Sunday, November 6, 2011

BERBALIKLAH PADA HUKUM ALLAH..DEKATKAN DIRI DENGAN ALLAH...HADIR KE MAJLIS2 ILMU..BERAMAL....JAUH DENGAN ALLAH BERERTI JAUH DARI RAHMAT ALLAH...JAUH DENGAN ALLAH BERERTI SYAITAN MUDAH MENGODA...NI KESAN TERLALU BANYAK MEMBUAT PERKARA2 DILARANG ALLAH@YANG BERDOSA@MUNGKAR....

Tidak tahu mana satu hendak pilih



SAYA ada seorang kekasih bernama A dan seluruh keluarga saya mengenalinya. Pada masa sama saya menjalin hubungan dengan B yang berstatus janda.
Setiap hari saya bersama B seperti suami isteri. Saya gembira bersamanya kerana B pandai menguruskan segala-galanya. Makan minum dan segala keperluan saya dia jaga.

Manakala A pandai mengambil hati keluarga saya sehingga ibu bapa saya senang dengannya. Saya turut menyayanginya dan tidak sanggup memutuskan hubungan dengan A.

Kesimpulannya, kedua-duanya saya sayang. Saya tidak sampai hati meninggalkan seorang daripada mereka. Saya buntu untuk memilih mana yang sesuai dijadikan isteri.


ANGAH

Kedah



Tindakan menduakan pasangan akhirnya menyebabkan saudara berdepan dilema dalam pemilihan bakal isteri. Di sini saudara perlu rasional dan memahami yang mana menjadi keutamaan dalam ciri-ciri pasangan yang saudara cari.

Saudara juga perlu berbincang dengan keluarga supaya perkahwinan dilalui tidak mendapat halangan dan disokong mereka.

Jika saudara masih kurang pasti antara A mahupun B mana satu paling sesuai, kembalilah kepada ajaran agama yang mempunyai garis panduan tertentu dalam pemilihan pasangan.

Teliti antara mereka siapa mempunyai kelebihan dan tidak lupa juga mohon petunjuk daripada Allah supaya peroleh pilihan tepat.

Sebagai contoh, saranan Sheikh al-‘Azim Abad di dalam kitab ‘Annul Ma’buud Syarh Sunan Abi Daud menyatakan, yang sewajarnya dipilih adalah wanita yang baik agamanya dan memiliki adab yang baik supaya kelak berupaya menjadi pertimbangan kepadanya dalam pelbagai urusan kehidupan, terutama dalam urusan rumah tangga.

Isteri sesat jalan mahu kembali



SAYA hanya ingin berkongsi kisah hidup dan tidak minta dikasihani cuma tiada tempat untuk me�ngadu. Saya isteri yang curang terhadap suami. Mungkin kerana melangsungkan perkahwinan pada usia muda, saya tidak puas menikmati hidup bujang.
Suami selalu memaki saya dengan perkataan pelacur kerana pernah ditangkap curang. Tidak habis-habis perkataan itu keluar dari mulutnya apabila kami bergaduh. Akhirnya saya kini memang seperti pelacur, bertukar ganti lelaki kononnya mencintai saya sepenuh hati tapi mereka cuma inginkan tubuh saya. Saya inginkan cinta, kasih sayang dan perhatian. Memang lelaki yang mendekati saya pada mulanya seperti sanggup mati untuk mempertahankan cinta. Bagaimanapun, apabila bosan saya ditinggalkan sendirian dan ketika nafsu mereka mengi�nginkan saya barulah nampak cinta dan sayang.

Setiap kali sesuatu hubungan berakhir saya bertekad berhenti dan cuba setia, tetapi hidup jadi sepi, sedih, rasa keseorangan terutama tiada sesiapa yang menemani, saya jadi tidak tentu arah. Hendak dikatakan bodoh, saya mempunyai ijazah sarjana muda kelas pertama dalam bidang pengajian. Hendak dikatakan tidak berduit, saya berjawatan tinggi. Hendak dikata sunyi, saya ada suami dan dua anak.

Saya juga kini menyambung pengajian di peringkat sarjana tapi hairan mengapa tetap sunyi walaupun sentiasa menyibukkan diri hingga wujud ruang orang luar mendampingi saya.


Saya baru sebulan menggugurkan kandungan hasil keterlanjuran dengan orang lain. Lelaki itu pergi meninggalkan saya kerana takut dan kini ada orang lain yang menanti kerana inginkan tubuhkan saya.

Dia seorang artis, tetapi saya yakin hubungan ini juga tidak lama kerana saya tidak mahu ada hubungan dengan golongan artis. Saya juga pernah berjumpa bomoh tapi bukan minta pemanis atau susuk. Saya hanya ingin setia dan mencintai suami sepenuh hati dan tidak memandang lelaki lain.

Saya pernah berasakan tidak mampu berubah dan mati saja jalan penyelesaian selain berjumpa pakar sakit jiwa. Mungkin Allah tidak menerima saya.

Saya cuba bersembahyang, namun kesibukan kerja membuatkan saya lupa untuk solat dan akhirnya hanyut lagi. Saya memerlukan tapi semuanya hanya ada ketika saya senang.

Bantulah saya.

ISTERI CURANG,
Kuala Lumpur.




EMOSI seperti rasa sepi, bosan, kesunyian dan ketagihan kasih sayang adalah emosi setiap insan. Ia bersifat kompleks dan unik. Setiap insan berbeza tahap pengalaman emosi mereka. Maksud�nya, ada insan yang lebih mengalami emosi ini daripada insan lain. Tidak hairanlah, walaupun adik mempunyai suami dan dua anak, masih rasa kesemua emosi ini dan masih tercari-cari makna kehidupan.

Seperti adik, insan yang kesunyian seringkali ingin membuat hubungan dengan orang lain. Ini menerangkan sikap adik yang bertukar ganti teman lelaki walaupun sudah bersuami. Tahap tidak percaya suami yang tinggi kepada kesetiaan adik terhadapnya membuatkan adik hilang arah tuju hidup.

Pakar psikologi menyatakan bukannya kuantiti interaksi sosial menentukan kesunyian, tetapi kualiti. Kesunyian tidak semestinya hidup seorang diri.

Orang yang dikelilingi ramai orang juga boleh berasa sunyi. Walaupun, secara kuantitinya, adik dikelilingi ramai orang (suami, anak, teman lelaki) yang boleh membuatkan adik tidak sunyi, natijahnya adik tetap kesunyian.

Perasaan ingin dipercayai dan dihargai suami penting bagi setiap isteri termasuk adik. Apabila adik tidak memperoleh kepercayaan dan penghargaan suami kerana seringkali mengungkit kecurangan adik setiap kali kalian bergaduh, adik mencari alternatif lain untuk memenuhi kekosongan diri.

Isteri yang dipandang hina oleh suami akan berasa satu pukulan hebat. Berasa tidak berguna dan tiada tempat �di sisi suami.

Dr lihat ada kesedaran pada adik untuk lakukan perubahan mengisi kekoso�ngan hidup melalui kaedah yang positif. Adik melakukannya. Tahniah. Contoh�nya, dengan bersembahyang dan mende�ngar zikir. Cuma, ada kalanya adik tersekat dan tidak tahu apa perlu dilakukan seterusnya.

Memberi ruang kepada lelaki yang adik sendiri anggap hanya mengambil kesempatan atas tubuh badan adik adalah perkara yang perlu dihindari.

Belajar untuk hanya memberi ruang kepada mereka yang bermakna dalam hidup. Ruang tidak diberi kepada semua orang apatah lagi yang hanya ingin mengambil kesempatan daripada diri adik. Ini termasuk menolak hubungan dengan lelaki yang penuh muslihat.

Menjadi artis adalah satu bentuk pekerjaan. Baik buruk sesuatu tingkah laku bergantung kepada individu, bukannya pekerjaan. Justeru, seperti mana-mana pekerjaan lain, individu yang adik kenal itu yang penuh tipu muslihat, bukan golongan artis.

Jika adik ingin mencintai suami sepenuh hati dan setia kepadanya, adik tidak perlu berjumpa bomoh kerana perbuatan itu salah.

Perasaan cinta terhadap suami datang apabila adik ikhlas dalam perhubungan. Jelaskan kepada suami adik memang ingin menjadi isteri setia kepadanya. Beritahu suami betapa ia melukakan hati adik setiap kali beliau (suami) memanggil adik pelacur.

Setiap manusia biasa melakukan kesalahan. Minta suami beri peluang kepada adik untuk menjadi isteri yang baik dan setia kepadanya. Segala keazaman ingin menjadi isteri yang setia ini perlu adik buktikan dengan tidak menjalin perhubungan dengan lelaki lain.

Dr tahu, bukan mudah untuk suami mengembalikan kepercayaannya, namun jika benar-benar serius adik perlu kuat dan sabar.

Apa yang adik perlu lakukan, iaitu menyedari kesan kesu�nyian ke atas kehidupan sama ada secara fizikal atau mental adalah antara langkah awal kepada pemulihan dan perubahan. Usaha yang berterusan perlu dilakukan untuk mengisi ruang yang kosong dalam kehidupan adik.

Memandangkan adik seorang yang bijak, berjawatan tinggi dan cantik, Dr rasakan adik berpeluang tinggi untuk membaiki kesilapan diri.

Fokus kepada membentuk perhubungan berkualiti de�ngan individu yang adik sayangi. Suami dan anak adalah pihak yang boleh memberi makna kehidupan jika berusaha meningkatkan perhubungan.

Berkongsi sikap, minat dan nilai dengan mereka. Daripada memberi fokus kepada pemikiran negatif, tukar pemikiran itu kepada pemikiran positif.

Adik akui melalui sembahyang hati memang tenang, tetapi kesibukan kerja membuatkan lupa untuk solat dan akhirnya hanyut.

Adik menemui terapi ketenangan cuma perlu konsisten dalam melakukan sembahyang. Apatah lagi sembahyang fardu lima waktu adalah wajib bagi umat Islam.

Faedah solat amat besar. Firman Allah yang bermaksud: ‘Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir. Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah. Apabila dia mendapat kebaikan dia amat kikir kecuali orang yang mengerjakan solat, yang mereka itu tetap me�ngerjakan solatnya...’ - surah Al-Makrij:19-23.

Melalui sembahyang, ia mencegah perbuatan mungkar seperti firman-Nya yang bermaksud ‘..sesungguhnya solat itu mencegah daripada (perbuatan) keji dan mungkar...” - Surah Al-Ankabut: 45.

Amalan lain seperti berzikir, sembahyang sunat, membaca al -Quran juga membantu me�ngurangkan tekanan. Dr doakan yang terbaik untuk adik, moga dapat mencari ketenangan diri dan bahagia dalam rumah tangga.


Benci guru disiplin garang



SAYA pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah. Masalahnya sekarang, saya bengang dengan guru disiplin baru yang dirasakan ‘berlagak’ dan terlalu garang.
Bukan saja tidak mesra, wajahnya sentiasa masam (konon ingin menunjukkan kegarangannya) selain banyak menukar peraturan sekolah. Saya dan rakan lain sangat tertekan kerana peraturan itu sangat menyusahkan.

Apa yang harus saya lakukan? Saya tidak mahu kerana bencikan guru disiplin itu, prestasi pelajaran dan kehidupan saya terganggu, apatah lagi pada tahun depan akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Pelajar Bosan,


Pahang



SECARA amnya, disiplin adalah latihan yang boleh mengawal diri dan patuh pada tatatertib. Ia adalah latihan pemikiran� dan kelakuan. Untuk pengetahuan adik, tugas disiplin atau mendisiplinkan pelajar bukan hanya terpikul pada guru disiplin semata-mata tetapi tanggungjawab semua. Sebab itu, adik perlu mematuhi disiplin yang sudah ditetapkan meskipun bertentangan dengan kesukaan.

Setiap sekolah sudah ada disiplinnya dan boleh ditukar mengikut kesesuaian atau keperluan sebagai salah satu cara penambahbaikan.

Adik mungkin melihat cara yang digunakan guru disiplin baru itu sebagai menyusah�kan, namun Dr percaya pasti ada sebab tersendiri me�ngapa guru itu melakukannya. Adik janganlah mudah membuat tanggapan.

Tidak dinafikan, konflik antara pelajar dan guru sentiasa berlaku, apatah lagi jika pelajar merasakan tindak-tanduk guru seperti menyekat kebebasan.
Sebenarnya, setiap proses yang perlu dilalui di sekolah termasuk disiplin adalah proses biasa dan ia dilakukan demi kebaikan bersama.

Bagaimanapun, jika berasa tertekan hingga mengganggu kehidupan atau tumpuan terhadap pelajaran, adik boleh berjumpa guru kaunselor atau meluahkannya kepada mereka yang adik percayai. Semoga jalan penyelesaian yang dibincangkan bersama boleh membantu adik.


Remaja pemalu sukar bergaul



SAYA baru saja melanjutkan pelajaran ke sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di ibu kota. Dulu saya belajar di sekolah aliran agama dan apabila memasuki IPT, saya tiba-tiba berdepan dengan kejutan budaya.
Saya juga seorang yang pendiam dan pemalu serta mempunyai rasa keyakinan diri yang rendah menyebabkan rasa serba salah untuk menegur rakan baru atau mereka yang tidak dikenali. Sukar bagi saya untuk memulakan perbualan kerana beranggapan mereka tidak mahu berbual ataupun saya ‘mencelah’ tidak kena waktu.

Paling teruk, saya berasa sangat sensitif apabila mendapat tahu ada orang bercerita mengenai saya biarpun apa yang dibualkan itu perkara positif.

Apa yang perlu saya lakukan? Saya tidak mahu terus terbelenggu dengan masalah ini.


Adik Pemalu,

Kajang



MASALAH yang adik hadapi ini normal dialami remaja. Adik mempunyai masalah keyakinan diri yang rendah terhadap diri sendiri hingga menyukarkan menjalani kehidupan.

Antara punca terjadinya rendah keyakinan diri apabila merasakan diri kurang upaya berbanding orang lain atau merasakan diri serba kekurangan dalam bentuk fizikal seperti wajah tidak cantik dan sebagainya.

Memang untuk memulakan perbualan dengan rakan baru atau mereka tidak dikenali agak sukar, apatah lagi jika adik mempunyai masalah rendah keyakinan diri.
Namun itu tidak bermaksud ia tidak boleh diatasi.

Dr cadangkan adik memulakan langkah awal dengan membuat latihan dan belajar bertegur sapa dengan beberapa orang. Tidak mengapa jika memulakannya dengan jumlah kecil dan tingkatkan jumlah itu dari semasa ke semasa.

Jangan lupa, berikan pujian kepada diri sendiri setiap kali adik berjaya melakukannya.

Adik tidak perlu risau atau takut sekiranya ada yang tidak membalas teguran adik. Berfikirlah secara positif dan mungkin adik boleh memujuk diri sendiri, mereka bukan tidak mahu membalas teguran adik tapi masanya tidak kena.

Untuk membantu adik memulakan langkah perkenalan, Dr sarankan adik supaya memulakannya dengan sebuah senyuman atau tajuk perbualan mudah. Ini boleh meningkatkan keyakinan dan membina kemahiran sosial adik dengan orang yang tidak dikenali.

Dalam membina keyakinan diri, adik perlu percaya yang adik seorang pengubah dalam hidup adik. Orang yang pertama kita harus ubah ialah diri kita sendiri.

Perubahan besar tidak akan berlaku dalam sehari namun mengambil masa. Ia umpama gegaran kecil yang menggerakkan diri kita dan akhirnya ia akan berlaku.

Kita hanya perlu bersabar dan bersungguh-sungguh mahu menjalani hidup dengan cara yang kita fikir terbaik untuk kita tanpa mengendahkan kata-kata yang boleh memperkecil kecilkan diri kita.


Sukar buang sikap buruk



SAYA remaja berusia awal 20-an dan masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terkemuka. Tiga tahun lalu, saya pernah terlanjur bersama bekas kekasih dan kini menyesal dan bertaubat bersungguh-sungguh.
Masalahnya, saya masih dihantui keterlanjuran itu serta ia masih bermain di fikiran.

Saya sering membayangkan semula perbuatan itu bersama bekas kekasih hingga mendorong melihat gambar dan video lucah kerana tidak tertahan dengan nafsu hingga menjejaskan ibadat saya termasuk pada bulan puasa.

Saya sering kali memohon ampun dan solat taubat tapi nyata nafsu tetap menguasai diri. Saya juga melakukan onani bagi melampiaskan nafsu tetapi kemudian bertaubat kembali. Perkara ini berulang-ulang hingga menjejaskan pelajaran dan ibadat saya.


Saya banyak membaca al-Quran dan berzikir tetapi perbuatan keji saya hanya berkurangan sedikit namun masih gagal meninggalkan�nya terus. Saya ingin melupakan perkara (membaya�ngkan kembali hubungan seks saya dengan bekas kekasih) dan perbuatan onani ini sepenuhnya.

Bantulah saya yang sangat buntu ini. Saya malu dengan diri sendiri dan juga malu untuk meluahkan masalah di depan ustaz yang tinggal berhampiran.

INGIN BERTAUBAT,
Kuala Lumpur




TAHNIAH Dr ucapkan kepada adik kerana berani berkongsi masalah berkaitan desakan seks tidak terkawal. Dr akui tidak ramai remaja yang berani meluahkan masalah seksual mereka.

Sifat berani berkongsi masalah seksual yang sering dilihat sensitif adalah permulaan kepada satu perubahan. Dalam menyelesaikan sebarang persoalan kehidupan, kesediaan individu mengakui dirinya bermasalah dan inginkan perubahan adalah laluan kepada penyelesaian.

Tidak dinafikan, seks antara keperluan biologikal dan fitrah setiap insan dalam melayari kehidupan masing-masing. Dr faham masalah onani disebabkan fantasi seksual adik. Fantasi seksual sudah lama dilihat sebagai satu cara untuk memenuhi keperluan seksual atau libido lelaki.

Onani pula antara satu cara memenuhi fantasi seksual. Masalah adik ini juga dialami sesetengah remaja pada peringkat umur adik.

Memang sukar untuk mengawal nafsu pada peringkat umur adik kerana tahap ini adalah proses dan persediaan kepada alam dewasa. Namun ini tidak bermakna adik tidak perlu berterusan berusaha menghentikan perbuatan onani itu.

Dr doakan keinginan dan azam yang kuat untuk berubah akhirnya dapat mengatasi keperluan biologikal serta seksual adik.

Berhenti secara mendadak adalah sukar tetapi adik bertuah kerana mempunyai kesedaran untuk berubah. Teori pembelajaran mengatakan untuk menghapuskan sesuatu tingkah laku perlu mempunyai langkah tertentu dan mengambil masa.

Sebagai manusia biasa, adik mempunyai kekuatan, kelemahan dan limitasi sendiri.

Kekuatan psikologi amat perlu untuk adik menjauhi perbuatan onani selain elakkan mencari bahan lucah seperti menonton video lucah.

Setiap kali idea untuk menonton video lucah datang, katakan pada diri adik, “jangan lakukannya, ia hanya mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan.” Beri perhatian kepada perkara lain.

Sebagai pelajar, amat baik jika adik menumpukan perhatian kepada pelajaran.

Adik perlu meneruskan usaha untuk berubah dengan melakukan amalan positif seperti berzikir, taubat nasuha dan membaca al-Quran.

Salah satu jalan membendung nafsu syahwat dengan berpuasa dan bermuhasabah diri.

Memelihara pancaindera zahir seperti mata, lidah, telinga, deria bau, tangan, kaki dan kemaluan adalah langkah kepada pengurangan serta mengakhiri perbuatan onani adik.



Bagi mengurangkan keinginan nafsu, adik boleh meluangkan masa dengan aktiviti berfaedah termasuk beriadah dan melakukan aktiviti bersama rakan.

Jika usaha mengurangkan keinginan seks sudah dilaksanakan dengan jihad yang bersungguh-sungguh dan kental tapi syahwat nafsu masih lagi tidak terbendung, jalan lain adalah melalui pernikahan. Itu antara penawarnya.

Setiap manusia tidak lari daripada menghadapi sebarang kesilapan dalam melengkapkan kehidupan ini.

Kesilapan masa lampau adalah pedoman dalam menghadapi masa akan datang. Semoga adik berjaya menghilangkan ketagihan perbuatan onani itu.

Tiada motivasi dalam hidup



SAYA seorang yang kurang bermotivasi dan sering menjadi ajukan kawan-kawan. Ini menimbulkan kerisauan kerana jika berterusan boleh menjejaskan prestasi kerjaya dan kehidupan.
Apakah caranya hendak meningkatkan motivasi diri saya supaya dapat mengubah diri ke arah yang lebih positif?

INSAN LEMAH,
Negeri Sembilan





MOTIVASI dimanifestasikan sebagai keinginan yang kuat serta minat dan sebagai tarikan untuk melakukan sesuatu tindakan.

Ia juga bertujuan mencapai matlamat kehidupan.

Kekurangan motivasi menunjukkan kurangnya keinginan dan minat dalam diri manusia.

Punca kekurangan motivasi adalah kurangnya keyakinan diri, takut kepada kegagalan dan konsep kendiri yang rendah.

Individu yang bermotivasi rendah juga sering kali memikirkan apa yang orang lain akan katakan terhadap dirinya. Sikap suka bertangguh antara ciri individu tidak bermotivasi.

Bagi meningkatkan motivasi diri, adik perlu mengetahui perkara paling penting dalam hidup, seterusnya kenal pasti tindakan paling memberi manfaat dan mempertingkatkan mutu kehidupan. Ini juga membabitkan orang di sekeliling kita.

Adik juga perlu mencari matlamat sebenar dalam kehidupan tetapi jangan lupa perkara kecil lain yang dapat memberi kebahagiaan.

Jika adik berasa bermotivasi melakukan perkara kecil seperti membasuh pakaian, menulis surat, membaca, bersifat baik dengan jiran, adik lebih bermotivasi.

Dr doakan supaya adik lebih bermotivasi dalam menjalani kehidupan seharian.

No comments:

Post a Comment