Jerat halus
Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali dan Georgie Joseph
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
TRAUMA...Anisa menunjukkan laporan polis dibuatnya kepada wartawan Harian Metro.
“Kami terkejut diarah berbuat demikian lalu memberi alasan belum bersedia melayan tetamu kerana hanya mahu menyanyi di kelab seperti dijanjikan,” kata remaja mahu dikenali sebagai Anisa, 18, dan rakannya, Ana, 20-an, yang bukan sahaja ditawarkan bekerja sebagai penyanyi di sebuah kelab malam, tetapi turut dipaksa menjadi pelayan pelanggan (GRO).
Anisa berkata, disebabkan ingkar arahan majikan, mereka dikurung dalam sebuah hotel hampir seminggu, namun dia bernasib baik kerana diselamatkan ibunya bersama jiran, kelmarin.
Sebelum itu, dia teruja menerima tawaran menjadi penyanyi di sebuah kelab malam terkenal di Subang Jaya seperti diiklankan kerana bergaji lumayan iaitu RM8,000 sebulan.
Bagaimanapun, katanya, semua itu helah apabila dia dan Ana yang menerima tawaran itu bukan saja diarah menyanyi, tetapi turut dipaksa menjadi GRO.
Usah cari pasal
Oleh Ibrahim Isa
ibrahim@hmetro.com.my
ibrahim@hmetro.com.my
TUMPAS...Cindy (kanan) melihat pemuda yang meragutnya terbaring selepas dia dibelasah orang ramai.
TAHAN...peragut diserahkan kepada polis.
“Akibatnya, peragut terbabit gagal bergerak kerana dihempap motosikalnya lalu saya mencapai beg tangan dan lari ke restoran berhampiran untuk mendapatkan bantuan,” kata mangsa ragut, Cindy Tan, 52, di Jalan Maju, Taman Pelangi, semalam.
Dalam kejadian jam 4.15 petang itu, Cindy menunggang motosikal Yamaha Ego berseorangan dalam perjalanan ke sebuah premis percetakan kad nama di lokasi berkenaan apabila menyedari diekori seorang lelaki yang menunggang motosikal berkuasa tinggi.
Menurut Cindy, setiba di lokasi kejadian lelaki terbabit tiba-tiba menghampiri dan meragut beg tangannya yang diletak di dalam raga motosikal sebelum cuba melarikan diri.
“Saya tidak rela membiarkan wang diperoleh hasil kerja keras dirampas begitu saja oleh peragut dan kerana itu saya memberanikan diri melawan,” katanya yang bertugas sebagai jurujual barangan perubatan di sebuah syarikat swasta di Singapura.
Orang ramai yang melihat kejadian serta pelanggan restoran segera keluar dan menahan pemuda itu sebelum diserahkan kepada polis.
Bagaimanapun, sebelum itu, orang ramai yang berang dengan peragut terbabit bukan setakat mengikatnya malah turut ditumbuk serta ditendang hingga berdarah, Polis yang tiba tidak lama kemudian menahan lelaki itu untuk siasatan lanjut.
Menurut Cindy, ia adalah pengalaman ragut kedua berlaku terhadapnya dengan kali pertama pada 2005 di Taman Megah Ria.
Merintih minta air
Oleh Zatul Iffah Zolkiply dan Mohammad Ishak
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Dalam kejadian jam 1 tengah hari, Tengku Hafizul yang cedera teruk di seluruh badan dengan kira-kira 50 kesan sengatan, termasuk 20 di kepala meninggal dunia di Hospital Besut selepas empat jam menahan derita.
Menurut Rakiah, arwah sempat meminta air daripadanya selepas diserang kumpulan tebuan itu.
“Ketika itu, arwah dalam keadaan lemah selain mengadu kepanasan sebelum dihantar jiran ke hospital untuk rawatan.
“Saya tak sangka arwah meninggal dunia kerana selepas disengat, dia masih sedar. Tetapi, sejam sebelum meninggal dunia pada jam 5 petang, tubuhnya menggigil,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.
Rakiah berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama arwah dan anak bongsu, Tengku Hanizan Irfan, 2, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka dengan menunggang motosikal selepas mengambil arwah yang bersekolah di Tadika Tanjung Demong kira-kira dua kilometer dari rumah mereka.
“Ketika itu arwah duduk di belakang manakala adiknya di bakul hadapan. Bagaimanapun, sebaik tiba di tempat kejadian, satu sarang tebuan yang melekat di dahan sebatang pokok gelam di tepi jalan, tiba-tiba jatuh menyebabkan tebuan berterbangan dari sarang dan menyerang kami.
“Sebaik disengat, saya memberhentikan motosikal sebelum kami lari menyelamatkan diri ke rumah jiran kira-kira 100 meter dari tempat kejadian,” katanya.
Dia bagaimanapun bernasib baik tidak mengalami kecederaan serius di kepala kerana memakai topi keledar selain sempat melilit kepala anak bongsunya dengan kain ketika kejadian.
“Arwah Tengku Hafizul kanak-kanak aktif dan periang. Bagaimanapun, guru tadikanya ada memaklumkan dia menjadi pendiam selain enggan makan nasi pada hari kejadian dan tidak sangka perubahan sikapnya itu petanda dia akan meninggalkan kami sekeluarga.
“Walaupun sedih, saya reda dan menganggap kejadian sebagai ketentuan Ilahi,” katanya.
Menurutnya, sarang tebuan itu sudah beberapa minggu berada di pokok berkenaan dan dipercayai terkoyak akibat dihuni terlalu banyak tebuan.
Ketika kejadian, bapa mangsa, Tengku Anuar Tengku Hussin, 34, yang bekerja sebagai nelayan berada di laut.
Jenazah arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pengkalan Nyireh jam 10 pagi semalam.
Budak maut disengat tebuan
|
|
BESUT – Seorang kanak-kanak menemui ajal dalam keadaan memeritkan apabila dia disengat lebih 50 ekor tebuan pokok ketika dalam perjalanan pulang ke rumah bersama ibu dan adiknya dengan menaiki motosikal di Kampung Pengkalan Nyireh dekat sini kelmarin.
Kejadian pukul 1 petang itu menyebabkan Tengku Hafizul Hafiq Tengku Anuar, 5, maut ketika dirawat di Hospital Besut di sini akibat kecederaan di kepala, leher dan badan.
Difahamkan, sebelum kejadian, Tengku Hafizul membonceng motosikal yang ditunggang ibunya, Rakiah Ismail, 31, manakala adiknya, Tengku Harizam Irfan, 2, berada di depan. Ketika itu, mereka baru sahaja pulang dari Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) Tanjung Demong, dekat sini.
Menurut Rakiah, ketika hendak sampai rumah, sebahagian sarang tebuan yang berada di dahan sebatang pokok di tepi jalan tiba-tiba jatuh menyebabkan ribuan serangga berbahaya itu berterbangan lalu menyerang mereka.
Lelaki ditemui dengan kesan tembakan di perut
27/09/2011 2:37am
KUALA LUMPUR — Seorang lelaki ditemui dengan kesan tembakan di perut di kawasan perindustrian Bukit Angkat, Sungai Chua, Kajang dekat sini malam semalam.
Ketua Polis Dearah Kajang ACP, Abdul Rashid Abdul Wahab berkata mangsa berumur 23 tahun itu ditemui terbaring oleh orang awam di hadapan sebuah premis perniagaan dengan keadaan perutnya berlumuran darah.
"Saksi (orang awam) bergegas ke lokasi kejadian sejurus terdengar bunyi seperti letupan dan menemui mangsa dalam keadaan terbaring dan perutnya berlumuran darah sebelum bertindak menghubungi polis kira-kira 9 malam,” katanya ketika dihubungi di sini.
Sebelum kejadian, mangsa dipercayai didatangi seorang lelaki yang menaiki sebuah motosikal.
Beliau berkata, lelaki itu dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan.
"Buat masa ini mangsa dalam keadaan kritikal akibat ditembak dan pemeriksaan awal mendapati satu das tembakan telah dilepaskan ke arahnya.
Tiada senjata ditemui di tempat kejadian dan polis masih mengumpul keterangan dari saksi selain menyiasat motif kejadian,” katanya. — Bernama
Tinggal dalam 24 tan sampah
Oleh Fazurawati Che Lah
fazurawati@hmetro.com.my
fazurawati@hmetro.com.my
Sehingga kini, wanita berusia 60-an itu hidup dikelilingi sampah-sarap seberat 24 tan dan hobinya itu dipercayai bermula selepas suaminya meninggal dunia menyebabkan dia ketandusan kasih sayang serta sunyi hidup bersendirian selepas anaknya tinggal berjauhan.
Ekoran sifat peliknya itu, jiran di kawasan sekitar itu membuat aduan kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) supaya mengambil tindakan berikutan tidak tahan dengan bau busuk dari rumahnya.
Ahli Majlis Zon 14 MBPJ, R Selvarajan berkata, bertindak selepas menerima aduan orang ramai, seramai 50 kakitangan MBPJ diketuai beliau sendiri ke rumah terbabit dan mendapati hampir setiap sudut kediaman berkenaan dipenuhi sampah.
“Ini kes pertama di kawasan ini. Agak mengejutkan melihat rumahnya yang dipenuhi pelbagai jenis botol, plastik, kayu dan pelbagai sampah-sarap lain.
“Lapan lori terpaksa digunakan untuk mengeluarkan sebanyak 24 tan sampah dari rumah terbabit selepas dibersihkan,” katanya selepas operasi berkenaan, semalam.
Operasi bermula jam 8.30 pagi itu turut disertai anggota polis Petaling Jaya dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor. Selvarajan berkata, bagi kesalahan itu, denda dikenakan ke atas wanita terbabit berikutan kesalahan membiarkan pembiakan nyamuk aedes.
Menurutnya, setiap hari seawal jam 4 pagi, warga emas itu akan keluar mengayuh basikal untuk mengutip sampah sebelum membawa pulang pada sebelah malam.
“Tetapi, disebabkan dia hidup berseorangan dan tidak tahu berbuat apa-apa, dia bertindak sedemikian,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya akan merujuk wanita berkenaan di hospital bagi mengenal pasti sama ada dia mempunyai masalah mental atau tidak.
No comments:
Post a Comment