Tidur terus tak bangun
Oleh Na'imah Mohamed
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
DERITA...‘Beckham’ koma akibat pendarahan dalam otak.
Lelaki itu yang mahu dikenali sebagai Megat, 29, berkata, bayi lelakinya yang diberi jolokan ‘Beckham’ oleh jururawat di unit rawatan rapi sebuah hospital di sini, tidak sedarkan diri selepas ditidurkan pengasuhnya di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di sini, kira-kira jam 12 tengah hari.
Selepas Beckham gagal dikejutkan dari tidur, pengasuh menghubungi Megat di pejabatnya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang kira-kira jam 4.30 petang, sebelum bayi itu dikejarkan ke hospital berhampiran.
Menceritakan kejadian itu, Megat berkata, pada pagi kejadian, dia menghantar anak lelakinya itu ke pusat asuhan itu seperti biasa.
Menurutnya, ibu mangsa yang berusia 29 tahun kerap menghubungi pusat asuhan itu bagi mengetahui keadaan anak tunggal mereka dan membuat panggilan terakhir kira-kira jam 12 tengah hari pada hari kejadian sebelum diberitahu pengasuh sedang memberikannya susu untuk tidur.
“Bagaimanapun, kira-kira jam 4.30 petang, seorang pengasuh di pusat itu menghubungi saya dan memberitahu anak kami tidak bangun-bangun selepas ditidurkan,” katanya ketika ditemui Harian Metro semalam.
Wanita mati, inspektor parah
Oleh Cleo Will
hmkk@hmetro.com.my
hmkk@hmetro.com.my
SIASAT...anggota polis melakukan siasatan di rumah mangsa, semalam.
Pegawai polis berusia 29 tahun berkenaan dikatakan menerima panggilan daripada mangsa berusia 27 tahun yang meminta bantuan apabila mendapati pintu rumahnya diumpil seorang lelaki tidak dikenali pada kira-kira jam 4.40 pagi.
Anggota polis itu kemudian bergegas ke rumah wanita terbabit dan mendapati pintunya terbuka sebelum melihat mangsa sedang bergelut dengan seorang lelaki yang memegang pisau lalu cuba memberi bantuan.
Dalam keadaan kelam-kabut, suspek nekad menikam anggota polis terbabit di kaki, bahu dan belakang badan menyebabkannya berlumuran darah, sebelum menikam wanita terbabit berulang kali sehingga mati.
Pegawai polis yang parah itu kemudian mendapatkan bantuan dari Balai Polis Keningau, sebelum dikejarkan ke Hospital Keningau untuk mendapatkan rawatan kecemasan.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, siasatan awal mendapati, mangsa menghubungi inspektor polis itu melalui telefon bimbit untuk meminta bantuan selepas seorang lelaki tidak dikenali cuba membuka pintu rumahnya.
“Namun sebaik tiba, pegawai polis ini turut bergelut sebelum ditikam ketika cuba membantu mangsa,” katanya, semalam.
Turut hadir, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Omar Mammah dan Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Zahari Mohamed.
“Malah, sebelum melarikan diri, suspek turut sempat menikam wanita berkenaan walaupun wanita itu dilihat sudah tidak bergerak lagi.
“Tiada tangkapan dibuat pada masa ini dan polis sudah menggerakkan operasi bagi memburu suspek,” katanya.
Katanya, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu tampil atau menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Keningau, Asisten Superintendan Lee Nyuk Kim di talian 016-862 5302 dengan segera.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 394/302, Kanun Keseksaan iaitu pecah rumah dan bunuh,” katanya.
Wang loteri terjun laut
Oleh Zulfa Mohamad
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
ANGKAT...kereta dinaiki lima lelaki yang terjunam ke dalam laut dekat Dermaga Bagan Dalam, Butterworth dikeluarkan, semalam.
Sebelum kejadian kira-kira jam 12.45 tengah malam itu, lima lelaki terbabit dari Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah ke pekan Bukit Mertajam untuk meraikan kejayaan dua rakan mereka memenangi wang loteri.
Mereka dipercayai mengambil minuman keras sebelum pulang dengan sebuah kereta dipandu seorang daripada mereka yang berusia 24 tahun.
Kereta dinaiki mereka melalui laluan Lingkaran Luar Butterworth (BORR) menghala Pulau Pinang, namun pemandunya dipercayai tersilap haluan apabila memasuki susur ke Dermaga Bagan Dalam milik Penang Port Sdn Bhd (PPSB).
Difahamkan, kereta dinaiki lima lelaki terbabit meneruskan perjalanan ketika sampai di pos kawalan dermaga berikutan penghadang di laluan masuk rosak dan sedang dibaiki.
Bagaimanapun, kereta berkenaan dikatakan gagal berhenti, malah pemandunya memecut ke arah pelabuhan sebelum terjunam ke dalam laut yang dianggarkan sedalam kira-kira sembilan meter.
Suami ikat, perkosa isteri degil
Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my
rnoraina@hmetro.com.my
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa yang berusia 29 tahun diperlakukan sedemikian disebabkan kedegilannya yang berkeras untuk pergi ke jamuan makan malam anjuran pejabatnya biarpun ditegah suaminya.
Suami mangsa yang berusia 29 tahun tidak membenarkan mangsa pergi ke jamuan itu kerana mahu membawanya pulang ke rumah ibunya yang berhampiran rumah mereka bagi menghadiri majlis kenduri pada malam sama.
Mangsa yang tidak berpuas hati dengan perbuatan suaminya membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah, di sini.
Menurut sumber, kejadian itu bermula selepas suami mangsa melihat isterinya itu bersiap untuk pergi menghadiri jamuan makan malam anjuran pejabatnya.
“Bagaimanapun, suami mangsa hairan apabila melihat mangsa bersiap seolah-olah mahu keluar menyebabkan dia bertanyakan ke mana isterinya hendak pergi.
Rintihan dalam api
Oleh Salman Hamat dan Siti Nadirah Hafidzin
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, Izah yang berasal dari Taman Desa Idaman, Senai, memandu Proton Satria yang hilang kawalan di tempat kejadian dan terbalik ke dalam longkang sebelum terbakar.
Lokasi kemalangan itu kira-kira 10 minit dari pejabat Izah.
Izah sempat menghubungi rakan sepejabatnya, Rohimi Tahir, 38, sebanyak empat kali sejurus kemalangan itu, tetapi lelaki berkenaan tidak menyedarinya.
“Saya tidak menyedari panggilan masuk berkenaan dan terus ke hospital apabila dimaklumkan rakan sepejabat berkaitan kemalangan menimpa Izah.
“Ketika itu saya dimaklumkan seorang rakan sepejabat saya sempat menjawab panggilan Izah yang menjerit perkataan ‘tolong’ sebelum ia terputus beberapa saat kemudian,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Kulaijaya.
Menurut Rohimi yang juga penyelia di syarikat perkapalan di Senai, rakan sepejabat mereka itu cuba menghubungi semula Izah, tetapi gagal.
“Saya kecewa kerana tidak menyedari panggilan berkenaan, ketika itu Izah mungkin cuba menyelamatkan diri.
Pada masa sama, Rohimi berkata, Izah yang juga kerani menunjukkan perubahan sikap ketara sejak dua bulan lalu apabila wanita berkenaan meluahkan hasrat untuk pergi bercuti dan meminta rakan sepejabatnya mencadangkan pusat peranginan sesuai.
Curiga Rohimi bertambah selepas Izah kelihatan gembira serta hadir ke semua majlis rumah terbuka rakan sepejabat.
“Dalam keadaan bergurau dan nada bersahaja, Izah berkata ‘kalau boleh aku nak pergi bercuti ke tempat yang tak perlu balik’ menyebabkan kami kurang senang dengan gelagatnya itu,” katanya. Sementara itu, ibu angkat Izah, Hasman Mohd Zain, 84, berkata, dia reda dan menyifatkannya sebagai ketentuan Ilahi.
Menurut Hasman, Izah tidak berkelakuan pelik sebaliknya memeluk dan menciumnya seperti biasa sebelum ke tempat kerja.
“Izah juga tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap, pada masa sama, Izah kerap mengadu Proton Satria dibelinya sejak enam bulan lalu itu kerap rosak dan bercadang menghantarnya ke bengkel hari ini (semalam). Bagaimanapun, hasrat itu tidak kesampaian,” katanya.
Izah yang juga ibu tunggal mempunyai dua anak iaitu seorang lelaki dan perempuan berusia 20 serta 21 tahun, kedua-duanya kini tinggal bersama bapa mereka di Kuala Lumpur.
Jenazah Izah dituntut keluarga sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Saleng, petang semalam.
Dua madu sepakat tuntut cerai
Oleh Nor Azura Abdul Jalil
zura@hmetro.com.my
zura@hmetro.com.my
Marziana Zakaria yang berusia lingkungan 30-an berkata demikian dalam keterangannya di mahkamah semalam dalam permohonan cerai baik mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.
Walaupun madu itu didakwa saling menyihir antara satu sama lain mereka akhirnya bersetuju untuk bercerai dengan lelaki itu selepas tidak tahan dengan perangai suami mereka yang didakwa bersikap buruk.
Menurut Marziana yang juga isteri kedua kepada Liaquat Ali, sikap suaminya yang panas baran, suka memaki-hamun dan memukulnya adalah antara sebab dia dan Siti Shahina, 40-an mengemukakan permohonan cerai.
Selain itu, lelaki berkenaan didakwa enggan menjalani sesi kaunseling di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) berdekatan.
Noraniza isteri bilal
“Berbanding pasangan lain yang berbulan madu, kami berdua merancang mengerjakan umrah bagi mendapatkan keredaan Allah SWT selain ditunjukkan-Nya jalan ke arah pintu kebahagiaan serta kejayaan,” kata Ratu Pop Etnik, Noraniza Idris, 43, yang bernikah buat kali ketiga dengan seorang bilal bebas dari Singapura, Jeffri Hudi, 52, di sini, petang semalam.
Dengan dua kali lafaz di majlis akad nikah pada jam 2.45 petang itu, Jeffri yang juga duda empat anak dan Noraniza yang anggun berbaju gaun labuh berwarna putih sah menjadi pasangan suami isteri.
Pasangan berkenaan diijabkabulkan jurunikah merangkap Naib Kadi Johor Bahru, Abu Bakar Watak di tapak ‘Program Kahwin-kahwin Masyhur 1Malaysia’ di Sanggar Utama, Padang A, Plaza Angsana.
Majlis pernikahan itu turut disertai keluarga kedua-dua mempelai, kanak-kanak kurang upaya dari Sekolah Pendidikan Khas, Taman Ungku Tun Aminah selain ratusan peminat Noraniza dari seluruh negara.
Biarpun Noraniza yang berasal dari Kluang kelihatan tenang sepanjang majlis berkenaan, dia sebak sejurus Jeffri selesai melafazkan akad nikah itu.
Noraniza atau mesra dengan panggilan Kak Ani menerima lima dulang hantaran dan membalas tujuh dulang manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.
Hantaran Noraniza kepada Jeffri ialah al-Quran, sirih junjung, songkok, kain pelekat, wangian dan tasbih.
Pasangan itu yang mengikat tali pertunangan pada 22 April diijabkabulkan selepas solat Zuhur dengan mas kahwinnya senaskhah al-Quran.
Noraniza berkata, berbanding perkahwinan sebelum ini, pengalaman bergelar raja sehari semalam sesuatu yang paling indah kerana dia berserah sepenuhnya kepada Allah SWT untuk merestui dan memberkati hubungan itu.
“Harapan saya menerusi perkahwinan ini supaya suami sentiasa berada di sisi dan memberi sokongan bagi membolehkan saya mencapai kejayaan termasuk memperluaskan empayar perniagaan keluarga,” katanya.
5.guru2 agama...kerana diungkit kerana tidak mengajar..jadi ulamak2...ustaz2
No comments:
Post a Comment