Tuesday, November 15, 2011

LACUR...MELACUR...ZINA...BUANG ANAK...ANAK LUAR NIKAH RATUSAN RIBU...HUKUM ALLAH TETAP DINAFI....MENGENEPI HUKUM ALLAH NAK SELAMATKAN KAKI ZINA DAN KAKI MAKSIAT...AKHIRAT MEREKA YANG TERLIBAT MENAFIKAN HUKUM ALLAH...JAWAB JE LAH....SABIT...NERAKALAH TEMPAT PALING AULA UNTUK MEREKA INI....

Imam tua isteri muda

Oleh Nor Hazwani Hamat
am@hmetro.com.my

SEPADAN...Mat dan Noor Mahayu mengenakan persalinan merah jambu pada majlis resepsi mereka di Tanah Merah, semalam.
SEPADAN...Mat dan Noor Mahayu mengenakan persalinan merah jambu pada majlis resepsi mereka di Tanah Merah, semalam.
TANAH MERAH: “Jika boleh, saya mahukan anak ramai yang boleh mewarisi segala harta saya. Pada perkahwinan lalu, saya tidak memperoleh zuriat sebab itu saya membuat keputusan berkahwin lagi,” kata warga emas, Mat Ibrahim, 64, yang bertemu jodoh dengan gadis berusia 26 tahun.
Perkahwinan Mat boleh diibaratkan seperti perkahwinan selebriti apabila dia bernikah dengan wanita pilihan hatinya, Noor Mahayu Samsudin pada tarikh istimewa iaitu 11 November lalu atau bersamaan 11.11.11.
Mat yang juga Imam Masjid Mukim Bechah Laut, di sini, dinikahkan jam 11 malam pada tarikh berkenaan di Batu 11, di sini, dan memberi hantaran berjumlah RM5,011 kepada isterinya.

Majlis resepsi perkahwinan pasangan mempelai itu diadakan semalam dengan diiringi 11 das tembakan senapang patah oleh penduduk kampung, diarak dengan 60 kereta dan 40 motosikal, malah meriah dengan kehadiran lebih 1,000 tetamu.


Mat berkata, dia menjadi duda apabila isterinya meninggal dunia empat hari selepas Aidilfitri, Ogos lalu.


Disangka beruk

Oleh Suraya Roslan
surayaroslan@hmetro.com.my

KUALA PILAH: “Tiada apa yang mampu diucapkan selain bersyukur kerana nyawa saya masih panjang,” kata Mohd Fitri Md Wazir, 21, yang cedera selepas terkena tembakan peluru penabur dilepaskan seorang warga emas kerana menyangka dia adalah beruk yang mencuri buah kundang.
Kejadian berlaku di Kampung Gamin Hilir, Tanjung Ipoh, di sini, semalam, di kebun milik saudara warga emas berusia 70-an berkenaan.
Mohd Fitri ditemui wartawan Harian Metro ketika dibawa menaiki ambulans untuk dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar berikutan kecederaan di kepala.

Mangsa berada di atas pokok berkenaan bersama rakannya, Mohd Mahathir Abd Aziz, 33, dan anaknya, Mohd Adam Naqli, 4, untuk memetik buah kundang milik bapa mentua Mohd Mahathir.


Kejadian itu cukup mengejutkan Mohd Mahathir yang masih lagi tidak dapat melupakan apabila melihat sendiri kepala rakannya itu berlumuran darah selepas terkena tembakan senapang patah terbabit.


Demi sahabat

Oleh Ainal Marhaton Abd Ghani
am@hmetro.com.my

KONGSI...Muhammad Zal Zikri (kanan) memberi sebahagian elaun khas kepada rakan baiknya, Danish, semalam.
KONGSI...Muhammad Zal Zikri (kanan) memberi sebahagian elaun khas kepada rakan baiknya, Danish, semalam.
KUANTAN: “Saya ikhlas memberi separuh daripada wang sumbangan yang saya terima ini kepada rakan karib saya, Danish Din Alawi, untuk membantunya membuat persiapan persekolahan tahun depan. Saya tahu keluarganya kurang berkemampuan,” kata Muhammad Zal Zikri Mohd Radzi, 10.
Muhammad Zal Zikri yang juga murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Setongkol itu sudah mendapat keizinan ibunya, Norizan Razali, 48, sebelum menyerahkan sebahagian daripada wang RM100 yang diterima itu kepada rakan karibnya itu yang juga anak kepada seorang pencari besi buruk.
Menurut Muhammad Zal Zikri, kemiskinan hidup rakannya itu membuatnya terpanggil memberi separuh daripada wang bantuan awal persekolahan 2011 yang diterima tanpa memikirkan balasan daripada keluarga rakannya itu.

“Saya simpati dengan kesusahan hidupnya dan tidak berasa terbeban untuk terus membantunya selagi ibu mengizinkan saya berbuat demikian,” ujarnya yang kelihatan malu-malu ketika ditemui di sekolahnya di sini, semalam.


Muhammad Zal Zikri dan Danish antara 626 murid sekolah berkenaan yang menerima bantuan khas awal persekolahan 2012 yang disalurkan kerajaan dan disampaikan Pengerusi Majlis Pembangunan Keluarga dan Masyarakat Parlimen Indera Mahkota, Datuk Mohd Hazmi Yusuf.


Didera bukan sawan



KUALA LUMPUR: Rahsia seorang kanak-kanak perempuan berusia 16 bulan yang kononnya diserang sawan dan muntah tanpa henti terjawab apabila pemeriksaan doktor mendapati mangsa mengalami kecederaan di kepala, badan dan kaki dipercayai didera, kelmarin.
Kanak-kanak malang itu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 5 petang oleh ibu saudaranya berusia 31 tahun yang menetap di Sri Murni, Jinjang.

Menurut sumber, sebaik tiba di unit kecemasan HKL, ibu saudara mangsa memberitahu anak saudaranya itu mengalami sawan dan muntah.

“Pegawai perubatan itu kemudian melakukan pemeriksaan dan rawatan di zon merah unit kecemasan hospital berkenaan.

“Selepas diberikan rawatan, doktor mendapati terdapat kesan kecederaan di kepala, badan dan kaki mangsa dipercayai akibat didera,” katanya.

Sehubungan itu, doktor terseebut membuat laporan polis di Pondok Polis HKL sebelum kes dirujuk ke Balai Polis Jinjang, di sini, untuk siasatan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.


Remaja 15 tahun terlanjur 20 kali

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi dan Na’imah Mohamed
am@hmetro.com.my

PETALING JAYA: Tindakan seorang kakak merampas telefon bimbit adik perempuannya membongkar rahsia perbuatan keji gadis terbabit yang terlanjur lebih 20 kali bersama teman lelakinya sejak beberapa bulan lalu.
Kejadian itu terbongkar jam 11.30 malam Sabtu lalu, selepas kakak berkenaan menemui SMS berbaur lucah dihantar teman lelaki adiknya berusia 19 tahun menyebabkan kakak berusia 20-an itu mendesak adiknya menceritakan perkara sebenar.

Menurut sumber, remaja perempuan berusia 15 tahun yang ketakutan selepas hubungan cinta terlarang itu terbongkar hanya berdiam diri dan menangis teresak-esak.
“Ibu bapa mereka yang mengetahui anak gadisnya itu yang menunggu keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) terlanjur hanya terdiam.

“Bagaimanapun, abang iparnya mendesak gadis terbabit menghubungi teman lelakinya sebelum mereka menangkap lelaki itu dan membawanya ke Balai Polis Kota Damansara,” katanya.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, perbuatan keji adiknya terbongkar apabila kakaknya yang menegur sikap gadis itu yang sering tidur lewat kerana bermain komputer terlihat SMS lucah dalam telefon bimbitnya.

Sumber berkata, kakaknya mendesak adiknya menceritakan perkara sebenar sebelum dimaklumkan mereka berkenalan melalui laman sembang sosial.

“Perkenalan itu bertukar percintaan sebelum kedua-dua mereka berjumpa secara sembunyi bagi bermadu kasih.
“Sebaik mendengar pengakuan itu, abang iparnya meminta gadis terbabit menghubungi teman lelakinya untuk berjumpa di padang sekolah berhampiran rumah mereka,” katanya.

Menurutnya, sebaik mereka bertemu teman lelaki adiknya, abang iparnya meminta penjelasan sebelum lelaki terbabit mengaku terlanjur lebih 20 kali bersama gadis itu.

Katanya, geram dengan pengakuan itu, lelaki terbabit dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.



Menangis peluk bantal

Oleh Na’imah Mohamed
naimah@hmetro.com.my

AMPANG JAYA: Sepasang suami isteri panik dan menyangka anak mereka diculik selepas kanak-kanak itu keluar seorang diri dari rumah mereka di Bukit Indah, di sini ketika pembantu rumahnya sedang menjemur kain, pagi semalam.
Malah, dalam kejadian jam 10 pagi itu, kanak-kanak berkenaan, Nur Alessa Syaffia Azman dipercayai keluar dari rumah mengikut pintu belakang tanpa disedari pembantu rumah keluarga itu sebelum wanita warga Indonesia itu menyedari kehilangan kanak-kanak berkenaan.

Ketika berada di luar rumah, kanak-kanak itu dipercayai berjalan ke satu simpang kira-kira 50 meter dari rumahnya sebelum ditemui seorang warga emas yang dalam perjalanan ke pejabat melihat kanak-kanak itu merayau-rayau sambil membawa bantal ‘busuk’ dan menangis.
Warga emas itu cuba bertanyakan kanak-kanak itu siapa ibu bapa mereka, tetapi disebabkan masih kecil serta belum boleh bercakap menyebabkan wanita berkenaan gagal mengesan keluarganya lalu membawanya ke balai polis berhampiran.

Pembantu rumah keluarga kanak-kanak itu yang menyedari kehilangan Nur Alessa mencarinya di sekeliling kawasan taman perumahan berkenaan sebelum ternampak kanak-kanak itu dibawa seorang wanita warga emas menaiki keretanya.

Dia kemudian menghubungi majikannya memaklumkan kejadian itu. Warga emas berkenaan yang mahu dikenali sebagai Zai, 63, berkata, ketika hendak mengeluarkan keretanya dari pagar rumah, dia terlihat seorang kanak-kanak perempuan menangis sambil memeluk bantal serta memakai baju berwarna merah di tepi jalan.

“Saya mendapatkan kanak-kanak itu kerana bimbang terjadi perkara lebih buruk terhadapnya.

“Kanak-kanak itu masih belum tahu bercakap dan selepas bertanya orang sekeliling, tiada siapa tahu identiti atau ibu bapa kanak-kanak terbabit dan di mana rumahnya,” katanya.
Menurutnya, beberapa minit selepas itu, seorang wanita menunggang motosikal memberhentikan kenderaannya dan mengajaknya mencari ibu bapa kanak-kanak itu di kawasan perumahan berkenaan, namun gagal.

“Berikutan itu, kami menghubungi polis dan membawa kanak-kanak itu ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, bapa kanak-kanak itu, Azman Mohamad Sudir, 42, berkata, dia hanya mengetahui kehilangan anaknya itu jam 10.30 pagi selepas dimaklumkan pembantu rumahnya.

Katanya, dia kemudian mengambil isterinya di tempat kerjanya di Jalan Ampang sebelum pulang ke rumah bagi berjumpa pembantu rumahnya bagi mengetahui apa yang berlaku.

“Pembantu rumah memaklumkan anak saya diculik kerana mendakwa melihat sebuah kereta berwarna biru dipandu seorang wanita membawa anak saya. Pembantu rumah saya itu sempat mencatatkan nombor pendaftaran kereta itu.

“Kami kemudian ke IPD Ampang Jaya untuk membuat laporan, tetapi terkejut apabila mendapati anak saya sudah berada di balai polis.

“Saya dimaklumkan Nur Alessa Syaffia dibawa ke balai oleh seorang jiran yang tinggal berhampiran selepas melihat anak saya itu merayau-rayau tanpa ditemani orang dewasa,” katanya.

Katanya, dia bersyukur anaknya ditemui semula walaupun hilang hampir dua jam.


Kereta ‘sapu’ 5 beranak

Oleh Junaidi Ladjana
djuns@hmetro.com.my

TERSADAI...keadaan kereta   yang merempuh lima beranak termasuk seorang ibu sarat mengandung.
TERSADAI...keadaan kereta yang merempuh lima beranak termasuk seorang ibu sarat mengandung.
LABUAN: Hasrat seorang suami untuk menimang bayi sulung tidak kesampaian apabila isteri yang hamil lapan bulan parah dan bayi dikandungnya maut, selepas dirempuh sebuah kenderaan yang terbabas ketika wanita itu berjalan kaki bersama ibu dan tiga adik ke kedai berhampiran di Jalan OKK Daud, di sini, semalam.
Selain Jennive, Natalia Muhammad Anton, 19, yang patah paha kiri, rempuhan itu turut menyebabkan ibu Jennive, Emily Gabales, 35, anaknya, Siti Pilisah, 14, dan Anjey Resina, 10, cedera ringan, manakala seorang lagi mangsa, Mohd Eriyan Lewonama, 2, cedera parah, dalam kejadian jam 4 petang itu.

Jennive dan Mohd Eriyan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Queen Elizabeth (HQE) di Kota Kinabalu, dekat sini.
Suami Jennive, Mohamad Zamri Abdul Kadir, 29, berkata dia baru menghantar isteri ke rumah ibu mentua beberapa jam sebelum kejadian kerana isteri mahu wanita itu menjaganya selepas bersalin nanti, sebelum dia ke tempat kerja.

Menurutnya, dia difahamkan, isteri bersama ibu dan tiga adiknya sedang berjalan kaki untuk membeli kelengkapan rumah di kedai runcit berhampiran tidak jauh daripada rumah mereka.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, sebuah Proton Saga dari arah bertentangan dipercayai cuba memintas kenderaan di depan tetapi gagal menyebabkannya hilang kawalan lalu merempuh mereka.

“Saya terkejut apabila dihubungi adik ipar yang memaklumkan kejadian menimpa isteri, ibu dan adik- beradik lain,” katanya yang berdoa agar isteri dan adik ipar yang parah itu selamat.

Mohamad berkata, memang sedih apabila mengenangkan tragedi menimpa isteri, termasuk anak sulung dikandung isteri meninggal dunia dalam kejadian itu.
“Semua kelengkapan termasuk pakaian, lampin, tuala kecil termasuk katil tidur bayi sudah disediakan, tetapi saya terpaksa menyimpannya semula selepas bayi dikandung isteri gugur akibat kemalangan itu.

“Saya reda pemergian bayi sulung ini kerana Allah lebih menyayanginya,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Labuan, Deputi Superintendan Lim Nee Koon, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. “Rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa yang mengandung lapan bulan patah paha kiri, manakala anak dalam kandungannya gagal diselamatkan walaupun doktor sudah melakukan pembedahan bagi mengeluarkan bayi terbabit,” katanya.

Lim berkata, siasatan awal mendapati, pemandu lelaki berusia 22 tahun cuba memotong kenderaan di depan, tetapi tidak berjaya sebelum terbabas ke bahu jalan dan merempuh semua mangsa.

“Siasatan juga mendapati pemandu terbabit memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Suspek kini ditahan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 44(1)(b), Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi tiga hingga 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000,” katanya.


Suspek bunuh warga emas dicekup



MELAKA: Seorang penjenayah yang terbabit dua kes samun dan bunuh warga emas di Bukit Rambai dan Kampung Parit Melana, Alor Gajah, dengan seorang daripada mereka mati ditikam tujuh kali ditangkap polis selepas diburu sejak tiga bulan lalu.
Suspek yang licik apabila sering bertukar motosikal curi dan melarikan diri ke negeri lain selepas melakukan jenayah dengan menyasarkan warga emas sebagai mangsa diberkas dalam Operasi Task Force dijalankan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) negeri membabitkan lapan anggota dan 16 pegawai.

Suspek dari Felda 1 Gemas, Negeri Sembilan, yang juga bekas banduan dan mempunyai rekod jenayah itu turut terbabit dalam 36 kes jenayah samun di Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Selangor dalam tempoh kurang dua tahun.
Terbaru pada 9 November lalu, suspek terbabit kes bunuh dan samun membabitkan dua mangsa dengan seorang daripada mereka maut, manakala seorang lagi parah dalam dua kejadian berasingan selang setengah jam di Alor Gajah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri (Operasi/Risikan), Superintendan R Gunarajan, berkata suspek terbabit satu lagi kes samun membabitkan warga emas yang meninggal dunia selepas parah di kepala dipercayai diketuk dengan objek keras di Kampung Gedung Lalang, Bukit Rambai, dekat sini, 15 Ogos lalu.

“Hasil maklumat awam jam 5.30 petang semalam (kelmarin), sepasukan polis diketuai Pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9), Asisten Superintendan Jay January menangkap suspek di persimpangan Naip Long, Tangkak, Johor, selepas memintas motosikal Honda Wave ditunggang suspek.

“Suspek yang terjatuh cuba melarikan diri dan berlaku pergelutan dengan anggota terbabit sebelum diberkas dan kini direman tujuh hari untuk siasatan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.



Polis tahan wanita disyaki buang bayi



PAGOH: Seorang wanita berusia 20 tahun ditahan berkaitan penemuan seorang bayi perempuan di kebun sawit di Kampung Melayu Raya, Sagil pada 5 November lalu.
Wanita yang tidak bekerja itu ditahan di rumahnya kira-kira 500 meter dari lokasi bayi berkenaan ditemui.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ledang, Deputi Superintendan Muhammad Salleh Abd Razak berkata, penahanan wanita itu dilakukan berdasarkan siasatan polis selain maklumat awam.
“Tangkapan dilakukan di rumah wanita berkenaan pada jam 4.20 petang Khamis lalu, lima hari selepas bayi itu ditemui.

“Berdasarkan siasatan awal, wanita terbabit melahirkan bayi berkenaan pada jam 6 petang iaitu sehari sebelum mangsa ditemui,” katanya, semalam.

Menurut Salleh, siasatan awal turut mendapati wanita terbabit melahirkan bayi itu sendirian di kebun sawit berkenaan.

Beliau berkata, wanita terbabit dibebaskan dengan jaminan polis bagi membolehkan dia menjalani rawatan lanjut di Hospital Tangkak.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi, sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Pada 5 November lalu, penoreh getah, Mohd Shuib Md Dasin, 53, menemui seorang bayi di dalam parit ketika sedang menoreh getah.


Pak Uban boleh didenda RM50,000



KUALA LUMPUR: Warga emas dikenali Pak Uban yang membina pusat pelacuran mini di Hutan Simpan Panti dekat Kota Tinggi, Johor boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau lima tahun penjara atau kedua-dua sekali jika sabit bersalah.
Hukuman itu tertakluk kepada Seksyen 32, Akta Perhutanan Negara 1984 yang melarang keras sebarang pendudukan yang membawa maksud pembinaan infrastruktur atau perjalanan aktiviti tidak sepatutnya di hutan simpanan kekal.

Jurucakap Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) berkata, lelaki terbabit juga boleh didakwa mengikut Seksyen 47 akta serupa bagi kesalahan memasuki hutan simpanan kekal tanpa memiliki permit sah. “Bagi kesalahan mengikut seksyen ini pula, dia boleh didenda maksimum sehingga RM10,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun ataupun kedua-duanya sekali.
“Bagaimanapun, sebelum pendakwaan kita kena pastikan dulu kawasan dimasuki secara haram itu memang betul-betul berada dalam lingkungan hutan simpanan kekal, kena tetapkan hutan mana dan pasti ia bukan tanah kerajaan negeri.

“Apabila sudah sah (tanah hutan simpan) barulah pegawai Jabatan Hutan Negeri Johor boleh buka kertas siasatan untuk pastikan adakah benar berlaku pencerobohan seperti didakwa,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Beliau mengulas laporan akhbar semalam mengenai Pak Uban yang cuba mengambil jalan mudah untuk mencari rezeki pada usia memasuki 65 tahun dengan membuka pusat maksiat beroperasi 24 jam berhampiran lombong pasir di Batu 16, Jalan Kota Tinggi-Mersing. Dia menggaji tiga wanita asing yang dijadikan pemuas nafsu seks pelanggan bukan saja daripada pekerja lombong berkenaan, malah buruh ladang dan penduduk tempatan. Berikutan itu, beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pencerobohan hutan simpanan kekal supaya menyuarakannya kepada JPSM atau Jabatan Hutan Negeri untuk tindakan lanjut.



152,182 anak tak sah taraf

Oleh Abdullah Wahab
abwahab@hmetro.com.my

SERAMAI 152,182 anak luar nikah atau tak sah taraf direkodkan bagi 2008 hingga tahun lalu dengan Sabah merekod kelahiran anak tak sah taraf paling tinggi dengan 41,490 orang.
Selain Sabah, statistik daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) juga mencatat kelahiran anak tak sah taraf tinggi iaitu Selangor (18,983 orang); Sarawak (17,570 orang); Johor (16,298 orang) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (12,095 orang).

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Heng Seai Kie, berkata, kajian pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati terdapat pelbagai sebab berlakunya kelahiran anak luar nikah.
Beliau berkata, antaranya pengaruh rakan sebaya, rela melakukan hubungan seks, tidak mempunyai pengetahuan berhubung kesihatan reproduktif dan seksual, kurang perhatian ibu bapa, menonton video dan laman web lucah, kurang didikan agama, perasaan ingin mencuba dan diperkosa saudara sendiri.

“Antara langkah yang dibuat ialah menggubal Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan 2009 bertujuan meningkatkan pengetahuan di kalangan masyarakat khususnya ibu bapa dan remaja berhubung kesihatan reproduktif.

“Kementerian juga bekerjasama dengan media mengadakan kempen bagi memberi kesedaran kepada masyarakat, termasuk kepada pelajar institusi pengajian bagi menangani kelahiran anak luar nikah,” katanya di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Mohd Jidin Shafee (BN-Setiu) yang mahu tahu jumlah anak luar nikah yang direkodkan bagi tahun 2008 hingga 2010 mengikut pecahan negeri dan punca utama berlakunya masalah itu serta inisiatif kementerian bagi membendung gejala itu.

Menjawab soalan tambahan Mohd Jidin, sama ada pelaku dan juga ibu bapa boleh didakwa, Heng berkata, bagi pelaku bukan Islam ia tidak dikenakan tindakan, bagaimanapun bagi pelaku Muslim ia boleh didakwa mengikut Akta Jenayah Syariah Persekutuan 1997.

No comments:

Post a Comment