Wednesday, November 16, 2011

BILA ZINA NAK BERKURANG...KEDUA2@LELAKI DAN PEREMPUAN SUKA BERZINA...MAKA UBATNYA TENTU LAKSANAKAN HUKUM ALLAH SWT TETAPI MANUSIA YANG DIHIDUPKAN OLEH ALLAH TETAP DEGIL DAN SOMBONG...

Kereta diumpil



KUALA LUMPUR: Seorang peniaga berusia 30 tahun kerugian lebih RM8,000 selepas keretanya diumpil manakala pelbagai barangan berharga dilarikan di parkir di sebuah pusat beli-belah di sini, petang kelmarin.
Difahamkan, pada jam 2.45 petang, mangsa ke pusat beli-belah berkenaan untuk berjumpa dan makan tengah hari bersama rakannya.

Bagaimanapun, menurut sumber, ketika mangsa kembali ke keretanya, dia terkejut apabila melihat keretanya tidak berkunci dan terdapat kesan umpilan pada bahagian kunci pintu.

“Barangan berharga seperti iPad, pakaian, kasut, makanan serta barang dapurnya lesap,” katanya.

Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Brickfields pada hari sama.


Gadis lari ikut teman lelaki



KUALA LUMPUR: Seorang pemandu lori merayu anak gadisnya yang menghilangkan diri dipercayai mengikut teman lelakinya sejak lebih setahun lalu kembali ke pangkuan keluarga.
Jamari Sungip , 54, dari Kampung Tok Pinang, Serendah berkata, kehilangan anaknya Nor Faizura Jamari, 24, disedari selepas tidak muncul di gerai isterinya selepas keluar dari rumahnya, jam 10 pagi pada 18 Mac tahun lalu.

Beliau berkata, anak ketiga daripada empat beradik itu difahamkan tidak berpuas hati dengan masalah keluarganya yang sering berpindah kerana menghadapi masalah kewangan.
Menurutnya, anaknya bekas pelajar Politeknik Cheras bekerja sebagai jurujual di sebuah kedai serbaneka di Serendah.

“Kali terakhir dia dilihat ialah ketika menuju ke gerai pisang goreng milik ibunya di Serendah,” katanya.

“Pelbagai usaha dilakukan untuk mencarinya tetapi sehingga kini tidak berhasil. Kami bimbang mengenai keselamatannya dan merayu dia supaya kembali kepada keluarga,” katanya.

Menurutnya, berikutan kehilangan anaknya itu dia membuat laporan di Balai Polis Serendah.

“Saya bimbang sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini terhadap anak saya dan berharap dia dapat pulang ke pangkuan keluarga,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa diminta hubungi Jamari di talian 01116252063.



Kekasih sorok belakang pintu

KULIM: Tindakan seorang lelaki membuka pintu biliknya dengan luas untuk mengaburi anggota penguat kuasa gagal berikutan penemuan seorang wanita bersembunyi dalam operasi cegah maksiat di Kulim Hi Tech, dekat sini, kelmarin.
Dalam serbuan jam 10.30 malam, wanita berusia 20 tahun terbabit ditemui di belakang pintu bilik dalam rumah dua tingkat yang didiami teman lelakinya berusia 23 tahun bersama seorang rakan lain. Jurucakap Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK), berkata sebaik menerima maklumat, lima anggota penguat kuasa pergi ke rumah itu lalu mengetuk pintu sambil memperkenalkan diri bagi melakukan pemeriksaan.

Menurutnya, pintu rumah berkenaan dibuka seorang lelaki kira-kira lima minit kemudian sebelum dia naik ke tingkat atas untuk memberitahu rakannya mengenai kehadiran pihak berkuasa. “Bagaimanapun, ketika pemeriksaan lanjut anggota penguat kuasa menemui seorang wanita yang lengkap berpakaian menyorok di belakang pintu bilik berkenaan,” katanya.


Disergah ketika beraksi



SEBAHAGIAN pelacur yang ditahan dalam serbuan di sebuah premis di Taman Sungai Besi, Kuala Lumpur kelmarin.



KUALA LUMPUR – Sebuah pusat refleksologi yang menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk menawarkan pelacur diserbu lagi dengan seorang pelanggan didapati berada dalam keadaan berbogel disyaki sedang mengadakan hubungan seks di Taman Sungai Besi di sini kelmarin.
Sindiket yang menghantar SMS dengan menjadikan model kereta sebagai kata ganti kepada pelacur itu diserbu oleh sepasukan Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman pada pukul 10.30 malam diketuai oleh Cif Inspektor Wiryanty Abd. Wahab.
Selain menahan empat lagi pelanggan, lima pelacur Thailand, empat Vietnam dan seorang warga Laos berusia 20 hingga 30 tahun turut dicekup.
“Ketika serbuan itu, kita dapati salah seorang pelanggan dan wanita warga Thailand dalam keadaan bertindih dan berbogel,” katanya yang turut menahan seorang penjaga premis.


Bayar sarapan guna wang palsu



PERBANDINGAN wang RM10 palsu (atas) dan tulen (bawah) yang diterima oleh Zamri daripada satu pasangan di Kuantan, Pahang semalam.



KUANTAN – Seorang peniaga mendakwa dia menjadi mangsa penipuan kepada satu pasangan yang menaiki sebuah kereta mewah jenis Mitsubishi Lancer apabila menerima wang palsu RM10 ketika sedang sibuk melayan pelanggan yang datang ke kedainya di Kubang Buaya di sini semalam.
Zamri Kamal, 41, mendakwa, ketika kejadian pukul 8.30 pagi itu, dia tidak sempat untuk meneliti wang tersebut kerana pasangan yang berpenampilan kemas terbabit bertindak meninggalkan wang tersebut di atas meja kaunter bayaran dan terus meminta baki RM5.
Katanya, ketika itu, dia dan isteri sibuk melayan pelanggan dan hanya menyedari selepas kedainya agak lengang kira-kira setengah jam kemudian.
“Ketika kedai kami diserbu pelanggan, pasangan itu mengambil kesempatan untuk membayar harga makanan yang dimakan iaitu teh tarik, kuih dan nasi lemak. Kesemuanya bernilai RM5.
“Selepas mendapat baki, mereka yang menaiki kereta warna merah terus menuju ke arah Alor Akar di sini. Ketika itu, saya tidak mengesyaki apa-apa,” ceritanya yang telah lapan tahun berniaga.


Ancaman buli siber, web lucah



HUSIN (tiga dari kanan) bersama wakil-wakil kementerian dan syarikat keselamatan siber ketika melancarkan Program DiGi Cybersafe di Kuala Lumpur kelmarin.



KUALA LUMPUR – Kira-kira 90 peratus daripada kesemua 8.5 juta kanak-kanak di Malaysia didapati terdedah kepada pengalaman negatif semasa berinteraksi di dunia siber.
Pengalaman negatif itu termasuklah pembulian siber iaitu penghantaran komen dan gambar-gambar lucah dan tidak sepatutnya ke laman blog, e-mel dan laman sosial interaktif seseorang.
Itu kajian sebuah portal dalam talian Norton Online Family pada tahun 2010 dan jumlah yang sama didapati turut meningkat sebanyak 112 peratus sepanjang sepuluh bulan pertama tahun ini.


JAIS didesak bertindak segera

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) digesa mengambil tindakan segera terhadap dakwaan berlaku penyelewengan akidah yang dipimpin oleh Hatijah Aam, isteri kedua Asaari Muhammad yang merupakan pengasas pergerakan al-Arqam.
Bekas orang kanan pergerakan itu, Sheikh Hussien Sheikh Omar berkata, tindakan segera perlu diambil bagi mengelak lebih ramai lagi orang Islam diselewengkan akidahnya oleh kumpulan yang dipimpin oleh Hatijah atau lebih dikenali sebagai Ummu Jah.
Beliau mendakwa, JAIS mengambil masa terlalu lama untuk menyiasat aduan yang dibuat dan perkara itu dibimbangi akan menyebabkan kumpulan terbabit berjaya menambah lagi ahlinya hingga boleh mewujudkan semula ajaran yang pernah diharamkan sebelum ini.


Kesesakan makin teruk



POH PING (dua dari kanan) meneliti lakaran persimpangan bertingkat bersama wakil penduduk di Kepong, Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR – Penduduk di sekitar kawasan Kepong dan Jinjang di sini terpaksa berdepan kesesakan lalu lintas yang semakin teruk berikutan projek persimpangan bertingkat di tiga jalan di kawasan tersebut yang sepatutnya dibina sejak empat tahun yang lalu masih tertangguh.
Projek persimpangan bertingkat itu dirancang dibina di Jalan Jambu Gajus, Jalan Ambong dan Jalan Metro Prima.
Menurut Ketua Pusat Perkhidmatan Komuniti Kepong, Yee Poh Ping, projek tersebut dirancang bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di sepanjang Jalan Kepong yang semakin teruk.
“Sudah empat tahun kami menunggu tetapi pihak berkuasa masih tidak menjalankan projek tersebut,” katanya di sini semalam.
Jelasnya, masalah kesesakan lalu lintas di jalan itu semakin teruk ekoran pembangunan yang pesat di kawasan tersebut.
”Pihak berkuasa sepatutnya membuat perubahan daripada segi strutur jalan memandangkan jumlah penduduk yang semakin bertambah di kawasan ini,” ujarnya.


Harimau jarang dilihat ditemui di Indonesia



SEBUAH kamera tersembunyi merakamkan gambar seekor harimau batu di Bukit Tigapuluh, Sumatera pada 18 Mac lalu. - Reuters



JAKARTA - Kumpulan pemuliharaan Dana Hidupan Sedunia (WWF) semalam mendesak pemerintah Indonesia memulihara hutannya selepas gambar-gambar menunjukkan beberapa ekor harimau yang jarang dilihat berada di sebuah kawasan pembalakan.
Menurut WWF, gambar itu menunjukkan harimau Sumatera, harimau emas, harimau bintang, harimau akar dan harimau batu berkeliaran di sebuah kawasan hutan yang tidak dilindungi.
Ia menyatakan, harimau tersebut ditemui berada di antara Taman Negara Bukit Tigapuluh, Sumatera dan sebuah kawasan pemuliharaan haiwan liar.
Lebih tiga bulan dalam tahun ini, kamera WWF merakamkan 404 gambar harimau liar termasuk 226 ekor harimau Sumatera, 77 ekor harimau akar, 70 ekor harimau emas, empat harimau batu dan 27 harimau bintang. - AFP

No comments:

Post a Comment