Saturday, November 19, 2011

DITEGUR RASA TAK SELESA...ZAKAT DIKUTIP..ASNAF BANYAK TERCICIR...ALLAH MENGHUKUM PERSALAH TAK DE YANG TERCICIR....KITA TUNGGU SAJA PERSALAH2 YANG TAK MENGAKU SALAH NI....

JKM didakwa pandang sepi rayuan pesakit kulit



MUHAMMAD KHAIRUN (kiri) menunjukkan penyakit kulit Mohd. Taufiq pada sidang akhbar di pejabat Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO di Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR - Entah dimana silapnya, selepas berusaha selama tujuh bulan untuk mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, nasib seorang remaja yang mengalami penyakit kulit kronik psoriasis terus buntu.
Anak pertama daripada enam beradik, Mohd. Taufiq Asifaq Ibrahim, 15, terpaksa bergantung kepada bapanya, seorang pekerja kilang kayu yang hanya berpendapatan RM328 sebulan.
Lebih menyedihkan tiada siapa pun yang sudi membantu pelajar itu yang belajar di tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Inderapura, Jerantut.
Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhammad Khairun Aseh berkata, beliau kecewa kerana tiada mana-mana agensi kerajaan tampil memberi bantuan kecuali kunjungan daripada pihak Hospital Jerantut.
"Dia sudah berusaha ke JKM dengan bukti dan dokumen lengkap daripada hospital tetapi tiada sesiapa yang mendengar rintihannya.
"Keluarganya juga menggadai semua harta yang ada untuk membiayai kos rawatan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.


Polis siasat Pusat Fidlot Nasional



INILAH Pusat Fidlot Nasional di Gemas, Negeri Sembilan yang menimbulkan kontroversi apabila dikaitkan dengan pembelian kondominium bernilai RM9.8 juta di Kuala Lumpur.



KUALA LUMPUR - Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman telah memulakan siasatan termasuk kemungkinan wujudnya elemen pecah amanah atau penipuan berhubung pembelian kondominium mewah bernilai RM9.8 juta yang dikatakan menggunakan dana Pusat Fidlot Nasional (NFC).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang mengesahkan perkara itu semalam berkata, pasukan siasatan akan memanggil mana-mana individu yang terlibat dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.
Beliau berkata, siasatan awal sudah pun dimulakan dan ketika ini kes tersebut sedang diteliti oleh Pengarah JSJK, Datuk Syed Ismail Syed Azizan dan pasukannya.
"Kita baru dapat laporan daripada SPRM semalam (kelmarin). Pengarah JSJK dan pasukannya sedang meneliti laporan... (tengok) apa kesalahan dia, adakah CBT (pecah amanah), penipuan dan sebagainya,"
 katanya.

Tangkapan bongkar kes bunuh

NIBONG TEBAL – Polis semalam memberitahu pihaknya berjaya memberkas sepasang kekasih sekali gus membongkar satu kes pembunuhan kejam yang terjadi lebih setahun lalu dengan salah seorang suspek merupakan adik perempuan mangsa.
Tembelang pasangan itu terbongkar apabila polis mendapat maklumat selepas menahan seorang lelaki berusia 25 tahun pada 9 November lalu.
Melalui soal siasat, polis kemudian menahan pula kekasihnya enam hari kemudian. Wanita berusia 20 tahun itu merupakan adik perempuan Mohd. Faizal Mohd. Zain, 28, yang ditemui mati dalam satu kejadian rompakan pada 3 Mei tahun lalu di Jalan Selamat, Sungai Bakap di sini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supritendan Shafien Mamat berkata, pasangan tersebut ditahan di sekitar Sungai Bakap di sini selepas polis mendapat maklumat mengenai penglibatan suspek dalam kejadian itu.

Dalang jenayah terancang didakwa



SRITHARAN menutup mukanya ketika diiring keluar dari Mahkamah Sesyen Sepang, Selangor semalam.



SEPANG - Seorang ahli perniagaan yang dianggap dalang dalam kes rompakan AS$300,000 (RM953,580) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini milik tiga pengurup wang warga Singapura pada September lalu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Tertuduh, T. Sritharan, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap enam tuduhan berasingan merompak dan menipu serta tiga tuduhan alternatif iaitu menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Sritharan bersama seorang lagi masih bebas, D. Nagarajan, 34, didakwa bagi pertuduhan pertama, kedua dan ketiga, merompak wang milik Hameed Saadik Batcha, Abd Rahman Maricar dan Mohamad Zakkaria Mohamed Shatik.


Luluh hati hilang anak tunggal



SALAH seorang ahli keluarga memerhatikan jenazah Nur Alyssa Dania yang meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru di HSB, Alor Setar, Kedah semalam.



ALOR SETAR - Luluh hati sepasang suami isteri apabila anak tunggal mereka yang baru berusia 46 hari menemui ajal akibat jangkitan paru-paru pada hari pertama mangsa dihantar ke Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) Taman Serindit, Jalan Langgar di sini kelmarin.
Nur Alyssa Dania Mohd. Saipol Rizal disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada pukul 3 petang. Bedah siasat kemudian mendapati terdapat jangkitan pada paru-parunya.
Mengimbau semula kejadian itu, bapa mangsa, Mohd. Saipol Rizal Abu Seman, 26, berkata, dia bergegas ke HSB bersama isterinya, Roslina Roslin, 27, sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu.
Katanya, sebaik tiba, dia nampak petugas hospital bertungkus-lumus cuba menyelamatkan anaknya yang ketika itu nampak pucat dan lemah.


Tiga mengaku tidak bersalah



TIGA anggota polis yang dituduh melakukan pemerasan terhadap seorang lelaki dibawa ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru semalam.



JOHOR BAHRU - Tiga anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan melakukan pemerasan terhadap seorang lelaki ketika melakukan sekatan jalan raya, bulan lepas.
Koperal Rahimi Mohd. Raflis, 45, Konstabel Mohd. Nizam Umar, 20, dan Lans. Koperal Ab. Rahman Semian, 44, minta dibicarakan atas tuduhan bersama-sama melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan dan meminta RM2,400 daripada seorang lelaki di sekatan jalan raya polis, Jalan Masai Lama di sini antara pukul 2 petang hingga 3.15 petang pada 18 Oktober lepas.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman tersebut



Suami isteri sakit tibi hidup daif



AHMAD dan Mariam berdiri di hadapan rumahnya yang usang di Kampung Baru, Wang Tepus, Jitra, Kedah semalam.



JITRA - Sepasang suami isteri yang menderita penyakit tibi hidup daif di rumah usang di Kampung Baru, Wang Tepus di sini selepas kehilangan punca pendapatan kerana tidak lagi mampu bekerja sejak 10 bulan lalu.
Ahmad Shahadan, 47, dan isterinya, Mariam Maarof, 49, kini hanya bergantung harap kepada anak sulungnya, Mohd. Taufik, 25, yang menyara keluarga dengan menoreh getah.
Menurut Ahmad, dia dan isteri tidak lagi berdaya untuk keluar menoreh getah kerana penyakit itu menyebabkan mereka lemah dan tidak berupaya untuk melakukan kerja berat.
"Saya dan isteri hanya berehat sahaja kerana kami sering berasa lemah dan setiap beberapa bulan kami akan ke hospital dan rawatan adalah percuma," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru, Wang Tepus di sini semalam.

No comments:

Post a Comment