Mercun digenggam meletup
SAKIT...Norayati melihat tangan Mohd Shafik yang cedera.
Dalam kejadian jam 9.10 malam itu, Mohd Shafik cedera jari telunjuk dan melecur teruk di tapak tangan kanan selepas mercun bola dipasang meletup ketika dalam genggamannya.
Norayati berkata, dia tidak tahu dari mana Shafik yang juga pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kompleks Seberang Takir, di sini, mendapat mercun berkenaan, tetapi difahamkan anaknya itu bermain mercun bersama sekumpulan rakan sebaya di perkarangan surau berkenaan ketika jemaah mengerjakan Tarawih.
“Selepas membenarkan dia keluar, saya menyiapkan tempahan jahitan baju pelanggan, tetapi tidak lama kemudian saya terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada seorang rakan Shafik mengatakan anak saya cedera akibat terkena mercun,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam.
Sahur terakhir ayah
Oleh Yusmawati Mhd Yusof
yusmawati@hmetro.com.my
yusmawati@hmetro.com.my
Mayat Anang Osman, 77, ditemui terapung dalam sebuah parit di Taman Semabok Perdana, dekat sini, kira-kira jam 7 pagi oleh seorang pekerja syarikat keselamatan.
Malah, tinjauan di lokasi kejadian mendapati sepasang selipar dan kopiah dipercayai milik mangsa diletakkan kemas di tebing parit berkenaan.
Azman berkata, ayahnya yang juga pesara tentera keluar dari rumah di Bukit Piatu selepas bersahur awal pagi kelmarin untuk bersiar-siar.
“Ayah suka keluar berjalan setiap hari kerana katanya bosan tinggal di rumah seorang diri dan kebiasaannya dia akan pulang pada waktu petang.
“Namun, petang semalam (kelmarin) dia tidak pulang dan saya bercadang untuk membuat laporan mengenai kehilangannya pagi ini (semalam) tetapi dikejutkan dengan kedatangan anggota polis yang menyatakan ayah ditemui mati lemas,” katanya.
Dalam pada itu, saksi dikenali sebagai Liza, 45, berkata dia ke lokasi selepas mendengar jeritan rakan sekerjanya yang melihat tubuh mangsa dalam parit itu.
“Saya dan beberapa rakan berlari ke arahnya dan melihat mangsa dalam keadaan terlentang dan dipercayai masih bernyawa kerana mulutnya mencungap cuba mendapatkan oksigen,” katanya.
Menurutnya, tidak lama selepas itu tubuh mangsa dilihat berpusing dan seolah-olah tertiarap ke dasar parit sebelum rakannya menghubungi bantuan daripada pihak berkuasa.
Sementara itu Pemangku Timbalan Ketua Polis Melaka Tengah, Deputi Superintendan Gan Chip Pho berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan tiada sebarang unsur jenayah.
“Berdasarkan siasatan awal di tempat kejadian, polis percaya mangsa jatuh tersungkur dengan kepalanya terbenam ke dalam air berlumpur,” katanya.
Cacah tatu kuil
Oleh Kasdi Ali
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Ramadan kali ini memberi rahmat dalam jiwa pemuda Melayu berusia 27 tahun itu selepas hampir 10 tahun mengharungi kehidupan bebas tanpa mempedulikan soal hukum haram agama.
Aboy mengakui sepanjang tempoh itu, dia tidak pernah bersembahyang dan menjejakkan kaki di surau atau masjid.
Kemuncak kehidupan tanpa batasan dilalui pemuda dari Manjung itu ialah membuat cacah tatu dengan lambang rumah ibadat agama lain di belakang badannya selepas percaya ia membawa tuah.
“Saya membuat tatu ini tidak lama selepas menyertai satu kumpulan haram pada pertengahan 2008.
Along biadab
Oleh Hamid Karim
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Keghairahan ejen along memasang poster pakej itu di beberapa kawasan seperti Seksyen 25, 28, 30 dan 32, di sini, dilihat seolah-olah mencemar dan mengusik sensitiviti umat Islam yang masih menunaikan ibadat puasa di pertengahan bulan Ramadan.
Beberapa penduduk menyifatkan selain tidak beradab, perbuatan along menampal poster menawarkan pinjaman khas untuk puasa dan hari raya itu mesti diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).
Penduduk Seksyen 25, Nikmat Hashim, 48, mendakwa sehingga semalam, dianggarkan ratusan poster berkenaan boleh ditemui di sekitar bandar raya dipercayai dipasang kumpulan pekerja along terbabit.
“Kami mohon sangatlah kepada pihak berkuasa memandang serius perkara ini. Ini kerana along semakin biadab dan tidak tahu menghormati sensitiviti masyarakat Islam yang sedang berpuasa.
“Mereka berebut-rebut memasang poster itu, seolah-olah menyifatkan semua umat Islam terlalu miskin dan akan mengharapkan pinjaman mereka untuk meraikan ibadat puasa atau sambutan Aidilfitri,” katanya.
Sementara itu, tinjauan Harian Metro semalam mendapati dakwaan penduduk ada kebenarannya apabila poster menawarkan pinjaman sempena Ramadan dan Syawal itu boleh ditemui di beberapa kawasan di bandar raya ini.
Ibu tak sempat beraya’
Oleh Yusmawati Mhd Yusof
yusmawati@hmetro.com.my
yusmawati@hmetro.com.my
Mangsa, Maryam Baba, 73, meninggal dunia jam 9.10 pagi selepas bertarung nyawa hampir 39 jam akibat tidak sedarkan diri dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Melaka (HM) sejurus selepas kemalangan itu.
Menurut anaknya, Zaidi Seman, 43, sebelum kemalangan, arwah disamun di kediamannya di Kampung Gedung Lalang, Bukit Rambai, jam 11 pagi, penjenayah, menceroboh masuk melalui tingkap di bahagian dapur.
Katanya, dia yang kali terakhir bertemu ibunya seminggu lalu tidak menyangka kejadian itu menimpa arwah, malah lebih terkilan apabila ambulans yang membawa arwah ibunya terbabit kemalangan.
“Sangat sedih kerana arwah ibu tidak sempat menyambut Aidilfitri kerana sebelum ini, dia merancang persiapan menjalani ibadat puasa dan menyambut Aidilfitri. Duit RM600 yang disamun penjenayah itu adalah wang yang dikeluarkannya untuk membeli kuih raya dan menyambut hari raya,” katanya ketika ditemui di Hospital Melaka, di sini, semalam.
Menurutnya, jenazah ibunya dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 71/2 Setulang Daing, Bukit Rambai.
Akhbar ini, semalam melaporkan, ambulans dinaiki lima orang termasuk pesakit wanita warga emas yang kritikal akibat pendarahan di kepala, terbalik di tengah jalan sejurus dirempuh teksi dari arah MITC jam 7 petang, Isnin lalu.
Malah, poster serupa turut ditemui dipasang hanya kira-kira 250 meter dari pejabat cawangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Kota Kemuning, dekat sini.
Tak tahu motif simbah asid
Oleh Yusmizal Dolah Aling
yusmizal@hmetro.com.my
yusmizal@hmetro.com.my
SIMPATI...Muhd Khairun (kiri) berbual dengan mangsa di HKL, semalam.
“Kejadian itu benar-benar mengejutkan saya. Saya sedih kerana pada tahun ini dia akan menyambut hari raya di hospital dalam kesakitan akibat kejadian ini. Saya harap pihak tidak bertanggungjawab diberi balasan setimpal,” kata Abdul Latiff Kassim, bapa kepada seorang lelaki yang disimbah asid ketika sedang menunggu rakannya berhampiran tandas awam di Jalan Raja Laut, 8 Ogos lalu.
Katanya, perasaan sedih tidak dapat dibendung apabila melihat kecederaan teruk di muka, badan dan dua tangan anaknya serta berdepan kemungkinan terjejas penglihatan selepas mata kanannya kabur manakala mata kiri belum dapat dibuka.
Abdul Latiff berkata, dia yang sedang menonton televisyen di rumah bersama isteri bergegas ke hospital sebaik menerima panggilan telefon daripada rakan Mohd Raffie yang berada bersamanya pada malam kejadian.
“Ketika tiba, saya terkejut mendapati dia dalam keadaan begitu teruk. Selepas bertemu rakannya, baru saya tahu dia menjadi mangsa simbahan asid oleh orang tidak dikenali ketika sedang menunggu di dalam kereta,” katanya pada sidang media bersama Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh di Unit Rawatan Kebakaran Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam.
Menurut Abdul Latiff, dia sekeluarga menolak kemungkinan kejadian berkenaan bermotifkan dendam kerana anak ketiga daripada empat beradik itu tidak mempunyai masalah di tempat kerja, malah dia disenangi semua orang.
“Ini turut diakui majikan yang datang melawatnya baru-baru ini. Malah ramai rakan sekerjanya turut memberikan sokongan moral dan bersedih dengan kejadian itu. “Saya yakin ia bukan bermotifkan permusuhan dan sebagainya. Ia mungkin dilakukan individu bermasalah,” katanya.
Sementara itu, Muhd Khairun berkata, bironya akan menubuhkan Jawatankuasa Tabung Amanah bagi mencari dana membantu meringankan beban anggota keluarga selain menampung perbelanjaan yang mungkin diperlukan Mohd Raffie.
Katanya, beliau akan mempengerusikan jawatan itu yang dianggotai seorang peguam Mahkamah Tinggi, selain ahli keluarga yang akan ditentukan kemudian bagi mencari dana untuk menampung segala kos berkemungkinan.
Bukan motif dendam

Mati tersedak susu
Oleh Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my
shamsulmunir@hmetro.com.my
Dalam kejadian jam 3 pagi itu, Mohamad Nur Iffan ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa dengan hidung berdarah selepas disusukan ibunya di rumah keluarganya di Kampung Seri Junjung.
Ramlah yang juga suri rumah berkata, anak bongsu daripada lima beradik itu berbeza dengan abang dan kakaknya yang berusia sekitar dua hingga 12 tahun, kerana dilahirkan awal iaitu ketika kandungan berusia tujuh bulan sehingga terpaksa menerima rawatan di hospital.
Menurutnya, sebelum kejadian, dia sempat menyusukan bayinya di dalam bilik jam 12 tengah malam sambil berbaring di sisinya.
Bau lampin ubat rindu

“Bagaimanapun selepas membiarkan Iffan lena dalam keadaan berbaring, saya turut terlelap sebelum dikejutkan anak sulung pada kira-kira jam 3 pagi yang menyatakan hidung adiknya berdarah.
“Saya kemudian memeriksa keadaan anak saya sebelum mendapati susu bercampur darah turut keluar dari hidungnya dan pada masa sama, arwah sudah tidak bernyawa lagi.
“Akibat terkejut dan bimbang, saya menghubungi suami, Mohd Yusoff Mohd Amin, 48, yang mempunyai urusan luar bagi memaklumkan kejadian berkenaan sebelum dia bergegas pulang untuk melihat apa yang berlaku,” katanya.
Menurutnya, sebaik suami tiba, dia terus memeriksa nadi anak bongsu mereka sebelum mendapati dia sudah tidak bernyawa lalu dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar untuk pengesahan dan membuat laporan polis.
Katanya, pemeriksaan doktor mendapati anak mereka mati akibat tercekik susu, namun masih perlu menunggu laporan penuh forensik.
“Sehingga kini, masih terngiang-ngiang hilai ketawa Iffan ketika memandikannya kira-kira jam 6 petang semalam (kelmarin) kerana sebelum ini dia tidak bersikap demikian disebabkan lebih banyak diam.
“Sebaliknya, malam tadi (kelmarin) dia juga kelihatan begitu ceria dan saya bersama suami sempat bermain-main dengannya tanpa menyangka ia bagai memberi petanda bahawa dia akan pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya,” katanya.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Bertangkup jam 11 pagi semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Deros, berkata kejadian disedari ibu bayi berkenaan apabila anaknya tidak bernafas selain terdapat pendarahan pada hidungnya.
Katanya, keluarganya kemudian membawa anak bongsu mereka ke HTF dan doktor mengesahkan bayi berkenaan meninggal dunia. “Saya difahamkan tiada unsur penderaan atau jenayah, sebaliknya kejadian disebabkan lemas akibat tersedak susu dan kes diklasifikasikan mati mengejut,” katanya.

Mastika Hadith
Jilid 1
Bab 4 : Beriman kepada adanya malaikat.
Hadith 41
Dari Anas ra, bahwa Nabi saw bersabda: “Apabila seseorang mukmin diuji oleh Allah dengan sesuatu bencana pada tubuhnya, Allah ta`ala berfirman kepada malaikat penulis amalnya: ‘Tulislah juga untuknya amal-amal solih yang biasa ia lakukan’; kemudian jika Tuhan hilangkan bencana yang menimpanya itu, Tuhan jadikan dia hidup berkeadaan baharu – bersih suci dari dosanya; dan jika Tuhan mengambil nyawanya, diberinya keampunan serta dikurniakan rahmat kepadanya.” (Ibn Abu Shaibah, Imam Ahmad dan Baihaqi)
Muslimin muslimat yang dirahmati Allah. Hadith ke41 ini menceritakan pada dasarnya berhubung dengan ujian, iaitu suatu perkara yang telah ditentukan oleh Allah swt kepada sesiapa saja yang selagi dia dinamakan manusia (terutama orang-orang yang beriman kepada Allah), maka dia tidak akan sunyi dari dikenakan ujian, cabaran dan rintangan dari Allah swt.
Di dalam salah satu buku Prof Dr Hamka, beliau pernah menyebut bahwa, “Ketinggian nilai keimanan itu bukan terletak pada rukuk dan sujud, tetapi ia terletak pada sekadar mana ujian Allah ke atas manusia.”…Tuan-tuan boleh relate sebutan Dr Hamka ini dengan ayat 2 Surah al-Ankabut, yang bermaksud, “Adakah manusia itu mengira, bahwa Kami akan membiarkan sahaja mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji oleh Allah swt.”…Maknanya apa tuan-tuan?…Maknanya, kita tidak layak untuk menyebut kita sebagai orang yang beriman selagi Allah tidak memberi ujian kepada kita. Dan biasanya ujian-ujian ini akan didatangkan oleh Allah mengikut kadar keimanan seseorang. Seperti dalam sebuah hadith riwayat Tirmizi, di mana Nabi saw bersabda yang bermaksud, “Besarnya pahala seseorang adalah bersamaan dengan sekadar mana ujian yang dikenakan oleh Allah kepada dia.”…Maknanya kalau ujian tu kecik, maka keciklah pahala yang kita dapat. Kalau ujian tu besar, maka besarlah pula pahala yang diberikan oleh Allah.
Golongan mana yang paling hebat diuji Allah?…Tidak lain dan tidak bukan, mereka adalah golongan para rasul dan nabi alaihimussola tuwassalam. Seperti yang disebut oleh ust Halim Nasir ketika mengisahkan suatu peristiwa bilamana Saad bin Abi Waqash bertanya kepada Nabi saw, “Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling teruk kena uji?”…Lalu jawab Rasulullah saw, “Yang paling teruk kena uji ialah para nabi dan para rasul, kemudiannya golongan yang mengikut para nabi selepas zaman nabi (tabiin) dan kemudiannya golongan selepas tabiin yang mengikut para tabiin.”…Inilah susunan yang Nabi saw letak dan jawapan kepada Saad bin Abi Waqash radiallahuanhu.
Kalau kita lihat sejarah yang ditinggalkan oleh para nabi dan rasul pun sudah cukup untuk kita tahu bahwa mereka diuji dengan ujian yang amat berat, yang tak mungkin dan tak mampu bagi insan kerdil seperti kita untuk menerima ujian-ujian sepertimana yang dikenakan oleh Allah kepada para anbiya`. Sebab itu, pada hujung Surah al-Baqarah, kita diajar oleh Allah swt dengan doa-doa, yang bermaksud, “Ya Allah! Jangan Engkau timpakan ke atas kami dengan ujian yang kami tidak sanggup untuk memikulnya;…”…Inilah yang Allah ajar kepada kita, especially kita yang lemah iman untuk memohon kepada Allah supaya ujian yang dikenakan, biarlah ujian yang mampu ditanggung. Bukannya apa; kita bimbang sebab kadang-kadang manusia boleh hanyut jauh dari ugama Allah dengan hanya ujian yang dikenakan oleh Allah kepadanya.
Mari kita tengok beberapa contoh bagaimana para nabi/rasul terima ujian dari Allah swt. Yang pertamanya, kita lihat peristiwa yang berlaku kepada Nabi Nuh as. Ujian yang Nabi Nuh kena amat-amat berat tuan-tuan. Sehingga anaknya sendiri dihancurkan depan mata dia. Hati ayah mana yang tidak hancur melihat anaknya melencong jauh dari jalan orang yang beriman?…Hati ayah mana yang tidak terguris melihat anak dia tak mau ikut cakap dia?…Alangkah hancurnya hati ibubapa yang punya anak bersikap demikian. Sedangkan makbapak dah doa berjela-jela. Sewaktu di Mekah, sanggup cari tempat yang mustajab doa seperti di telaga zamzam, safah marwa, depan pintu Kaabah, sambil tawaf, habih semua kita doa; tetapi tidak diperkenankan juga oleh Allah swt. Anak tetap macam setan. Bila jadi macam tu, apa perasaan kita tuan-tuan?…Inilah dia ujian.
Tapi kata Prof Hamka, walaubagaimana berat sekali pun ujian yang kita terima, tetap tak boleh challenge apa yang Nabi Nuh as kena. Dia rasul, sedangkan kita bukan rasul. Dia berdakwah bukannya 10 tahun, 20 tahun; malah dia mengambil masa selama 950 tahun untuk berdakwah kepada kaumnya, tanpa henti. Siang malam dia ceramah. Namun begitu, apa pun dia tak dapat hasil dari dakwahnya itu melainkan semua pakat cabut lari. Kaumnya tidak mahu mendengar seruan dakwahnya, termasuklah anaknya sendiri. Ini dia tuan-tuan rintihan Nabi Nuh as yang dirakam oleh Allah di dalam al-Quran. Inilah ujian yang Nabi Nuh kena, sehingga dia berdoa kepada Allah supaya menyelamatkan anaknya yang kuffur itu ketika bencana ombak besar melanda. Dalam Surah Hud: 45, Nabi Nuh berdoa kepada Allah, “Ya Allah! Itu anak dari keluarga ku, selamatkanlah dia.”…Tapi pada ayat seterusnya (Surah Hud:46), Allah menjawab doa Nabi Nuh itu dengan firmanNya, “Wahai Nuh! Sesungguhnya dia bukan dari ahli keluarga mu, kerana dia tidak melakukan amal-amal yang solih…”…Dari jawapan tersebut, maka hancur luluh hati Nabi Nuh, namun begitu, dia menerima ujian itu dengan penuh kesabaran.
Yang kedua, kita lihat apa yang kena pada Nabi Lut as pula. Siapa yang mengkhianati beliau?…Bukannya orang lain, tak lain tak bukan, iaitu isterinya sendiri. Isteri yang tidur sekatil dengannya, isteri itulah yang bancuh minuman untuknya, isteri itulah yang basuh baju untuknya. Namun, apabila Nabi Lut berdakwah berhempas-pulas menentang amalan homoseksual yang semakin menjadi-jadi di zamannya, tiba-tiba si isteri pula pi jadi broker; tak haru punya cerita ka tu tuan-tuan?...Bayangkan betapa hancurnya hati Nabi Lut bila dia dapat tau isterinya sendiri mengkhianatinya. Namun begitu, beliau tetap tabah menghadapi perkara tersebut sebagai suatu ujian daripada Allah swt. Akhirnya berlaku sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Anfaal: 83 yang bermaksud, “Kami selamatkan seluruh kaum Nabi Lut, kecuali isterinya, ia termasuk orang-orang yang tinggal dalam siksaan.”…Maknanya, Allah lingkupkan negeri Sadom bersama isteri Nabi Lut as, yang sekarang ini terkenal dengan panggilan “The Dead Sea”.
Yang ketiga, kita lihat Nabi Ibrahim as. Apa ujian yang Nabi Ibrahim kena?…Beliau diuji untuk memilih antara cinta kepada Allah atau kasih sayang kepada anak. Bukan kecik punya ujian tu tuan-tuan Tetapi akhirnya, Nabi Ibrahim berjaya dalam ujiannya sehingga perintah Allah dalam mimpinya itu menjadi ibadah kepada seluruh umat Islam. Ini dia mimpi para rasul.
Dan yang keempat kita lihat Nabi kita Muhammad saw. Dalam bulan Rejab yang baru lalu, ana tengok ada sorang-dua ustaz agak kurang cermat dalam membicarakan sirah ketika buat ceramah Isra` wal Mikraj. Depa terus pergi ke ayat pertama Surah al-Isra` dengan meninggalkan apa yang Rasulullah saw kena sebelum baginda di Isra`-Mikrajkan. Sepatutnya depa kena meneliti satu persatu dulu ujian-ujian yang Allah kenakan kepada Nabi saw sebelum baginda dijemput ke Sidratul Muntaha, maka barulah nampak bernilainya Isra` wal Mikraj tu. Dimulakan dengan gelaran-gelaran buruk yang diberikan oleh masyarakat Mekah kepada Nabi seperti seorang ahli sihir yang cekap, pelajar yang gila, dan bermacam-macam lagi. Kemudian Allah uji lagi dengan kematian Abu Tolib, yang merupakan seorang exco kanan kerajaan negeri Mekah yang lurus bendol orangnya sebab projek apa pun takdak. Anak ramai, keluarga susah. Gaji yang dia dapat tu cukup-cukup untuk bagi makan kat anak-anak dia saja. Walaupun begitu, dia tetap jaga Nabi dengan menggunakan kuasa exconya. Allah ambik nyawanya. Lepas tu, wafat pula Khadijah radiallahuanha, isteri kesayangan Rasulullah. Mana lagi Nabi nak pi?…Kerajaan Mekah time tu dah tak bagi ruang untuk Nabi berceramah. Permit-permit apa semua memang tak lulus dah. Tapi dalam keadaan macam tu pun, Nabi boleh juga menyorok-menyorok buat ceramah kelompok. Kira dapat la juga sedas-dua, walaupun kena kepung. Suasana jadi semakin susah untuk Nabi bergerak. Bila tengok Mekah dah takdak harapan, Nabi try pi dakwah kat Taif dengan harapan orang Taif boleh terima Islam. Di Taif, bukan disambut dengan permaidani merah, sebaliknya disambut dengan lemparan ketul-ketul batu. Berdarah habih seluruh tubuh Nabi, mengalir turun sehingga bertakung dalam sepatu Nabi saw. Bayangkan tuan-tuan, seorang kekasih Allah dikenakan ujian yang begitu berat. Baginda bertahan dari dibaling batu bersama Zaid bin Harithah radiallahuanhu. Mereka berundur sehingga akhirnya tersadai kedua-duanya di suatu tembok dalam kebun milik Utbah bin Rabi`ah. Dalam kebun itulah Nabi saw mengangkat tangan bermunajat kepada Allah dengan doa yang dirakam oleh Muhammad Sa`id Ramadan al-Buti di dalam kitab Fiqh al-Sirahnya (Jilid 1 ms 180), Nabi berdoa (panjang doa tu, so ana petik di pangkalnya sahaja):
“Ya Allah! Betapa hinanya aku dalam pandangan manusia. Ya Allah! Betapa lemahnya kekuatan ku. Ya Allah! Kepada siapakah yang Engkau nak serahkan aku? Adakah kepada musuh yang sentiasa menanti untuk membaham aku? Ya Allah! Aku tidak peduli semua itu, kerana yang aku cari hanyalah keredhaan daripada Mu…”
…Maknanya apa tuan-tuan?…Maknanya walaupun orang lempar batu ka, orang bubuh najis unta atas kepala ka, orang kata dah gila ka; semua tu Nabi saw tak peduli. Yang dipedulinya ialah adakah Allah redha atas segala perbuatannya?…Ini yang Nabi saw ajar kepada kita tuan-tuan. Dan ini cukup berat sebab bukan mudah untuk kita nak sampai ke tahap mendapat keredhaan dari Allah swt. Kemudian lepas balik dari Ta`if, barulah Allah angkat Nabi ke langit. Kena hurai macam tu dulu tuan-tuan, baru kita boleh nampak betapa bernilainya Isra` wal Mikraj. Kalau terus start dengan “Subhanallazi…”, maka jadilah perjalanan Nabi itu seolah-olah seperti melancong sahaja. Sebab apa ana sebut macam tu?…Sebab kita dah tinggalkan muqaddimah kepada peristiwa Isra` iaitu bagaimana Nabi menerima ujian dan penentangan yang terlalu dahsyat yang tidak dapat ditanggung oleh manusia biasa seperti kita kecualilah hanya para nabi dan rasul sahaja yang mampu.
Okay tuan-tuan tadi kita dah tengok macamana para rasul kena uji, sekarang kita tengok pula macamana tabiin (golongan muncul selepas Nabi saw wafat) menghadapi ujian. Mereka juga tidak terlepas dari menerima ujian yang besar dari Allah swt walaupun mereka terkenal dengan ilmu yang begitu luas. Siapa tidak kenal dengan Nu`man bin Tsabit rahimahullahu ta`ala, yang terkenal dengan panggilan Imam Abu Hanifah, iaitu imam mazhab Hanafi?…Imam mazhab bukan macam imam surau. Depa ni bukan calang-calang punya orang, Quran/hadith semua dalam kepala. Depa mampu menangani isu semasa pada zaman mereka. Punya la hebat ilmu, namun mereka juga tidak terlepas dari diuji oleh Allah swt. Ujian yang Imam Abu Hanifah terima ialah dia dipaksa meminum racun, dalam keadaan fizikalnya cukup lemah setelah dipukul di dalam penjara. Sebabnya satu saja, iaitu kerana beliau enggan menerima jawatan sebagai Qadi. Itu saja. Bukan dia buat salah apa pun. Jawatan qadi yang dioffer tu ialah tok hakim, bukannya tok qadi hat “aku nikahkan akan dikau…” tu. Bukannya apa; orang melayu kalau dengaq kata tok qadi, kira dia ingat hat bawa beg hitam dengan saksi dua orang tu la. Hat saksi tu pula samseng nak mampoih. Baru dapat RM20, dia cakap banyak pulak dah, memanjang tak sah. Jenoh pengantin lelaki nak kena ulang….Okay, imam Abu Hanifah tak mau terima tawaran jadi hakim sebab dia takut akan dibicarakan oleh Allah sekiranya dia salah menghukum. Lalu menyebabkan khalifah time tu naik angin, sumbat dia dalam penjara dan pegawai-pegawai penjara pukul dia sehingga berdarah belakang Imam Abu Hanifah. Dalam keadaan tak bermaya dan tak sedarkan diri itulah, dia disua segelas air berisi racun, apabila Imam Abu Hanifah minum, dia mati di depan khalifah. Tu dia tuan-tuan.
Yang kedua, kita tengok pula apa yang Imam Malik bin Anas rahimahullah kena. Beliau kena apabila mengeluarkan fatwa di Madinah mengatakan bahwa lelaki yang menceraikan isterinya dalam keadaan lelaki itu dipaksa, maka cerai itu tidak sah. Tu saja. Bukannya dia lawan khalifah apa pun. Tetapi apabila ulama-ulama di sekeliling khalifah time tu adalah geng-geng muktazilah belaka, depa bukan senang dengan Imam Malik, jadi depa cari jalan nak pekena Imam Malik. Dan apabila fatwa tersebut dikeluarkan, maka depa nampak inilah peluang untuk memalukan Imam Malik. Menurut ust Halim Nasir, yang kata muktazilah apa semua ni, depa ni berasal dari anak-anak murid Imam Hassan al-Basri. Maknanya, depa pun bukan calang-calang punya group. Pada waktu Imam Hassan al-Basri, telah berlaku perdebatan tentang masalah orang yang melakukan dosa besar. Anak-anak murid Imam Hassan al-Basri kata, orang macam tu kekal dalam neraka, manakala Imam Hassan al-Basri pula kata bahwa ianya tidak kekal, sebaliknya orang itu akan masuk syurga juga setelah dosanya dibakar oleh Allah swt. Masing-masing bawa mai hujjah, namun, sebahagian dari anak muridnya tetap membantah, maka akhirnya Imam Hassan al-Basri pun berlepas tangan dari anak-anak muridnya itu dengan berkata, “Iqtaziltah! Nyahlah toksah bersama aku lagi!”…Jadi, dari iqtazil inilah munculnya kumpulan muktazillah. Itu ceritanya. Balik kepada cerita Imam Malik tadi; apabila muktazillah menguasai kerajaan time tu, maka Imam Malik pun dipanggil untuk disoal-siasat. Sebaik saja diambil kenyataan apa semua, lepas tu depa paksa Imam Malik untuk tarik balik fatwanya tentang tidak sahnya orang yang menjatuhkan talak ke atas isterinya dalam keadaan dipaksa. Namun, Imam Malik tetap stand dengan fatwanya itu dengan dalil sebagaimana peristiwa Amar bin Yasir yang dipaksa meninggalkan agamanya dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat siksaan yang teruk. Last sekali, khalifah yang termakan hasutan muktazillah, memerintahkan Imam Malik ditangkap dan dipukul di hadapan penduduk Madinah. Nampak tak tuan-tuan, Imam mazhab pun diuji begitu teruk, apatah lagi kita!
Nak katanya, keempat-empat Imam mazhab yang besar, semuanya kena uji. Ujian tetap akan sampai apabila kita benar-benar beriman kepada Allah. Dan Allah uji tu, Dia tengok kadar iman kita tahap mana. Okay selepas zaman tabiin, muncul pula zaman tabiin tabiin, depa pun tak lari dari dikenakan ujian. Contoh yang paling ketara ialah ujian yang dikenakan Allah kepada Sheikhul Islam Ibnu Taimiyah. Dialah antara ulama yang paling banyak sekali kena penjara. Disebabkan sedikit perdebatan tentang masalah sifat Ketuhanan, beliau dimasukkan dalam penjara. Lepas tu keluar 2 minggu, sumbat balik 2 tahun. Keluar seminggu, sumbat balik 3 tahun 8 bulan. Sehingga akhirnya dia mati dalam penjara. Itu dia yang kata ujian tu tuan-tuan.
Okay berbalik kita kepada hadith yang dibahaskan di atas. Ujian yang Nabi sebut dalam hadith tu khususkan adalah pada tubuh manusia. Maksudnya apabila manusia demam, sakit, gering, kena accident dan sebagainya; Allah akan perintah malaikat tulis pahala untuk orang yang sakit itu sama seperti waktu dia tak sakit dulu. Contohnya macam orang yang rajin pi kuliyah/ceramah agama apa semua tu. Sekali bila depa jatuh demam tak boleh pi kuliyah, kata kat depa, “you don’t have to worried” sebab pahala untuk depa sedang berjalan. Maknanya pahala yang depa dapat time sakit tu, sama dengan pahala time depa attend majlis ilmu; seolah-olah depa hadir walaupun hakikatnya depa sedang terlantar sakit di hospital. Tu dia tuan-tuan, Allah punya sayang kat kita. Tapi jangan buat-buat sakit pulak, yang tu tak aci. Hat dok cerita ni, hat sakit betoi-betoi punya.
Kemudian Nabi saw sebut lagi, “Kalaulah dengan sakitnya itu, Allah matikannya, maka dia mati dalam keadaan bersih dari dosa dan diberi rahmat oleh Allah swt.”…Tapi ini semua berlaku dengan syarat. Syaratnya ialah kita betoi-betoi ambik waktu sihat untuk Islam. Waktu sihat dulu pulun sungguh pi mengaji; buka kitab, catit, rakam, apa semua. Tiba-tiba jatuh sakit, seminggu tak pi kuliyah, tetap malaikat catit pahala sepertimana tuan-tuan hadir ke majlis ilmu tu jugak.
Kesimpulannya; ujian mesti datang, cabaran mesti sampai. Dan Allah akan uji mengikut kadar tara mana iman kita. Sikit iman kita, sikitlah ujian. Besar iman kita, maka besarlah datangnya ujian. Selagi namanya dunia, pasti ujian akan datang dengan berbagai ragam. Ujian dalam bentuk anak-anak. Kita mau dia jadi ulama, dia pi terbang jadi superman kot tengah jalan. 24 jam dok belek motor dia saja. Jiran lagu jiran; kita nak tidoq, depa pi bantai sinar.fm in full volume. Ujian hawa nafsu, ujian setan, semua mai. Takdak sapa yang Allah tak uji, semuanya kena uji. Dan bila kena uji, Allah minta satu benda saja kat kita, iaitu kita kena sabar banyak-banyak sebab dari situ adanya pahala. Kalau tak sabar, lingkup pahala tak dapat.
Tambah-tambah lagi di bumi umat Islam yang diserang kuffar hari ini seperti di Palestin, di Iraq, di Afghanistan, di Kashmir, di Chechya, di Moro, di Patani dan sebagainya; semua tu ujian Allah yang berat-berat belaka tu. Di bumi yang dalam suasana perang seperti yang disenaraikan ini, disamping kena bijak berstrategi, sabar juga perlu ada. Cumanya sebagai manusia yang serba serbi lemah, kita harap, ujian yang Allah bagi kat kita ialah ujian yang mampu kita tanggung. Tu saja yang kita doa. Bukannya apa, kita bimbang dengan ujian yang tak mampu ditanggung, menyebabkan kita bertindak di luar batasan. Nauzubillahiminzalik.

No comments:
Post a Comment