Dikubur pasir
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denim, Mohd Husni Mohd Noor, Ravale Savarinathan dan Rosman Shamsudin
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
REMUK...treler dan bas yang terbabit kemalangan di tempat kejadian, semalam.
SUGUL...Zaidi (dua dari kanan) melihat jenazah anaknya di tempat kejadian.
Maysarra Zaidi, 15, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Merah, Kulim, Kedah, antara empat yang terkorban dalam kemalangan pada jam 4.45 pagi di Kilometer 382, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) berhampiran Behrang, di sini.
Tiga lagi mangsa ialah rakan sekolah Maysarra, Khairul Anwar Azhan, 15, guru mereka, Siti Hajar Mohamed, 33, dan Ketua Wanita Umno Cawangan Alor Teja, Alor Setar, Basarah Saad, 45, yang cuba membantu kumpulan pelajar berkenaan selepas bas mereka terbalik.
Pemangku Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintenden Md Tahir Kasim, berkata Maysarra, Khairul Anwar dan Siti Hajar antara 60 pelajar dan tujuh guru yang menyertai rombongan ke ibu negara dengan menaiki dua bas, namun satu lagi bas tidak terbabit kemalangan itu.
“Basarah menaiki bas lain bersama rombongan Wanita Umno Kedah dalam perjalanan menghadiri satu program di Tanjung Karang, Selangor. “Bas itu berhenti di tempat kejadian atas permintaan Basarah yang mahu menghulurkan bantuan, namun dia yang juga ibu tunggal tiga anak menemui ajal apabila dirempuh treler terbabit,” katanya.
Sementara itu, kehilangan Maysarra bermula apabila ayah dan abangnya, Faiz Zaidi, 16, yang bergegas dari rumah mereka di Taman Angsana, Kulim, gagal mengesan pelajar itu di Hospital Slim River (HSR) Zaidi yang juga juruteknik di sebuah institut kemahiran di Kulim dan Faiz hampa serta kebingungan apabila mendapati nama Maysarra tiada dalam senarai mangsa cedera atau terkorban.
Berikutan itu, dua beranak berkenaan ke lokasi kejadian untuk mencari jawapan kehilangan anaknya. Hanya kira-kira setengah jam kemudian, baru mereka dimaklumkan mayat Maysarra ditemui di bawah timbunan pasir pada jam 10.45 pagi semalam.
Difahamkan, sebelum itu anggota penyelamat tidak menyedari ada mangsa tertimbus di bawah timbunan pasir di situ serta menyangka semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera sudah dibawa ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan.
Namun, Faiz memberitahu adiknya harapan keluarga kerana memperoleh 8A dalam ujian percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) baru-baru ini. “Dia sangat rajin belajar, malah antara pelajar harapan di sekolahnya untuk mencapai keputusan cemerlang dalam PMR tahun ini,” katanya.
Faiz berkata, tiada perubahan ketara dilihat pada adiknya sebelum ini, malah arwah kelihatan tidak sabar untuk mengikuti rombongan berkenaan. “Ini rombongan kedua arwah,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Forensik HSR di sini, semalam.
Jenazah Maysarra dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alor Teja, Alor Setar, Kedah.
Dapat suami pada hari lahir
Oleh Ridzuan Abdul Rahman
ridzuanrahman@hmetro.com.my
ridzuanrahman@hmetro.com.my
GEMBIRA...Lan dan Ain bergambar selepas selamat diijabkabulkan, semalam.
Berwalikan abang sulung Ain, Mohd Firdaus, 30, pasangan berpakaian sedondon warna putih ini dinikahkan Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor, Zulkhairi Jaik, dengan disaksikan hampir 50 tetamu terdiri daripada keluarga pengantin dan peminat. Tarikh akad nikah ini dipilih sebagai simbolik ulang tahun kelahiran Ain pada 11 November.
Lan turut menyerahkan wang hantaran bernilai RM11,111 manakala mas kahwin berjumlah RM300. Lan juga menyerahkan sembilan dulang hantaran berupa cincin berlian, al-Quran, pakaian dan alat solek serta dibalas 11 dulang hantaran daripada Ain.
Ditemui selepas itu, Lan bersyukur kerana segala-galanya berjalan lancar. Dia mengakui perasaan gementarnya hanya apabila berada di hadapan kadi.
“Saya memang tenang ketika saat terakhir akad nikah. Bagaimanapun, bila di depan ramai orang, perasaan gementar tiba-tiba muncul.
“Bagaimanapun, saya cuba tenangkan diri dan akhirnya dengan sekali lafaz. Ain menangis terharu kerana impiannya untuk bergelar isteri pada ulang tahun kelahirannya menjadi kenyataan.
“Dia mendapat hadiah yang paling istimewa dalam hidupnya iaitu seorang suami. “Saya berjanji akan menjaganya sebaik mungkin. Kami berjanji akan mempertahankan rumah tangga ini hingga ke akhirnya,” katanya.
Topi keledar antara hadiah hantaran Dira, suami
SEPADAN...Dira dan Mohd Helmi kini suami isteri.
Pasangan berkenaan dinikahkan jam 4.16 petang oleh Imam 1, Masjid Merlimau Pasir, Mat Yamin Long dengan mas kahwin berjumlah RM7,777.77 Majlis bersejarah itu disaksikan ibu bapa Dira, Datin Seri Khalijah Mohd Jiddy dan Datuk Seri Abu Zahar Isnin yang juga bekas Ketua Menteri selain keluarga terdekat dan sahabat handai.
Dira yang juga ibu tunggal menerima sembilan dulang membabitkan hantaran wang tunai berjumlah RM17,171.71, iPad 2, topi keledar, sejadah, sirih junjung, mas kahwin, cincin dan beg tangan.
Mohd Helmi pula menerima 11 dulang membabitkan coklat, jam tangan, komputer riba Apple Macbook Air, topi keledar, kurma, buah-buahan, kasut, baju, sirih junjung dan set kelengkapan diri.
Dira kelihatan gementar ketika suaminya dinikahkan dan turut ditemani anaknya, Tengku Anggun Diandra, empat, hasil perkahwinan pertama sebelum ini dengan vokalis kumpulan Gooba Gooba!, Ash atau nama sebenarnya Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid.
Menurutnya, beliau bersyukur majlis pernikahan itu berjalan lancar dan berharap dengan tarikh 11.11.11, ia akan mengekalkan hubungan mereka sehingga ke akhir hayat.
Tertimbus 20 minit
Demikian kata Farhana Nabila Rosidi, 15, yang ibarat mati hidup semula selepas bas dinaikinya terbalik sebelum dirempuh treler membawa pasir di Kilometer Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Behrang, di sini, jam 4.45 pagi semalam, mengakibatkan empat terbunuh.
Farhana berkata, selepas bas dinaikinya terbalik, dia cuba keluar namun tidak sempat kerana ditimbus pasir yang dibawa treler yang merempuh bas.
“Saya hanya mampu menjerit meminta tolong sambil cuba keluar dari timbunan pasir yang menenggelamkan hampir seluruh tubuh. Namun saya tidak berdaya dan hampir lemas akibat ditimbus pasir.
“Ketika itu keadaan amat kelam-kabut, namun mujur beberapa anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) yang tiba ke lokasi kejadian nampak saya dan terus menggali timbunan pasir.
“Saya ditarik keluar oleh dua anggota JPAM. Walaupun masih dalam keadaan lemah namun saya bersyukur kerana terselamat dan hanya terseliuh tumit kaki dan calar di pipi,” katanya ketika ditemui wartawan di luar wad kecemasan Hospital Slim River (HSR) semalam.
Menurutnya, sebelum rempuhan lori itu berlaku, dia sempat mendengar jeritan amaran supaya semua pelajar melarikan diri dari lokasi kejadian.
“Bagaimanapun saya tergamam dan tidak sempat mengelak sebelum ditimbus pasir berkenaan. Saya terkambus hampir 20 minit,” katanya.
Lari motor perogol habis minyak
Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my
ya_t@hmetro.com.my
Dalam kejadian jam 12 tengah malam, 28 Ogos lalu, pelajar berusia 15 tahun itu mengikut rakannya berjumpa teman lelaki rakannya itu berhampiran kedai serbaneka 24 jam di Taman Putra Permai, Seri Kembangan.
Mereka kemudian dibawa ke sebuah kedai makan di Dengkil dengan menaiki dua motosikal yang ditunggangi dua lelaki untuk minum bersama 10 lelaki lain dipercayai rakan lelaki berkenaan.
Selepas minum, mangsa dan rakannya dibawa ke sebuah taman yang tidak dapat dikenal pasti lokasinya, sebelum seorang lagi lelaki tiba ke lokasi berkenaan dengan menaiki motosikal berwarna hitam. Menurut sumber, ketika berada di taman itu mangsa ditarik seorang daripada 13 lelaki terbabit ke tempat gelap dan merogolnya.
Sumber berkata, selepas kejadian itu, lelaki yang menaiki motosikal berwarna hitam dan teman lelaki rakannya berjanji menghantar mangsa serta rakannya pulang ke rumah, tetapi kedua-duanya dibawa ke tempat lain secara berasingan.
“Mangsa tidak terus dibawa pulang, tetapi dibawa ke sebuah ladang kelapa sawit dan dirogol lelaki terbabit. “Selepas itu, mangsa dihantar pulang ke rumah, tetapi dalam perjalanan motosikal milik lelaki terbabit kehabisan minyak berhampiran sebuah kedai perabot.
“Peluang itu digunakan mangsa untuk melarikan diri dan nasib menyebelahi gadis itu apabila terdapat anggota polis di kawasan berkenaan,” katanya.
Mangsa dibawa ke Balai Polis Dengkil untuk membuat laporan.
Bertindak di atas laporan berkenaan, polis Putrajaya menahan seorang lelaki dipercayai suspek pada hari sama laporan dibuat.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan penahanan seorang daripada suspek terbabit.
Difahamkan, suspek direman enam hari sehingga Selasa ini untuk membantu siasatan.
‘Pegawai JKM’ tipu RM25,000
Difahamkan, kedua-dua lelaki berusia 30-an itu yang berpakaian kemas seperti pegawai JKM dikesan memilih mangsa di kalangan warga emas kononnya untuk menawarkan bantuan bulanan.
Mangsa, Dominic, 73, berkata dalam kejadian jam 1.30 tengah hari ketika dia bersama isterinya di Brickfields untuk membeli barangan apabila dihampiri dua lelaki berusia 30-an yang memperkenalkan diri pegawai JKM.
Menurutnya, dua lelaki itu menawarkan pertolongan untuk mendapatkan bantuan bulanan yang diperuntukkan untuk warga emas RM300 sebulan.
“Kami mengikut lelaki itu ke sebuah bank di Jalan Petaling untuk urusan permohonan bantuan itu, tetapi sebaik tiba di hadapan bank berkenaan, mereka meminta isteri menanggalkan dua rantai leher emas, dua cincin emas dan dua gelang tangan bernilai RM25,500.
“Mereka memberitahu jika isteri saya memakai barang kemas sudah tentu pegawai atasan JKM akan menolak permohonan bantuan itu,” katanya, semalam.
Katanya, dia dan isterinya dibawa masuk ke dalam bank dan diminta menunggu sementara mereka keluar kononnya ke pejabat JKM bagi membuat permohonan mereka.
Bagaimanapun, katanya, isterinya yang kurang yakin dengan kelakuan dua lelaki itu mengekori mereka berdua dan terkejut selepas mendapati mereka melarikan diri dengan sebuah kereta berwarna hitam.
No comments:
Post a Comment