Sunday, August 14, 2011

YANG MENYELAMATNYA ALLAH BUKAN TELEFON...TELEFON SEBAGAI PENYEBAB SAJA...SUJUD SYUKUR KERANA TERSELAMAT DARI MANGSA CULIK...BERHATI2 DIJALAN RAYA...MOHONLAH PERLINDUNGAN ALLAH KERANA ALLAH LAH SEBAIK2 PERLINDUNG DAN PENJAGA...

Telefon bimbit jadi penyelamat


BEBERAPA orang ahli keluarga mangsa menunjukkan tempat Noredreen Natasya dilarikan di Kuala Besut, Terengganu semalam. Gambar kecil ialah Suhaimi.



BESUT – Tiga pemuda berpakat melarikan seorang gadis sunti berusia 15 tahun merentasi sempadan Terengganu- Kelantan selama lima jam malam kelmarin semata-mata dengan niat untuk memaksa pelajar tingkatan tiga itu mengahwini seorang daripada suspek.
Bagaimanapun, komplot mereka menculik Noredreen Natasya Suhaimi gagal selepas gadis itu sempat menggunakan telefon bimbitnya untuk menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada seorang rakan yang akhirnya berjaya membantu polis menyelamatkannya dan menahan dua suspek.
Insiden itu bermula pukul 9.15 malam kelmarin apabila gadis tersebut berjalan keluar dari sebuah kedai runcit di Alor Peroi di sini sebelum ditarik ke dalam sebuah kereta Perodua Kancil.
Jeritan mangsa menarik perhatian bapanya, Suhaimi Mustafa (gambar kecil), 36, yang berada di rumah kira-kira 80 meter dari situ. Dia nampak anaknya ditarik ke dalam kereta itu tetapi tidak sempat menolong.
Bimbang keselamatan anaknya, Suhaimi terus membuat laporan di Balai Polis Kuala Besut.
Noredreen Natasya ketika ditemui Kosmo! Ahad di rumahnya semalam memberitahu, kereta yang dinaikinya dipandu laju sebelum mereka berhenti di sebuah rumah kosong dipercayai milik salah seorang suspek di Kampung Gong Manor, Pasir Puteh, Kelantan, iaitu kira-kira 15 kilometer dari tempat dia dilarikan.
Dia mendakwa mengenali salah seorang penculik itu.
“Lelaki itu selalu kacau saya. Dia kerap telefon dan hantar SMS kepada saya.
“Dia jugalah yang mengajak saya untuk bernikah dengannya ketika saya diculik. Saya cukup takut tapi Alhamdulillah semuanya selamat,’’ katanya yang enggan mendedahkan wajahnya untuk diambil gambar.


Polis tembak mati suspek kes dadah

14/08/2011 8:18pm


Polis memeriksa kereta yang terlibat dalam Kes tembak dan tangkapan dalam serbuan di sebuah apartment di Balakong. Seorang penjenayah mati dan enam ditahan. Utusan


KAJANG — Polis menembak mati seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah di Taman Impian, Balakong, dekat sini awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, lapan anggota termasuk seorang pegawai polis membuat serbuan di sebuah rumah kira-kira pukul 1 pagi selepas menerima maklumat tentang kegiatan pengedaran dadah di kawasan perumahan berkenaan.
"Ketika serbuan dibuat, lima suspek termasuk seorang wanita yang berada di perkarangan rumah tidak sempat melarikan diri dan berjaya diberkas polis, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Dua lagi suspek, seorang lelaki dan seorang wanita, sempat lari dan bersembunyi dalam sebuah bilik di rumah berkenaan,” katanya, dan menambah polis kemudian membolos masuk ke dalam rumah sebelum mengarahkan mereka menyerah diri.
"Setelah hampir tiga jam kami memujuk mereka, hanya suspek wanita yang keluar menyerah diri manakala suspek lelaki enggan berbuat demikian, malah telah melepaskan tembakan ke arah anggota kami,” kata Abdul Rashid.
Abdul Rashid berkata, ia disusuli kejadian berbalas tembakan, dengan dua das tembakan mengenai tubuh suspek manakala tujuh das tembakan yang dilepaskan suspek ke arah anggota polis tersasar.

Lelaki berusia 34 tahun itu mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat, manakala enam yang lain berumur lingkungan 22 dan 47 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.
Abdul Rashid berkata, polis menemui sepucuk pistol jenis Revolver .22mm, sepucuk Glock serta sepucuk pistol mainan yang disorok dalam bilik.
"Turut ditemui beberapa paket dadah jenis syabu, ganja dan heroin dengan anggaran berat lebih 200gm bernilai kira-kira RM5,000. Kami percaya ia untuk dijual di sekitar Kajang,” katanya.
Turut dirampas ialah sebuah kereta Mercedes, sebuah kereta Mitsubishi Evo, beberapa bilah parang, beberapa kad pengenalan individu lain dan empat komputer riba. — Bernama

Dua maut dalam kemalangan di Lebuh AMJ

14/08/2011 8:18pm



KEADAAN kereta Cynthia Lim Chin Gek, 24 dan kereta Ismail Zainol Abidin,45, yang maut dalam satu kemalangan jalan raya di lampu isyarat simpang tiga Jalan Datuk Md. Zin, Lebuh AMJ, Cheng di Melaka, semalam. Utusan/GAIE UCHEL



MELAKA — Seorang jururawat dan seorang lelaki maut apabila kereta yang mereka pandu bertembung di persimpangan lampu isyarat, Jalan Datuk Md. Zin, Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ), Cheng di sini, awal hari ini.
Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Melaka Tengah ASP V.Gunasegaran berkata kemalangan kira-kira 4 pagi itu menyebabkan Cynthia Lim Ching Gek, 24, yang bertugas di Pusat Perubatan Mahkota dan pemandu teksi Ismail Zainol Abidin, 45, mati di tempat kejadian.
"Ismail yang datang dari arah Alor Gajah menghala ke Bandar Melaka berlanggar dengan kereta yang dipandu Cynthia dari arah bertentangan,” katanya yang menambah kedua-dua mangsa tersepit di tempat duduk masing-masing.
Sementara itu, isteri Ismail, Shuraini Md. Derani, 40, berkata Allahyarham sempat memberikan wang sebagai tambang bas anak sulung mereka yang akan pulang ke asrama di Batu Berendam petang ini.
"Allahyarham sempat bersahur hidangan nasi ayam bersama saya dan empat orang anak sebelum keluar dari rumah di Taman Sri Kelemak, Alor Gajah untuk bekerja di Melaka Sentral, kira-kira jam 3.30 pagi,” katanya ketika ditemui di Hospital Melaka. — Bernama

Anak bunuh bapa berperangai pelik



ANGGOTA polis menjalankan operasi memburu dan menjejaki suspek (gambar kecil) yang dipercayai bersembunyi dalam hutan di Kampung Paya Terap, Kuala Nerang semalam.



ALOR SETAR – Seorang penoreh getah yang melarikan diri setelah dipercayai menetak bapanya sehingga maut dengan sebelah kaki kanannya putus dari atas buku lali di Kampung Pasir Putih, Tualak di sini Khamis lalu berperangai pelik sejak kebelakangan ini.
Menurut adik ipar suspek, Mohd. Nazrin Zainol, 32, abang iparnya itu sering ketawa dan bercakap bersendirian dalam bilik di rumahnya, namun tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang dituturkan.
Katanya, dia tidak mengetahui punca abang iparnya berperangai pelik kerana lelaki itu cuba mengelak apabila ditanya perkara tersebut.
Dia berkata demikian ketika ditemui ketika bersama-sama pasukan keselamatan menjejaki suspek di Kampung Paya Terap di sini semalam.
Menurut Mohd. Nazrin, suspek itu dipercayai menuntut satu ilmu, namun tidak diketahui ilmu yang dituntutnya kerana tidak diberitahu kepada anggota keluarga.
“Tiada siapa dalam keluarga yang tahu tentang ilmu yang dia tuntut,” katanya.
Kosmo! semalam melaporkan, Seman Sirun, 60, diserang anaknya dengan parang menyebabkan kaki kanannya putus dari atas buku lali selain parah di kepala dan tangan.

Sahur terakhir seorang duda



MAHMUD AHMAD menunjukkan tempat bapa saudaranya, Sabtu Husin ditemui mati rentung di tempat tidurnya akibat kebakaran di rumahnya di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru semalam.



JOHOR BAHRU – Seorang duda berusia 57 tahun ditemui mati rentung di atas sebuah katil dalam kejadian kebakaran melibatkan dua buah rumah di Kampung Bagan Baru, Permas Jaya dekat sini semalam.
Kejadian pukul 5.25 pagi itu menyebabkan mangsa, Sabtu Hussin yang tinggal bersendirian dalam sebuah rumah pusaka di kampung itu meninggal dunia selepas mengalami kecederaan teruk akibat terbakar.
Kejadian berlaku ketika mangsa dipercayai baru sahaja selepas bersahur.
Bagaimanapun, anak saudara mangsa, Sapiah Wan Hitam, 37, suami dan dua anak mereka berusia lima tahun dan enam bulan yang tinggal bersebelahan berjaya menyelamatkan diri.
Kakak mangsa, Ramlah Hussin, 61, yang tinggal tidak jauh dari tempat kejadian berkata, dia hanya menyedari mengenai kebakaran itu selepas dimaklumkan oleh anak perempuannya.

Tiga maut treler rempuh treler



TRELER (kanan) yang dipandu Mohammad Zu remuk selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 106, Jalan Kota Bharu-Gua Musang di Kuala Krai semalam.



KUALA KRAI - Tiga termasuk sepasang suami isteri maut selepas treler yang mereka naiki hilang kawalan sebelum merempuh sebuah treler lain yang berhenti di bahu jalan di Kilometer 106, Jalan Kota Bharu-Gua Musang, dekat sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.20 pagi itu, pemandu treler, Mohammad Zu Yusoff, 47, dan isteri, Kamariah Ibrahim, 43, serta kelindan treler terbabit, Nik Mohd. Shahrizan Yaacob, 32, maut di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Supritendan Abdul Rahman Ja’apar berkata, siasatan awal mendapati kemalangan tersebut turut melibatkan sebuah lagi lori yang sehingga petang semalam masih gagal dikesan.
Menurutnya, lori tersebut dikatakan cuba memotong treler yang dipandu Mohammad Zu menyebabkan kedua-dua kenderaan terbabit bergesel.
“Pergeselan menyebabkan mangsa (Mohammad Zu) tercampak ke atas jalan raya sebelum digilis tayar belakang trelernya.
“Treler mangsa kemudian merempuh bahagian belakang sebuah lagi treler yang berhenti di bahu jalan berhampiran lokasi kejadian,” katanya di sini semalam.
Tambahnya, rempuhan tersebut menyebabkan Kamariah dan Nik Mohd. Shahrizan tersepit dan mati di tempat kejadian.

Guru maut langgar lari.




JOHOR BAHRU – Seorang guru maut dipercayai menjadi mangsa langgar lari dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Pendidikan, Taman Universiti di sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.35 malam itu, mangsa, Khuzainah Omar (gambar), 52 , guru Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 4 di sini sedang menunggang motosikal jenis Suzuki sebelum dipercayai bergesel dengan sebuah kereta ketika tiba di lokasi berkenaan.
Suami mangsa, Mohammad Amir Marjonid, 52, berkata, isterinya ketika itu dalam perjalanan ke kedai dari rumah mereka yang terletak di Jalan Pertanian, Taman Universiti.


Syarikat tawar kad eksklusif PATI diserbu



MASRI (tengah) bersama pegawainya menunjukkan kad eksklusif untuk PATI yang dirampas di Johor Bahru semalam.



JOHOR BAHRU – Tembelang sebuah syarikat yang kononnya mengeluarkan kad eksklusif kepada warga asing tanpa izin (PATI) sebagai jaminan untuk bebas tinggal di negara ini akhirnya terbongkar selepas diserbu sepasukan penguat kuasa Imigresen Johor kelmarin.
Dalam serbuan kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, Imigresen berjaya menahan pemilik syarikat itu iaitu seorang wanita tempatan berusia 50-an selain tiga lelaki warga Indonesia yang sedang mengisi borang untuk mendapatkan kad kebal berkenaan.
Ketua Penguat Kuasa Imigresen negeri, Masri Abdul berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati syarikat yang sudah beroperasi selama tiga bulan itu menjalankan proses pendaftaran pekerja asing sah tetapi pada masa sama turut menawarkan keahlian kad kebal dengan bayaran di antara RM1,500 hingga RM3,000 seorang.
“Meskipun pendaftaran yang dijalankan sah tetapi mereka turut mengeksploitasi warga asing dengan tawaran kad keahlian yang didakwa membolehkan warga asing terbabit kebal daripada sebarang tindakan undang-undang pihak berkuasa.

No comments:

Post a Comment