Monday, September 26, 2011

JIKA TAK IKUT HUKUM ISLAM...MAKA DIAKHIRAT HUKUMAN ALLAH MENANTI....ADA BAIK HUKUM ALLAH DILAKSANAKAN

Hilang RM30,000 semasa bercuti


SITI NORDARMA menunjukkan laporan polis yang dibuat berhubung kehilangan barangannya di LWOT di Kepala Batas semalam.


KEPALA BATAS – Pihak pengurusan pusat rekreasi Lost World Of Tambun (LWOT) di Ipoh, Perak perlu bertanggungjawab di atas kehilangan barangan bernilai hampir RM30,000 yang disimpan di dalam laci pusat tersebut oleh seorang pengunjung, Siti Nordarma Ab. Rahman, 29, ketika bercuti di sana baru-baru ini.
Siti Nordarma yang berkunjung ke sana bersama keluarganya buat pertama kali pada 16 September lalu sempena cuti Hari Malaysia berkata, dia memberi tempoh satu bulan kepada pihak LWOT untuk menyelesaikan masalah kehilangan barangan tersebut.
“Apa yang saya kesalkan ialah pihak LWOT seolah-olah ambil mudah ketika saya membuat aduan,” katanya.
Menurut Siti Nordarma, dia dan suaminya, Mohd. Kamarul Bahrin Baharudin, 26, bersama dua anaknya tiba di LWOT kira-kira pukul 1.30 petang dan terus menyewa sebuah laci pada kadar RM10 untuk menyimpan barangan setelah membeli tiket masuk.
“Sebelum meninggalkan laci tersebut untuk pergi mandi-manda di kolam, saya telah memeriksa beberapa kali bagi memastikan ia benar-benar berkunci.
“Setelah selesai mandi-manda, saya pergi semula ke laci tersebut tetapi terkejut apabila mendapati kesemua barangan yang disimpan di dalamnya telah hilang,” ceritanya.

Cemas dua minit diacu pistol




KUALA TERENGGANU - Kelmarin mungkin menjadi hari yang paling mencemaskan buat seorang Timbalan Pendakwa Raya apabila dia diacukan sepucuk pistol oleh seorang lelaki berserban ketika berada di persimpangan lampu isyarat di Jalan Sultan Ismail dekat sini.
Kejadian yang disyaki bermotifkan dendam atau tidak puas hati pukul 11 pagi itu berlaku terhadap wanita berusia lingkungan 30-an tersebut ketika dia sedang memandu kereta jenis Kia Spectra miliknya untuk ke sebuah farmasi di situ. Kejadian itu turut disaksikan oleh anak perempuan mangsa berusia 14 tahun.
Difahamkan, wanita yang telah lama berkecimpung dalam arena pendakwaan terhadap penjenayah dipercayai menjadi mangsa lelaki misteri itu kerana dia sering mengendalikan kes-kes berprofil tinggi termasuk melibatkan hukuman gantung.
Ketua Polis Negeri, Datuk Jamshah Mustafa (gambar) berkata, ketika berhenti, mangsa didatangi seorang penunggang motosikal yang memakai serban dan kemeja lengan panjang cerah lalu mengetuk cermin keretanya. Mangsa tidak menurunkan cermin itu.
Katanya, suspek berusia lingkungan 50-an itu kemudian mengambil sepucuk pistol seakan-akan jenis Walter berwarna kelabu dari dalam raga motosikal.
"Suspek kemudian mengacukan pistol ke arah muka mangsa. Wanita itu yang cemas telah bergerak beberapa meter ke hadapan tetapi tidak diekori suspek.

Pelajar didakwa bunuh gadis


MUHAMMAD KHAIRI diiring keluar selepas dituduh membunuh Nurul Awathif di Mahkamah Majistret Ampang Jaya semalam.


AMPANG JAYA - Kes pembunuhan seorang gadis yang mayatnya ditemui dibakar hampir 80 peratus di dalam semak dekat loji kumbahan di Jalan Bukit Belacan, Ampang di sini 6 September lalu memasuki episod baharu apabila seorang remaja dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang Jaya atas kesalahan itu semalam.
Tertuduh yang merupakan pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA), Muhammad Khairi Nor Aziz, 19, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wan Karimah Wan Md. Abd. Ghani. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Muhammad Khairi didakwa membunuh hingga menyebabkan kematian Nurul Awathif Mohd. Shakir, 19, di rumah bernombor B-119 Apartmen Sri Wira, Jalan Ukay Perdana 2, Taman Ukay Perdana, Ampang di antara pukul 9 malam, 4 September hingga pukul 2.15 pagi, 5 September lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Faridah Nur Dinie Baharum manakala Muhammad Khairi diwakili peguam Zamani Dolmat. Wan Karimah menetapkan 8 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Seludup syabu RM750,000 dalam pelembap bibir


A. THAIVEEGAN (tengah) melihat dadah jenis syabu yang disorokkan di dalam beg pakaian pada sidang akhbar di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Cubaan sindiket pengedaran dadah menggunakan pelembap bibir untuk menyeludup masuk bekalan syabu gagal apabila seorang wanita Nigeria ditahan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dekat sini baru-baru ini.
Ketika ditahan pada 17 September lalu, wanita berumur 29 tahun yang disyaki ‘keldai dadah’ itu membawa sekotak bungkusan cantik kononnya mahu dijadikan sebagai hadiah.
Namun selepas diperiksa dengan teliti, bungkusan itu mengandungi 600 batang pelembap bibir berisi dadah jenis syabu seberat kira-kira tiga kilogram (kg) bernilai RM750,000.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan berkata, suspek yang tiba dari Doha, Qatar ditahan di KLIA pada pukul 11.30 malam selepas polis curiga dengan kotak yang dibawanya di dalam beg.
Menurut beliau, pada mulanya, imbasan ke atas kotak tersebut hanya menemui 600 batang pelembap bibir.

Dipukul polis kerana sampah


MOHD. RIDZUAN menunjukkan laporan polis dan X-ray akibat dibelasah oleh polis di Jitra, Kedah semalam.


JITRA - Seorang pekerja syarikat pembersihan sisa pepejal di sini mendakwa dipukul lima lelaki dipercayai anggota polis hanya disebabkan tegurannya ke atas salah seorang lelaki terbabit yang tidak membuang sampah ke dalam tong di Taman Bahagia, Kodiang dekat sini Sabtu lalu.
Mangsa, Mohd. Ridzuan Mohd. Noor, 23, memberitahu, kejadian berlaku ketika dia membuat kerja pembersihan di taman perumahan tersebut sebelum didatangi salah seorang lelaki yang membuang sampah di luar tong.
Katanya, dia kemudian meminta lelaki berusia awal 50-an itu membuang sampah ke dalam tong yang disediakan, namun sebaliknya dia diherdik dalam kejadian kira-kira pukul 11.20 pagi itu.
"Lelaki itu menengking dengan berkata, hang siapa, dan saya memberitahu saya ditugaskan untuk membersihkan kawasan tersebut.
"Lelaki itu masih tidak berpuas hati dan memberitahu, hang tidak tahu aku siapa, kalau ada pistol aku tembak hang," ceritanya kepada pemberita di sini semalam.
Tambahnya, lelaki terbabit yang berpakaian preman kemudian berlalu, namun datang semula ke kawasan itu kira-kira 30 minit kemudian bersama empat lagi rakannya.
"Setiba di situ mereka mengepak tangan dan menendang saya sehingga jatuh. Mereka kemudian menggari tangan saya. Selepas itu mereka menyepak muka, perut dan belakang badan," dakwanya yang tidak dapat berbuat apa-apa kerana tangan digari.
Mohd. Ridzuan memberitahu, dia kemudian dibawa ke Balai Polis Kodiang sebelum sekali lagi dibelasah oleh mereka dan selepas itu mengurungnya di dalam lokap.

Peragut dijel 7 tahun, 5 sebatan


NIK AZRUL HISYAM menutup muka ketika dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Seorang penganggur yang cuba meragut beg tangan seorang pejalan kaki bulan lalu menerima padah apabila Mahkamah Sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan lima sebatan.
Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman itu ke atas Nik Azrul Hisyam Ayuhan, 26, dari Kota Bharu setelah lelaki itu mengaku bersalah melakukan perbuatan itu.
Nik Azrul Hisyam didakwa bersama seorang yang masih bebas cuba melakukan rompakan dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada seorang wanita, Teh Bee Loon, 44, di tepi Jalan Dusun Muda di sini pada pukul 1.10 petang, 18 Ogos lepas.
Menurut fakta kes, mangsa sedang berjalan kaki di Wakaf Siku sebelum terpandang tertuduh di atas sebuah motosikal bersama seorang rakannya dalam keadaan yang mencurigakan.

No comments:

Post a Comment