Wednesday, September 28, 2011

BILA HUKUM TIDAK DIGUNA PAKAI...MEMBISU...NASKAH DIBUANG HEBUH...BAGUSLAH MENJAGA KESUCIANNYA...BAGAIMANA HUKUM YANG DIDALAMNYA....TAK KAN TAK HEBUH SEBAB TAK DILAKSANAKAN...MEMANG KITA AMBIK YANG SEDAP2...CONTOH BAB ZAKAT DAN POLIGAMI...HUDUD BAGAIMANA...

Pasangan kekasih 'terbang' akibat letupan


PUSAT beli-belah Empire Shopping Gallery yang ditutup ekoran kejadian letupan.


SUBANG JAYA - Seorang pemuda yang berada di bangunan Empire Shopping Gallery di sini semalam memberitahu, dia dan kekasihnya melayang beberapa meter selepas terdengar bunyi letupan kuat dari dalam bangunan tersebut.
Serentak itu, Daryl Chua Chin Hong, 27, berkata, dia turut nampak banyak benda berterbangan, cermin kedai pecah dan beberapa sudut bangunan itu terbakar.
Ceritanya, keadaan ketika kejadian pada pukul 3.40 pagi amat menakutkan kerana hampir separuh blok A bangunan yang sebelum ini gah musnah dalam sekelip mata.
"Ketika itu, saya dan teman wanita saya mahu membayar kupon letak kereta di hadapan bangunan itu sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan.
"Impak letupan tersebut menyebabkan kami berdua melayang ke belakang sebelum terjatuh," cerita Daryl yang memberitahu kejadian itu merupakan pengalaman paling menakutkan dalam hidupnya ketika ditemui di tempat kejadian di sini semalam.
Selain dia dan kekasihnya, katanya, suasana di luar bangunan agak sunyi kerana kebanyakan kedai di bangunan sudah tutup. Empire Shopping Gallery mempunyai empat blok iaitu blok A, B, C dan blok D.
Sebelum itu, Daryl berkata, dia dan teman wanitanya, Hibbie Tan Wern Fang, 24, baru keluar dari sebuah restoran di aras LG di blok A bangunan tersebut.
"Kami yang menaiki kereta masing-masing kemudian berdiri di hadapan mesin untuk membayar kupon tempat letak kenderaan," katanya.
Namun, belum sempat pasangan itu membuat bayaran, bangunan tersebut bergegar ekoran satu letupan kuat sehingga menyebabkan mereka tercampak.

Parah dihujani peluru mafia


LOKASI Subramaniam terkena tembakan ala mafia di Jalan Metro Prima, Kepong, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Dua lelaki yang bersenjatakan sepucuk pistol bertindak ala mafia apabila melepaskan 12 das tembakan ke arah seorang penarik kereta menyebabkan mangsa dan dua orang awam cedera dalam kejadian di Jalan Metro Prima, Kepong di sini semalam.
Kejadian yang menggemparkan pada pukul 5.40 petang itu berlaku ketika mangsa yang dikenali sebagai Subramaniam, 43, sedang minum di sebuah kedai di situ. Dia mempunyai dua rekod jenayah lampau.
Tanpa diduga, salah seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ dan memakai topi keledar berpenutup terus melepaskan 12 das tembakan tanpa henti ke arah mangsa pada jarak kira-kira 20 meter.
Dua tembakan itu mengenai perut dan tangan lelaki itu manakala bakinya tersasar lalu terkena pada dua orang awam. Dua mangsa itu terkena serpihan peluru pada kaki masing-masing.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kejadian itu bermotifkan dendam berdasarkan cara suspek menyerang mangsa yang seolah-olah ingin membunuh lelaki itu.

Penoreh getah dibunuh kejam


ANGGOTA polis berkawal di tempat Ramasandram dan Bakiam mati dibunuh di sebuah ladang getah di Hulu Yam, Selangor semalam.


HULU YAM – Sepasang suami isteri yang hanya mahu menghabiskan sisa hidup mereka dengan menoreh getah menjadi mangsa pembunuhan kejam apabila kepala kedua-duanya ditetak sampai mati di kebun getah Batu 30, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh di sini semalam.
Mayat L. Ramasandram, 57, dan isterinya A. Bakiam, 51, ditemui pada pukul 5.40 pagi dalam keadaan terlentang atas tanah oleh orang awam. Sebelum kejadian, pasangan tersebut dikatakan dalam perjalanan untuk menoreh getah di kebun mereka dengan menaiki sebuah motosikal.
Kosmo! difahamkan, kawasan tersebut merupakan salah satu sarang penagih dadah di Hulu Yam dan kemungkinan mangsa cuba disamun oleh mereka.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Norel Azmi Yahya Affendi berkata, siasatan mendapati terdapat kesan tetakan di kepala kedua-dua mangsa.
“Pihak polis turut menjumpai sebuah motosikal jenis Honda EX5 milik mangsa di tempat kejadian,” katanya ketika ditemui semalam.
Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baharu untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sementara

Lagi kes buang al-Quran


ABDUL BASIDH (kiri) dan Abdul Mohsein Abdul Wahab menunjukkan cebisan tulisan ayat al-Quran di Alor Setar semalam.


ALOR SETAR - Seorang pengurus syarikat percetakan terkejut apabila menemui dua guni plastik berisi naskhah al-Quran yang dipercayai dibuang pihak tidak bertanggungjawab di kilangnya di Mergong di sini.
Plastik putih itu berisi helaian surah Yasin, doa, wirid serta panduan ibadah itu ditemui dibuang di tepi kilang Percetakan Siaran Sdn. Bhd. pada petang Isnin lalu.
Pengurus Pemasaran syarikat itu, Abdul Basidh Abdul Wahid, 40, memberitahu, dia menemui bungkusan itu ketika mahu menutup pagar premisnya kira-kira pukul 6 petang.
"Saya tidak menyangka dua bungkusan plastik itu berisi helaian al-Quran termasuk surah Yasin selain helaian doa, wirid dan panduan ibadah.
"Perbuatan itu satu penghinaan kerana tidak menjaga kesucian al-Quran dan agama," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Syarikat percetakan itu yang beroperasi sejak tahun 1958 adalah satu-satu syarikat percetakan yang mempunyai lesen mencetak teks al-Quran di Kedah dan Perlis.
Abdul Basidh memberitahu, selain mencetak bahan al-Quran, kilang itu turut mencetak buku agama dan kalendar yang ditempah pelbagai pihak.
Tambahnya, perbuatan membuang bahan al-Quran di premisnya itu dilihat mahu melepaskan tanggungjawab dan mengambil jalan mudah melupuskannya.

Korban kelima tragedi bom Golok

KOTA BHARU - Seorang lelaki warga Malaysia yang dirawat di Hospital Hat Yai, Thailand sejak dua minggu lalu selepas terkena letupan bom di Jalan Charoen Khet, Sungai Golok meninggal dunia semalam.
Chan Yew Soon, 63, rakyat Malaysia kelima yang meninggal dunia akibat tragedi itu menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8.30 pagi waktu tempatan.
Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd. Aini Atan ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.
Difahamkan, mayat lelaki berasal dari Kubor Kuda di sini akan dibakar di Thailand sebelum dibawa pulang ke tanah air untuk disemadikan.

Murid prasekolah lemas


RAMLI AHMAD menunjukkan tempat anak saudaranya, Muhammad Saiful mati lemas di Sungai Langgar, Kampung Limbong, Alor Setar ketika ditemui semalam.


ALOR SETAR - Hajat seorang murid prasekolah untuk menghadiahkan ikan pekasam kepada dua gurunya tidak kesampaian apabila dia ditemui lemas di Sungai Langgar di Kampung Limbong di sini Isnin lalu.
Mayat mangsa, Muhammad Saiful Sudin, 6, ditemui penduduk kampung pada pukul 9.05 malam iaitu selepas dua jam dia diketahui terjatuh ke dalam sungai sedalam lima meter itu.
Ibu mangsa, Zaitun Man, 50, memberitahu, sebelum kejadian, dia dan anak bongsunya itu pergi memancing ikan di satu saliran air di kawasan sawah tidak jauh dari rumahnya.
"Selepas sejam memancing dan mendapat empat ekor ikan sepat, kami berdua pulang ke rumah dengan menaiki motosikal pada pukul 7 petang.
"Bagaimanapun, tiba di simpang menghala ke rumah, Saiful ternampak lima rakannya bermain di atas titi sungai lalu dia terus turun dari motosikal," katanya ketika ditemui semalam.
Katanya, dia melarang Saiful bermain di sungai tetapi dia terus berlalu pergi dan memberitahu hendak pergi ke rumah saudaranya.
"Tidak lama kemudian seorang rakannya datang ke rumah beritahu Saiful terjatuh ke dalam sungai," tambahnya.

Ribut 'serang' Kuala Terengganu


BEBERAPA orang pekerja memotong dahan pokok yang menimpa sebuah kenderaan di luar Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU – Beratus-ratus rumah di sekitar Kuala Terengganu di sini rosak teruk akibat dipukul ribut dan angin kencang dalam kejadian malam kelmarin.
Turut terjejas adalah kawasan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah menyebabkan lebih 10,000 penonton yang menyaksikan perlawanan Piala Malaysia bertempiaran lari.
Kejadian kira-kira pukul 9 malam itu menyebabkan bumbung-bumbung rumah rosak teruk sementara lebih sepuluh kereta milik penonton yang diletakkan di luar stadium rosak dihempap pokok.
Selain itu, puluhan papan iklan turut diterbangkan angin manakala beberapa keping zink di kawasan stadium tercabut.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang turut berada di stadium berkenaan ketika kejadian berkata, bencana ribut itu berlaku mungkin disebabkan perubahan cuaca.
Bagaimanapun kata beliau, laporan awal mengesahkan beratus-ratus rumah telah rosak selain beberapa pokok besar di tengah bandar tumbang.
“Kita belum mendapat angka sebenar rumah yang terjejas tetapi antara tempat yang teruk dilanda bencana ini ialah di Seberang Takir dan beberapa kampung sekitar Kuala Terengganu,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Mengenai kejadian di stadium, beliau menjelaskan tiada sebarang kecederaan serius dilaporkan setakat ini dan semua kerosakan akan dibaik pulih dengan segera.
Sementara itu, seorang penonton, Nurul Huda Hussain, 26, berkata, ribut dan angin kencang itu berlaku ketika perlawanan bola sepak baru memasuki minit kesepuluh.


Kucing miliki dua wajah


SEEKOR kucing memiliki dua wajah di Massachusetts akan berusia 12 bulan dalam bulan ini.


CONWAY, Amerika Syarikat (AS) - Seekor kucing di Massachusetts, AS memiliki dua wajah dan diberi nama Frank dan Louie.
Haiwan itu yang berusia 12 tahun dalam bulan ini merupakan kucing yang memiliki dua wajah paling lama pernah hidup di dunia, kata seorang jurucakap Guinness World Records, Sara Wilcox kelmarin.
Kucing itu mempunyai dua mulut, dua hidung dan tiga mata.
Haiwan itu mempunyai satu otak. - Reuters



Mati dengan mata terbuka

PIHAK pendakwa raya mendedahkan gambar mayat Michael Jackson dalam sesi perbicaraan di Mahkamah Tinggi Los Angeles kelmarin. - AFP


LOS ANGELES - Hujah pembukaan bermula kelmarin di sebuah mahkamah di sini dalam perbicaraan ke atas seorang doktor yang dituduh membunuh Raja Pop, Michael Jackson.
Seorang pendakwa raya menyatakan kepada juri bahawa penyanyi itu menyalahletakkan keyakinan terhadap doktor itu, Conrad Murray yang menyebabkan kematiannya.
Dalam bilik Mahkamah Tinggi Los Angeles, satu gambar mayat penyanyi itu di atas katil sebuah hospital didedahkan.
Satu audio rakaman penyanyi itu yang kelihatan seperti sudah diberi ubat yang kuat dua bulan sebelum kematiannya juga didedahkan.
Video rakaman Jackson melakukan latihan persembahan The Way You Make Me Feel sebelum kematiannya juga disiarkan.
Timbalan Peguam Daerah, David Walgren menyatakan kepada juri bahawa dia akan memperincikan apa yang berlaku pada beberapa jam terakhir kehidupan penyanyi tersebut, dari ketika dia meninggalkan latihan nyanyian sehingga kepada anggota-anggota paramedik dipanggil ke kediaman yang disewanya.
Jackson meninggal dunia disebabkan ubat pelali yang kuat, propofol yang berlebihan.
"Apa yang terjadi pada jangka masa itu adalah kerana perlakuan dan kecuaian doktor peribadi Michael Jakson, Conrad Murray secara langsung menyebabkan tanpa disangka-sangka kematiannya pada umur 50 tahun," kata Walgren.
Dia berkata, Jackson percaya kepada Murray sebagai doktornya.
"Kepercayaan yang disalahletakkan kepada Conrad Murray itu mengorbankan nyawa Michael Jackson," katanya lagi.
Sejumlah anggota keluarga Jackson berada di dalam kamar mahkamah termasuk bapanya, Joseph, ibu penyanyi tersebut, Katherine, kakaknya, La Toya dan abangnya, Jermaine.
La Toya Jackson membawa bunga matahari yang merupakan bunga kesukaan Jackson.
Murray tiba di mahkamah itu dengan memegang tangan ibunya.
Doktor itu mengaku tidak bersalah melakukan pembunuhan dengan tidak sengaja dan dia serta peguamnya menafikan memberikan Jackson sesuatu yang boleh menyebabkan penyanyi berkenaan mati.
Peguam Murray berhujah bahawa Jackson mati dengan cepat selepas mengambil dua ubat ketika doktornya keluar dari bilik di kediaman penyanyi tersebut, Holmby Hills pada 25 Jun 2009.

GAMBAR yang disiarkan di Mahkamah Tinggi Los Angeles kelmarin menunjukkan imej doktor Conrad Murray dan suntikan ubat propofol. - AFP


"Dia (Jackson) melakukan satu perbuatan tanpa pengetahuan doktornya, tanpa kebenaran doktornya, menentang arahannya.
"Dia (Jackson) melakukan satu perbuatan yang menyebabkan kematiannya sendiri," hujah peguam Murray, Ed Chernoff.
Peguam itu menyatakan bahawa Jackson mengambil lapan pil lorazepam yang mencukupi untuk menyebabkan enam orang tidur tanpa pengetahuan doktornya dan kemudian memberikannya satu tambahan dos ubat sedatif propofol yang kuat.
"Kombinasi dadah itu membunuhnya (Jackson) dengan cepat. Dia (Jackson) meninggal dunia dengan pantas. Dia (Jackson) tidak mempunyai masa untuk menutup matanya," kata Chernoff.
Murray, 58, akan berdepan hukuman empat tahun penjara jika didapati bersalah oleh juri yang terdiri daripada tujuh orang lelaki dan lima wanita kerana melakukan pembunuhan dengan tidak sengaja.
Dia dituduh memberikan Jackson dos propofol berlebihan yang Jackson gelarkan ubat itu sebagai susu untuk membantu mengurangkan masalah insomnia.
Murray pernah menafikan memberikan Jackson ubat propofol yang selalu digunakan sebagai ubat pelali dalam pembedahan.
Dia menangis pada satu ketika semasa sesi perbicaraan itu. - Agensi

No comments:

Post a Comment