Saturday, October 1, 2011

DALAM PERKAHWINAN..YANG DIPENTINGAN DALAM AGAMA...IALAH KETAKWAAN...SOLEH DAN SOLEHA...KASIH SAYANG YANG BOLEH MEMBAWA KE SYURGA...BUKAN LAIN DARI INI...

Bomoh didakwa cabul pesakit barah payudara



ISA dibawa anggota polis keluar dari Mahkamah Majistret di Kangar semalam selepas didakwa atas tuduhan mencabul seorang remaja perempuan yang hendak mendapatkan khidmat rawatan barah payudara daripadanya.


KANGAR - Seorang pengamal perubatan tradisional berhadapan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda atau sebatan atas dakwaan mencabul seorang pesakitnya pada Ogos lalu.
Isa Man, 67, dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan di bawah Seksyen 354 Kanun keseksaan iaitu menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan mangsa.
Berdasarkan fakta kes, Isa dituduh melakukan perbuatan tersebut di sebuah bilik rumah bernombor 188, Kampung Seberang Alor, Kuala Perlis pada pukul 10.30 malam 21 Ogos lalu terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun ketika menjalankan rawatan di bilik tersebut.
Mangsa yang datang bersama nenek dan ayah saudaranya telah menemui tertuduh bagi mendapatkan rawatan tradisional untuk menyembuhkan penyakit barah payu dara yang dialaminya.




3,000 murid tidak mampu belajar


MOHD. FAZLI (tengah) merupakan antara murid sekolah rendah di Baling yang dihalang daripada menduduki peperiksaan UPSR baru-baru ini.



KUALA LUMPUR - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendakwa terdapat lebih 3,000 murid sekolah rendah di seluruh negara tidak berupaya mendalami pelajaran yang diajar meskipun status kesihatan mereka disahkan normal oleh doktor.
Hal tersebut menyebabkan guru dan pihak pentadbiran sekolah berada dalam keadaan tertekan kerana kegagalan pelajar terbabit dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) menjejaskan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sekolah secara keseluruhan.
Justeru, Presiden NUTP, Hashim Adnan ketika dihubungi Kosmo! semalam meminta kerajaan memberi kelonggaran kepada pihak sekolah untuk mengecualikan pelajar terlibat daripada menduduki UPSR dengan mewujudkan sistem penilaian tersendiri buat pelajar berkenaan.
"Golongan pelajar ini walau bagaimana cara kita ajar, mereka tidak dapat menerima dan memahami hingga ada ke tahap tidak mampu menulis, membaca atau mengira sedangkan mereka akan menduduki UPSR.
"Mereka tiada kecacatan dan disahkan sihat dari segi fizikal tetapi mempunyai masalah pemikiran menyebabkan mereka tidak berupaya menyerap ilmu dipelajari. Satu sistem penilaian lain perlu diwujudkan untuk golongan ini," katanya.

Pengecaman kawad cam diragui



Kafe siber di Taman Sri Subang, Petaling Jaya tempat anak Datuk Bandar Petaling Jaya dan dua rakan didakwa melakukan samun pada 23 Mac 2010. Bagaimanapun, mereka dibebaskan daripada tuduhan itu semalam.



PETALING JAYA - Anak Datuk Bandar Petaling Jaya dan dua rakannya semalam dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini daripada tuduhan menyamun seorang pemilik kafe siber tahun lepas.
Hakim Rozina Ayob membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap penuntut kolej, Mohd. Radzak Razali, 22, pemandu peribadi Zulhelmi Mohammad, 23, serta Mohd. Khairul Amir Mohamad Roslan, 23, penuntut kolej yang juga anak kepada Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohamad Roslan Sakiman.
Rozina dalam penghakimannya berkata, pihak pendakwaan gagal memanggil pengadu dan mangsa untuk memberi keterangan di mahkamah, sebaliknya pihak pendakwaan banyak bergantung kepada keterangan daripada pegawai polis semata-mata.
"Selain itu pengecaman terhadap tertuduh pertama (Mohd. Radzak) dan kedua (Zulhelmi) semasa kawad cam juga diragui kerana berdasarkan keterangan daripada saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat Inspektor Zaini Mohamad Piah bahawa tangkapan yang dibuat ke atas kedua-dua tertuduh adalah berdasarkan pengecaman orang awam ke atas kereta dan pengecaman tersebut tidak dibuat berdasarkan individu yang ada di dalam kereta itu," katanya.
Rozina berkata, tiada keterangan mengaitkan tertuduh ketiga iaitu Mohd. Khairul memandangkan tertuduh tidak berada di tempat kejadian.

'Sarang ladang' diserbu lagi



DUA anggota tentera bersama sebahagian 40 penagih yang ditahan ketika hendak menghisap dadah di sebuah ladang kelapa sawit di Sungai Udang, Melaka semalam.



MELAKA – Serbuan polis kira-kira dua minggu lalu langsung tidak menakutkan penagih dadah untuk terus melepaskan gian di ladang kelapa sawit berhampiran Penjara Sungai Udang di sini apabila sarang kaki khayal itu sekali lagi diserbu polis semalam.
Operasi selama 11 jam bermula pukul 5 pagi itu dapat menahan 40 penagih termasuk tiga anggota tentera berusia di antara 26 dan 30 tahun.
Dua daripada mereka lengkap berpakaian seragam.
Operasi tersebut diketuai oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Melaka Tengah, Asisten Supritendan Mohd. Azam Ab. Razak bersama 26 anggota termasuk pegawai.
Sumber berkata, selain tentera, penagih yang ditahan merupakan pekerja kilang dan buruh berusia di antara 16 dan 53 tahun.
Katanya, polis terpaksa bersembunyi di sarang penagih tersebut seawal pukul 5 pagi sebelum seorang demi seorang penagih yang datang ditangkap.
“Polis turut menahan pasangan kekasih berusia 18 dan 37 tahun yang merupakan pengedar dadah. Pada mereka, kita menemui heroin bernilai RM4,000 dan syabu bernilai RM5,000.
“Turut dirampas ialah sebuah telefon bimbit yang dijadikan alat timbang dan sebuah khemah yang digunakan sebagai tempat berteduh ketika urusan jual beli dadah dilakukan,” katanya.

Suspek berserban sakit mental

KUALA TERENGGANU – Teka-teki mengenai lelaki misteri berserban yang mengacukan pistol jenis Walter ke arah seorang Timbalan Pendakwa Raya di persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Ismail di sini pada Ahad lalu akhirnya terjawab dengan penahanan seorang bekas guru malam kelmarin.
Ketua Polis Negeri, Datuk Jamshah Mustapa berkata, suspek berusia 48 tahun itu ditahan di rumahnya di Kuala Ibai dekat sini pada pukul 5 petang.
Menurut beliau, penahanan bekas guru itu turut membawa kepada penemuan sepucuk pistol mainan berwarna perak, cermin mata dan sebuah motosikal jenis Honda yang ditunggang suspek semasa kejadian.
“Siasatan awal mendapati suspek sebenarnya mempunyai penyakit mental dan pistol yang digunakan suspek semasa kejadian rupa-rupanya pistol mainan yang baru dibeli dari sebuah kedai,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.
Jamshah memberitahu, suspek semasa disoal-siasat mengaku ada mengacukan pistol ke arah Timbalan Pendakwa Raya pada hari kejadian dan tindakan itu didakwa oleh bekas guru itu dilakukan secara spontan.

Pencuri penutup longkang dicekup



SHUKRI menunjukkan penutup longkang yang dicuri dua lelaki di OUM Lundang, Kota Bharu semalam.



KOTA BHARU - Dua lelaki gagal melarikan diri bersama beberapa penutup longkang yang dicuri di kawasan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) dekat sini apabila mereka berjaya ditangkap pengawal keselamatan dan orang ramai petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, kedua-dua lelaki terbabit berjaya ditangkap bersama 10 keping penutup longkang dalam kereta jenis Daihatsu yang digunakannya kira-kira 10 meter dari OUM.
Menurut pengawal keselamatan OUM, Shukri Mohd. Noor, 45, dia menyedari kejadian itu ketika melihat kamera litar tertutup (CCTV) di pejabatnya yang merakamkan kegiatan dua suspek terbabit.
"Saya dan rakan sedang meneliti rakaman dan tiba-tiba terlihat dua lelaki keluar dari kereta dan terus mengambil besi penutup longkang dalam kawasan OUM lalu memasukkan ke dalam kereta mereka.
"Saya bergegas keluar dan terus menghubungi pengawal di pintu keluar supaya menutup laluan bagi mengelak suspek daripada terlepas," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Shukri berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, suspek cuba melarikan diri dengan memecut keretanya dan terus melanggar rantai besi penghadang di pintu keluar sehingga putus menyebabkan keretanya hilang kawalan lalu melanggar penghadang jalan.
Tambahnya, akibat melanggar penghadang jalan itu, tayar kereta suspek bocor dan mereka tidak dapat melepaskan diri kerana kebetulan laluannya terhalang oleh sebuah lori pada masa itu.

Nabil selamat diijab kabul dengan kekasih lama



NABIL dan isterinya, Nazirah Ayub ceria selepas majlis akad nikah mereka di Putrajaya semalam.



PUTRAJAYA – Juara Raja Lawak musim ketiga, Ahmad Nabil Ahmad atau lebih dikenali sebagai Nabil semalam selamat diijabkabulkan dengan Nazirah Ayub di sini selepas mereka menjadi pasangan kekasih selama enam tahun.
Pernikahan tersebut sekali gus menutup kontroversi percintaan Nabil sebelum ini bersama pelakon, Irma Hasmie Ibrahim selain tersebarnya gambar-gambar intimnya bersama pelakon drama Sultan Alauddin Riayat Shah terbitan TV Al-Hijrah, Qasha.
Tepat pukul 5.15 petang, dengan dua kali lafaz dan mas kahwin sebanyak RM300, Nazirah, 23, sah menjadi milik Nabil, 28.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Putrajaya, Mohd. Redza Ahmad di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3.
Nabil menafikan perkahwinannya dengan Nazirah bertujuan untuk menutup kontroversi yang timbul sebelum ini berkaitan hubungannya dengan gadis lain.
“Kami kenal sudah lama iaitu enam tahun tetapi hanya enam bulan yang lalu, barulah hubungan kami menjadi lebih serius.

Menyamar jadi penumpang



CHE HASNI (dua dari kiri) menahan seorang pemandu teksi warga Pakistan yang didapati tidak menggunakan meter di Serdang kelmarin.



SERDANG – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menahan dua orang pemandu teksi warga asing yang tidak menggunakan meter dalam satu operasi khas di sini kelmarin.
Pengurus Besar Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Mejar Jeneral (B) Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad berkata, kedua-dua mereka ialah warga Pakistan dan India.
“Melalui taktik penyamaran, anggota-anggota SPAD berjaya menahan seorang pemandu teksi warga Pakistan dan seorang lagi berbangsa India.
“Kedua-duanya melakukan kesalahan seperti tidak menggunakan meter, mengenakan caj tambang berlebihan dan melanggan penumpang,” katanya ketika ditemui di Hospital Serdang di sini kelmarin.
Menurut Che Hasni, operasi tersebut dijalankan bagi mengekang gejala pemandu teksi tidak bermeter di sekitar Serdang.
Beliau berkata, pemandu teksi yang melakukan kesalahan itu boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 75 (4) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang membawa hukuman denda maksimum sebanyak RM50,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

No comments:

Post a Comment