Monday, September 26, 2011

BILA SALAH GUNA KUASA....DAN BILA AGAMA DIKAWAL OLEH POLITIK...QURAN DAN HADIS BUKAN SUMBER RUJUKAN DAN SUMBER MENENTU HUKUM JENAYAH@HUDUD...BALA DAN MUSIBAH KENA TANGGUNG BERSAMA...SELAIN HUKUMAN ALLAH AKAN MENANTI DIAKHIRAT...

Remaja 16 tahun diperkosa 8 lelaki



KUALA LUMPUR: Seorang pelajar berusia 16 tahun berdepan detik ngeri apabila dirogol lapan lelaki tidak dikenali secara bergilir-gilir di Kampung Nelayan, Klang, dekat sini, kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 10 malam itu berlaku ketika mangsa dalam perjalan pulang ke rumahnya selepas bersiar-siar seorang diri sebelum didatangi seorang lelaki tidak dikenali mengajaknya menunggang motosikal.

Menurut sumber polis, mangsa bagai dipukau apabila hanya mengikut kehendak lelaki itu dan kemudian dibawa ke sebuah kedai makan. Sebaik selesai menikmati makan malam, mangsa dibawa ke sebuah rumah di kawasan berhampiran.

“Ketika itu mangsa berada dalam keadaan separuh sedar. Mangsa terkejut apabila melihat lapan lelaki mengelilinginya sebelum menyuruhnya membuka pakaian.

“Mangsa pada mulanya menolak pelawaan itu, namun akhirnya mengalah selepas diugut akan dicederakan,” katanya di sini, semalam.
Sumber berkata, mangsa kemudian dirogol bergilir-gilir.

“Selepas selesai, salah seorang daripada mereka menghantar mangsa ke sebuah stesen minyak di Pendamar Indah Dua, kira-kira jam 2 pagi,” katanya.
Mangsa yang ketakutan kemudian membuat laporan di Balai Polis Klang sejurus kejadian.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md Yusof mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Perubatan Islam kian popular


BEBERAPA penduduk membeli ubat herba di Klinik Herbal Insani di pinggir Jakarta pada 20 Ogos lalu.



JAKARTA- Semakin ramai orang Islam di rantau ini tidak lagi memilih perubatan moden, sebaliknya beralih kepada perubatan al-Tibb al-Nawabi atau perubatan cara Nabi.
Perubatan tersebut dikatakan menggunakan ayat-ayat al-Quran dan herba semula jadi tradisional.
"Saya dengar ramai yang telah sembuh. Jadi, saya berharap Allah akan membantu saya," kata seorang wanita yang mengalami masalah sista ovari dan gangguan makhluk halus, Suratmi.
Dia yang mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Jakarta menyatakan sakit perutnya itu sudah semakin reda.
Di Indonesia, perubatan Islam sering dikaitkan dengan golongan fundamentalis yang mendakwa perubatan Barat sebagai racun kepada orang Islam dan ada ubat diperbuat daripada babi.
Justeru, terdapat ahli-ahli kumpulan pengganas yang terlibat dalam perubatan Islam dengan bertindak menjadi bomoh atau penjual.
Sementara itu, segelintir klinik digunakan sebagai tempat merekrut ahli baharu.
Namun, kebanyakan pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan terdiri daripada mereka yang berfahaman sederhana.
"Perubatan Islam membawa mesej bahawa dengan mengambilnya, anda memperkuatkan kepercayaan, manakala keuntungannya memanfaatkan orang Islam," kata Sidney Jones, daripada Kumpulan Krisis Antarabangsa yang pakar mengenai Islam di Asia Tenggara.
Perubatan Islam, produk penjagaan diri dan kecantikan telah menjadi perniagaan besar memandangkan pelanggan di Asia Tenggara sahaja mencecah 250 juta orang.
Misalnya, Siwak-F yang turut dieksport ke Asia Barat dikatakan sebagai ubat gigi yang seperti pernah digunakan oleh Nabi suatu ketika dahulu.
"Kami menggunakan ubat-ubatan yang terbukti keberkesanannya, ditambah dengan keimanan kepada Allah," kata Pengarah Hospital Al-Islam di Kuala Lumpur, Dr. Ishak Mas'ud.
Kos di hospital itu adalah 20 hingga 30 peratus lebih rendah daripada hospital biasa. - AP

Dibelasah kerana tegur polis

JITRA: Hanya kerana menegur perbuatan seorang anggota polis membuang sampah di luar tong sampah, seorang pekerja syarikat pembersihan sisa pepejal menanggung padah apabila mendakwa dibelasah anggota itu dan lima rakannya serta diugut ditembak di Taman Bahagia, Kodiang, dekat sini, Sabtu lalu.
Dalam kejadian jam 11.20 pagi itu, Mohd Ridzuan Mohd Noor, 23, dari Jalan Sanglang, dekat Kodiang, turut digari sebelum dimasukkan ke lokap di Balai Polis Kodiang.

Mohd Ridzuan berkata, dia menjalankan tugas harian mengangkut sampah di situ sebelum seorang lelaki berusia 40-an membuang sampah di luar tong sampah.
Katanya, dia yang kecewa dengan sikap lelaki itu menegur perbuatannya.perniatamnya supaya membuang sampah itu ke dalam tong disediakan.

“Dia berang dan mempersoalkan tindakan saya, malah bertambah berang apabila melihat saya tidak tahu dia adalah polis. “Dia yang berpakaian preman turut mengugut menembak saya jika membawa pistolnya bersama,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Sanglang, Kodiang, semalam.

Katanya, selepas bertengkar, anggota terbabit meninggalkan kawasan itu sambil memberi amaran kepadanya supaya berhati-hati dan sekali lagi mengugut menembaknya.

Menurutnya, setengah jam kemudian lelaki itu datang semula bersama lima rakannya dipercayai polis berpakaian preman berusia 30-an.

“Tanpa usul periksa, mereka menendang saya sehingga terjatuh. Selepas itu, muka, tangan dan perut saya disepak sebelum digari dan dibawa ke Balai Polis Kodiang dengan motosikal,” katanya.
Menurutnya, kejadian disaksikan orang ramai tetapi tidak boleh berbuat apa-apa kerana menyangka polis menangkap penjenayah.

Menurutnya, sebaik tiba di balai polis berkenaan, dia dibawa ke dalam sebuah bilik sebelum dipukul dengan rotan, selain ditendang sehingga tidak bermaya.

"Lelaki yang bertengkar dengan saya itu turut menendang bahagian muka saya dan dia sekali lagi mengugut akan menembak saya," katanya.

Mohd Ridzuan kemudian dimasukkan ke dalam lokap sebelum dibebaskan setengah jam kemudian.

tanpa sebarang alasan.

Katanya, dia mendapatkan rawatan di Hospital Jitra dan doktor memaklumkan terdapat kesan lebam pada pipi kiri, rusuk kiri dan bahu. Mohd Ridzuan mendakwa pergelangan tangannya turut luka dan masih sakit akibat digari.

Mohd Ridzuan kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, di sini, pada jam 1.40 pagi Ahad lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Ibrahim Mohamed Yusoff mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Cemburu motif bunuh di hotel

SUNGAI PETANI: Siasatan awal polis mendapati cemburu menjadi motif utama seorang lelaki mati dibunuh dalam bilik hotel disewanya di Taman Sejati, di sini, Selasa lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Zakaria Ahmad berkata, mangsa, Mohd Nasir Isahak, 35, dikatakan menjalin hubungan dengan teman wanita seorang daripada suspek terbabit.

Katanya, maklumat itu diperoleh hasil kejayaan polis menahan tiga suspek, termasuk wanita berkenaan yang berusia 32 tahun serta teman lelakinya berusia 29 tahun dan seorang lagi lelaki berusia 28 tahun, kelmarin.
“Wanita itu tidak bekerja, manakala kedua-dua lelaki terbabit bekerja sebagai pengawal keselamatan,” katanya di sini, semalam.

Mohd Zakaria berkata, wanita itu ditahan di sebuah rumah di Pulau Pinang awal pagi kelmarin, manakala dua lelaki itu ditahan dalam sebuah kereta di Bayan Baru, Pulau Pinang beberapa jam kemudian. “Hasil tangkapan itu, polis turut merampas sebuah Peugeot 308 putih yang dilaporkan hilang di ibu negara pada 11 Ogos lalu selain sepucuk pistol jenis Baretta 9mm bersama tujuh peluru dan sebilah pedang samurai dalam kereta berkenaan,” katanya.

Telefon abang minta diselamat

Oleh Kasdi Ali
kasdi@hmetro.com.my

IPOH: “Tolong...ada orang mahu hentam aku kat Menglembu.” Itu kata-kata akhir K Pirathibaraj, 19, sebelum ditemui mati apabila menjadi mangsa belasahan sekumpulan lapan lelaki di satu kawasan perindustrian di Menglembu, dekat sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 8 malam itu, Pirathibaraj dari Taman Buntong Ria, dekat sini, maut di tempat kejadian akibat pendarahan teruk dan kecederaan parah di kepala dan belakang badan.

Abang mangsa, K Magendran, 30, berkata, dia menerima panggilan daripada mangsa pada jam 7.30 malam.

“Berdasarkan nadanya, saya boleh bayangkan adik ketakutan dan panik. Dia meminta tolong dan memberitahu sekumpulan lelaki mahu memukulnya di Menglembu.


“Saya tidak sempat bertanya dia di mana kerana panggilannya tiba-tiba terputus. Saya cuba menghubunginya kembali, tetapi tidak berjaya selepas berpuluh kali mencuba menyebabkan saya berasa tidak sedap hati,” katanya sebak.

‘Elakkan campur tangan politik’

Oleh Muhd Izawan Baharin
izawan@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Bagi mengembalikan roh Islam sebagai sumber kekuatan perpaduan, Majlis Agama Islam perlu berada di barisan hadapan sebagai sebuah platform penyatuan yang bebas dari politik berparti ketika suasana pimpinan politik di kalangan umat Islam tidak lagi mahu bersepakat.
Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah bertitah, Majlis Agama Islam bukan institusi politik, tetapi sebuah institusi yang bertanggungjawab secara langsung kepada raja-raja sebagai Ketua Agama Negeri dan diwujudkan melalui Undang-Undang Tubuh Negeri sebagai Pihak Berkuasa Utama Negeri mengenai hal ehwal Islam selepas Raja Pemerintah.

“Institusi ini hendaklah berstatus bebas sebebasnya daripada pengaruh dan campur tangan politik berparti dan raja pada setiap masa wajib memastikan takhta kekal di atas politik kepartian.
“Majlis Agama Islam wajib keluar dari kepompong pendekatan usang dan berani mencabar tradisi yang jumud. Dalam mendukung tanggungjawab besar terhadap ummah, Majlis Agama Islam perlu melakukan perekayasaan, membawa minda keluar dari sangkar kurungan ciptaan Inggeris, mencelikkan pandangan untuk berupaya merangka rancangan serta tindakan lebih substantif,” titah baginda.

Transformasi institusi agama

Oleh Muhd Izawan Baharin
izawan@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Sudah tiba masanya Majlis Agama Islam di seluruh negara melaksanakan proses transformasi secara menyeluruh, komprehensif dan bersepadu seiring dengan pengurusan organisasi lain.
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah, dalam usaha memastikan transformasi itu berjaya dilaksanakan, institusi agama perlu berada di landasan kukuh, mantap dan berkesan selain langkah memperkemas jentera organisasi serta tadbir urus dilakukan dari semasa ke semasa.

“Sumber mapan, struktur organisasi yang kemas, kewibawaan modal insan dan kebijaksanaan memaksimumkan potensi sedia ada menjadi faktor penting penentu kecemerlangan Majlis Agama Islam yang perlu diperkasa,” titahnya sempena Majlis Perasmian Kongres Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.
Turut mencemar duli ke majlis itu ialah Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah; Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail; Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah; Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra. Hadir sama, Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob; Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Tuanku Mizan bertitah, fungsi dan peranan Majlis Agama Islam perlu terus diperkasakan bagi menjamin kelestarian pembangunan ekonomi umat Islam.

“Strategi yang berkesan perlu dibangunkan bagi membuktikan keupayaan Majlis Agama Islam meningkatkan kualiti kehidupan umat Islam dan jalinan kerjasama perlu dirangka serta digiatkan membabitkan pelbagai pihak untuk memajukan perdagangan dan pelaburan.

“Selain itu, fungsi zakat sebagai Rukun Islam ketiga juga seharusnya diberikan perhatian serius dan adalah penting mengkaji kaedah ke arah mempromosikan zakat serta memperhebatkan galakan menghulur sedekah jariah agar kedua-dua elemen dapat dimanfaatkan fungsinya sebagai salah satu jentera penggerak sosio ekonomi bagi menjana kekayaan umat Islam” titahnya.

Baginda bertitah, satu masalah yang membelenggu kemajuan umat Islam ialah lemahnya komitmen dalam pelaburan pendidikan.
“Beta berharap peranan dilaksanakan Lembaga Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Islam atau Lepai akan terus diperkukuhkan bersama Majlis Agama Islam negeri demi kepentingan pendidikan agama Islam di negara ini,” titahnya.

Lelaki Bangladesh tak mengaku cabul



KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Bangladesh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mencabul seorang pelajar perempuan kolej swasta, minggu lalu.
Pekerja pasar raya, Md Kamruzaman Chansarif, 28, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Siti Shakirah Mohtarudin.

Md Kamruzaman didakwa mencabul kehormatan dengan memeluk dan mencium pipi pelajar berusia 19 tahun itu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan lif tingkat lima, Kolej Segi, No 33-35, Jalan Hang Lekiu, Dang Wangi di sini kira-kira jam 12.30 tengah hari, 20 September lalu.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman berkenaan.

‘Biarlah kami jalankan tugas’



JOHOR BAHRU: Orang ramai diminta tidak bertindak sesuka hati terhadap suspek kes jenayah bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku terhadap suspek terbabit seperti mati akibat dibelasah.
Sekiranya ia berlaku, individu terbabit pula berdepan hukuman kerana kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa kepada gantung sampai mati mandatori jika sabit kesalahan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, polis menghargai kerjasama orang ramai membantu menangani jenayah termasuk tangkapan awam.
Bagaimanapun, katanya, orang ramai perlu menyerahkan tangkapan yang dilakukan kepada polis bagi membolehkan mereka diadili di mahkamah.“Biarlah kami menjalankan tugas dan jangan sesekali bertindak melampaui batasan undang-undang dengan mengambil pendekatan sendiri,” katanya.

Mayat budak hilang di ladang sawit



KUALA KANGSAR: Kanak-kanak berusia 11 tahun, Nur Shafiqa Ismail, yang dilaporkan hilang pada 16 September lalu, dijumpai mati dibunuh di kawasan ladang sawit Kampung Langkor, Kati, Kuala Kangsar, di sini, pagi tadi.
Mayat kanak-kanak itu ditemui pada jam 10.30 pagi oleh seorang pekerja ladang kelapa sawit itu yang kemudian memaklumkan kepada majikannya sebelum kejadian itu dilaporkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Abdul Ghaffar Muhammad, berkata mayat kanak-kanak malang itu ditemui dalam keadaan terbaring dengan kesan jerutan di leher.
“Ibu mangsa mengesahkan mayat itu ialah Nur Syafiqa ketika membuat pengecaman di tempat penemuan mayat itu di ladang berkenaan,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, mayat Nur Syafiqa dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat.

Pemilik ladang kelapa sawit berkenaan yang enggan identitinya disiarkan berkata, mayat itu ditemui seorang pekerjanya ketika mahu membersihkan ladang.

Ketika ditemui, katanya, mayat berkenaan berada di bawah tebing tanah berbukit di ladang itu dengan ditimbus daun kelapa sawit kering.

“Pekerja itu memberitahu perkara terbabit kepada saya sebelum kami melaporkan kepada polis,” katanya.
Nur Shafiqa yang tinggal bersama ibu saudaranya di Kampung Talang Masjid, Kuala Kangsar sejak awal Januari lalu selepas ibu bapanya berpisah.

No comments:

Post a Comment