Tuesday, November 8, 2011

ZINA..ROGOL..TAK SABAR DAH BERITA BIASA....BUKAN BENDA PELIK...SABAR ITU...LAKSANA HUKUM ALLAH....PENTING DAN WAJIB....

Ramai wanita muda jadi ‘isteri hinggap’



JOHOR BAHRU: Demi mengejar kemewahan, lebih ramai wanita muda di bandar raya ini menjadi perempuan simpanan pelancong asing seperti pakej abang Singapura dilalui wanita bernama Rita yang dilaporkan Harian Metro, Sabtu lalu.
Perkara itu didedahkan seorang kerani di bandar raya ini yang dikenali sebagai Mila, 42, menerusi e-mel yang dihantar ke Pejabat Harian Metro di sini, kelmarin.

Menurut Mila, beberapa rakannya pernah terjebak aktiviti tidak sihat seperti Rita hanya kerana ingin mendapatkan kemewahan dengan cara mudah dan segera.
“Saya yakin lebih ramai wanita mengalami nasib sama seperti Rita yang terperangkap dengan pakej kemewahan.

“Akibatnya bukan setakat masa depan hancur kerana maruah dan tubuh tergadai, malah kehidupan bersama keluarga porak-peranda apabila rahsia terbongkar.

“Lebih dikesalkan, kebanyakan daripada mereka menyedari kesilapan masing-masing selepas mencecah 30 hingga 40 tahun.

“Lebih malang, segelintir daripada mereka sudah terlewat dan tidak dapat diselamatkan apabila dijangkiti pelbagai penyakit serta virus berbahaya seperti HIV positif akibat hubungan terlarang berkenaan,” katanya.

Sabtu lalu, Harian Metro melaporkan kehidupan seorang bekas kerani dikenali sebagai Rita, 28, kesempitan hidup selepas digantung tidak bertali oleh suaminya hingga terpengaruh dengan tawaran ‘pakej abang Singapura’ yang menawarkan kemewahan hidup dengan syarat wanita terbabit perlu melayan nafsu lelaki itu.


Dibelasah akibat potong giliran



KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan berusia 30 tahun cedera di badan dan kepala selepas dibelasah tujuh lelaki bersenjatakan pemutar skru di hadapan sebuah kedai serbaneka di Bandar Baru Ampang, di sini, Sabtu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, mangsa dipukul kumpulan terbabit selepas meminta daripada seorang lelaki kumpulan berkenaan yang berusia lingkungan 20-an membuat bayaran terlebih dulu kerana mangsa mahu bergegas pulang ke rumah.

Menurut sumber, tindakan mangsa meminta kebenaran untuk memotong giliran menimbulkan kemarahan lelaki itu menyebabkan berlaku pertengkaran di premis berkenaan.
“Mangsa bagaimanapun meminta maaf sebelum menjelaskan mahu pulang ke rumah segera kerana ada hal penting yang perlu diselesaikan,” katanya.

Sumber berkata, jam 4 petang hari sama, lelaki itu menghubungi mangsa dan mendakwa mahu bertemu dengannya.

“Mangsa yang bersendirian ke lokasi berkenaan kemudian dikepung tujuh lelaki termasuk suspek sebelum mereka memukulnya.

“Mangsa disepak, diterajang dan dipukul dengan pemutar skru hampir 10 minit sebelum mereka itu melarikan diri,” katanya.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Ampang.
Mangsa yang cedera di badan dan kepala kemudian dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Ampang, di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.

Perogol bukan orang minyak



BENTONG: Polis menolak dakwaan kes lembaga hitam yang mengganggu gadis dan melakukan jenayah rogol serta pecah rumah di 20 kampung dan taman perumahan sekitar Ketari, di sini, dilakukan orang minyak.
Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, berdasarkan laporan, lembaga terbabit adalah manusia biasa yang mahir dalam kegiatan pecah rumah dan merogol.

Sehubungan itu, katanya, tidak timbul jenayah orang minyak seperti dilaporkan penduduk kampung.
“Sejak awal tahun ini, polis merekod dua kes rogol membabitkan kanak-kanak lapan tahun dan remaja berusia 16 tahun yang berlaku pada Jun dan Oktober lalu serta satu kes pecah masuk di Kampung Gemeti, Ketari. “Hasil siasatan, suspek adalah orang biasa yang berpakaian gelap dan lengkap dengan jaket hitam,” katanya, semalam.

Pemandu baran sembur lada hitam



KUALA LUMPUR: Hanya kerana meninggikan lampu kereta akibat terkejut selepas sebuah van secara tiba-tiba keluar dari satu simpang tanpa memberi syarat, seorang eksekutif pemasaran disembur penyembur lada hitam oleh seorang lelaki dalam kejadian di Batu 4 1/2, Cheras, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 11 malam itu, lelaki berusia 29 tahun berkenaan memandu seorang diri apabila sebuah van tiba-tiba keluar dari satu simpang di tempat kejadian tanpa memberhentikan kenderaannya terlebih dulu.

Menurut sumber, mangsa tidak berpuas hati lalu memberikan isyarat lampu tinggi kepada pemandu van berkenaan sebagai peringatan supaya lebih berhati-hati.
“Bagaimanapun, pemandu van berkenaan berasa tercabar lalu mengarahkan mangsa memberhentikan kenderaannya di tepi jalan.

“Mangsa memberhentikan kenderaan di sebuah stesen petrol berdekatan manakala suspek berhenti bersebelahan dengannya sebelum turun dan mengetuk cermin tingkap kereta mangsa,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang menyangka suspek hanya mahu berbincang mengenai kejadian itu kemudian menurunkan tingkap keretanya sebelum diserang lelaki itu secara tiba-tiba terus menyembur suspek dengan penyembur lada hitam,” katanya.


Tiga gadis tumpas peragut beg tangan



KULIM: Keberanian tiga gadis remaja mengejar lelaki yang meragut beg tangan milik seorang daripada mereka berjaya menghalang peragut terbabit hingga ditangkap dengan bantuan orang ramai dalam kejadian di Jalan Kulim - Lunas, berhampiran sebuah pasar raya di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 1.15 petang itu, tiga remaja berusia 15 hingga 16 tahun menaiki dua motosikal dan dalam perjalanan dari Taman Selasih, di sini, ke rumah rakan mereka di pekan Lunas sempena Aidiladha, kelmarin.

Seorang daripada mereka ketika ditemui berkata, sebelum kejadian mereka mengisi minyak dan berhenti sebentar di tepi jalan merancang perjalanan ke pekan Lunas.
“Ketika kami berbincang, seorang lelaki bermotosikal meragut beg tangan rakan saya yang diletakkan dalam raga motosikal.

“Kami nekad mengejar peragut itu yang memecut motosikalnya,” katanya.

Gadis itu yang enggan dikenali berkata, peragut berusia lingkungan 20-an itu membuat pusingan U di persimpangan Taman Kancil dan mereka yang mengejarnya menjerit meminta pertolongan.

“Orang ramai yang terdengar jeritan kami turut mengejar peragut itu yang memasuki jalan mati. Dia gagal melepaskan diri terjatuh dari motosikalnya sebelum dicekup orang ramai,” katanya.

Katanya, suspek dibawa orang ramai ke Balai Polis Lunas dan mangsa turut membuat laporan di balai polis yang sama pada jam 1.50 petang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh, ketika dihubungi mengesahkan laporan dan kejadian itu.

Isteri hilang tinggalkan bayi masih menyusu



MELAKA: “Saya rayu isteri pulang ke rumah kerana anak kami, Elina Elisha yang berusia dua bulan, masih menyusu badan dan kerap menangis sejak ditinggalkan,” kata mekanik, Mohd Dzulkarnain Azli, 28, yang berusaha mengesan isterinya yang didakwa melarikan diri dan masih gagal dijejaki sehingga kini.
Menurut Mohd Dzulkarnain, isterinya, Lina Zulkifli, 29, tidak pulang selepas keluar dari rumah mereka di Kampung Alai, dekat sini, kira-kira jam 12.30 tengah hari, kelmarin.

Katanya, isterinya meninggalkan Elina bersama adik angkatnya di rumah sebelum keluar rumah.
“Kebetulan saya menelefon adik bertanyakan sama ada Lina sudah membeli makanan kerana sebelum ke tempat kerja, memberinya duit belanja.

“Tetapi saya dimaklumkan Lina keluar selepas saya ke tempat kerja,” katanya.

Mohd Dzulkarnain berkata, sebelum ini isterinya pernah melarikan diri dua kali sepanjang lebih setahun perkahwinan mereka.

Katanya, bagaimanapun Lina dapat dijejaki selepas dua hari menghilangkan diri pada Disember 2010 dan Mac lalu.

“Seperti pasangan suami isteri lain, pasti ada berlaku pertelingkahan namun saya minta dia kembali semula demi anak kami yang masih kecil dan menyusu badan.
“Sebelum ini, dia pernah melarikan diri sehingga ke Juru, Pulau Pinang, tetapi saya menjejakinya tetapi kali ini sia-sia kerana telefonnya sudah dimatikan,” katanya.

Menurutnya, malam kelmarin, isterinya mengirimkan SMS kepada adik angkatnya supaya menjaga Elina menggunakan nombor telefon lain.

Mohd Dzulkarnain yang bimbang dengan keselamatan isterinya, membuat laporan di Balai Polis Kandang kelmarin, dan berharap mereka yang mempunyai maklumat mengenai Lina hubunginya di 017-6282300.


Angkat parang berang terlanggar bahu



KAJANG: Berang bahunya dilanggar, seorang peniaga bertindak luar jangkaan apabila menyerang seorang lelaki dengan parang hanya kerana enggan memohon maaf dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Bandar Baru Bangi, Khamis lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, mangsa yang berusia 58 tahun berada di kompleks beli-belah berkenaan untuk membeli barangan keperluan harian.
Disebabkan keadaan pusat beli-belah itu sesak dengan pengunjung, mangsa terlanggar bahu seorang lelaki yang turut berada di tempat sama menyebabkan lelaki terbabit naik berang.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, suspek tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa terlanggar bahunya sebelum meminta mangsa memohon maaf.
Katanya, mangsa bagaimanapun enggan memohon maaf kerana berpendapat insiden terlanggar bahu sesama pengunjung adalah perkara biasa ditambah pula pengunjung ramai sewaktu kejadian.
“Keengganan mangsa memohon maaf menyebabkan berlakunya perang mulut sehingga menarik perhatian orang ramai yang turut berada di tempat kejadian,” katanya.

“Bagaimanapun, pertengkaran seperti itu tidak dapat dikawal selepas suspek mengeluarkan kata-kata kesat selain mengancam untuk melakukan sesuatu terhadap mangsa sehingga memaksa campur tangan orang awam,” katanya.
Ab Rashid berkata, mangsa beranggapan insiden itu sudah selesai kemudian beredar ke tingkat tiga bagi membeli-belah.
Mangsa bagaimanapun terkejut dengan kehadiran suspek bersenjatakan parang di aras itu dan berlari menuju ke arahnya dalam keadaan marah.
“Suspek kemudian mengejar mangsa menggunakan parang menyebabkan mangsa yang ketakutan cuba lari menyelamatkan diri di celah orang ramai.
“Mangsa sempat menjerit meminta tolong dan orang ramai yang berada di tempat kejadian membantu menghalang suspek daripada menyerang mangsa,” katanya.
Katanya, mangsa segera meninggalkan premis itu dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.


Bulan madu di hospital

Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
JOHOR BAHRU: Sepasang suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga 10 hari lalu, terpaksa ‘berbulan madu’ di hospital apabila cedera di kepala dan patah tulang bahu selepas bas ekspres dinaiki terjunam ke dalam longkang di Kilometer 19, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, Skudai, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, mangsa, D Kanageswaran, 30, antara 25 penumpang bas ekspres berkenaan dalam perjalanan dari Taiping, Perak ke bandar raya ini sebelum hilang kawalan dan terjunam ke dalam longkang.

Empat penumpang warga Kemboja turut cedera dalam kejadian berkenaan.
Menceritakan detik mencemaskan itu, Kanageswaran yang bekerja di Singapura berkata, kejadian berlaku kurang lapan minit selepas bas meninggalkan Plaza Tol Skudai dan kenderaan itu menghala ke Terminal Bas Larkin untuk menurunkan penumpang.

“Ketika kejadian, saya duduk berasingan manakala isteri, P Kogilavani, 30, dan ibu, P Saraswathy, 58, duduk bersama dan ketika itu kami sudah terjaga daripada tidur kerana mahu bersiap-sedia untuk turun di terminal bas.

“Namun, secara tiba-tiba, bas ekspres terhoyong-hayang hingga penumpang panik dan menjerit sebelum bas terjunam ke dalam longkang.

“Biarpun saya tercampak ke dalam lumpur di longkang dan mengalami kecederaan di kepala dan tangan, saya menguatkan semangat membantu mengeluarkan ibu, isteri dan penumpang lain yang masih tersepit di dalam bas,” katanya yang melangsungkan perkahwinan di Taiping, Perak, pada 29 Oktober lalu.

Kanageswaran berkata, kejadian itu mengakibatkan isterinya patah tulang bahu, manakala dia cedera di kepala dan tangan dan ibunya luka di bibir.
“Saya dan ibu dibenarkan pulang selepas mendapat rawatan di bahagian pesakit luar namun terpaksa berulang-alik dari rumah di Taman Bukit Indah di sini untuk menemani isteri yang masih menerima rawatan di wad Hospital Sultanah Aminah.

“Mungkin ini dugaan kami selepas genap 10 hari bergelar suami isteri kerana perlu berbulan madu di hospital,” katanya.


Hasrat bayar gaji pekerja tak kesampaian

KUALA LIPIS: Hasrat seorang sub-kontraktor yang mahu membayar gaji pekerjanya sebelum sambutan Aidiladha sebaik saja mengeluarkan wang tunai RM25,000 di sebuah bank di daerah ini, tidak kesampaian apabila wang itu yang ditinggalkan dalam keretanya dicuri dalam kejadian Jumaat lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa berusia 35 tahun dari Merapoh, di sini, meninggalkan RM10,000 dalam laci papan pemuka, manakala bakinya disimpan di bawah tempat duduk pemandu sebelum ke bank lain.

Bagaimanapun, ketika mangsa kembali ke keretanya yang ditinggalkan hadapan sebuah warung, dia terkejut apabila mendapati dua beg berisi wang miliknya lesap.
Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata susulan kejadian berkenaan, mangsa membuat laporan di Balai Polis Merapoh, kira-kira jam 5 petang.

“Bagaimanapun, terdapat beberapa keraguan dalam laporan mangsa mengenai kehilangan wang berkenaan selain polis tidak menemui kesan umpilan pada pintu kereta mangsa.

“Pada masa sama, ketika berada di Balai Polis Merapoh, mangsa mendapat panggilan daripada orang awam mengatakan beg miliknya ditemui di Bentong,” katanya, di sini, semalam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, mangsa mendakwa mengunci semua pintu kereta dan meninggalkan kenderaan itu di hadapan sebuah warung yang ketika itu dipenuhi pelanggan.

Katanya, siasatan turut mendapati orang awam menghubungi mangsa selepas melihat dokumen yang ditemui dalam beg tertera nombor telefon mangsa.
Abdul Razak berkata, polis akan meneliti semula mengenai laporan mangsa termasuk menjalankan siasatan secara terperinci bagi mengesahkan dakwaan mengenai kehilangan wang tunai itu.

“Kejadian ini diklasifikasikan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana curi,” katanya.

No comments:

Post a Comment