dengan penuh azam dan semangat inisiatif, keriatif
dan inovatif berlandaskan petunjuk Allah S.W.T.
3.10 Sejahtera
Jiwa yang tenteram dan tenang serta tidak menyakiti orang lain hasil daripada keupayaan
mengawal hawa nafsu.
3.11 Wara'
Menjauhkan diri daripada perkara-perkara syubhah, haram dan beriltizam melakukan
kerja-kerja yang baik.
3.12 Wasatiyah
Sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam
pemikirian, peraturan atau perlakuan supaya sesuai dengan agama, norma dan nilai
masyarakat.
3.13 Kebersihan
Menjaga kebersihan rohani, jasmani dan mental serta alam sekitar bagi menjamin
kesejahteraan hidup.
a. Kebersihan diri
Kebersihan diri dan tubuh badan daripada hadas, kekotoran dan najis untuk menjamin
kesejahteraan hidup dan amal ibadat diterima Allah S.W.T.
b. Kebersihan persekitaran
Memelihara alam sekeliling supaya rapi dan bebas daripada kekotoran dan pencemaran.
c. Kebersihan mental
Pertuturan dan perlakuan yang terpuji yang perlu diamalkan oleh seseorang dalam
hubungannya dengan orang lain.
d. Kebersihan rohani
Pemikiran, pertuturan dan perlakuan serta amalan yang bersih dari sebarang kepercayaan
karut dan khurafat terhadap Allah S.W.T.
3.14 Menghargai masa
Mengisi masa secara berfaedah dengan menepati waktu dan menyegerakan sesuatu
tugasan.
a. Menepati waktu
Melakukan sesuatu tepat pada waktunya atau selaras dengan jadual yang ditetapkan.
b. Bijak mengurus masa
Tahu menyusun kerja mengikut keutamaan dan keperluan serta melaksanakannya dengan
cepat dan tepat.
3.15 Dedikasi
Berminat dan rela mengorbankkan masa dan tenaga dalam melakukan sesuatu perkara
yang berfaedah.
4.0 SYAJAAH
Sanggup berjuang dengan penuh kesabaran mempertahankan agama, diri, akal,
keturunan, harta benda, negara, maarwah dengan kekuatan fikiran, harta benda, tenaga
dan jiwa.
4.1 Berjiwa besar
Sentiasa meningkatkan kebolehan diri, berwawasan, sanggup menghadapi resiko dan
bersedia memikul tanggungjawab dengan tabah dan yakin.
4.2 Yakin diri
Kemampuan menghadapi dan menyelesaikan masalah serta boleh menjelaskan prinsip
dan asas-asas dalam perkara yang berkaitan dengan syariat Islam berdasarkan dalil naqli
dan aqli.
4.3 Hemah tinggi
Sentiasa bersedia melakukan segala amalan yang baik dengan penuh iltizam dan ikhlas ke
arah kecemerlangan walaupun terpaksa menghadapi rintangan.
4.4 Tetap pendirian
Meyakini kebenaran dan berpegang teguh kepadanya dalam membuat sebarang
keputusan dan tindakan.
4.5 Istiqamah
Tekal, tepat, tetap dan berterusan dalam mengerjakan sesuatu yang baik.
4.6 Berani mencuba
Berani mencuba dan sanggup melakukan sesuatu yang mencabar dengan penuh kreatif
dan inovatif yang tidak bertentangan dengan syarak.
4.7 Tahan lasak
Mempunyai ketahanan fizikal dan mental serta semangat juang yang tinggi hasil daripada
yang latihan yang intensif dan sistematik.
4.8 Berdikari
Kesanggupan dan kebolehan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain
selaras dengan peraturan dengan peraturan, undang-undang dan agama.
a. Berupaya bertindak sendiri
Sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa mengharapkan orang lain.
b. Yakin kepada diri sendiri
Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup bertindak.
c. Nasihat menasihati
Sedia memberi dan menerima nasihat dengan ikhlas dan sabar.
4.9 Berani berjihad
Sentiasa bersedia dan sanggup berjuang untuk mempertahankan agama, negara, keluarga
dan diri serta kehormatan walaupun terpaksa mempertaruhkan nyawa daripada ancamanmusuh dan godaan syaitan
No comments:
Post a Comment