Saturday, August 20, 2011

BERBUKA APA SAJA ASALKAN HALAL...JANGAN JADI MAKANANAN MENU MENU RAMADHAN TETAPI MENU UTAMA RAMADHAN MACAMA HARI2 LAIN....IAITU SOLAT LIMA WAKTU...TUTUP AURAT...TIDAK BERCAMPUR GAUL LELAKI DAN PEREMPUAN YANG BUKAN MUHRAM...DISAMPING MENINGGALKAN PERKARA HARAM YANG LAIN,,,

Maut kena petir waktu guna telefon


Rosnah menunjukkan telefon bimbit yang digunakan Siti Munirah yang maut dipanah petir di Kampung Belimbing, Tanah Merah semalam.



TANAH MERAH – “Saya mahu tidur puas-puas.” Itu ungkapan aneh yang diucapkan Siti Munirah Nordin (gambar), 13, pada cuti Nuzul Al-Quran Rabu lalu kepada ibunya sebelum remaja itu maut dipanah petir di bangsal berhampiran rumahnya dipercayai sedang menggunakan telefon bimbit di Kampung Belimbing di sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 5.50 petang itu, Siti Munirah meninggal dunia di tempat kejadian dengan kecederaan pada muka sebelah kanan dan kesan terbakar pada telinga, rambut dan punggung.
Mayat mangsa ditemui abangnya, Mohd. Firdaus, 16, pada pukul 9 malam setelah ahli keluarganya keluar mencarinya selepas tidak pulang ke rumah untuk berbuka puasa sejak keluar pada pukul 4.30 petang.
Telefon bimbit milik ibunya yang dipinjam mangsa pula ditemui di atas tanah di bawah bangsal tersebut.
Mangsa merupakan pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Belimbing di sini.
Ibunya, Rosnah Dollah, 49, berkata, pada mulanya dia menyangka Siti Munirah pergi berbuka puasa di rumah kawannya tetapi terkejut apabila mendapat tahu kawan anaknya itu pulang ke kampungnya di Salor dekat sini.
“Sebelum kejadian, Siti Munirah sedang menggunakan telefon bimbit saya di dalam rumah dan apabila saya menegurnya kerana berbual terlalu lama, dia terus keluar dari rumah.

Suspek ketiga culik gadis 15 tahun ditahan



SUSPEK kes culik (tengah) ditahan polis di Besut semalam.



BESUT – Seorang pemuda berusia 23 tahun yang merupakan suspek ketiga kes culik gadis berumur 15 tahun di Kampung Alor Peroi, Kuala Besut pada 12 Ogos lalu berjaya ditangkap kelmarin.
Ketua Polis daerah, Supritendan Kamaruddin Zakaria berkata, suspek ditangkap ketika sedang tidur di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Gong Manok, Semerak, Kelantan pada pukul 10.30 pagi.
Katanya, suspek cuba melawan menggunakan sebilah parang tetapi kecekapan anggota polis dapat memberkasnya.
“Suspek direman selama seminggu bermula hari ini (semalam),” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kampung Raja di sini semalam.

Geng curi BlackBerry kempunan



Inilah sebahagian daripada telefon BlackBerry yang ditemui semula semalam selepas dicuri dari kompleks kargo KLIA pada lalu.



SEPANG – Komplot tiga kakitangan sebuah syarikat kargo dengan pemilik dan pekerja sebuah gudang barangan lusuh berlesen untuk mencuri dan menyembunyikan 2,100 buah telefon bimbit BlackBerry model 9780 Bold bernilai RM2.3 juta gagal apabila polis berjaya menahan kesemua lima suspek selepas hanya tiga jam pasukan khas menjejaki penjenayah itu ditubuhkan.
Kesemua telefon bimbit itu tiba dari Hungary pada Rabu lalu dan disimpan di dalam sebuah gudang syarikat telekomunikasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi tujuan mendapat pengesahan pihak Jabatan Kastam Diraja sebelum dihantar kepada syarikat itu di Petaling Jaya untuk dijual.
Bagaimanapun, dua hari selepas ia disimpan di situ, gudang tersebut telah dipecah masuk kelmarin.
Kumpulan penjenayah warga tempatan itu melarikan kesemua telefon dan meninggalkan hanya kira-kira 100 unit aksesori telefon model berkenaan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, kejadian pintu gudang itu dipecah disedari seorang penyelia pada pukul 9.20 pagi semalam sebelum melaporkan kepada polis.
Sejurus menerima laporan, polis menubuhkan satu pasukan khas seramai 12 anggota di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang yang diketuai Asisten Supritendan Zaihairul Idrus untuk menjejaki kumpulan penjenayah itu.

‘Kami bukan makhluk asing’



SEBAHAGIAN OKU membantah pengoperasian KLIA2 yang didakwa tidak mesra golongan itu ekoran tidak menyediakan jambatan udara di Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR – Seramai 30 Orang Kelainan Upaya (OKU) dari pelbagai persatuan mengecam Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) kerana tidak membina jambatan udara di Terminal Syarikat Penerbangan Tambang Murah baru iaitu KLIA2 yang bakal beroperasi tahun depan.
Presiden Persatuan OKU Damai Wilayah Persekutuan dan Selangor, V. Murugeswaran berkata, tindakan MAHB itu seolah-olah menghina golongan OKU yang juga mempunyai hak di negara ini.
“Saya kecewa. Mengapa setiap kali ada benda baharu yang ingin dibuat, golongan OKU dipinggir dan dianak tiri?
“Kami bukan aliens (makhluk asing). Meskipun kami ini minoriti namun kesejahteraan OKU wajar diberi jaminan,” katanya ditemui selepas mengadakan bantahan itu di Menara UOA semalam.
Menurut Murugeswaran yang cacat di bahagian kaki, jambatan udara termerupakan satu keperluan bukan sahaja kepada golongan OKU malah juga kepada warga emas dan ibu mengandung.
Tindakan itu, katanya, menyekat hak mereka untuk ke sesuatu tempat khususnya dalam sektor pelancongan.

Takoyaki pembuka selera



MOHD. RIDZUAN menunjukkan Takoyaki yang dijualnya di Bandar Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur semalam.



UNIK. Bebola sotong atau dikenali sebagai Takoyaki memang enak jika dimakan sebagai pembuka selera semasa berbuka puasa.
Malah menu yang berasal dari Jepun itu kini menjadi salah satu hidangan kegemaran ramai sehingga setiap hari pengunjung sanggup berbaris panjang mendapatkannya di Bazar Ramadan Bandar Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur.
Pemilik gerai itu, Mohd. Ridzuan Mohd. Rosdi, 24, berkata, setiap kotak Takoyaki dijual pada harga RM3.50 dan selain udang, bebola berinti ketam dan udang juga dijualnya.
“Rasanya yang enak dan ringkas sesuai dengan selera masyarakat kota selain ia berkhasiat memandangkan ia juga mengandungi serat yang banyak,” katanya ketika ditemui semalam.
Menurut Mohd. Ridzuan, faktor menjadikan rasa Takoyaki sedap kerana ia datang dengan sos salmon istimewa, bahan perasa ikan dan mayonis.

No comments:

Post a Comment