Tersilap cedok daging babi
Oleh Yusmizal Dolah Aling
yusmizal@hmetro.com.my
yusmizal@hmetro.com.my
Demikian luahan hati Megat Mohd Hermaen, 25, seorang pekerja yang mendakwa menjadi mangsa diskriminasi sebuah syarikat perkapalan terkemuka di negara ini.
“Terfikir juga untuk mencuba nasib dengan syarikat lain, tapi memandangkan kontrak dengan syarikat selama lima tahun berjumlah RM100,000, saya tidak mampu berbuat apa-apa,” katanya.
Megat Mohd berkata, sejak menyertai syarikat berkenaan yang beroperasi di ibu negara lebih dua tahun lalu, dia dan beberapa pekerja lain terpaksa berdepan dengan dilema apabila dihidangkan makanan tidak halal oleh tukang masak di atas kapal terbabit.
Katanya, biarpun terdapat notis melarang penggunaan bahan tidak halal seperti daging babi dalam menu makanan di atas kapal berkenaan, namun ia tetap dimasak dan dihidangkan secara bufet setiap kali tiba waktu makan.
Menurutnya, perkara itu menimbulkan rasa kurang senang hampir 1,000 kru kapal beragama Islam dari seluruh dunia yang terpaksa mencari alternatif lain seperti sayuran dan roti untuk mengisi perut dan ada antara mereka membawa sendiri peralatan memasak seperti dapur serta perkakas lain.
“Namun masalah lain pula timbul apabila pekerja warga asing dari negara lain berebut mahu menggunakan dapur yang sama selepas melihat kami berbuat demikian. malah, ada ketikanya berlaku pergaduhan disebabkan berebut dapur di atas kapal,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.
Paling menyedihkan, katanya, dia yang bertugas untuk memastikan senarai barangan makanan dibawa ke atas kapal tidak dapat berbuat apa-apa ketika melihat daging babi dibawa masuk ke peti ais besar dan diletakkan bersama bahan lain.
Katanya, semua bahan makanan dicampurkan dalam peti sejuk yang sama malah dibiarkan terdedah tanpa diasingkan menyebabkan semua pekerja beragama Islam ragu-ragu untuk makan bufet disediakan kerana bimbang ia tidak halal.
“Pernah beberapa kali saya sendiri tersilap mencedok daging babi ke dalam pinggan namun bernasib baik ditegur seorang rakan. Setiap makanan dilabelkan, tapi kebiasaannya ia dicampur dan diletakkan bersama menyebabkan kami keliru,” katanya.
Nekad untuk membetulkan keadaan itu, dia dan rakan sekerja beberapa kali membuat laporan kepada kapten kapal namun kecewa tiada sebarang tindakan diambil, malah ia menjadi semakin teruk selepas tukang masak dimonopoli warga Filipina.
Sementara itu, rakannya, Nazaruddin Umar, 27, berkata, dia yang bercita-cita untuk menjadi jurutera perkapalan sejak kecil mungkin terpaksa melupakan impian itu selepas tidak tahan lagi berdepan dengan situasi berkenaan sejak tiga tahun lalu. Katanya, ketika mula bertugas sebagai jurutera di kapal itu tiga tahun lalu, dia langsung tidak menyangka akan menghadapi masalah seperti itu apatah lagi membabitkan soal hukum halal dan haram.
‘Tidak logik pengemis buta dapat RM1,000 sehari’
Beliau mengulas dakwaan Ketua Bahagian Warga Tua dan Keluarga Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan, Mujah Hamat berhubung pendapatan pengemis buta yang dipercayai mampu meraih RM500 dan RM1,000 sehari.
Menurutnya, dakwaan itu bukan saja mengundang persepsi buruk masyarakat terhadap orang buta, malah menjejaskan pendapatan golongan cacat penglihatan yang terpaksa menyara keluarga dengan menjual tisu di kaki lima serta premis makanan seluruh negara.
“Dakwaan pengemis cacat penglihatan mampu memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya RM500 dan RM1,000 sehari, itu jelas tidak logik. “Lagipun tidak semua orang buta mencari rezeki dengan cara sedemikian. Setahu saya, kalau yang menjual tisu di sekitar bandar raya ini, mereka hanya meraih pendapatan sekitar RM40 hingga RM60 saja dalam sehari.
“Itupun tidak ditolak dengan tambang teksi yang perlu dibayar setiap kali hendak pergi atau pulang,” katanya.
Mohd Salleh berkata kenyataan dikeluarkan Mujah itu terlalu bersifat terbuka hingga menjejaskan kehidupan orang buta yang berusaha mencari rezeki halal.
“Bayangkan, umat Islam sedang sibuk membuat persiapan perayaan, warga cacat penglihatan ini juga gigih berusaha menjual tisu untuk meraih pendapatan lebih buat keluarga.
“Namun selepas pihak JKM mengeluarkan kenyataan sedemikian, orang ramai bukan saja mula menjauhkan diri malah ada yang mencemuh usaha mereka,” katanya.
Ditukul sampai mati
Oleh Amir Abd Hamid
amir@hmetro.com.my
amir@hmetro.com.my
Mayat mangsa berumur lingkungan 20-an ditemui orang awam dan melaporkan penemuan itu kepada polis, jam 11.30 malam.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohamad Shukor Sulong berkata, mangsa dipercayai dipukul di tempat lain sebelum melarikan diri berikutan siasatan polis menemui titisan darah di lokasi lain.
“Mangsa dipercayai dipukul dengan objek tumpul seperti tukul dan dia melarikan diri ke lokasi mayatnya ditemui.
“Tidak berakhir di situ, mangsa sekali lagi dipukul serta mayatnya diikat kaki dan tangan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan bahagian belakang badan.
Mohamad Shukor berkata, pemeriksaan juga tidak menemui sebarang dokumen milik mangsa dan beliau menolak kemungkinan mangsa disamun.
“Motif kejadian masih dalam siasatan, tetapi kami tidak menolak kemungkinan berlaku perselisihan faham di antara mereka,” katanya.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.
Sembilan das tembakan disangka bunyi mercun
Lelaki berusia 50 tahun itu terkejut apabila pembantu rumahnya memaklumkan menemui beberapa lubang seperti kesan tembakan pada bahagian pintu utama rumah kira-kira jam 6.30 pagi, semalam.
Pemeriksaan lanjut kemudian lebih mengejutkan lelaki itu yang juga pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), di sini, apabila menemui beberapa lagi kesan tembakan yang terkena bahagian depan rumahnya termasuk empat but Toyota Altis miliknya.
“Saya menyedari kejadian ini kira-kira jam 2.45 pagi tadi (semalam). Ketika itu di rumah saya ada tujuh orang termasuk pembantu rumah dan keadaan di luar hujan renyai-renyai.
“Apabila terdengar bunyi letupan, saya beranggapan mungkin remaja bermain mercun di kawasan perumahan itu sehingga awal pagi kerana sekarang pun bulan Ramadan.
Mati bersama 21 kes
Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my
hadzlihady@hmetro.com.my
Dalam kejadian jam 2 pagi itu, penjenayah yang berusia 36 tahun mulanya dilihat dalam keadaan mencurigakan oleh orang awam sebelum memaklumkan polis.
Polis bergegas ke situ sebelum terserempak dengan penjenayah yang memecut motosikalnya bagi mengelak ditahan.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, polis mengejar penjenayah itu dan mengarahkannya memberhentikan kenderaan, tetapi suspek tiba-tiba melompat daripada motosikalnya dan lari ke semak berdekatan.
“Polis mengejarnya, tetapi tiba-tiba dia melepaskan beberapa das tembakan.
dalam usahanya untuk meloloskan diri.
“Menyedari suspek bersenjatakan pistol dan bertindak ganas, polis membalas tembakannya dan satu daripada peluru terkena dada penjenayah berkenaan yang menyebabkannya mati serta-merta,” katanya.
Menurut Ayub, hasil pemeriksaan polis menemui Revolver Cadix Caliber .22 milik suspek yang dipercayai digunakan ketika pecah rumah dan mempertahankan dirinya.
“Hasil semakan juga mendapati suspek mempunyai tujuh rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan antaranya pecah rumah dan mencuri kenderaan.
“Dengan tumpasnya suspek, polis percaya menyelesaikan 21 kes pecah rumah di sekitar Tanjung Bunga dan juga Tanjung Tokong, malah siasatan di sebuah rumah yang dipecah masuknya dikesan cap jari milik penjenayah itu,” katanya.
Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati motosikal digunakan suspek juga dicuri dan pernah dilaporkan hilang di Jelutong.
Ppolis turut menemui beberapa peralatan pecah rumah yang digunakan suspek.
“Selain itu, pemeriksaan beg sandang miliknya turut menemui jam tangan dan syabu,” katanya.
Menurut sumber, wanita terbabit yang terjaga daripada tidur kira-kira jam 5 pagi selepas terdengar bunyi amahnya yang juga warga Indonesia berusia awal 30-an sedang menangis teresak-esak di dapur rumah.
Wanita berusia 51 tahun itu kemudian menanyakan punca sebenar mangsa menangis, namun pembantu rumah itu tidak menjawab dan hanya menangis.
Sebaik didesak, mangsa mengaku diperkosa dua lelaki bertopeng yang mahu menyamun rumah majikannya itu.
“Sebelum kejadian, mangsa yang sedang tidur dikejutkan bunyi salakan anjing majikannya kira-kira jam 2.30 pagi di belakang rumah dan cuba memeriksa apa yang berlaku sebelum tiba-tiba didatangi dua lelaki bertopeng yang kemudian mengacu pisau di lehernya.
“Seorang daripada suspek mengugut akan mencederakan mangsa jika membuat bising dan mengarahkannya menuruti segala kemahuan mereka,” katanya.
Menurutnya, suspek turut mengugut akan menyamun rumah majikannya itu sekiranya dia enggan memuaskan nafsu mereka berdua.
Suspek kemudian memaksa mangsa membawa mereka ke biliknya sebelum merogol mangsa.
“Mangsa hanya mampu berserah dan membiarkan dua lelaki terbabit melampiaskan nafsu mereka kerana bimbang sesuatu yang lebih buruk akan berlaku berikutan suspek bersenjata,” katanya.
Beliau berkata, selepas selesai merogol, suspek terus beredar meninggalkan mangsa dan rumah berkenaan tanpa mengambil barangan berharga dari rumah itu.
Majikan terbabit yang terkejut dengan kejadian itu terus membawa mangsa ke Balai Polis Kajang untuk membuat laporan polis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.
Curi masa Tarawih
Oleh Na’imah Mohamed
naimah@hmetro.com.my
naimah@hmetro.com.my
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, keluarga terbabit mendakwa kerugian lebih RM100,000 apabila beberapa barangan berharga di dalam rumah mereka lesap.
Menurut sumber, keluarga terbabit keluar dari rumah mereka kira-kira jam 8 malam selepas berbuka puasa dan mendakwa rumah berkenaan ditinggalkan dalam keadaan berkunci.
“Bagaimanapun, kira-kira jam 11 malam selepas selesai solat Tarawih, sebaik mereka tiba di rumah didapati keadaan dalam rumah berselerak seperti digeledah,” katanya.
Menurut sumber, setelah memeriksa kawasan rumah, mereka dapati pintu jeriji serta pintu kayu di bahagian dapur diumpil.
“Antara barangan yang didapati hilang termasuk barang kemas bernilai kira-kira RM50,000, laptop, lima utas jam tangan berjenama dan wang tunai RM800,” katanya.
Keluarga berkenaan kemudian membuat laporan polis di Balai Polis USJ 8.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.
Ayah susuli pemergian ibu
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam di Kampung Panjang, dekat Binjai, di sini, Mahmood dalam perjalanan pulang selepas membeli juadah berbuka, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.
Menurut Zainun, ayahnya keluar bersendirian menunggang motosikal jam 6.30 petang, kelmarin untuk mencari juadah berbuka di sekitar kampung berkenaan.
“Ayah beritahu mahu membeli kerutuk daging untuk juadah berbuka. Tiba-tiba, saya dimaklumkan ahli keluarga ayah terbabit kemalangan.
“Saya bergegas ke tempat kejadian yang jaraknya hanya 100 meter dari rumah dan hanya mampu menangis selepas melihat ayah meninggal dunia. Paling memilukan kerutuk daging yang diidamkan untuk berbuka puasa turut ada bersamanya,” katanya.
Zainun berkata, mayat ayahnya dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, di sini, untuk bedah siasat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Panjang jam 7.30 pagi, semalam.
“Ayah tidak menunjukkan sebarang perubahan kerana dia seorang yang pendiam.
“Apapun, kami sekeluarga reda dengan pemergian ayah. Besar dugaan yang perlu dilalui,” katanya.
Gurau jadi kenyataan
Oleh Azlan Hafeedz
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 malam itu, mekanik, Tuan Mat Samsol Tuan Ismail, 35, rentung selepas kereta Proton Wira dinaiki bersama tiga rakan terbabas sebelum terbalik dan terbakar.
Tiga rakan mangsa, Mohd Iqram Ismail, 28, Zuraidi Zakaria, 17, dan Mohd Nazirul Munir Mohd Nasir, 18, hanya cedera dan dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian (HUSM). Mayat Tuan Mat Samsol dibawa ke Hospital Tengku Anis (HTA), di sini untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga. Sebelum kejadian, Tuan Mat Samsol dalam perjalanan dari rumahnya ke Kampung Pak Badol, Bachok untuk makan rojak colek bersama adiknya, Tuan Mat Ruzman, 26, sepupu serta beberapa rakan sekampung dengan menaiki tiga kereta secara berkonvoi.
Tuan Mat Samsol menaiki kereta Proton Wira dipandu Mohd Iqram bersama Zuraidi dan Mohd Nazirul Munir. Sebaik tiba di sebuah stesen minyak di Kampung Jerus, di sini, kereta dipandu Mohd Iqram cuba mengelak sebuah kenderaan dari arah Kota Bharu yang membelok secara mengejut ke stesen minyak itu.
Akibatnya, Mohd Iqram gagal mengawal kenderaan lalu terbabas ke kanan jalan sebelum merempuh tembok pembetung parit sehingga terbalik. Zuraidi tercampak keluar dari kenderaan, manakala Mohd Nazirul Munir dan Mohd Iqram dikeluarkan orang ramai.
Tuan Mat Samsol yang tersepit di tempat duduk penumpang hadapan tidak dapat diselamatkan apabila kereta yang terbalik itu meletup dan terbakar.
Isteri Tuan Mat Samsol, Rusmawati Kamarudin, 29, berkata, suaminya ada bergurau memberitahu mungkin mati terbakar sebelum Aidilfitri ketika berbuka di rumah mereka di Bukit Abal, di sini, tiga hari lalu.
Bagaimanapun, katanya, dia tidak memandang serius kata-kata suaminya itu memandangkan Tuan Mat Samsol yang juga anak sulung daripada 11 beradik memang suka bergurau.
“Selain bergurau mati terbakar tiga hari lalu, semalam (kelmarin) suami tiba-tiba mencium pipi saya selepas berbuka.
“Tak sangka gurauannya menjadi kenyataan,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik HTA, semalam.
Menurut Rusmawati, dia sekeluarga dimaklumkan mengenai kejadian menimpa Tuan Mat Samsol oleh adik iparnya, Tuan Mat Ruzman, sebelum dia dan ibu mentua, Azizah Yusoff, 53, pengsan kerana terkejut.
Katanya, ibu mentuanya rapat dengan suaminya kerana dia anak harapan dalam keluarga, selain mudah dibawa berunding dan suka membantu adik-beradik lain.
“Tragedi ini kali kedua menimpa suami apabila nyawanya hampir melayang dua tahun lalu selepas terbabit dalam kemalangan di Bukit Merbau, sehari sebelum Ramadan,” katanya.
“Kami sekeluarga reda dengan pemergiannya dan menganggap kejadian itu sebagai surat takdir,” katanya.Mangsa turut meninggal empat anak iaitu, Tuan Muhamad Amierul Hayatt, 8, Tuan Nur Amierah Balqis, 6, Tuan Nur Amna Ainunnisya, 4, dan Tuan Nur Auni Batrisya yang baru berusia lima bulan.
Tuan Mat Ruzman pula berkata, dia berada selang tiga kenderaan dengan kereta dinaiki abang sulungnya itu.
Katanya, tiba-tiba dia ternampak kepulan asap sebelum menjangkakan mungkin ada kemalangan kecil, namun terkejut sebaik mendapati kenderaan dinaiki abangnya terbakar.
“Saya difahamkan, Zuraidi tercampak keluar dari kenderaan manakala Mohd Nazirul Munir berjaya dikeluarkan orang ramai diikuti Mohd Iqram sebelum kereta meletup sebanyak dua kali.
“Saya berlari menyelamatkan abang, namun api semakin marak. Apabila bomba tiba, barulah abang ditemui, tetapi dalam keadaan menyayat hati,” katanya.
Menurut Tuan Mat Ruzman, sebelum kejadian dia dan abangnya sempat menikmati durian di rumah ayah mereka sebelum berpakat makan rojak colek di sebuah kedai makan di Kampung Pak Badol.
“Ketika keluar untuk makan rojak colek, saya lihat abang memakai baju terbalik dan seorang rakan sempat menegurnya sebelum dia memberi respon spontan, `mungkin ada sesuatu hendak terbalik’,” katanya yang terkilan kerana gagal menyelamatkan abangnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Drebar van sekolah perkosa murid dijel 15 tahun, 13 sebatan
Hukuman itu dijatuhkan Hakim Rozina Ayob terhadap tertuduh V Tiagarajan, 52, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah terhadap tiga pertuduhan dihadapi selepas dibacakan jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan dalam sebuah van di Jalan Othman 1/12 di sini, pada 26 Julai 2010. Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan dan tidak lebih 30 tahun serta boleh dikenakan sebatan, jika disabit kesalahan.
Mengikut pertuduhan kedua dan ketiga, dia didakwa melakukan kelucahan melampau dan merogol seorang lagi kanak-kanak perempuan iaitu anak saudaranya di sebuah rumah di Jalan PJS 3/52 pada hari dan masa yang tidak dapat dipastikan, dua tahun lalu. Bagi kesalahan melakukan kelucahan melampau, dia didakwa mengikut Seksyen 377E yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan, jika disabit kesalahan.
Terdahulu, tertuduh yang sudah berkahwin dan mempunyai empat anak itu meminta agar hukuman ringan dikenakan ke atasnya dengan alasan menyesal dengan perbuatannya.
“Saya minta hukuman ringan kerana saya menyesal dengan perbuatan saya,” katanya sambil dilihat mengalirkan air mata.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Shah Rizal Abdul Manan memohon agar hakim memberikan hukuman yang setimpal dengan kesalahan dilakukan tertuduh mengambil kira faktor mangsa adalah kanak-kanak dan perbuatan itu sebagai perbuatan yang keji.
Denda RM1,000 rosak harta madu
Tertuduh yang juga ibu kepada seorang anak mengamuk apabila gambarnya diambil jurugambar sebelum ditenteramkan anggota polis pengiring.
Majistret Nor Azizah Yusof menjatuhkan hukuman itu terhadap Rusnah Awang@Shafien, 31, dari Kampung Pekan Sari, Tembila, Kampung Raja, Besut selepas mengaku bersalah tuduhan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh rumah.
Terdahulu, tertuduh diwakili peguam, Hayyatuddin Muhammad memohon mahkamah mengurangkan hukumannya kerana mendakwa dia gagal mengawal perasaan selepas mengetahui suaminya berkahwin lain selepas tiga tahun berumah tangga.
Mengikut fakta kes, tertuduh yang juga isteri kedua menceroboh rumah isteri ketiga suaminya, Azizah Awang, 40, selepas menyedari kereta suaminya berada di hadapan rumah berkenaan dengan merosakkan peralatan rumah termasuk perabot dan pasu bunga di Jalan Kenanga, Batu Buruk, di sini, kira-kira jam 10.15 pagi, 12 Ogos lalu.
Wanita lari dari suami dikurung, dipukul kekasih
Difahamkan, mangsa berusia 30 tahun berkenaan tinggal bersama teman lelakinya di Taman Gembira, di sini, selama dua hari selepas melarikan diri dari rumah suaminya di Perak. Akibat dibelasah, mangsa cedera di kepala, perut, tangan dan kemaluan.
Teman lelakinya turut mengurung dan memaksa dia menceraikan suami dengan mengugut akan membunuhnya jika berdegil.
Sumber berkata, mangsa menuruti kemahuan teman lelaki itu tinggal bersama, tetapi mencari alasan keluar rumah selepas teman lelakinya memukulnya meskipun hamil ima bulan.
“Penderitaan mangsa berterusan apabila dipaksa melayani nafsu seks teman lelaki hingga alat sulit mangsa cedera dan jika menolak akan dipukul,” katanya.
Katanya, teman lelaki mangsa juga merampas semua barangan peribadi mangsa termasuk telefon bimbit, kad pengenalan, komputer riba dan kamera digitalnya selain mengugut untuk membunuh mangsa dan keluarganya jika tidak berkahwin dengannya.
“Bagaimanapun, Sabtu lalu, mangsa mendapat peluang menelefon suaminya menggunakan telefon bimbit teman lelakinya ketika lelaki berkenaan mandi dan memaklumkan kejadian malang menimpa dirinya. “Kira-kira jam 2.30 petang , mangsa diselamatkan dengan bantuan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields sebelum membuat laporan di Balai Polis Petaling,” katanya.
‘Masuk biliklah’
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my
mhafis@hmetro.com.my
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam di rumah pasangan berkenaan di Jalan Pandan Indah di sini, mangsa yang berusia 39 tahun menyapu sampah di dalam rumah apabila tiba-tiba berasa cemburu melihat kemesraan suami dan madu yang tinggal bersamanya.
Pada mulanya, mangsa tidak mempedulikan mereka berdua yang duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen, namun selepas melihat aksi menggoda madunya yang memeluk suami dan bermesra dengan lelaki itu menyebabkan mangsa menegur mereka.
Menurut sumber, mangsa meminta suami dan madunya masuk ke dalam bilik jika ingin bermesra bagi menghormati perasaannya.
“Suami mangsa yang terkejut dengan teguran itu tiba-tiba naik angin dan terus memarahi mangsa dan menyuruhnya supaya tidak campur tangan.
Remaja hilang nyawa selamat budak lemas
Oleh Suraya Roslan
surayaroslan@hmetro.com.my
surayaroslan@hmetro.com.my
Dalam kejadian jam 6.30 petang, Eric Johnson, 13, cuba menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki yang masih tidak diketahui identitinya sebaik melihat budak itu tenggelam timbul dengan menarik tangannya, namun gagal. Difahamkan, remaja berkenaan bersama abangnya dipercayai berjalan ke kolam berkenaan untuk bersiar-siar dan tiba-tiba terdengar jeritan budak lelaki meminta tolong. Menurut sumber, sebaik mendengar jeritan itu, Eric terjun ke dalam kolam berkenaan dan menyelamatkan budak lelaki itu. “Namun tidak sempat naik ke permukaan, Eric dipercayai tergelincir lalu terjatuh di dalam takungan air itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Difahamkan, abangnya, Henry Johnson, 14, cuba menyelamatkan mangsa dengan menarik bajunya, namun gagal.
Sementara itu, jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira jam 7 malam sebelum tiba di tempat kejadian 18 minit kemudian.
Katanya, mayat mangsa ditemui jam 7.25 petang di dasar kolam itu.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
Golongan minum air mandian jenazah jahil agama, ilmu dunia
Beliau mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam berhubung tindakan segelintir individu di Terengganu dikesan mencuri dan mengambil bekas air mandian jenazah serta lebihan kain kafan kononnya untuk dijadikan ubat merawat pelbagai penyakit termasuk mengatasi masalah ketagihan dadah.
Sulaiman berkata, tiada nas dalam al-Quran menyebut mengenai perkara itu, malah dalam adat dan budaya tempatan pun tidak ada.
“Orang yang buat ini individu terdesak dan sanggup buat apa saja untuk pulih.
“Malah, saya sifatkan orang yang ingin dibantu dan membantu juga jahil ilmu agama,” katanya.
Beliau berkata, gejala negatif itu kalau dibiarkan berterusan ia boleh mempengaruhi norma-norma kehidupan.
“Benda itu (air mandian) kotor kerana bila kita mandikan mayat, kita wajib bersihkan semuanya.
“Selain itu, tiada bukti saintifik mengatakan ia dapat menyembuhkan penyakit seperti didakwa,” katanya.
Sulaiman pada masa sama memberitahu air mandian mayat perlu dialirkan dan bukan untuk digunakan semula.
Beliau turut menasihatkan orang ramai yang terjumpa dengan amalan baru atau pelik perlu membuat kajian terlebih dulu supaya tidak mudah terpengaruh.
“Kenapa benda ini timbul sekarang. Kenapa tak dulu kalau ia memberi kesan.
“Apa yang dikhuatirkan ia untuk kepentingan ekonomi individu tertentu saja,” katanya.
Perbuatan khurafat itu didedahkan Pengurus Pusat Urusan Jenazah Islam, di Kuala Terengganu, Mohd Ariff Tengah, 35, yang memberitahu dia menerima lebih 50 permintaan daripada waris dan individu tidak dikenalinya untuk mendapatkan bekas air mandian itu sejak terbabit pengurusan jenazah 15 tahun lalu. “Jumlah itu tidak termasuk yang datang secara sembunyi-sembunyi menadah air mandian jenazah di bawah rumah ketika proses mandi mayat. “Kata mereka, air mayat itu boleh digunakan bagi mengubati pelbagai penyakit termasuk jangkitan HIV dan ketagihan dadah. Perbuatan ini mengundang bahaya kerana air jenazah itu kotor dan mungkin mengandungi pelbagai bakteria atau kuman. “Sekiranya digunakan sebagai ubat kepada individu yang masih hidup, tentu ia boleh mendatangkan jangkitan penyakit,” katanya yang juga perunding pengurusan jenazah Yayasan Islam Terengganu.
Suami berang seret isteri dalam keadaan bogel
Difahamkan, sebelum ini, pasangan terbabit sering bertengkar dan mangsa yang juga suri rumah berusia 30 tahun menjadi tempat melepas geram suaminya itu.
Sumber polis berkata, pada hari kejadian, lelaki berusia 30 tahun itu mengajak isterinya berbuka puasa, tetapi mangsa menolak pelawaannya kerana mahu berbuka di rumah kakaknya menyebabkan suaminya naik angin.
Akibatnya, mangsa dibelasah sebelum diseret dari tingkat satu rumah mereka ke tingkat bawah dalam keadaan bogel.
“Mangsa menangis dan merayu suaminya tidak bertindak demikian, tetapi lelaki itu tidak mengendahkannya,” katanya di sini, semalam.
Siasat dakwaan
Pengarahnya, Datuk Mazlan Mohamad, berkata dia baru mendapat tahu kejadian itu kerana sebelum ini tidak pernah dimaklumkan mengenai kejadian di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Gemuk, Rompin.
Katanya, tiada sebarang laporan dibuat dengan jabatannya dan balai polis menyebabkan pihaknya tidak tahu mengenai kejadian seumpama itu berlaku.
“Jika kami menerima laporan, sudah pasti siasatan dijalankan segera bagi mengenal pasti punca kejadian dan siapa yang terbabit.
“Selain itu, kami ingin tahu mengapa guru melaporkan mangsa demam panas sedangkan (jika benar) mangsa dipukul hingga parah.
“Kejadian ini serius dan kami akan menyiasat secara terperinci bagi mengetahui punca,” katanya.
Sementara itu, menurut sumber, pengurusan sekolah tidak tahu kejadian sebenar dan menghantar mangsa, Mohamad Amirul Abdul Rahim, 15, ke Klinik Tanjung Gemuk sebelum doktor mengesahkan Amirul demam panas.
Menurutnya, pengurusan hanya mengetahui mangsa dipercayai dipukul pelajar senior seperti dakwaannya apabila keluarga pelajar itu membawa Amirul untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru.
“Kami ingatkan Amirul demam panas dan ditambah dengan pengesahan doktor bahawa Amirul hanya demam. Bagaimanapun, kami terkejut apabila diberitahu ibu bapa mangsa doktor HSI mengesahkan dia dipukul dan parah,” katanya.
Along kena bunuh
Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my
rnoraina@hmetro.com.my
Difahamkan, mangsa pergi ke premis tiga tingkat milik suspek yang menjalankan perniagaan kopitiam dan pusat karaoke itu petang semalam untuk menuntut hutang daripada lelaki terbabit.
Malangnya mangsa dikenali Phua Wei Loon, 25, dipercayai dibunuh suspek dalam tandas pusat karaoke yang beroperasi di tingkat satu premis berkenaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa ditemui tertiarap dan berlumuran darah oleh seorang rakannya yang datang untuk mencari mangsa selepas dia gagal dihubungi.
"Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, rakan mangsa yang berusia 24 tahun itu naik ke tingkat atas premis dan menemui mangsa dengan keadaan berlumuran darah dalam tandas.
"Rakannya bertindak menghubungi polis sebelum sepasukan penyiasat tiba ke tempat kejadian dan melakukan pemeriksaan pada mayat mangsa," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, malam tadi.
Menurutnya, mangsa yang berasal dari Banting dekat sini, dipercayai maut akibat kesan tetakan dan kecederaan parah di badan serta kepalanya.
"Hasil siasatan awal kita dimaklumkan rakan mangsa terbabit, mangsa datang ke premis berkenaan untuk berjumpa dengan pemiliknya bagi tujuan menuntut hutang.
"Malah, pemeriksaan polis turut mendapati ada kesan pergelutan namun, tiada senjata ditemui di tempat kejadian," katanya.
Arjunaidi berkata, pihaknya percaya mangsa dibunuh pemilik premis itu yang juga rakyat tempatan dan usaha memburu suspek sedang dijalankan.
Selain itu, premis berkenaan baru beroperasi dan belum mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Menurutnya, ketika kejadian premis terbabit dipercayai tidak beroperasi dan tiada pekerja namun tidak menolak kemungkinan suspek lebih daripada seorang.
"Premis ini dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) namun tidak menghala ke arah tempat mangsa dipercayai dibunuh. Namun, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti suspek dan waktu kejadian.
"Mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat. Keluarga mangsa juga sudah dimaklumkan berhubung kejadian itu," katanya.
Beliau berkata, sehingga kini kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh.
No comments:
Post a Comment