Amuk nenek tutup suis komputer
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my
mhafis@hmetro.com.my
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam kelmarin di rumah remaja itu di Batu 4, Jalan Gombak, Setapak di sini, neneknya yang berusia 70-an sebenarnya mahu menutup alat pendingin hawa, namun tidak menyangka suis itu bersambung dengan komputer milik cucunya yang ketika itu leka bermain permainan komputer.
Kesilapan nenek itu menimbulkan kemarahan cucunya kerana permainannya tergendala lalu mengamuk dan menghamburkan kata-kata kesat terhadap neneknya itu.
“Nenek berkenaan yang tersentak dengan tindakan cucunya itu memarahi sikap biadab remaja terbabit yang tidak menghormati orang tua, namun teguran itu langsung tidak diendahkannya,” katanya.
Sumber polis berkata, tidak cukup dengan itu, sikap panas baran cucunya semakin menjadi-jadi apabila merentap wayar penghawa dingin dalam bilik itu hingga terputus.
Usung awek guna motosikal curi
Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my
kalidevi@hmetro.com.my
PERIKSA...Azmi memeriksa lesen lelaki terbabit sambil disaksikan kekasihnya.
Difahamkan, dalam kejadian jam 12.10 tengah malam itu, lelaki berusia 25 tahun berkenaan bersama kekasihnya berusia 22 tahun ditahan di kawasan berkenaan ketika pasukan Unit Kuatkuasa Khas (U3K) Trafik Kuala Lumpur menjalankan pemeriksaan Ops Samseng Jalan Raya di kawasan itu.
Ketua Unit Penguatkuasaan Khas Trafik Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Azmi Wahid, berkata pasangan itu berada dalam keadaan mencurigakan ketika anggota polis mendekati mereka dan pemeriksaan awal ke atas motosikal Kawasaki RR 150 berwarna merah ditunggangi lelaki itu menggunakan nombor pendaftaran palsu.
“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kenderaan berkenaan milik seorang juruteknik makmal dan dilaporkan hilang di kawasan Batu 9, Cheras Jun lalu.
“Selepas disoal siasat, suspek mengaku motosikal berkenaan bukan miliknya dan dicuri di kawasan Sri Hartamas serta digunakan untuk kegunaan sendiri,” katanya, di sini.
Menurutnya, motosikal yang dicuri itu disita sebelum pasangan itu dibawa ke Balai Polis Trafik Jalan Bandar untuk diambil keterangan sebelum mereka ditahan di Balai Polis Kajang untuk siasatan lanjut.
Patung sihir pesaing
Oleh Mary Victoria Dass dan Mohd Fahd Rahmat
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
KESAL...Ahmad menunjukkan patung sihir yang ditemui di tepi pintu masuk kedainya.
Patung sihir yang dikafan dan diikat dengan benang itu dikatakan mempunyai kuasa untuk ‘menghilangkan’ sesebuah premis daripada pandangan orang ramai jika objek terbabit diletak atau ditanam di dalam kawasan premis.
Taktik kotor dalam perniagaan itu didedahkan seorang usahawan yang hanya mahu dikenali sebagai Datuk Ahmad, 55, selepas dia menjadi mangsa pesaingnya yang menggunakan patung sihir terbabit.
Ahmad yang terbabit perniagaan herba sejak 20 tahun lalu berkata, dia tidak menyangka pesaingnya yang turut bergelar Datuk bertindak sejauh itu hanya kerana ingin menjatuhkan perniagaannya.
“Segala-galanya bermula apabila saya mahu mengembangkan perniagaan dengan menyewa sebuah premis di bandar raya ini sejak sebulan lalu.
“Pada jam 4.30 petang kelmarin, seorang rakan usahawan bergelar Datuk menghubungi saya dan memberitahu ada kejutan menanti saya di depan pintu kedai sebelum dia memutuskan panggilan secara tiba-tiba,” katanya.
‘Zara rasa bersyukur sebenarnya’
Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my
yanie@hmetro.com.my
IZARA...dikutuk dalam Twitter dan facebook serta jelingan tajam gara-gara watak Fiona dalam Soffiya.
Siapa gerangan di sebalik watak Fiona yang membuatkan ramai yang tidak berganjak walau seinci pun dari televisyen untuk menyaksikan siri Soffiya yang bersiaran di TV3 sejak 21 September lalu?
Malah atas desakan seorang rakan yang taksub dengan watak Fiona ini sebagaimana dipaparkan dalam Soffiya menarik minat Harian Metro untuk menjejaki gadis di sebalik watak itu.
Usaha menjejakinya tidak sukar kerana dibantu pengurusnya, Ayu dan pada 1 November lalu, gerangan gadis cantik itu muncul memenuhi sesi fotografi khas untuk Rentak Artis Popular (Rap).
Izara Aishah Hisham, 19, seindah namanya begitulah juga rupa paras gadis bertubuh kecil molek ini. Sekali-sekala, ketika beraksi di hadapan kamera, beberapa bahagian wajahnya kelihatan persis pelakon terkenal Filipina, Kristine Hermosa.
Mukadimah bermula dengan topik mengenai wataknya yang begitu dibenci. Pertanyaan itu disambut Izara dengan tawa, tanpa sedikit pun tercalar perasaannya. Izara yang mesra disapa Zara mengakui gara-gara Fiona, ramai yang membencinya.
“Zara kena kutuk macam-macam dalam Twitter dan facebook. Iya, tidak dinafikan mulanya memang berasa agak bimbang dengan tindakan segelintir penonton drama Soffiya. Bayangkan ada satu kejadian di tempat makan, seorang lelaki menjeling kepada Zara, tapi bila Zara senyum kepadanya, dia nampak tidak keruan.
“Apa pun, Zara memandang positif setiap kritikan dan kutukan. Apabila memikirkan semula tujuan mereka membenci Zara kerana tidak suka pada Fiona, Zara rasa bersyukur sebenarnya.
“Itu menandakan watak Fiona yang dilakonkan Zara menjadi. Zara percaya apabila mereka yang menonton drama itu menemui Zara di luar, mereka akan dilihat perbezaan yang ketara antara Fiona dan Zara.
“Hakikatnya, di alam realiti Zara bukan seorang yang kejam seperti Fiona. Zara sendiri benci kalau individu semacam Fiona itu wujud di muka bumi ini.
“Namun, melihat watak itu sebagai satu cabaran berat buat pelakon baru seperti Zara, Zara menerimanya,” katanya petah berkata-kata.
Ada yang menyifatkan lakonan Izara dalam drama Soffiya terbitan Filmscape Sdn Bhd ini lebih menyerlah berbanding pelakon lama yang menjayakan drama itu seperti Fizo Omar (Ilyas), Azhar Sulaiman (Kamal) dan Syazwan Zulkifli. Malah, lakonannya dikatakan menenggelamkan pelakon popular, Tiz Zaqyah (Soffiya) selaku teraju utama.
“Iya ke? Zara rasa drama itu tidak akan diminati ramai atau jadi bagus kalau ia hanya kerja seorang. Semua pelakon ada kekuatan dan tarikan masing-masing untuk membawa sesebuah drama itu ke satu level yang lain.
“Zara juga tidak mungkin dapat memberi lakonan yang baik tanpa bantuan semua pelakon senior yang terbabit. Mereka banyak memberi bimbingan dan nasihat kepada Zara termasuk pengarah, Joeza Rasidi.
“Mungkin ada yang beranggapan watak Zara menyerlah kerana rasanya semua watak jahat orang lebih mudah ingat. Perlu diberikan kredit jalan cerita dipaparkan Soffiya sememangnya sangat menarik,” katanya.
Kemuncak kebencian penonton terhadap Fiona bakal berakhir hari ini apabila Soffiya mengakhiri siaran menerusi slot Akasia selama 28 episod.
Pemenang tempat kedua Dewi Remaja 2009/2010 itu mengakui Fiona adalah watak paling sukar pernah dilakonkan walaupun sembilan drama sudah dibintangi.
Bukan saja diminta menjadi jahat, malah gadis kelahiran Bakar Batu, Johor Bahru, Johor itu perlu menghayati watak wanita hamil, sedangkan usianya baru menginjak 19 tahun pada 28 September lalu. Tentu saja semua itu belum pernah dilaluinya lebih-lebih lagi bagi bagi pelakon baru sepertinya.
“Perlu Zara akui Fiona adalah watak paling mencabar setakat ini. Diminta memainkan karakter jahat namun, bukan secara terang-terangan kerana Fiona ini orangnya penuh muslihat.
“Untuk benar-benar memahami dan menjiwai watak Fiona ini, Zara membuat kajian dengan memerhati cara pergerakan orang mengandung supaya di set Zara tak nampak kekok. Zara juga sering menonton watak antagonis lakonan pelakon tempatan dan barat di YouTube.
“Pun begitu, pengalaman membintangi drama ini adalah yang terindah buat Zara. Zara sering dihambat perasaan rindu untuk kembali di set walaupun penggambaran sudah tamat. Kami bekerja bagaikan sebuah keluarga. Kami makan bersama dan ke mana-mana juga bersama. Zara bertuah kerana terpilih menjadi sebahagian daripada produksi Soffiya,” katanya.
Berstatus penuntut Seni Persembahan di Sunway College, sememangnya impian untuk menjadi pelakon terkenal sudah tertanam sejak kecil. Lihat saja jurusan pengajian pilihannya jelas membongkar kecenderungan minat Zara.
Malah sewaktu berusia 12 tahun, anak sulung daripada tiga beradik itu pernah mendapat bimbingan Fauziah Nawi dalam pementasan teater Tok Rimau. Di situ jugalah, bercambah kecintaannya untuk terus menerokai dunia seni persembahan secara serius.
“Ketika masih bersekolah, mama tak benarkan Zara berlakon kerana mahu Zara tumpukan pada pelajaran. Bagaimanapun, masa di tingkatan lima, pak cik Zara bagi dorongan untuk menyertai Dewi Remaja.
“Memang tidak sangka selepas dua tahun terikat dalam pertandingan itu, Zara muncul naib juara manakala Neelofa pemenangnya. Selepas pertandingan itu, Zara masih tidak berkeyakinan untuk terbabit secara aktif dalam bidang lakonan kerana selalu gagal menghadiri uji bakat.
“Bagaimanapun, Lofa (Neelofa) memperkenalkan Zara kepada Erma Fatima dan akhirnya Zara diterima membintangi drama Kasih Najiha. Memang seronok dapat bekerjasama dengan pengarah hebat seperti Kak Erma.
“Nampak saja garang dan serius tapi kak Erma tidak lokek ilmu. Bertitik-tolak daripada Kasih Najiha, Zara ditawarkan membintangi Hantu Gigi, Keranamu Laila, Masih Membara Cintaku, Selumbar Kasih, Jejaka J, Cikaro, Pusing Beraya dan Soffiya,” katanya.
Lebih manis bagi Izara apabila diberi penghormatan oleh penganjur Anugerah Skrin 2011 sebagai penyampai trofi bersama Umie Aida pada 4 November lalu.
Katanya, jadual seninya kembali rancak apabila dia kini dalam persediaan memasuki set penggambaran drama Vanila Coklat untuk siaran TV3. Menerusi drama ini, Zara akan memegang watak menggunakan namanya sendiri jika tidak berlaku sebarang pertukaran.
Drama ini mengisahkan pelajar perempuan dan lelaki yang saling membenci antara satu sama lain tetapi dipaksa berkahwin. Atas permintaan keluarga, mereka akur, tetapi menetapkan perjanjian selepas enam bulan berkahwin mereka akan bercerai.
“Apakah mereka akan jatuh cinta, terus membenci, memutuskan untuk bercerai atau bersama? Penonton perlu menyaksikan konflik yang akan dipaparkan menerusi drama ini,” katanya.
PROFIL
Nama sebenar: Izara Aishah Hisham
Tarikh lahir: 28 September 1992
Usia: 19 tahun
Bintang: Libra
Asal: Bakar Batu, Johor Bahru
Adik-beradik: Sulung daripada tiga beradik
Pencapaian: Tempat kedua Dewi Remaja 2009/2010
Drama/Telefilem: Kasih Najiha Hantu Gigi, Keranamu Laila, Masih Membara Cintaku, Selumbar Kasih, Jejaka J, Cikaro, Soffiya, Pusing Beraya, Soffiya dan Vanila Coklat.
No comments:
Post a Comment