Tuesday, September 27, 2011

BILA HUKUM ALLAH DIPINGGIRKAN...PEREMPUAN SANGGUP JUAL PEREMPUAN...KITA RASA MUNGKIN BIASA...BAGAIMANA KALAU KENA BATANG HIDUNG...DIROGOL...DIZINA...DIBUNUH...DILACURKAN....DIROMPAK....DIBOMOHKAN@DISIHIRKAN DLL....BARU TAHU HUKUM ALLAH PALING TEPAT UNTUK MENGHUKUM PERSALAH...KERANA SEMUA MILIK ALLAH...TENTU DAN MESTI ALLAH MAHA MENGETAHUI......

Tragedi cuci revolver

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
Kalidevi@hmetro.com.my

SUGUL...isteri Syaiful Nizam cuba ditenteramkan saudara-maranya di Hospital Kajang, malam tadi. Gambar kecil, Syaiful Nizam Zamaluddin. FOTO: Ghazali Bujang
SUGUL...isteri Syaiful Nizam cuba ditenteramkan saudara-maranya di Hospital Kajang, malam tadi. Gambar kecil, Syaiful Nizam Zamaluddin. FOTO: Ghazali Bujang
KUALA LUMPUR: Malang tidak berbau bagi seorang anggota polis berpangkat konstabel yang bertugas di bahagian rondaan tugas am apabila peluru terakhir dalam revolver .38 miliknya menyebabkan dia parah di kepala.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 7.50 malam itu, mangsa, Syaiful Nizam Zamaluddin, 24, sedang mengosongkan revolver selepas tamat bertugas.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata ketika mangsa sedang membersihkan revolver, lapan anggota lain sedang memerhatikannya menghala revolver ke arah bawah di hadapan setor senjata.

"Dengan tiba-tiba mereka terdengar bunyi tembakan dan nampak keadaan mangsa dalam keadaan parah.


"Mangsa tertembak di bahagian kanan kepala sebelum peluru tembus keluar dari atas kepalanya," katanya ketika ditemui di Hospital Kajang, di sini.

Beliau berkata, peluru berkenaan adalah yang terakhir dalam revolver mangsa dan kejadian berkenaan dipercayai adalah kemalangan.

Katanya, anggota berkenaan sudah berkhidmat lebih daripada dua tahun di IPD Kajang dan tidak mempunyai sebarang masalah.

Menurutnya, mangsa yang berasal dari Kampung Baru Air Panas, Kuala Lumpur, baru saja berkahwin dan isterinya kini hamil tujuh bulan.

Sehingga ini, katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian.


Campak nenek dalam kolah

Oleh Nurul Ekhwan Haque Fazlul Haque
ekhwan@hmetro.com.my

KAWAL...anggota polis berkawal di rumah mangsa, semalam.
KAWAL...anggota polis berkawal di rumah mangsa, semalam.
PILU...anak mangsa ditenangkan ahli keluarga dan polis.
PILU...anak mangsa ditenangkan ahli keluarga dan polis.
KAJANG: Seorang nenek bukan saja ditikam di leher, tetapi kepalanya turut dihentak dengan objek keras sebelum tubuhnya diseret dan dicampakkan dalam kolah bilik mandi di rumahnya di Kampung Pasir Baru Peringkat, Jalan Sungai Lalang di sini, semalam.
Pembunuhan kejam itu dipercayai bermotifkan samun, tetapi jumlah kerugian belum diketahui berikutan polis belum dapat menemubual keluarga mangsa yang masih trauma.
Mayat mangsa, S Danaletchemee, 64, ditemui berlumuran darah oleh anak keempatnya sebaik lelaki berusia 36 tahun itu pulang daripada kerja pada jam 12 tengah hari.

Menantu mangsa, N Murugan, 35, berkata dia dimaklumkan mengenai kejadian oleh isterinya dan bergegas ke rumah ibu mentuanya itu dari tempat kerjanya.


Menurutnya, sebaik tiba, isterinya K Yasotha, 35, memberitahu abang iparnya, K Krishnan, 36, menemui mayat mangsa berlumuran darah dalam bilik mandi.



“Krishnan memberitahu leher ibu saya ditikam manakala kepalanya dihentak dengan sesuatu. Mungkin ibu mentua dibunuh di dalam biliknya sebelum diseret ke bilik air,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Murugan berkata, sebelum mayat mangsa ditemui, Krishnan sangsi dengan keadaan pintu pagar dan rumah yang tidak berkunci selain terkejut melihat ruang tamu dan bilik berselerak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata polis menerima panggilan telefon daripada keluarga mangsa pada jam 1 tengah hari memaklumkan seorang warga emas ditemui mati di dalam tandas.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa disamun dan ditikam di leher selain terdapat kecederaan akibat dihentak objek tumpul di dahi.

“Polis percaya jenayah ini dilakukan lebih daripada seorang suspek. Pasukan forensik tidak menemui sebarang kesan umpilan pada pagar dan pintu rumah berkenaan dan ini menunjukkan suspek mungkin mengenali mangsa kerana jenayah dilakukan terancang.

“Polis turut menemui parang yang dipercayai digunakan suspek untuk membunuh mangsa di dapur manakala sebilah pisau ditemui di dalam laci rak di dapur yang siap dicuci,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Ab Rashid berkata, polis turut menemui kesan darah mangsa dari kawasan bilik tengah hingga ke dapur dan dipercayai suspek mengheret mangsa untuk ditelungkupkan dalam kolah air selepas dibunuh.

Katanya, pasukan forensik sudah mengambil kesan cap jari pada senjata berkenaan dan polis akan merakam keterangan keluarga mangsa dalam masa terdekat.

“Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Serdang (HS) untuk bedah siasat dan polis mengklasifikasikan kes terbabit sebagai bunuh dan akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK),” katanya.

Beliau meminta orang ramai yang melihat kelibat individu mencurigakan di kawasan rumah mangsa sebelum kejadian supaya menghubungi balai polis berhampiran untuk memberikan maklumat.

Rambut pada kayu kriket

Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my

SHAH ALAM: Seorang ahli forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini, pihaknya menemui kayu kriket yang mempunyai sehelai rambut dan kesan darah dalam sebuah rumah di Ladang Gadong di Banting, lokasi empat individu termasuk Datuk Sosilawati Lawiya didakwa dibunuh tahun lalu.
Ketua Bahagian Kimia, Makmal Forensik PDRM Cheras, Superintendan Soo Mee Tong, 55, berkata, bahan bukti itu ditemui hasil pemeriksaan di ladang berkenaan pada 12 dan 14 September tahun lalu.

“Saya ambil kayu kriket itu kerana ia perlu bagi membuat perbandingan asid deosiribonukleik (DNA),” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusoff, semalam.
Saksi pendakwaan ke-48 itu berkata, demikian ketika menyambung keterangan pada perbicaraan kes bunuh Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 47, peguam, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38.

Soo ketika disoal balas peguam Amer Hamzah Arshad, bagaimanapun berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan sama ada kesan darah yang ditemui milik haiwan atau manusia.

“Kami hanya membuat ujian sama ada ia darah atau warna,” katanya. Sebelum ini, pihak pendakwaan dalam ucapan pembukaan pada hari pertama perbicaraan pada 4 Julai lalu berkata, pihaknya akan mengemukakan bukti ada DNA ditemui pada kayu kriket dan kepingan zink didakwa digunakan sebagai alas membakar mayat mangsa.

Berdasarkan ucapan dibaca Ishak itu, saksi akan memberikan keterangan DNA pada kayu kriket berkenaan kepunyaan Noorhisham yang didakwa hilang bersama Sosilawati.

Ketika disoal balas peguam Manjeet Singh Dhillon, Soo berkata, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin dalam sidang akhbar berhubung kes pembunuhan itu sebelum ini mendapat maklumat tidak tepat apabila memberitahu kayu kriket itu ditemui di Sungai Panchau, Banting. “Maklumat salah yang diberikan kepada Bakri,” kata Soo.
Pada prosiding kelmarin, Soo memberitahu mahkamah pasukan forensik ketika mencari bahan bukti di ladang Gadong pada 12 September tahun lalu menemui titisan darah dalam rumah setingkat dengan lima bilik di Ladang Gadong.

Ketika itu, katanya, pencarian bahan bukti dipandu arah dua suspek yang kini menjadi tertuduh ketiga dan keempat kes itu, T Thilaiyalagan dan R Matan dan seorang lagi pekerja ladang, U Suresh.

Soo berkata, pasukannya memulakan pencarian barang kes di rumah itu sebelum menemui kesan darah di dinding bilik pertama, di luar dinding bilik kedua, ketiga dan kelima, pada sarung sofa dan kusyen di depan bilik kedua serta pada televisyen depan bilik ketiga.

Manakala, pencarian di lokasi sama pada 14 September tahun lalu yang turut disertai enam ahli perubatan pula membawa kepada penemuan sejumlah serpihan tulang serta tulang rahang dan gigi serta seluar dalam di lokasi dipercayai semua mangsa dibakar.

Bekas peguam, N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang, T Thilaiyagan, 20, Matan, 21, dan Khatavarayan, 31, didakwa membunuh semua mangsa antara jam 8.30 dan 9.45 malam, pada 30 Ogos 2010.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting.

Keempat-empat tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Prosiding di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung hari ini.


Derita gadis dijual ibu tiri

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Muhaamad Hafis Nawawi
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Terseksa akibat dilacurkan ibu tiri sendiri, seorang remaja perempuan berusia 16 tahun menderita kesakitan di kemaluannya hingga terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan merayu doktor agar menyelamatkannya.
Sehubungan itu, doktor terbabit membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini, untuk siasatan dan mangsa ditahan di wad hospital berkenaan untuk rawatan susulan.

Bagaimanapun, belum sempat pihak berkuasa merakamkan percakapannya, mangsa menghilangkan diri, dipercayai dilarikan ibu tirinya.

Sumber polis berkata, mangsa yang tinggal bersama ibu tirinya berusia lewat 30-an selepas kematian bapa enam bulan lalu mendakwa dia dipaksa wanita itu melayan nafsu buas puluhan lelaki sejak lebih sebulan lalu.


Menurutnya, mangsa dipaksa melayan lelaki sama ada di rumahnya atau di hotel sekitar Lembah Klang mengikut permintaan pelanggan hingga dia menderita kesakitan di kemaluan.

No comments:

Post a Comment