Anak mengadu sakit perut rupanya hendak bersalin
Rahsia itu terbongkar apabila doktor yang merawat remaja perempuan berkenaan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, mengesahkan sakit perut yang dialami itu kerana hendak melahirkan anak.
Bapa berusia 41 tahun itu hanya menyedari kejadian berkenaan kira-kira jam 10.30 pagi selepas dimaklumkan doktor merawat remaja terbabit menyebabkan dia kebingungan.
Difahamkan, remaja terbabit dan bapanya yang menetap di Selangor, pulang ke kampung halaman sejak seminggu lalu untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka.
Menurut sumber, ketika sibuk membantu keluarga menyediakan persiapan majlis berkenaan, remaja terbabit memberitahu bapanya yang dia mengalami sakit perut.
“Bapa itu membawa anaknya ke sebuah klinik swasta berhampiran rumah mereka sebelum dinasihatkan membuat pemeriksaan lanjut di hospital,” katanya.
Sumber berkata, doktor yang merawat remaja terbabit kemudian memaklumkan remaja berkenaan hendak melahirkan anak.
“Terkejut dengan kenyataan doktor itu, bapa terbabit kemudian memaksa anak perempuannya menceritakan kejadian sebenar dan lelaki yang bertanggungjawab melakukan perbuatan terkutuk itu.
Katanya, remaja itu selamat melahirkan bayi perempuan melalui pembedahan.
Difahamkan, bapa dan ibu kepada remaja terbabit sudah bercerai manakala remaja itu baru menetap bersama bapanya sejak tiga bulan lalu.
Sumber berkata, pelajar terbabit dan bayi berkenaan masih berada di HSAH untuk rawatan lanjut.
Sehubungan itu, bapanya membuat laporan di Balai Polis Kuala Muda sebelum kes berkenaan dirujukkan semula ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
Niat murni tinggal kenangan
Oleh Amir Abd Hamid
amir@hmetro.com.my
amir@hmetro.com.my
ADRIAN...ditetak penjenayah.
Mary Catherine De Cruz
Ibu mangsa, Mary Catherine De Cruz, 52, berkata kini cita-cita anaknya itu tinggal kenangan dan dia sekeluarga masih sukar menerima hakikat kematian anak sulungnya itu. Menurutnya, Adrian anak yang amat baik dan disayangi semua orang serta menjadi sandaran utama untuk mengubah nasib keluarga supaya menjadi lebih baik.
Pelajar perubatan tahun tiga itu maut akibat ditetak di leher ketika cuba menghalang pencuri motosikal milik rakannya di kawasan rumahnya di Malang, pada jam 7 malam kelmarin waktu tempatan.
Mary Catherine berkata, kali terakhir Adrian menghubunginya pada Ahad lalu dengan menyatakan dia sangat sayangkan ibu serta dua lagi adik perempuan iaitu Felicity Janet Pereira, 19, dan Alma Jacelyn Pereira, 16.
“Adrian juga memberitahu komputernya rosak. Saya kata pakai dulu nanti balik sini kami ganti lain. Namun pada jam 8.40 malam (kelmarin) saya dapat lagi panggilan daripada nombornya.
“Bagaimanapun, pemanggilnya orang lain yang memperkenalkan diri sebagai senior Adrian. Dia kata Adrian menghadapi malapetaka. “Saya kata jangan main-main dan dia menerangkan hal sebenar anak saya sudah mati akibat ditetak penjenayah,” katanya yang tidak dapat menahan sebak ketika ditemui di rumahnya di Taman Klang Jaya, di sini, semalam.
Mary Catherine berkata, Adrian anak yang pintar apabila mendapat keputusan cemerlang dalam semua peperiksaan utama iaitu 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), 7A Penilaian Menengah Rendah (PMR), 8A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan 1A 3B dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
“Saya masih sukar mempercayai sudah kehilangan anak sulung dan selalu teringat-ingat keseronokan dia menikmati masakan saya ketika pulang bercuti pada September lalu,” katanya.
Dalam kejadian berhampiran rumah sewanya di Jalan Pisang Kipas, Malang, Jawa Timur, pada jam 7 malam kelmarin, Adrian berehat sebelum terdengar bunyi bising di luar rumah. Selepas meninjau ke luar rumah menerusi jendela, dia melihat seorang lelaki cuba melarikan motosikal. Adrian menyergah lelaki itu dan mengejarnya selepas suspek melarikan diri.
Selepas suspek gagal dijejaki, Adrian berpatah balik ke rumahnya, namun ketika dia membuka topi keledar, tiba-tiba lehernya ditetak suspek yang dipercayai datang semula.
Adrian yang parah di leher maut di tempat kejadian sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Besar Dr Saiful Anwar, Jawa Timur.
Sementara itu, Pegawai Protokol Universiti Brawijaya, Gotok Kuritor ketika dihubungi berkata satu majlis pelepasan mayat diadakan Fakulti Kedoktoran untuk menyerahkan secara rasmi mayat Adrian kepada perwakilan Kedutaan Besar Malaysia.
“Selepas proses penyerahan itu, saya difahamkan mayat akan dibawa pulang ke Malaysia dengan pesawat menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya,” katanya.
Mayat dibawa pulang ke Klang
Setiausaha Pertama (Pendidikan) Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Ludinata Misnun, ketika dihubungi, berkata mayat mangsa dibawa dari Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya, dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 2.15 petang ini.
Katanya, mayat dibedah siasat di Hospital Saiful Anwar, Malang, Indonesia, dan diberi penghormatan terakhir di sebuah dewan di Universiti Brawijaya jam 4.30 petang waktu tempatan, semalam.
“Mayatnya terlebih dulu disimpan di Lapangan Terbang Juanda pada jam 10.50 malam ini (11.50 malam tadi waktu Malaysia) sebelum tiba di Kuala Lumpur esok (hari ini),” katanya yang menyertai misi penghantaran pulang itu.
Menurut Ludinata, pihaknya kini menguruskan semua urusan dokumentasi dan bapa saudara mendiang berada di Malang membantu menguruskan penghantaran pulang itu. “Kejadian ini kes jenayah sepenuhnya. Semua kos penghantaran pulang ditanggung Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia,” katanya.
Sementara itu, Yang Dipertua (YDP) Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Indonesia (PKPMI) Pusat, Khairul Hafidz menyifatkan insiden kematian Adrian kejadian yang tidak diduga.
Menurutnya, biarpun terkejut dengan berita itu, beliau memberi jaminan keselamatan semua pelajar Malaysia di Indonesia terjamin berikutan polis, pihak berkuasa tempatan dan pihak universiti sudah dimaklumkan perkara itu.
“Keselamatan pelajar kita di Indonesia sehingga kini dijamin selamat kerana kes kematian ini yang pertama kali dalam tempoh 10 tahun,” katanya.
Anggota Geng Ali Boy insaf
Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Rama, 25, berkata, dia bertuah kerana masih mempunyai peluang untuk hidup dan insaf berbanding rakannya yang menemui ajal.
“Saya pernah merompak kedai emas di Sentul, Kuala Lumpur, menggunakan parang sebelum melarikan diri bersama emas bernilai puluhan ribu ringgit.
“Namun saya diberkas polis pada usia 17 tahun dan dihantar ke pusat Tahanan Simpang Renggam, Johor, berikutan terbabit kegiatan kumpulan kongsi gelap,” katanya.
Dia yang ditemui wartawan semalam berkata, pihak berkuasa yang bimbang dia mengulangi jenayah sama mengenakan perintah buang daerah terhadapnya ke Dungun, Terengganu.
“Ketika di Dungun, saya tiada rakan, namun masih berminat melakukan rompakan. Saya mengambil masa dua bulan melakukan intipan terhadap sebuah kedai emas di bandar berkenaan.
“Saya melakukan rompakan solo bersenjatakan parang pada jam 9 pagi sebaik kedai emas itu dibuka. Saya melarikan beberapa dulang barang kemas sebelum menyembunyikan diri,” katanya yang ditemui selepas Program Jalinan Kasih bersama anggota keluarga sempena Deepavali anjuran pengurusan Penjara Tapah.
“Bagaimanapun, ketika itu saya berusia 20 tahun membuat keputusan luar biasa apabila menyerah diri di balai polis berhampiran beberapa hari kemudian.
“Saya sudah insaf dan rindukan ibu. Saya akan cuba menghubunginya menggunakan telefon tiga kali seminggu bertanya khabar,” katanya.
Menurutnya, dia bersyukur kerana sempat pulang ke pangkal jalan dan tidak menjadi seperti rakan lain yang mati ditembak polis ketika merompak.
Difahamkan Geng Ali Boy diketuai lelaki bernama S Balakrishnan pernah menggemparkan negara apabila memboloskan diri dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Shah Alam pada 6 Mei 2001.
Geng Ali Boy mendapat nama bersempena ketua asal kumpulan terbabit iaitu Suresh Kumar, 21, atau Ali Boy, sebelum Balakrishnan mengambil alih kedudukan itu.
Bagaimanapun, ketua kumpulan itu, S Balakrishnan mati ditembak polis selepas merompak seorang penyelia pasar raya di Taman Subang Permai, Shah Alam, 29 April 2002.
Bawa rakan belasah lelaki bawa keluar kekasih
Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 pagi itu, mangsa yang berusia 20 tahun dalam perjalanan pulang ke rumah menaiki kereta selepas habis bekerja sebelum tiba-tiba dihalang sebuah kereta lain menyebabkan dia terpaksa memberhentikan keretanya di tepi jalan.
Menurut sumber, tidak lama kemudian keluar seorang lelaki dikenalinya berusia 20-an datang ke arahnya dan menyuruh mangsa keluar dari kereta.
“Mangsa yang mengesyaki ada sesuatu tidak kena pada mulanya enggan keluar namun setelah didesak akhirnya mangsa keluar.
“Lelaki terbabit kemudian memarahi mangsa dengan menghambur kata-kata kesat kerana tindakannya membawa keluar teman wanitanya,” katanya.
Sumber berkata, mangsa yang menyedari berlaku salah faham kemudian menerangkan perkara sebenar iaitu dia keluar bersama kakak angkat lelaki itu dan kebetulan teman wanitanya turut ada bersama.
“Bagaimanapun lelaki itu tidak mempercayai penjelasan itu dan mendakwa mangsa berbohong dan cuba merampas teman wanitanya.
“Puas mangsa cuba menafikannya namun tidak diendahkan. Malah lelaki itu terus memanggil rakannya yang lain datang membelasah mangsa,” katanya.
“Mujur ketika kejadian itu ada orang awam yang melalui kawasan itu dan membantu menyuraikan pergaduhan berkenaan.
“Lelaki dan rakannya itu kemudian bertindak melarikan diri,” katanya.
Awas perompak berjaket gelap
Oleh Mohamad Naufal Mohamad Idris
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Dalam kedua-dua rompakan itu, kumpulan terbabit melarikan wang tunai dan barangan berharga bernilai RM30,000. Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintendan Azman Abd Razak, berkata dalam kejadian pertama di Bandar Parkland, kumpulan itu merompak sebuah rumah pada jam 10.40 malam manakala di Taman Sri Andalas, kumpulan itu melakukan jenayah sama pada jam 11.15 malam keesokan harinya.
“Mangsa dalam kedua-dua kes itu selamat dan tidak dicederakan. Kumpulan terbabit memakai jaket berwarna gelap, sarung tangan dan topeng ski serta membawa parang ketika melakukan jenayah,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Azman berkata, perompak terbabit menggunakan kereta Toyota Vios berwarna perak ketika melakukan rompakan dan seorang daripada anggota kumpulan itu berbadan gempal.
“Kumpulan terbabit merompak rumah yang tidak berkunci dan jika ada penghuni, mereka mengikat penghuni rumah itu menggunakan tali sebelum menggeledah mencari barang berharga.
“Dalam kedua-dua kes ini, mangsa berada di rumah dan mereka tidak mengunci rumah,” katanya.
Sehubungan itu, Azman meminta orang r
Tetak rebut harta waris
Oleh Ravale Savarinathan
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Dalam kejadian jam 10.30 malam Ahad lalu, seorang mangsa yang dikenali sebagai Letchumanan, 56, dikatakan berehat di rumahnya di Kampung Teluk Kumpol, Hutan Melintang, dekat sini, bersama beberapa ahli keluarga termasuk dua wanita sebelum didatangi sekumpulan 20 lelaki bermotosikal.
Lapan daripada lelaki berkenaan termasuk seorang saudara mangsa menyerang Letchumanan dan tiga lagi ahli keluarga yang kesemuanya lelaki.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, kesemua mangsa tidak sempat berbuat apa-apa berikutan suspek yang terus menyerang mereka sejurus mangsa membuka pintu.
“Serangan itu menyebabkan Letchumanan dan tiga ahli keluarganya cedera di tangan, kepala dan badan akibat ditetak dengan parang. “Seorang daripada mangsa mengalami kecederaan parah apabila ibu jari tangan kanannya hampir putus serta kesan tetakan teruk di belakang badan,” katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, suspek turut melarikan barang kemas, wang tunai dan telefon bimbit milik mangsa dengan nilai anggaran keseluruhan RM10,000 sebelum melarikan diri.
Katanya, kesemua mangsa dihantar ke Hospital Teluk Intan (HTI) untuk rawatan kecemasan dan kini dilaporkan stabil. “Polis tidak menolak kemungkinan kejadian ini berpunca tidak puas hati seorang saudara mangsa berhubung pengagihan harta peninggalan saudara mereka yang meninggal dunia.
“Keluarga mangsa pernah membuat beberapa laporan polis berhubung ugutan diterima daripada pihak tertentu berkaitan harta peninggalan waris mereka,” katanya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan parah ketika melakukan samun.
Ahli perniagaan gagal sogok inspektor
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, pegawai penyiasat itu yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial itu bagaimanapun menghubungi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan cubaan rasuah lelaki terbabit.
Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, lelaki berkenaan ditahan di rumahnya kerana menjalankan perniagaan menjual VCD cetak rompak di Taman Matahari, Kampung Raja, di sini, kira-kira jam 5.30 petang, Ahad lalu.
Menurutnya, serbuan terbabit dilakukan sepasukan anggota selepas mendapat maklumat awam berhubung kegiatan penjualan barang cetak rompak di rumah lelaki berkenaan.
Katanya, siasatan awal mendapati lelaki terbabit menawarkan wang tunai itu kepada pegawai penyiasat sebagai dorongan tidak mengambil tindakan serta dibebaskan.
“Bagaimanapun, pegawai itu dedikasi terhadap tanggungjawab lalu menghubungi SPRM.
“Siasatan turut mendapati lelaki terbabit berasal dari Bangladesh dan mendapat taraf penduduk tetap (PR),” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, polis tetap mendakwa lelaki itu semalam kerana menyimpan serta menjual 120 keping VCD pelbagai tajuk dan memberi amaran kepada orang awam supaya tidak sesekali cuba memberi rasuah.
amai yang mempunyai maklumat kejadian itu menghubungi polis.
“Sekiranya orang ramai ternampak sekumpulan lelaki yang menaiki Toyota Vios berwarna perak dan berperwatakan mencurigakan, saya harap mereka menghubungi dan memberi maklumat kepada polis secepat mungkin,” katanya.
No comments:
Post a Comment